Wednesday, May 28, 2008

KECELARUAN PEMIKIRAN SEORANG MUFTI ( Bhgn 2 )

Salam,

Ini ulasan atas penulisan Mufti Perlis yang bertajuk:


Keluasan Menerima Pendapat, Keperluan Muslim Moden

Pendapat Dr Maza


DAHULU atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen. Sikap seperti itu dinamakan fanatik atau taksub.
Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak lain memberi hujah dan dalil yang kukuh. Sesuatu pendapat sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta.

Kemudian Dr Maza menulis :

Pandangan mazhab sebahagian besarnya adalah ijtihad yang terdedah untuk dinilai pihak lain. Maka kita berhak mengambil pandangan lain yang pada nilaian kita lebih dekat kepada fakta dan mampu menterjemahkan wajah Islam. Umpamanya, pendapat mazhab al-Syafii, yang membolehkan bapa berkahwin dengan anak zinanya, barangkali tidak wajar dipertahankan terutama ketika menerangkan Islam kepada dunia. Apakah Islam yang mengharamkan mengahwini seseorang wanita hanya kerana susuan akan menghalalkan anak zina? (lihat: Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah 1987).Demikian juga jika pendapat awal ulama al-Syafii dikekalkan yang mensyaratkan urusan jual beli mempunyai lafaz, tentu sukar untuk kita membeli minuman atau makanan dari mesin-mesin canggih yang ada. Bahkan di sana banyak perkara yang menuntut seorang Muslim melihat luar dari kerangka mazhabnya terutama tentang hubungan dengan bukan Muslim, zakat, wakaf, perkahwinan dan sebagainya.

Maka kita bertanya:

Apakah pendapat dari “ijtihad” Imam syafi’I tidak bernaskan Al- Quran dan Hadits, dan sebaliknya, apakah pandangan Dr maza yang mengambil pandangan Ibn Taymiyah sudah berdasarkan Al-Quran dan Hadits?.

Maka muncul pertanyaan lagi :

Bagaimana posisi kedua pendapat dan pandangan yang bertentangan ini, kalau semuanya mengatakan ikut Al-Quran dan Hadits, adakah kita harus mengambil keduanya, atau meninggalkan kedunya atau mengambil salah satu dari keduanya.

Pertanyaan kita orang awam:”Apa dalil kita untuk mengambil salah satu diantaranya?”. “Apakah dalil kita mengambil hukum salah satu di antara keduanya berdasarkan Al-Quran atau tidak?”. “Kalau kita tidak memiliki dalil Al-Quran, apakah kita tidak boleh mengambil salah satu diantara keduanya?”.

Pertanyaannya bagi yang hendak mengikuti dengan ilmiyah, bagaimana dia harus lakukan, sementara ilmu yang ada pada dirinya tidak cukup, bukankah orang awam bererti orang yang tidak cukup memiliki ilmu untuk memutuskan sesuatu dengan dalil?. Bagaimana seorang yang awam (bukan alim) akan bersifat ilmiyah?.
Bukankah sepatutnya Dr Maza menjelaskan bahawa umat Islam tidak satu tingkat dari segi keilmuan dan pengetahuannya, ada yang alim ( ulama ) ada yang sedang belajar (belum sampai ke derajat alim tetapi tidak juga awam) dan orang awam (orang yang tidak memiliki cukup ilmu pengetahuan agama).

Maka kalau orang awam dibenarkan mengambil mana saja pendapat ulama maka orang awam mengalami musibah besar, iaitu dia akan berada di tengah-tengah perbezaan pendapat, bagaimana dia akan meghindari dari perbezaan pendapat itu kalau tidak mengikuti salah satu sahaja di antara ulama.
Kalau boleh menukil apa yang dinukil oleh Dr Maza : Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu.

Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu tetapi bukan bermakna tidak wajib bertaklid langsung , dan orang awam tidak mungkin tidak bertaklid, maka dia wajib memilih kepada siapa dia harus bertaklid, kerana dia tidak memiliki ilmu untuk memutuskan hukum sendiri.

“Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh… Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan – seperti yang dijelaskan"

Tidak wajib beriltizam dengan mazhab, tetapi bukan bererti bahawa haram hukumnya beriltizam, bagi orang awam, adakah dia boleh memilih sendiri hukum yang mudah bagi dia dan mengumpulkannya untuk diamalkannya, dan bagaimana pula kalau ada perbezaan pendapat antara ulama, maka yang mana wajib diikutinya?.
Bukankah ini akan menyusahkan awam, sehingga dalam praktikal hal ini sangat menyusahkan orang awam,

Beliau berpendapat:

Sebelum ini tulisan-tulisan saya telah menjelaskan, betapa keterikatan atau sempit dengan satu-satu pendapat tanpa melihat kepada dalil dan logik akan menjadikan kita tidak ilmiah bahkan boleh menyanggahi sifat Islam yang suka kemudahan untuk umatnya.

Maka kita bertanya, bagaimana orang awam hendak berdalil, kalau dalil itu sendiri tidak ada pada dirinya. Apakah kita hendak mengharapkan sifat ilmiah pada orang awam sehingga ia tidak menyalahi Islam?. Atau perlu ada ulama yang bersifat ilmiah menjelaskan kepada awam sehingga awam dapat memilih dan tidak menyalahi islam?.

Mana logik dan ilmiyahnya Dr Maza untuk orang awam?. Bukankah ini menunjukkan sempitnya pendapat beliau terhadap permasalahan, hanya kerana hendak melihat orang di luar Islam (dalam menarik minat mereka) dan dengan kononnya atas standad logik serta ilmiah, maka hakikatnya beliai sendiri terjebak dengan ketidak logiknya dan tidak ilmiahnya.

Betapa banyak orang awam (bukan ulama) yang ada dalam kehidupan umat Islam, bagaimana kalau kita semua dianggap sebagai ulama?. Hancurlah sistem Islam.
Perlu difahami, bahwa masalah fikih bukan masalah akidah. Kerana dalam akidah setiap orang wajib belajar untuk meninggikan ilmu tentang akidah sehingga dapat meningkatkan iman, tetapi tidak begitu dengan fikih, kerana fikih merupakan ilmu yang besar dan banyak, sehingga akan muncul dalam kehidupan ini pembahagian masing-masing mengikut tahap ilmunya dalam fikih dengan pembahagian, alim, terpelajar dan awam. Ini yang rasional dan ilmiah.
(BERSAMBUNG MINGGU DEPAN KERANA KE LUAR NEGARA)

Monday, May 26, 2008

KECELARUAN PEMIKIRAN SEORANG MUFTI (Bhgn 1)

