Sunday, September 28, 2008

"Kale Poche" BERANI KERANA KAMBING!!!


Salam,

Sepanjang bulan Ramadhan dan dihari2 terakhirnya maka bermulalah sibuk wanita kita merancang menu untuk menyambut lebaran. Kita sering dengar bahawa makanan juga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian seseorang sehingga diperingkat awal kehamilan dan seterusnya ibu-ibu yang hamil digalakkan berjaga-jaga dalam soal pemakanan.

Orang-orang Melayu jarang yang suka makan daging kambing atas pelbagai sebab. Di antaranya bila makan pening kepala dan kena darah tinggi. Betul ke? Di atas foto sejenis makanan untuk sarapan pagi di Iran iaitu "kale poche" iaitu kepala dan kaki kambing. Fuhh! Saya amat meminatinya sehingga kalau ke Iran pasti akan "kena" satu dua kali. Mesti ada kajian yang dibuat kalau-kalau makan kambing ini menimbulkan sesuatu yang positif kalau tidak takkan Rasulullah makan kambing dan aqiqahpun disuruh potong kambing....yang jelas orang Iran berani tidak macam orang Melayu agak lembik...yang negatifnya mungkin boleh dilihat Pak-Pak Arab mencari "mangsa" dan mereka pun dilihat berani....tapi berani salah tempat...dengan zionis takut!
Sahaja tulis hal makan ni menjelang lebaran.

3 comments:

pedang.malam said...

Salam

Lauk Berasaskan Kambing Memang Sedap

Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh saudara.Takkanlah daging kambing yang merupakan daging kegemaran Nabi saaw boleh memudaratkan umatnya pulak?

Tapi saya rasa ini berbalik kepada diet pemakanan seseorang itu sendiri.Saya juga merasakan ini juga termasuk dengan cara seseorang itu berkerja.

Walaupun demikian saya tidak ada bukti perubatan yang dapat menyokong dakwaan saya itu.

Basiclly,makanan yang kita makan akan menjadi sumber tenaga kepada badan.Yang baki akan menjadi hampas dan lemak yang tidak diperlukan badan.

Lemak-lemak inilah yang akan menyekat pelancaran fungsi organ-organ badan kita.

Dan tidak hairanlah, jika mereka ini mempunyai masalah bila makan daging kambing.Kena pulak kerja pun rilek je.

Suadara ada tak menyentuh perihal Nimitz Ronald Reagan yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada bulan yang lepas?

Hairan.Inilah peluang BN nak kaitkan anwar dengan zionis dan vice versa.

Tapi kedua-duanya senyap..Utusan puji melambung sepanjang minggu itu.

Zionis inikan berupa-rupa.

Salawat

THE PUREHADHARIST said...

Salam pedang malam,

Sebenarnya kuantiti yang dimakan yang kita selalu alpa. Semua makanan kalau dimakan berlebihan akan memudaratkan.....overdose!

Memang sudah banyak elemen zionisme menyerap masuk tidak kira via Anwar atau pemerintah. Menurut saya zionisme akan bekerja dengan terlebih dahulu menghilangkan sensitiviti umat Islam terhadap mereka. Oleh itu kita lihat isu Palestin ini hendak dihilangkan sensitivitinya dimana sekarang telah ada pandangan-pandangan songsang yang mengatakan isu Palestin bukan isu agama tetapi isu sempadan, isu antara dua negara dan isu Arab-Israel dan sebagainya. Akan tiba pada suatu masa nanti kita akan mengatakan isu Palestin bukan isu kita dan jangan kita masuk campur serta mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel adalah biasa sepertimana Gus Dur berpendapat. Oleh yang demikian masyarakat harus diingatkan terus akan hal ini. Sebagaimana yang saudara sebut berlabuhnya Nimitz Ronald Reagan di Pelabuhan Kelang tidak dirasai apa-apa kerana sensitiviti dah hilang...

Kalau atas nama memerangi zionisme, kita harus mengembeling kekuatan tidak kira dari parti atau golongan mana...ini yang idealnya...tapi kita masih gagal mengenal kawan dan lawan....

Anonymous said...

Sedapnya kale poche. Em, kalau ante pegi Iran lagi ana mintak tolong ante tapow kan utk ana biar 1 bungkus pun takpe. Anyway, syabas. I've just finished watching your video clips about mat liwat tu. I really appreciate your effort to broadcast your opinion in youtube and I'm totally 100% agree with you.

Matcha, kale poche 1 bungkus - bole....Kale poche 1/2 bungkus - tak bole....zoro

Popular Posts