Monday, September 22, 2008

Pemimpin Karismatik Bukan Semestinya Pembawa Kebenaran.


PEMIMPIN KERAJAAN LANGIT DAN BUMI MALAYSIA....


Salam semua,

Entah mengapa tiba-tiba terlintas untuk menulis berkaitan dengan topik ini. Ya mungkin kerana sering berbincang dengan teman-teman persoalan mengapa kadang kala kita merasa pelik umat Islam boleh terpedaya dengan aliran sesat dalam Islam yang pernah berlaku di Malaysia sebagai contoh dalam isu Ayah Pin. Bayangkan ada yang boleh percaya wujudnya seorang seperti Ayah Pin yang memiliki kerajaan langit walaupun legitimasi apa yang diperolehi malah dengan akal yang sihat tidak boleh menerimanya.

Itu dalam hal aliran sesat. Bagaimana pula dalam hal politik? Ayah Nuar kata dia dah boleh tubuh kerajaan Bumi Malaysia dan bersedia jumpa DYMM Agong. Maka percayalah semua rakyat jelata (semua dalam Pakatan Rakyat mungkin) dan tidak sabar-sabar lagi menunggu. Tunggu punya tunggu dari 16 sept hinggalah sekarang kerajaan bumi pimpinan Ayah Nuar tidak timbul-timbul jua.

Apa muslihatnya?

Ketika keluar sahaja berita Mohd Saiful membuat laporan polis ia diliwat maka segera Ayah Nuar ke Kedutaan Turki untuk berlindung konon dari ancaman keselamatan nyawanya. Penyokongnya percaya. Yang tidak menyokong kata ini untuk mengelabui kita semua akan isu liwat. Maka selepas itu keluarlah pula pelbagai isu seperti mendakwa Ketua Polis Negara atas kes lama. Penyokongnya percaya, kita kata ia nak mengalihkan perhatian dari isu liwatnya. Kemudian Saiful pun bersumpah disaksikan oleh Imam Masjid. Kita kata, wah! Kalau tak benar masakan berani bersumpah, penyokongnya mainkan isu, Imam itu telah diarahkan untuk hadir menyaksikan sumpah itu. Sekali lagi dialihkan perhatian kita dari melihat sumpah tersebut sebagai instrumen yang digunakan Saiful untuk membuktikan dakwaannya kepada "Arahan" orang Pak Najib kepada Imam Ramlang. Yang harus kita tumpukan ialah sumpahnya Saiful bukan siapa yang mengarah siapa ! Saksi Saiful satu Malaya tak semestinya Imam Ramlang! Tapi berkali-kali kita dialihkan perhatian kepada isu lain.


Selepas itu diadakan upacara solat hajat untuk jatuhkan bala kepada sesiapa yang dikatakan "bersekongkol dalam "konspirasi" ini. Maka cari punya cari, Ketua Polis pulak dikatakan sudah dekat ajalnya maka penyokong semua percaya! Bila keluar KPN dalam berita dalam keadaan sihat, nasib baik mereka tidak mengatakan itu adalah klon KPN....


Maka begitulah akan berlaku seterusnya dek kerana kuasa karisma Ketua Kerajaan Bumi Ayah Nuar.....


Ingat! karismatik bukan bermakna kebenaran...Hitler, Bush, Saddam pun karisma juga malah Ayah Pin pun karisma kot..masakan ada yang boleh tertipu......

6 comments:

Anonymous said...

Kan sekarang ni kita sedang berpuasa. Hormatilah bulan ini. Janganlah tulis macam orang tak puasa. Carilah kurniaan yang dijanjikan oleh Allah di bulan Ramadhan ni. Semoga kita tak hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Perang Badar pun berlaku dalam bulan puasa untuk mempertahankan Islam. Apa yang saya lakukan adalah dalam konteks difa' (pertahanan) ke atas tanahair tercinta dari sebarang pihak yang ingin memporak perandakan keharmonian negara angkara cita-cita peribadi untuk menjadi PM ! Beliau telah berbohong satu Malaya dalam bulan puasa. Ingat! Anwar bukan standad kebenaran, kalau dia cakap tak bohong, kalau orang lain cakap jadi bohong, kalau dia ditangkap, badan kehakiman tak bebas, kalau dia dibebaskan, badan kehakiman ok...apa ni?

Anonymous said...

Saya tahu peperangan Badar berlaku pada bulan Ramadhan. Setelah selesai peperangan, Rasulullah berpesan: Kita baru selesai menjalani jihad kecil dan kita akan menghadapi jihad yang besar pula. Sahabat bertanya, peperangan ini jihad kecil? Kita akan menghadapi jihad memerangi hawa nafsu.

Anonymous said...

salam,

lawak sunggung gambar ayahpin berdiri di depan teko besar tu eh....replika kerajaan langit..haha..

sokong pure hadharist. Kita harus mempertahankan agama dan negara .

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (surah al fath: 29)

PS: tegas dan keras dengan orang kafir yang "MENENTANG ISLAM " dan "BERKASIH SAYANG SERTA BELAS KASIHAN SESAMA SENDIRI(umat Islam)
Point yang perlu diambil iktibar dan pedoman buat semua umat Islam YANG BENAR BENAR MAHU Islam berdiri teguh dan terus kukuh di bumi Malaysia.

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Saya setuju dengan hadis tersebut.

Anonymous said...

pada satu masa Rasulullah menghancurkan masjid yang dibangun oleh muslimin...tentu RasulAllah itu telah berbuat kasih dengan menghancurkan masjid yang mereka buat. karena makna ruhama' bukan berarti membiarkan semua kemungkaran dan kefasadan berlalu begitu saja...masih ada kewajiban di punggung muslimin untuk mamar ma'ru dan nahi munkar juga difa...
jadi semua tidak boleh hanya dilihat dari sisi akhlaq sahaja...fiqih pun kena dijalankan...dengan menjalankan fiqah kita mendapatkan akhlaq karimah...

Popular Posts