Salam,

Di dalam posting yang lepas saya bawa dua tulisan Mufti Perlis yang berkaitan dengan pandangan beliau iaitu mudahkan pendekatan Islam, Jangan eksklusifkannya serta perbahasan berkaitan Ulul Albab iaitu golongan intelektual serta bijak pandai. Setelah memaparkannya ada beberapa komen yang agak keras dan beremosi kerana menyangkakan ianya adalah tulisan saya bukan dari seorang Mufti. Baik, berikut ini kita bincangkan sedikit pandangan beliau yang bercelaru dan perlukan kita untuk meluruskan pandangannya kerana beliau merupakan seorang Mufti yang lantang menegur dan berani serta ramai pengikutnya justeru itu kita perlu juga menegur beliau jika ada kesalahan pandangan berkaitan sesuatu hal sebagaimana di dalam Al-Qur'an diperintahkan kita nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran (Al-'Ashr).
Pendapat Mufti :
MUDAHKAN PENDEKATAN ISLAM, JANGAN EKSKLUSIFKANNYA.
Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara paling mudah dan senang untuk difahami. Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yang buta huruf, badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan terpelajar dan cerdik pandai. Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi s.a.w., para perwakilan yang datang mengambil dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkan keseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah.
Pandangan ini bercanggah dengan surah Al Hujurat ayat 14 : "Orang-orang Arab badwi itu berkata: "kami telah beriman ". katakanlah (kepada mereka) "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah "kami telah tunduk (Islam), kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu...
Apabila berbicara berkaitan dengan akidah, maka kita tidak mengambil jalan mudah hanya dengan mengucap dua kalimah shahadah sahaja sudah kira berakidah atau beriman, kerana menurut Al-Qur'an apabila iman itu belum masuk ke dalam hatimu, beerti ia hanya setakat Islam sahaja belum beriman dengan hakikat keimanan yang sebenarnya. Pemikiran yang bercelaru di sini ialah :-
1. menyamakan Islam dengan Iman (akidah)
2. Kewajiban sesuatu yang dituntut itu sudah bererti mencapainya atau berjaya mencapainya.(rujuk tulisan: "ini adalah kerana memahami akidah SATU KEMESTIAN termasuk yang buta huruf...) , memanglah memahami akidah suatu kemestian namun BELUM tentu telah mendapatkan kefahaman yang hakiki tentang akidah itu.
3. Menyamaratakan semua orang dari segi keilmuan apatah lagi ilmu akidah ini. Ini bertentangan dengan perbahasan ULUL ALBAB yang mana tidak sama dari segi keilmuannya seorang yang dipanggil Ulul Albab dengan Badwi padang pasir.
Saudara,
Akidah adalah suatu ikatan yang kuat yang didapati melalui proses mengimani Allah s.w.t yang rasionalnya didahului dengan kemantapan pemahaman. Untuk mencapai kemantapan pemahaman maka tiada jalan lain melainkan melalui proses mendapatkan ilmu. Mendapatkan ilmu juga tiada jalan lain akan melalui proses berfikir. Untuk itu, puncak pencapaian ilmu itulah menghasilkan perbahasan falsafah dan ilmu kalam. Memang benar tauhid boleh dfahami dengan mudah tetapi ini bukan bererti ilmu kalam dan falsafah itu salah dijadikan pendekatan untuk memahami tauhid kerana kedua-duanya itu sebenarnya untuk memudahkan manusia berfikir bukan hanya yang buta huruf. Yang buta huruf ikut cara yang buta huruf untuk memahamkannya, namun tidak mungkin ulul Albab diberi pendekatan si buta huruf atau badwi padang pasir? Bercelarunya Mufti kita ini ialah sesuatu yang partial dijadikan suatu kesimpulan yang besar. Oleh kerana si badwi yang buta huruf boleh faham tauhid dengan beberapa sesi (tentunya kefahaman berdasarkan standad si buta huruflah) maka mufti buat kesimpulan Islam itu tidak perlu ilmu Kalam dan falsafah untuk difahami.
INILAH PANDANGAN YANG BAHAYA LEBIH_LEBIH LAGI ZAMAN SEKARANG YANG MANA BARAT TELAH MAJU DALAM ILMU LOGIKA DAN FALSAFAH TETAPI UMAT ISLAM FAHAM ISLAM IKUT STANDAD SI BUTA HURUF ! patutla ramai boleh jadi MURTAD wahai Mufti PERLIS yang bijaksana!
Kita tidak boleh menyamaratakan tahap pemikiran semua orang itu sama. Oleh kerana itulah ada gelaran Ulul Albab dan sebagainya yang ditulis sendiri oleh Mufti Perlis. Beliau juga sering mengatakan bahawa sesuatu perlu dibahas secara ilmiah. Kalau sebut sahaja ilmiah maka ada proses berfikir. Bila kurang berfikir, sesuatu ilmu itu tidak akan mantap dan matang maka belum ditahap ilmiah lagi. Tidak boleh tidak, sebagai umat Islam pada zaman ini, kita mesti banyak berfikir untuk memantapkan akidah kita. Untuk banyak berfikir, perlu dulu tahu cara berfikir dengan betul. Untuk tahu berfikir cara dengan betul, perlulah belajar ilmu mantik dan seterusnya mempelajari falsafah dan ilmu Kalam. Jadi, tidak boleh elak, umat Islam perlu jadi pemikir untuk berakidah dengan kuat dan baik.
Banyak lagi yang boleh dibincangkan untuk kita fahami Islam sebagaimana mestinya...Insya Allah akan bersambung lagi... (untuk Akhi Hisyam..nanti saya jawab komen saudara, amat menarik untuk kita bermuzakarah...demi kebaikan dan ilmu).

