Thursday, June 4, 2009

KEMPEN BESAR-BESARAN " RAKYAT DIDAHULUKAN" HARUS DIADAKAN SEGERA !

Salam,

Melihat gerak kerja Ketua Penerangan YB Ahmad Maslan ke merata tanahair bandar, desa dan kampung-kampung adalah suatu yang amat baik dan sedikit sebanyak memberikan imej baru kepimpinan negara dengan slogan 1Malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan itu.

Namun ada beberapa perkara yang ingin saya utarakan di sini demi survival kerajaan BN bagi menghadapi PRU ke 13 nanti :-

1) Apa yang dilakukan oleh YB Ahmad Maslan dengan turun padang serta singgah dan bermalam di rumah penduduk kampung, bersolat subuh berjemaah dan menoreh getah bersama memang harus dipuji. Timbul persoalan di sini ialah apakah itu yang sebenarnya dikehendaki rakyat? atau hal inikah yang TIDAK dilakukan oleh kerajaan sebelum ini yang menyebabkan rakyat mula menolak BN? apakah menampilkan pemimpin yang berjiwa rakyat ( dalam konteks ini rakyat kampung) akan dapat "menyejukkan hati" pengundi bandar yang jelas menolak BN pada PRU12 yang lepas? Saya faham ia dilakukan di Kelantan yang bakal menghadapi pilihanraya kecil tetapi perlakuan ini dilihat oleh rakyat diseluruh negara dan sekali gus mencipta persepsi bahawa inikah sahaja yang mampu dilakukan oleh BN?

2. Kalau pun mahu mengikis imej sombong dan menampilkan imej mesra rakyat, bukan hanya Ketua Penerangan sahaja yang harus di "highlight"kan, semua peringkat harus melakukannya kerana kita jangan ingat rakyat akan menerimanya jika kita beranggapan cukup mempunyai Ketua Penerangan sahaja yang melakukannya dan pemimpin lain tidak perlu melakukannya. Ingat! Kalau perkara ini diterima baik rakyat, hanya YB Ahmad Maslan sahajalah yang akan dapat sokongan di Parlimen Pontian bukan yang lain, itupun jika itu yang sebenarnya rakyat mahukan.

3. Sudahkah 60000 lebih jentera penerangan UMNO difahamkan dan didedahkan atau mereka sendiri mencari maklumat, apa sebenarnya yang rakyat mahukan? Apakah perancangan rapi telah digerakkan di semua peringkat untuk itu? Apakah cukup hanya Ketua Penerangan UMNO sahaja dilihat bersungguh-sungguh melakukan gerak kerja ini dalam keadaan beliau belum dapat maklumat sebenar apa yang dikehendaki rakyat?

4. Saya simpati kepada YB Ahmad Maslan yang mencipta slogan strategik Media Bersemuka, Media Elektronik, Media Cetak, Media Maya dan sebagainya tetapi sehingga sekarang tidak mempunyai apakah yang harus diisi dalam media-media tersebut. Apakah hanya bersandarkan apa kerjaaan telah lakukan selama ini, hanya bersandarkan penampilan imej mesra rakyat Ketua Penerangan, hanya bersandarkan "road show" semata dan hanya bersandarkan penciptaan slogan-slogan berdasarkan abjad BN-Bina Negara, POLITIK UMNO-Pujuk orang Lantas Ingin Terus Ikut Kita Untuk Bela Nasib Orang dan lain-lain lagi dapat menarik semula sokongan rakyat yang telah hilang selama ini?



Berdasarkan perkara-perkara di atas, saya mencadangkan perkara-perkara seperti berikut:-

1. Membuat kempen besar-besaran "Rakyat Didahulukan" dengan memberi peluang rakyat nyatakan apa yang mereka mahu melalui akhbar, blog khas untuk pengumpulan maklumat, sms dan lain-lain. Apabila telah dikumpulkan, maka barulah menyusun gerak kerja berdasarkan apa yang rakyat inginkan. Ini akan menjimatkan masa dan tenaga serta menepati sasaran. Bayangkan jika kerajaan mampu melaksanakan 70% dari apa yang diinginkan rakyat maka PRU13 kita akan dapati pembangkang tiada isu besar untuk mengatakan kita tidak mengutamakan rakyat.

2. Apa yang dilakukan oleh YB Ahmad Maslan adalah baik, tetapi ianya bukan segalanya. Isu-isu yang merugikan kerajaan BN tetap tidak terjawab lebih-lebih lagi dalam internet. SEMUA Bloggers pro-kerajaan harus dipromosikan secara besar-besaran di semua media dan sekali gus menjadi jentera penerangan kerajaan. iNGAT ! Melalui internetlah segala maklumat diperolehi pengundi-pengundi muda tetapi amat malang sehiingga kini bloggers pro-kerajaan tidak digembeling dan dipromosikan bagi mendedahkan mereka kepada rakyat. Bloggers inilah yang banyak menjawab isu.

Cukup dua perkara ini dilakukan dahulu dan saya yakin kita akan maju kehadapan dengan tempoh pemulihan 2 tahun yang disasarkan kerana jika kita leka dengan melakukan perkara-perkara yang bukan hal sebenar yang dikehendaki rakyat, maka kita mengulangi kesilapan kita selama ini.

No comments:

Popular Posts