Saturday, December 6, 2008

RASIONAL DATUK MUKHRIZ : YANG KITA MILIKI, MEREKA INGINKAN, YANG MEREKA MILIKI, SUKAR DIKORBANKAN!!!..




( CALON KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG MESTI DIMENANGKAN KERANA BERANI MENYUARAKAN PANDANGAN DEMI SURVIVAL MELAYU...MELAYU ITU ISLAMLAH)


Salam,

Keadilan sosial adalah suatu ungkapan yang popular dan dipersetujui oleh manusia yang benar-benar mahukan ianya terlaksana. Apabila keadilan itu dituntut maka adakalanya yang selama ini kita rasa milik kita tetapi sebenarnya milik orang yang harus kita serahkan kepada pemiliknya.

Keadilan sosial adalah slogan yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat dalam setiap majlis ceramah dan penerangan mereka termasuk di dalam pilihanraya ke 12 yang menyaksikan ianya benar-benar mahu dinikmati.

Ekoran daripada itu maka timbullah polemik perkauman dimana Melayu merasakan ianya berhak diberi status ketuanan dan yang bukan Melayu menuntut status tersebut tidak selamanya dikaitkan dengan Melayu.

Persoalan pokok di sini adalah apakah takrif keadilan itu? Apakah ketuanan Melayu dan hak istimewa orang melayu itu terkeluar dari prinsip keadilan? Apakah ketuanan Melayu dan hak istimewa orang Melayu selama ini menindas bukan Melayu? Apakah hak bukan Melayu di dalam Malaysia ini telah dinafikan? Apakah selama ini bukan Melayu tidak boleh hidup makmur di dalam negara ini? Mengapa bukan Melayu merasa ternafi hak mereka bila ada hak keistimewaan orang Melayu? Mengapa? dan Mengapa?

Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan bukan Melayu sebagai imigran yang telah diberi kerakyatan telah hidup bersama selama lebih 60 tahun. Sepanjang perhubungan itu, hanya pada tahun 1969 berlaku peristiwa permusuhan Melayu-Cina yang selepas itu dapat didamaikan sehingga sekarang. Dari dulu hingga sekarang, mereka hidup bersama. Yang miskin telah menjadi kaya raya baik dari kalangan Melayu, Cina dan India. Malah bukan melayu muncul diantara yang terkaya.

Sistem pendidikan memberikan peluang seluas-luasnya kepada semua kaum dengan suatu pautan bahawa Bahasa kebangsaan sebagai matapelajaran wajib dipelajari.

Jadi, mahu apa lagi?

Baiklah, kita Melayu mahu menuntut hak kita juga.

1) Kita mahu pusat perniagaan di Bandaraya Kuala Lumpur dikosongkan untuk diisi oleh peniaga-peniaga Melayu sehingga 50% atas nama keadilan.

2) Kita juga mahu setiap tempat di seluruh negara yang strategik dari segi perniagaan juga dikosongkan untuk diisi oleh peniaga Melayu dengan kadar 50% juga.

3) Semua bukan Melayu mesti menjalani ujian Bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum diberikan kad pengenalan bagi memastikan mereka memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi. Bagi yang sudah memilikinya maka harus diuji semula penguasaan Bahasa Melayunya.

Ini adalah beberapa perkara yang harus diberikan haknya kepada Mel;ayu sebelum kita bercakap tentang keadilan..

Maka, apa akan jadi jika kita semua bercakap tentang keadilan tanpa memahami takrif keadilan itu sendiri?

Pemimpin-pemimpin seperti DSAI jangan hanya tahu bercakap soal keadilan tanpa melihat takrif keadilan itu sendiri.

Bagi PAS, sehingga hari ini Melayu itu adalah juga Islam walaupun ada Melayu yang telah murtad. Jangan kerana ada yang murtad, kita terus mengatakan Melayu itu bukan sinonim dengan Islam. Ingat! ketuanan Melayu adalah juga ketuanan Islam !

Apakah kita telah bersedia untuk mengorbankan milik kita dan mereka juga telah bersedia untuk itu?

Lihat bagaimana mereka melatah apabila kenyataan YB Datuk Mukhriz Mahathir tentang sekolah vernakular! Mereka lebih peka akan soal survival bangsa mereka dari kita Melayu yang terbawa dengan pemimpin Melayu yang hanya berjuang untuk cita-cita peribadi untuk duduk di singgahsana....puncak tampuk pemerintahan...asalkan aku menjadi PM.

Melayu telah ditelan dalam ekonomi dan bakal ditelan juga dalam politik...fikirkan.

2 comments:

azhar said...

lebih 50 tahun merdeka kita masih bercakap soal perkauman.Bukankah lebih baik kita berbincang bagaimana mewujudkan satu Bangsa Malaysia.

Sesekali menoleh kebelakang melihat sejarah tiada salahnya,tetapi tinggalkan soal bangsa melayu,cina,india.Tanah ini bukan lagi Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu.Tanah ini tanah Merdeka.Tanah ini Malaysia.Milik kita semua.

Berbanggalah menjadi Bangsa Malaysia.Biar apa pun keturunannya melayu ,cina atau india.

Proses asimilasi Bangsa Malaysia sedang berlaku.8 mac 2008 harus diingat.

Sedarlah wahai politikus-politikus sekelian.Berjuanglah untuk Bangsa Malaysia.

THE PUREHADHARIST said...

Saudara Azhar,

Sebelum berbicara soal mewujudkan Bangsa Malaysia, konsep keadilan perlu jelas dan membincangkan hak sesuatu kaum bukan perkauman.Perkauman adalah apabila menyentuh kaum lain sebagai contoh menyentuh soal agama, amalan, budaya dan adat resam. Kalau kita mempertahankan hak kita, itu bukan perkauman. Memang slogan mewujudkan bangsa Malaysia itu indah didengar namun sukar direalisasikan. Apakah Bangsa Malaysia itu? Minimum sebuah bangsa yang bernama Bangsa Malaysia itu haruslah berbahasa Malaysia. Apakah bahasa Malaysia itu? Tentunya bahasa Melayu bukan Tamil, Mandarin dan sebagainya. Jadi, identiti Melayu tetap tidak akan hilang dengan pengwujudan sebuah Bangsa Malaysia sebab ini tanah milik Melayu!

Ingat! bangsa Melayu sentiasa bersedia berintegrasi bukan berasimilasi kalau tak takkan kita buka kerakyatan kepada imigran tempohari. Yang jadi persoalan apakah mereka bersedia untuk itu?

Zaman Rasulullah s.a.w. juga ada pembahagian Muhajirin dan Ansar walaupun mereka dari suku kaum yang sama iaitu Arab.

Bagi saya, Bangsa Malaysia adalah suatu bangsa yang saling menghormati sesama kita.

Popular Posts