Thursday, May 22, 2008

TULISAN MILIK MUFTI PERLIS DIKRITIK

Salam Semua,

Di bawah ini posting saya yang lalu yang mana saya ambil tulisan Mufti Perlis dan dibawah ini juga komen-komen yang saya terima dari pembaca tentang penulisan Mufti Perlis ini.
Banyak lagi pandangan Mufti Perlis yang boleh dibahas dan diluruskan pandangannya.

Hakikatnya : Kita semua manusia biasa dan kita mesti kritikal terhadap apa sahaja pandangan yang tidak betul tidak kira ianya daripada Mufti ke atau siapa. Mujur saya tidak mengatakan ianya tulisan Mufti Perlis , jika tidak tiada siapa yang berani komen.

Saya akan terus menulis perkara-perkara yang saya rasa tidak benar...dan saya juga terbuka untuk dikritik...banyak lagi pemikiran beliau yang harus diluruskan...Insya Allah akan ditulis lagi.


MARI BERDISKUSI : MENCARI ULUL ALBAB DAN PENGUKUHAN AKIDAH.
Salam,
Ulul Albab atau bolehlah kita panggil intelektual disebut di dalam Al-Qur'an sebanyaj 16 kali. Di antara ciri-ciri Ulul Albab ialah mereka menggunakan akal fikiran serta tidak hanya menerima bulat-bulat ilmu yang diajar begitu sahaja. Terdapat kaedah tradisional pengajaran ilmu yang mengatakan bahawa "orang yang banyak bertanya itu lemahlah imannya" adalah berlawanan sama sekali dengan ciri-ciri ulul albab.
“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).
Punca utama kesesatan kebanyakan manusia ini adalah anggapan bahawa akal perlu dimandulkan tanpa perlu bertanya dalil atau hujah apabila berhadapan dengan golongan agama. Seakan ajaran Islam ini anti akal yang matang yang sentiasa menilai apa yang didengar. Padahal akal yang matang itulah ciri golongan Ulul Albab yang diseru oleh al-Quran.
Dalam persoalan pengukuhan akidah pula, ia semestinya mudah dan ringkas. Untuk bertauhid kita tidak perlu falsafah yang memerlukan pemikiran yang berat-berat. Ini dapat dibuktikan pada zaman Rasulullah, badwi yang buta hurufpun dapat bertauhid dengan beberapa sesi perjumpaan bersama Rasulullah. Pengajaran akidah seharusnya tidak menyusahkan seperti ilmu kalam yang berfalsafah dan menyusahkan.
Jadilah ulul Albab dan punyailah akidah yang kukuh dengan kaedah Rasulullah , yang menanam akidah yang kuat walaupun badwi yang buta huruf mampu bertauhid dan berdakwah kepada kaumnya.
Saya minta komen dari para pembaca untuk berdiskusi akan topik ini bagi menyuburkan budaya ulul albab ini.
Posted by PUREHADHARIST at 2:23 AM

5 comments:
Anonymous said...
salamcamna ni...ulil albab kene inetelek tapi tauhid kena cara badawi..apalah kau nitauhid sempurna adalah pada ulil albab...intelktual tauhid adalah ulil albab...jangan rosak islam dengan pandangan camni!
May 4, 2008 10:57 AM
PUREHADHARIST said...
Salam,Itu lah aku pun pening????!!!
May 5, 2008 10:03 PM
Anonymous said...
kau ni sesekali nampak bodoh jugak ye pure hadharist. atau memang kau bodoh pun!!!
May 6, 2008 2:13 AM
PUREHADHARIST said...
Akan kau tahu nanti siapa yang bodoh...tunggu..bahaskanlah tulisan ini...
May 6, 2008 6:13 PM
Anonymous said...
Islam itu indah kalau dapat difahami dengan jelas melalui ulul albab. Jangan kita semborono aje menerima sesuatu agama tanpa berdalil dan mempersoalkan kenapa begini dan kenapa begitu. Kaum Badawi beruntung kerana mendapat hidayah melalui bimbingan Nabi Muhammad. Walau bagaimanapun, ini tdk bermakna seseorang itu tdk perlu mencari ulul albab dalam usaha utk memperkukuhkan akidah dan tauhid. Tanpa ulul albab, seseorang itu tidak mungkin dapat menghayati Islam dalam arti kata sebenar.Seperti yang dikatakan tadi Badawi zaman Rasulullah beruntung kerana mendapat hidayah setelah bertemu Nabi. Kecintaan mereka kepada Nabi dan agama Islam semakin mendalam kerana adanya unsur ulul albab dalam diri mereka. Ini berbeza dgn Badawi atau Bodowi zaman sekarang - takda pendirian, lembab dan hanya mempraktikkan ulul albab ketika sedang tidur lena. Sebab tu segala tindak tanduk beliau berdasarkan arahan dpd menantu serta pengikutnya. Suruh berhenti pun tak nak berhenti. Oi, malulah sikit mat Boria. Kalau negeri depa pun tak boleh pimpin dan menang, inikan pulak nak pimpin negara. Camna ni - takkan nak tunggu mat Boria tu hancurkan negara dan bangsa Melayu baru kita nak ambik tindakan. Tolonglah bangkit wahai bangsa Melayu dan gunakan ulul albab dalam mempertahankan maruah dan bangsa kita.

