Thursday, November 4, 2010

MEMILIKI PANDANGAN DUNIA ISLAM SEBAGAI ASAS PERPADUAN ISLAM.

                                 (PERPADUAN ISLAM. Gambar dari braveheart-blogger)


Salam.

Memiliki pandangan dunia Islam adalah seperti memiliki alat "navigator" GPS di mana bila atau ke mana sahaja kita tersesat maka kita akan dibimbing semula menuju matlamat sesebuah perjalanan itu.

Orang yang memiliki pandangan dunia Islam akan berfikir dan bertindak melampaui atau melangkaui disiplin parti politik yang ia sertai. Apa maksudnya?

1. Kita ambil isu perpaduan Islam di Malaysia. Adalah wajib bagi setiap umat Islam mengimpikan sebuah negara yang mana Islamnya kuat walaupun terdiri dari pelbagai parti politik yang ahlinya terdiri dari umat Islam. Pada politiknya sahaja nampak berpecah namun dalam isu kekuatan Islam kita bersatu. Ini natijah dari pemilikan sebuah pandangan dunia Islam yang menjadi landasan kita berpolitik.


( Hassan Nasrallah sering bekerjasama dengan tokoh sekular Jumblatt demi Islam dan negara ....bukan mengkafirkan sesuka hati kita!!!)



2. Orang yang memiliki pandangan dunia Islam, akan memikirkan apakah sebarang tindakannya bakal melemahkan Islam atau tidak? Yang diperhitungkan ialah Islam bukan parti. Jika parti melemahkan Islam walaupun dalam parti Islam maka sesuatu tindakan itu tidak boleh diteruskan. Menjatuhkan sebuah kekuatan politik milik Islam yang sedang berkuasa tanpa dapat menjamin sebuah kekuatan Islam yang baru yang boleh menggantikan kekuatan Islam yang dijatuhkan itu adalah suatu perbuatan melemahkan Islam itu sendiri. Sebuah parti Islam yang berpakat dalam keadaan tidak boleh memimpin pakatan itu yang terdiri daripada parti-parti yang jelas menolak Islam maka dengan sendirinya parti Islam itu samada jahil politik atau tidak memiliki pandangan dunia Islam yang mereka dakwa memperjuangkannya.

3. Orang yang memiliki pandangan dunia Islam adalah orang yang bijak dan tahu memilih keutamaan dalam hidupnya. Rasuah, gejala sosial dan bermacam-macam lagi kebobrokan dalam masyarakat perlu diatasi dengan segera dan secara efektif. Konsep amar ma'ruf nahi munkar menjelaskan bahawa keberkesanan dan "timing" serta pertimbangan mashlahah dan mudarat perlu diperhitungkan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Ini bagi memastikan keberkesanan dari amar ma'ruf nahi munkar itu tercapai!. Dalam sebuah kerajaan yang lama memerintah dan telah mencapai kemakmuran, kita tidak boleh menolak akan ada manusia-manusia yang tamak haloba serta pentingkan dunia untuk "merompak" kemakmuran itu untuk kepentingan diri. Bagaimana menghapuskan gejala manusia tamak ini? Apakah manusia sebegini perlu diuruskan melalui penguatkuasaan undang-undang semata-mata atau kita menjatuhkan parti yang manusia ini menjadi ahlinya? Sebagai contoh, UMNO terdapat pemimpin yang rasuah. UMNO telah berjaya memerintah dan memakmurkan negara serta berjaya mengekalkan kestabilan politik dalam masyarakat berbilang kaum. Dalam program Islam, Umno tidak jauh ketinggalan menjalankannya cuma persepsi dari parti Islam lawan, Umno belum atau tidak melaksanakan Islam semata-mata kerana pendekatannya yang berbeza. Dalam keadaan ini, apakah UMNO mahu dijatuhkan atau pemimpin berkenaan sahaka diambil tindakan!!! Cuba ianya berlaku dalam parti pembangkang? apakah harus parti itu  yang diruntuhkan?



( Aurat wajib bagi seorang wanita begitu juga sokongan padu demi kekuatan Islam juga wajib!!! Hizbullah yang memiliki pandangan dunia Islam tahu mana keutamaannya, jika Islam kuat, maka kemungkinan wanita-wanita ini yang tadinya membuka aurat akan menutup aurat atau yang tadinya bukan Islam akan memeluk Islam. PAS kena belajar banyak dari Hizbullah....bukan dengan Anwar!!)



4.Maka, begitu penting memiliki pandangan dunia Islam. Bagaimana mahu memiliki pandangan dunia Islam ini? Maka menuntut ilmu adalah persyaratan wajib untuk itu disamping meletakkan di dalam akal dan pemikiran bahawa "saya seorang Islam dahulu baru parti mana yang saya berada!!

No comments:

Popular Posts