Wednesday, December 24, 2008

BUKAN HANYA DAP PENGHALANG TERLAKSANANNYA HUDUD, ANWAR IBRAHIM JUGA !

Salam,

Naib Presiden Pas YB Datuk Husam Musa akhirnya terpaksa berpencak lidah apabila mengutarakan persoalan hudud ketika berdebat dengan YB Khairy Jamaluddin tempohari. DAP telah sekali lagi memberikan gambaran bahawa jika Negara Islamlah sebagai matlamat, maka akan berkecailah Pakatan Rakyat untuk hari-hari mendatang. Apakah PKR pimpinan DSAI tiada masalah dengan isu hudud dan negara Islam? Baca kenyataan DSAI dibawah ini:-

"To my mind, it is essential because again, in my limited
experience, with the Islamic Party, we were known to be strong
advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state
is no longer on the agenda".

Maka jelaslah bahawa Negara Islam bukan agenda DSAI. Oleh kerana itu, Pas bukan sahaja menghadapi DAP tetapi juga PKR pimpinan DSAI. Maka apa penghujungnya?

YB Datuk Husam mengatakan UMNOlah penghalang hukum Hudud. Saya berpendapat ini pandangan yang amat keliru. Pada hakikatnya, kita hendaklah sedar bahawa non-muslim di Malaysia masih belum dapat menerima Islam sebagai negara dan perundangan. Walaupun ada non-muslim yang telah mulai faham tentangnya namun ia masih belum dapat mewakili pandangan semua non-muslim. Dasar BN yang diwakili UMNO dan parti komponen yang diwakili oleh non-muslim masih belum berhasrat untuk membentuk sebuah negara berdasarkan kepada hukum hudud. Ini realitinya. Saya tidak bersetuju jika kita membuat suatu kesimpulan bahawa UMNO tidak bersetuju kepada hudud adalah kerana tidak mahu akan hudud. Umno sebagai parti induk BN bercakap atas kapasiti parti utama sebuah pakatan yang memerintah Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum yang "belum" mahu akan hudud. Samalah juga sepertimana Datuk Husam kata jika tidak ada kesepakatan parti komponen Pakatan Rakyat maka hudud akan ditangguhkan. "Ditangguhkan" adalah kenyataan yang akan ditentang juga DAP memandangkan mereka tidak akan bersetuju tentang hudud kerana itu bukan dasar parti itu.

Pokoknya jika pada suatu hari nanti DAP, MCA, MIC dan seluruh rakyat Malaysia mahukan hudud, maka tiada sebab UMNO tidak mahu hudud. Ingat ! perlaksanaan hudud dan penegakan Negara Islam perlu beberapa syarat, dan salah satu syaratnya ialah persetujuan rakyat itu bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar akibat penentangan rakyat. Jika hudud dapat mengurangkan katakan 99.999% jenayah, namun dengan tidak adanya persetujuan semua dan ditentang secara agresif, maka jangankan mencapai 99.999% pengurangan jenayah, sebuah negara akan menjadi huru hara akibat penentangan rakyat terhadap hudud. Dalam situasi ini, adalah maslahah untuk tidak melaksanakan hudud dan tidak melaksanakan hudud disini adalah juga menjalankan hukum Islam. Ingat ! saya tidak mengatakan Hudud membawa huru hara tetapi ketidakfahaman dan penolakan hududlah yang membawa huru hara !!!

Maka jelas disini, PAS diuji samada matlamat penegakan Negara Islam itu merupakan matlamat atau hanya slogan politik untuk meraih sokongan. Jika ia matlamat, maka hudud mesti dilaksanakan jika berkuasa kelak, kalau menangguhkannya kerana belum disepakati di dalam parti komponen, maka inilah yang selama ini dilakukan UMNO yang dinyatakan PAS sebagai anti-hudud. Kalau hanya tidak melaksanakan hudud kerana parti komponen tidak bersetuju dikatakan sekular, maka PAS sekular sekarang!