Monday, May 19, 2008

ISLAM HADHARI: ANTARA KEBENARAN KONSEP DAN KEGAGALAN PERLAKSANAANNYA

Assalamualaikum.

Pernah saya tertanya pada diri sendiri, bila kira-kiranya Islam telah dilaksanakan tanpa ada gejolak dan semua orang patuh di dalam melaksanakan konsep Islam yang syumul?

Pada zaman Rasulullah s.a.w. sendiri, Islam tidak dapat dijalankan secara sempurna oleh para sahabat dan pengikutnya. ( Ini bukan bererti Rasulullah tidak berhasil menyampaikan Islam dengan sempurna. Al-Qur'an ada membuktikan bahawa terdapat peperangan yang mana umat Islam telah kalah sebagai konsekuensi ketidaktaatan umat Islam terhadap Islam. Apa lagi jika kita merujuk kepada bagaimana para sahabat sendiri menolak untuk pergi ke medan perang dengan alasan sayang kepada Rasulullah s.a.w. (ingat: perintah yang disampaikan Rasulullah untuk umat Islam berperang ke Yaman dibawah Usamah Bin Zaid).

Seterusnya, kita lihat umat Islam bergaduh sesama sendiri dan kemudian berperang dan lebih jauh lagi kita bertanya kembali berapa banyak darah yang ditumpahkan umat Islam sesama sendiri dengan mengatasnamakan "perlaksanaan" Islam...

Oleh kerana itu, dalam menilai sesuatu atau seseorang, lupakan dulu siapa dan apa, tetapi nilai dulu dengan objektif sesuatu itu dengan apa adanya.

Memang perlu melihat siapa yang ada dibelakang sesuatu konsep itu, tetapi lebih penting lagi ialah menilai konsep itu sendiri. Tetapi bagi kita orang awam, maka hak kita adalah melihat secara zahir dari apa yang ada, dan kemudian memeras akal untuk mendapatkan ketetapan semaksimal mungkin tiada pilihan lain. Maka perlu dilihat bahawa, keberhasilan melaksanakan sesuatu bukan bererti benarnya konsep tersebut dan sebaliknya tidak berhasilnya melaksanakan sesuatu itu bukan bererti gagalnya satu konsep....

Islam mungkin belum berjaya dilaksanakan dengan syumul di bumi ini sehingga menjadi rahmat bagi keseluruhan manusia, tetapi ini bukan bererti Islam telah gagal dan salah! Islam telah berjaya memberikan suatu konsep yang terbaik bagi manusia tetapi manusialah yang meninggalkan rahmat itu dan manusia telah gagal melaksanakan Islam dengan baik...jadi suatu konsep yang terbaik iaitu Islam telah gagal dilaksanakan manusia kerana manusia yang lari dari kebaikan Islam....

Fikirkan lagi dengan tenang dan sabar serta bertawakallah...banyak rupanya perkara yang kita benci tetapi ianya baik dan banyak yang kita suka namun ia tidak baik untuk kita...
Selagi konsepnya tidak menyalahi Islam, apa sahaja namanya....ia tetap Islam....Islam Hadhari Adalah Islam....

