Sunday, November 2, 2008

PERJUANGAN PKR BERTENTANGAN DENGAN PERJUANGAN ISLAM ?



(DEMI PRINSIP ISLAM, ZULKIFLI NORDIN MUNGKIN MENINGGALKAN PKR ?)

Salam,

Peguam Zulkifli Nordin yang juga merupakan Ahli Parlimen PKR Kulim seringkali ditegur atas pendiriannya yang menyangkut tentang Islam. Beliau yang berdemontrasi di forum Masuk Islam anjuran Majlis Peguam diambil tindakan oleh PKR. Terkini beliau ditegur oleh DSAI atas kenyataan yang beliau buat dalan temuramah dengan Utusan Malaysia yang mana beliau menyuarakan perlunya perpaduan di kalangan umat Islam tidak kira dari parti politik mana dan kenyataan ini dibimbangi oleh DSAI menimbulkan kekeliruan.

Ketika Salman Rushdie menghina Rasulullah s.a.w. DSAI kata dia profound writer dan menghormati ianya sebagai hasil sastera tetapi bila Zulkifli Nordin membela Islam dan mengajak umat Islam bersatu, DSAI tidak setuju !

Ke mana DSAI mahu membawa PKR ini? Apakah Islam akan terpinggir jika PKR berkuasa? Zulkifli Nordin wajarlah menentukan sikap dan tegas dalam komitmennya membela Islam dan jika PKR bukan wadah yang kondusif dan sesuai untuk itu, maka apalagi tunggu?

Islam Liberal anutan DSAI amat merbahaya untuk masa depan Islam di Malaysia. Dasar liberal yang diamalkan akan sedikit demi sedikit mengikis intipati Islam itu sendiri sehingga Islam akan di"fusion"kan yang mengambilkira pandangan di luar Islam yang sesuai digunakan masuk ke dalam Islam dan asas Islam yang dilihat tidak sesuai akan dikeluarkan sedikit demi sedikit.


1 comment:

Anonymous said...

Apalagi yang boleh diharapkan dengan PKR ?

Popular Posts