Apa sebenarnya yang berlaku? Sepertimana yang saya nyatakan sebelum ini, barangkali yang memperjuangkan hudud dan yang menolak hudud belum memahami hakikat perlaksanaan hudud mengikut Islam. Yang memperjuangkan hudud hanya ghairah untuk melaksanakannya tanpa melihat apakah cukup syaratnya, manakala yang menolak hudud juga merasakan hudud (tentunya yang dia fahami sebagai hudud) merupakan sesuatu paksaan ke atas hak asasi manusia yang sering diperjuangkan barat.

Maka, kita sibuk berpolemik sekitar di antara keinginan melaksanakan hudud di satu pihak dengan yang menolak hudud atas ketidakfahaman kita sendiri.

DUA pertanyaan kepada PAS:-

1) UMNO dituduh tidak mahukan Islam kerana tidak mahu melaksanakan hudud. PKR juga sama dengan UMNO dalam hal ini. Bagaimana? Kalau PKR sama dengan UMNO dalam sikapnya terhadap hudud, maka apa isunya sekarang?

2) Apakah benar dan yakin bahawa DAP akan menyokong pembentukan Negara Islam pada masa akan datang? Jika tidak, maka apa tujuan sebenar pakatan ini? Adakah hanya semata-mata ingin menjatuhkan UMNO atau ingin sangat melihat DSAI jadi PM? Apa seterusnya langkah Pakatan Rakyat ini ? PAS dilihat sanggup meng"umno" kan diri sekarang semata-mata mahu melihat UMNO jatuh! Sebab itu ia tidak peduli akan matlamatnya, yang penting musuh tradisi harus dikalahkan.

Islam Hadhari ditolak PAS kerana mengatakan ianya dicetuskan UMNO untuk meraih sokongan umat Islam , hudud ditangguh kerana ditolak DAP dan PKR dan Pas perlu dokongan DAP dan PKR untuk apa? hanya untuk menjatuhkan UMNO yang tidak mahu hudud! Bila UMNO yang tidak mahu hudud itu jatuh, Pas akan tanya lagi DAP dan Pakatan Rakyat mahu tak hudud? DAP dan PKR kata tidak mahu kerana rakyat pilih Pakatan Rakyat kerana tidak sebut hudud dan nanti akan hilang pula sokongan dan UMNO yang tidak mahu hudud itu naik balik! Pas akan tentang semula UMNO kerana UMNO tidak mahu hudud! ( cuba fikirkan, apa sebenarnya yang tidak kena?)

Di dalam Islam ada hudud untuk membimbing umat. Hudud bukan satu-satunya bahagian dari Islam. Di dalam Islam ada bberapa bahagian yang membentuk Islam yang lengkap. Maka banyak bahagian lain yang belum kita ketahui....




s

3 comments:

AL said...

Interesting post!

Will feature your post in our website http://mylivingwall.com
and link to your blog.

All the best!

mylivingwall.com

Khairi Jalalluddin said...

Saya setuju dengan tuan, bahawa Anwar juga penghalang utama perlaksanaan hudud PAS. PAS sepatutnya bersama dengan UMNO dalam hal ehwal Islam bukan bersama dengan DAP yang jelas menentang hudud dan negara Islam. Semoga kita semua dapat hidayah dari-Nya.

Anonymous said...

Saya juga mahu melihat UMNO dan PAS bergabung namun.. UMNO sering menolak kerjasama yang ingin dibuat oleh Pihak Pas.... Bagi saya Pak Lah merupakan seorang PM yang bagus manakala tok guru adalah sorang pemimpin yang hebat... kalau kedua - duanya digabungkan bukankah ianya menjadi mantap...

Bagaimana Hudud dapat diterima oleh non - muslim sekiranya muslim sendiri tidak memberi contoh sebagai seorang muslim sejati... saya sedi dengan keadaan remaja yang hanya islam pada kad pengenalan dan surat beranak tapi..... apa yang menjadi larangan dalam islam, itulah yang dilakukanya.... Kadang - kadang saya malu dengan non - islam yang lebih menghormati agama islam berbanding islam yang tidak menghormati agama islam.....

jadi kepada seluruh rakyat malaysia yang beragama islam... cubalah untuk munasabah diri...

Popular Posts