Saturday, May 17, 2008

ANWAR IBRAHIM DICURIGAI : SALAH SENDIRI !

Assalamualaikum w.b.t.


Setiap kali posting berkaitan dengan Anwar, pasti ada komen yang bukan sahaja membela Anwar tetapi juga yang menghentam saya kerana dikatakan mempunyai kecurigaan yang tinggi terhadap Anwar tanpa sebab ! Bukan itu sahaja, malah dihentam juga Pak Lah, Mahathir atau UMNO untuk menggambarkan bahawa kecurigaan terhadap Anwar itu disebabkan saya menyokong Pak Lah, Mahathir atau UMNO. Saya sebenarnya akan melakukan perkara yang sama jika mereka ini juga seperti apa yang dilakukan oleh Anwar ! Tak mainlah fanatik pada tokoh-tokoh. Kita berpegang pada prinsip kebenaran...Begini penjelasan saya:-Jika kita mahu berlandaskan semua perkara dengan Islam, maka hukum Islam hanya terkena kepada permasalahan yang zahir (luaran) dan tidak ada hukum Islam yang boleh dikenakan pada yang batin (dalaman ), kerana hal-hal batin adalah hukum manusia dengan Allah s.w.t.Seseorang akan dihukumi oleh sesiapa pun dalam pandangan Islam kerana zahirnya, oleh itu menghukumi seseorang dengan zahirnya adalah berlandaskan hukum Islam dan ketentuan Islam. Seseorang yang berbohong misalnya, ialah apabila yang dikatakannya tidak ada dalam bentuk kenyataan zahirnya maka ketika itu dia dikatakan pembohong.Ketika Anwar mengatakan sesuatu yang memuji barat dan dia pula dipuji barat maka jangan salahkan orang mengatakan bahawa "Anwar Pro-barat"...oleh itu Anwar pula perlu tahu bahawa umat Islam akan menilai dia dengan apa yang dilakukan - kata-kata atau perlakuan yang lainnya.Jadi, jangan salahkan orang yang mengatakan dia pro-barat kerana memang dia mengatakan sesuatu yang pro-barat. Kita salah kalau disuruh diam dari mengatakannya pro-barat hanya kerana mahu berakhlak baik...Akhlak baik jangan dijadikan sebab dan tempat berselindung dalam menghadapi serangan pemikiran Islam dengan Barat...Ketahuilah bahwa, Barat juga menggunakan dan melakukannya..iaitu dengan mengatasnamakan demokrasi di Iraq dia membunuh lebih dari satu juta umat Islam di sana. Dengan slogan keadilan dia menjajah dan membunuh umat Islam di Palestin....Sekarang ini, dengan "berakhlak baiklah" dan justifikasi akan mengamalkan larangan mengumpat dan memfitnah...segalanya namapak licin dan tenang dihadapan kita sementara pada waktu yang sama barat berjalan terus menghancurkan Islam...Yang anehnya..semua dilakukan melalui tangan umat Islam...barat menggunakan umat Islam untuk hancurkan umat Islam....Fikir dan lihatlah, apa yang terjadi di dunia dan juga dirantau ini...apa yang dilakukan barat untuk kita dan apa yang kita lakukan untuk mempertahankan semua yang menjadi milik kita...Jangan bersembunyi dengan kebaikan yang dibawa Islam untuk meninggalkan kewajiban lain yang ada di dalam Islam....Mencurigai Anwar....itu salah sendiri dan patut dicurigai....

p.s orang kuatnya adalah agen promosi buku-buku Salman Rushdie di Malaysia...sebab Anwar sendiri yang kata Salman "profound writer" so salah siapa kalau kita curiga!

