Tuesday, November 23, 2010

TANDA-TANDA AWAL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT

Salam

1. Beberapa perbualan dengan saudara mara semasa pulang ke kampung khususnya dalam perkembangan politik tanahair sedikit sebanyak memberikan beberapa indikasi penting berkaitan pola pemikiran rakyat semasa.

2. Walaupun pandangan seseorang itu berbeza antara satu dengan yang lain lebih-lebih lagi pandangan dari penyokong-penyokong parti pembangkang yang masih menafikan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, namun "bunyinya" ada lain sedikit.

3. Kemarahan terhadap tuduhan bahawa kerjaan negeri Kedah tidak banyak membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini diselang seli juga dengan suara ketidakyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah.

4. Suara penuh keyakinan bahawa PR akan memerintah kubu kuat UMNO iaitu negeri Johor pada PRU13 diselang selikan juga dengan rasa kegusaran perang psikologi media arus perdana terhadap Kerajaan negeri Selangor.Malah mereka mengatakan wajarlah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada APCO lantaran keberkesanan perang psikologi tersebut.

5. Kesedaran bahawa PAS harus berdiri sendiri daripada duduk dibawah pakatan PAS-DAP-PKR mula kedengaran.

6. Kesimpulannya, apa yang telah dibuat oleh kerajaan BN dibawah kepimpianna DS Najib telah mula dirasai rakyat termasuk dari penyokong-penyokong pembangkang sehinggakan isu-isu yang dibangkitkan mereka sekarang ini bukan isu apa yang dilakukan BN tetapi apa yang mnereka lakukan dan mereka pertahankan. Dulu mereka ofensif namun sekarang mereka defensif....tanda-tanda awal kejatuhan mereka ini.....

No comments:

Popular Posts