Wednesday, November 5, 2008

PAKATAN RAKYAT PERLU BERTINDAK MATANG SEBELUM RAKYAT BOSAN !



( WAJAH-WAJAH POLITIKUS USANG !)




Salam.

Belumpun reda isu "temberang" DSAI ambil alih kuasa 16hb September, kini timbul pula Ahli Parlimen beramai-ramai keluar dewan kerana kononnya dinafikan hak mereka mencelah dan menyoal Dato' Seri Najib Razak ketika pembentangan di Parlimen semalam.

Sebelum ini DSAI bercakap 5 jam membahas belanjawan 2009. Setahu saya pada kali inipun Dato' Seri Najib akan membenarkan mereka menyoal sepertimana biasa. Jadi, apa isunya sehingga mereka keluar dewan beramai-ramai?

Pakatan Rakyat perlu membawa imej "negarawan" yang meletakkan kepentingan rakyat teratas melebihi sikap permusuhan di antara ideologi dan parti yang berbeza. Jangan hanya mahu mencipta suasana sensasi dengan tindakan mencari publisiti murah akibat hanya tidak dapat "mengganggu" pembentangan di Parlimen semalam. Mereka akan diberi peluang yang seluas-luasnya untuk membahasnya mengapa perlu serta-merta dan yang hendak ditanya bukan hal yang berkaitan pembentangan tetapi hanya isu-isu "hangat" seperti pembelian Eurocopter dan pembebasan Razak Baginda misalnya. Mereka mahu lari dari perbahasan sebenar berkaitan pelan kerajaan mengatasi masalah ekonomi global agar dilihat kerajaan gagal membuat penyelesaian.

Ketika membahaskan belanjawan tempohari, DSAI mengatakan bahawa Belanjawan 2009 tidak relevan lagi. Bila dibentangkan pula, dek kerana tidak boleh mengganggu pembentangan tersebut, tindakan keluar dewan pula dibuat seolah-olah ditutup peluang untuk membahas. Dinaikkan pula isu-isu seolah-olah pembangkang dinafikan hak mereka.

Pertanyaan untuk Pakatan Rakyat:-

1. Apa bezanya membahas secara mencelah pembentangan secara langsung, dengan diambil masa khusus untuk membahas setelah mendengar keseluruhan pembentangan? Rasanya lebih baik mendengar keseluruhan agar memahami keseluruhan pelan tindakan kerajaan atau memang sengaja mahu menganggu pembentangan !

2. Apa yang hendak dicapai dengan keluar dewan dan apa manfaatnya kepada rakyat ? Kalau benar mempunyai gagasan atau konsep pemerintahan yang jitu, tidak perlu tindakan itu semua. Yang harus dibuat ialah mencabar pembentangan tersebut secara bijak, ilmiah dan "gentlemen".

3. Ketika keluar dewan, berapa ramai Ahli Parlimen BN yang mengikuti jejak langkah mereka? Soalan ini untuk melihat sejauhmana benarnya ada Ahli Parlimen BN yang menyokong DSAI dan Pakatan Rakyat.

4. Tidakkah suatu tindakan yang bodoh iaitu keluar dewan beramai-ramai hari ini, tetapi masuk semula kemudian hari dan membahas perkara yang sama yang kononnya hendak ditanya semasa perbentangan. Tindakan ini sama seperti memboikot satu piliharaya kecil kemudian menyertai pilihanraya kecil yang lain seolah-olah SPR kejap ok kejap tidak.

5. Apakah ketika dapat peluang membahas 5 jam tempohari Parlimen Malaysia ok tetapi ketika tidak dapat mencelah Parlimen dah tak ok pulak? Sepertimana ketika DSAI dibebaskan sistem kehakiman ok tetapi ketika dihukum sistem kehakiman teruk? Ketika Saiful bersumpah ia berbohong, ketika DSAI tak sumpah-sumpah dia dalam kebenaran?

FIKIRKANLAH.........

2 comments:

ibnu bakr' said...

ZZZZzzzzzzz...

ketahuilah saudara, saya sebenarnya dah bosan bercakap dengan saudara, DALAM SEMUA PERKARA!

lain kali kalau nak cakap pasal satu isu, SIASAT! bukan cedok ikut pandangan satu pihak.

zzzzzzzz

THE PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Bakr

Saya tidak paksa saudara untuk bercakap dengan saya dan saya juga tidak larat untuk berhujjah dengan orang yang berhujjah kosong tanpa isi.

Memang saya bercakap ikut pandangan satu pihak (pihak sayalah) dan kalau tak betul, satu pihak lain bagi tahu yang mana tak betul! Itu baru gentleman.

Percayalah, kalau kita benar, orang tidak akan dapat menyanggah kebenaran itu dan akhirnya akan menjadikan bosan sebagaimana alasan.....maaf kalau tersinggung bro!

Popular Posts