HARI SEMALAM YANG DUKA NAMUN PENUH PENGAJARAN UNTUK MENJAMIN HARI ESOK YANG BAHAGIA : Hari Nakba يوم النكبة

Salam semua,

Isu Palestin adalah isu kita umat Islam yang begitu penting sekali sehinggakan kalau ada usaha untuk membela Palestin kita tidak akan teragak-agak untuk bersama-sama tidak kira apa mazhab,agama atau bangsa. Namun ada juga golongan "macam pandai" menganggap sesiapa yang memperjuangkan isu Palestin yang bukan terdiri daripada "golongan" mereka dicurigai seolah-olah hanya "golongan" mereka sahaja yang berhak dikatakan ikhlas dalam memperjuangkan isu Palestin ini. Ada yang berpendapat Mahmoud Ahmadinejad misalnya hanya meraih populariti apabila memperkatakan isu khayalan holocaust semata-mata dia syiah begitu juga terhadap Imam Khomeini. Sebab itu saya tidak gemar berpolemik isu sunnah/syiah kerana ada isu yang lebih patut diberi keutamaan bagi masa depan Umat Islam.
Disamping, isu-isu yang saya lihat akan melemahkan perjuangan umat Islam sedunia seperti memecahbelahkan Islam dengan isu mazhabi, mendukung penulis-penulis yang jelas menghina Rasul walau atas appresiasi sastera sekali pun, tokoh-tokoh "hebat" yang pro-barat dan ulama/mufti yang sempit pemikirannya, tidak akan saya biarkan tanpa dibahas dan tentunya dengan hujah.
Saudara, isu Palestin adalah standad kita untuk menilai sikap US dan sekutunya tidak kiralah di kalangan negara-negara Arab/Islam sendiri. Apabila sikap acuh tak acuh membela Palestin, itulah acuh tak acuhnya sikap mereka terhadap Islam dan musuh Islam. Kalau disuatu tempat kita mengutuk perbuatan zionisme namun di tempat lain mengaku bersahabat dan boleh "ngeteh" (minum teh) bersama tokoh-tokoh mereka, maka tulah dia "wayang" yang sedang bermain.
Slogan-slogan seperti demokrasi, liberal, keterbukaan minda, berlapang dada, appresiasi sastera/seni, kemerdekaan, keadilan dan hak-hak asasi, pembasmian rasuah, pendakwaan yang terpilih sebenarnya tidak dilaksanakan mereka sendiri kerana ia adalah senjata strategis untuk mereka "menyerang" umat Islam. Bayangkan atas slogan-slogan itu Palestin tetap dilanyak, Iraq ditawan dengan jutaan terbunuh, Afghanistan juga ditawan, Salman dianugerah SIR, kita pula atas nama diplomatik menganjurkan dialog-dialog peradaban dengan orang yang salah dipilih untuk itu dan bermacam lagi.
Kita berakhlak baik kerana bimbang dikatakan tidak berakhlak walaupun di tempat yang salah. Mereka bertindak ganas, kita masih lagi mahu "berakhlak baik" walaupun umat diratah hingga tidak bersisa.
Celik-politik diperlukan bukan kejahilan yang bersandarkan akhlak yang baik. Bertindak betul dan berkesan adalah akhlak baik dalam Islam jika Islam terbela.
sila kunjungi http://www.islammuhammadi.com/ ada tulisan yang amat baik.

La sunni wa syii, wahdah! wahdah! Islamiyyah...
La hadhari wa hadharah, wahdah!wahdah! Islamiyyah... (betul ke bahasa Arab aku...)

Friday, May 9, 2008

MEMO UNTUK SEORANG MUFTI :PERMURNIAN AKIDAH BUKAN HANYA MENULIS SURAT !

Salam,

Baru-baru ini ada seorang Mufti yang sedang meningkat namanya kerana dilihat ilmiah, karisma dan muda dan mempunyai PHD dalam ilmu hadis telah menulis surat kepada sebuah akhbar agar memberhentikan cerpen mingguan seorang penulis muda atas alasan tulisannya itu berbau syiah dan merosakkan kemurnian akidah Islamiyyah.

