Wednesday, June 17, 2009

Kemenangan Ahmadinejad, Kekalahan Pengaruh Neo-Liberalisme di Iran.

Salam,

Situasi politik Iran semakin mencemaskan dari sejak keputusan pilihanraya Presidennya diumumkan dengan kemenangan Ahmadinejad.

Namun yang menakjubkan ia tidak sedikitpun mencemaskan Ahmadinejad yang menghadiri Persidangan di Rusia. Keputusan 64% memihak kepadanya adalah keputusan yang tidak boleh dipertikaikan dan tidak logik untuk mengatakan ianya terdapat penipuan.

Yang jelas kemungkinan berlaku kesilapan mungkin ada namun tidaklah akan mengubah keputusan untuk memihak kepada Mir Hossein Mousavi.

Mengapa media barat begitu jelas untuk menggambarkan kepada dunia bahawa Iran sedang menghadapi krisis politik yang parah?

Mengapa dalam keadaan hanya mendapat 30% undi lebih Mousavi merasakan dia harus diberi peluang untuk pengiraan semula dan apakah pengiraan semula yang hanya melibatkan beberapa kawasan sahaja boleh mengubah keputusan memihak kepadanya?

Yang jelas semua ini akan terbongkar satu demi satu dan Iran akan menunggu apa kata Pemimpin Besar mereka Ayatollah Ali Khamanei dalam khutbah jumaat ini mungkin sebagai suatu penyelesaian.

Sekarang inipun keadaan telah bertambah baik sejak 4 wakil calon Presiden yang bertanding menemui Ayatollah Ali Khamanei kelmarin.

Apa yang pasti, kemenangan Ahmadinejad telah membuktikan tiada tempat untuk golongan neo-liberalisme untuk bertapak di Iran dan ini yang mengecewakan Amerika dan sekutunya.

Saya mengikuti dekat perkembangan ini dan sering membandingkannya dengan goloingan neo-liberalisme di Malaysia. Mereka juga terdiri daripada ulamak dan non-ulamak yang kadang kala tidak perasan bahawa pemikiran dan tindakan politik mereka merupakan dokongan ke atas neo-liberalisme ini.

Nama-nama besar seperti Khatami, Rafsanjani, Mousavi dan Karoubi hanya tinggal sejarah selepas ini.

Begitu juga nama-nama seperti Anwar, Husam, Nik Aziz dan lain-lainnya juga akan tinggal sejarah.

No comments:

Popular Posts