Surat itu juga diberi salinan kepada Jakim dan Kementerian Dalam Negeri. Menghadapi serta melibatkan kerja-kerja pemurnian akidah dengan hanya menulis surat "menutup periuk nasi orang" adalah suatu perbuatan yang tidak sepatutnya keluar dari seorang Mufti! Sebagai seorang Mufti, ia perlu ada unsur mendidik dan mengamalkan kebijaksanaan dalam berdakwah. Ketegasan Mufti ini tidak dinafikan namun apakah cukup dengan sepucuk surat tanpa ada hujah-hujah ilmiah untuk ditampilkan agar kita, penulis serta ulama-ulama dapat mencari penyelesaian apatah lagi ia melibatkan periuk nasi orang.
Saudara, saya bukan mahu menyerang Mufti ini tidak tentu pasal. Namun melalui beberapa penelitian saya atas tulisan serta ceramah Mufti ini, pemikirannya seringkali bercelaru dan tidak konsisten. Ingat ! pemikirannya bukan ketegasannya... Tegas betul tegas tetapi jika berdasarkan pemikiran yang salah, maka ditakuti ketegasan itu hanya berdasarkan emosi atau agenda yang tersirat.
Mahu saya buktikan kecelaruan pemikirannya? Bergantung atas permintaan ramai....bukan untuk sengaja membukanya tetapi agar tidak terbawa dengan pemikiran salah yang dibawa oleh seorang MUFTI.....muda, hebat, PHD dan sebagainya. Kalau bukan dari seorang MUFTI, saya tidak akan bersusah payah sebegini....ini juga demi pemurnian akidah.

Wednesday, May 7, 2008

ANWAR "DARLING" BARAT...

LAGI PANDANGAN YANG MENYOKONG BAHAWA ANWAR disayangi barat

" ONCE A DARLING OF THE WEST " - Newsweek March 24,2008


( walaupun sedikit penyataannya tetapi membawa penuh makna ).

Sunday, May 4, 2008

MARI BERDISKUSI : MENCARI ULUL ALBAB DAN PENGUKUHAN AKIDAH.

Salam,

Ulul Albab atau bolehlah kita panggil intelektual disebut di dalam Al-Qur'an sebanyaj 16 kali. Di antara ciri-ciri Ulul Albab ialah mereka menggunakan akal fikiran serta tidak hanya menerima bulat-bulat ilmu yang diajar begitu sahaja. Terdapat kaedah tradisional pengajaran ilmu yang mengatakan bahawa "orang yang banyak bertanya itu lemahlah imannya" adalah berlawanan sama sekali dengan ciri-ciri ulul albab.

“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Punca utama kesesatan kebanyakan manusia ini adalah anggapan bahawa akal perlu dimandulkan tanpa perlu bertanya dalil atau hujah apabila berhadapan dengan golongan agama. Seakan ajaran Islam ini anti akal yang matang yang sentiasa menilai apa yang didengar. Padahal akal yang matang itulah ciri golongan Ulul Albab yang diseru oleh al-Quran.

Dalam persoalan pengukuhan akidah pula, ia semestinya mudah dan ringkas. Untuk bertauhid kita tidak perlu falsafah yang memerlukan pemikiran yang berat-berat. Ini dapat dibuktikan pada zaman Rasulullah, badwi yang buta hurufpun dapat bertauhid dengan beberapa sesi perjumpaan bersama Rasulullah. Pengajaran akidah seharusnya tidak menyusahkan seperti ilmu kalam yang berfalsafah dan menyusahkan.

Jadilah ulul Albab dan punyailah akidah yang kukuh dengan kaedah Rasulullah , yang menanam akidah yang kuat walaupun badwi yang buta huruf mampu bertauhid dan berdakwah kepada kaumnya.

Saya minta komen dari para pembaca untuk berdiskusi akan topik ini bagi menyuburkan budaya ulul albab ini.

Friday, May 2, 2008

JEMPUTAN UNTUK BERDISKUSI BERKAITAN ISLAM HADHARI

Salam,

Setelah beberapa kali menulis berkaitan Islam Hadhari ini dan ditepi-tepi blog ini juga ditulis pendirian saya berkaitan Islam Liberal, negara Islam dan sebagainya, saya terpanggil untuk lebih membuka lagi perbincangan berkaitan Islam Hadhari dari segi konsepnya ! Bukan perlaksanaannya atau Pak Lah sebagai pelopornya.

Untuk itu saya, harap perbincangan diadakan setelah mengikuti tulisan-tulisan saya yang lepas-lepas atas topik yang berkaitan agar tidak membangkitkan perkara-perkara yang sama.

Silakan...

Popular Posts