Tuesday, January 25, 2011

Siri Ekonomi Islam (Bahagian Akhir )

sambungan......Bahagian Akhir.....




Lokasi yang tepat yang dipersiapkan Islam untuk sistem ekonomi.


Islam telah menyediakan ayat-ayat Ilahi yang mengandungi susunan dan nilai-nilai sehingga membentuk satu sistem ekonomi  yang perlu dalam kehidupan manusia untuk mencapai tujuan yang besar. Beberapa prinsip dasar yang di sediakan oleh Islam ialah:


I. Hakmilik sebenar adalah Allah.


Prinsip ini memberi pengajaran yang sangat penting kepada manusia sehingga membentuk satu ketentuan dalam tindakan seorang muslim dalam memahami faktor-faktor ekonomi yang ada padanya. Pada hakikatnya hakmilik yang ada semuanya adalah milik Allah, Pemilik setiap sesuatu dan Penguasa setiap sesuatu. Hakmilik  yang di beri oleh Allah kepada manusia adalah hakmilik yang nisbi (tidak ada hakikatnya) yang di gunakan Allah hanya untuk menguji mereka sepanjang hayat mereka di dunia sehingga mereka sampai pada nilai dan kualiti yang sempurna. Dengan ini,  di fahami bahawa hakmilik yang di nisbahkan kepada manusia adalah milik Allah untuk keperluan manusia, maka wajib bagi manusia untuk tidak berkeinginan untuk menguasai hakmilik orang lain, sebagaimana menjadi motivasi/tujuan kapitalisme.


Apa yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah untuk beribadah kepadanya, iaitu semua yang diberikannya di dunia ini merupakan alat untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mentaatiNya. Jadi apa yang ada di dunia ini adalah sarana/medium/tool untuk taat kepada Allah, kerana hakikatnya semua milik Allah, dan Allah memberikannya kepada manusia untuk sampai kepadanya dalam mengarungi kehidupan dunia. Harta Allah hanya patut untuk taat kepada Allah dan bukan yang lain (apatah lagi untuk maksiat).


II. Tujuannya ialah untuk mendapatkan kembali lokasi di mana dia bersama, berusaha dan bertugas (tanggungjawab-taklif).


Dengan jalan ini manusia akan  memahami bahawa setiap usahanya bermula dari awal hingga akhir hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah, beribadah dan ta'abud. Mempersiapkan dunia menjadi lokasi bersama sebagai tempat ibadah kepada Allah dan menjadikan tempat ini syurga ibadah bagi setiap manusia sehingga satu sama lain dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan baik sebagai makhluk Ilahi.


Sebagaimana difahami semua bahwa dunia adalah tempat melakukan perjalanan, tempat berlalu sedangkan akhirat adalah tempat tinggal yang sebenar. Dengan itu, maka manusia wajib memahami bahwa di dunia ini satu sama lain wajib menjaga diri untuk tidak merosakkan kehidupan bersama, kerana setiap pelanggaran dari salah satu yang ada di dunia ini akan berakibat buruk pada semua ahlinya, direct ataupun indirect.


Kehadiran para ambiya dan auliya’ Allah di bumi ini adalah membawa pesan Allah tentang dunia dan juga akhirat, iaitu manusia agar tidak lupa bahwa dunia ini adalah perjalanan sementara untuk sampai di keabadian akhirat. Maka tetap jagalah dunia sebagai tempat ibadah, dunia adalah masjid yang besar bagi semua manusia, sehingga manusia wajb menjaga kesucian dunia ini dengan mentaati Allah.


III.Konsep akhlak dalam sistem ekonomi.


Nash Qurani penuh dengan ajaran akhlak yang  membimbing manusia dalam membentuk sistem ekonomi sehingga dapat merealisasikan tujuan hidup. Selain dari itu, ada juga riwayat (hadis) yang mengajak manusia menunaikan tugas dalam suasana kerjasama, dan menjalankan taklif sebagai saudara muslim dan kemanusiaan dengan itsar (pengorbanan) zuhud, sabar dan mengambilberat tentang orang lain. Dari sudut lain, Islam mengajar umatnya supaya saling menghormati, bersifat toleransi dan juga menjaga hak bersama.


"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan ) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan kebahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan" (Al Qasas 28:77).


 Ayat ini memberikan inspirasi sistem ekonomi dengan sempurna demi mencapai kebahagian akhirat dengan membentuk kehidupan dunia yang penuh damai dan saling berbuat baik demi tujuan tersebut.


Ketika setiap manusia menjaga dirinya, iaitu menjaga dirinya untuk keperluan dirinya, dan yang lain termasuk masyarakat, maka satu dengan yang lian tentulah akan sabar dan menjaga akhlaknya, kerana dengan itu lah dunia dan lingkungan yang paling kecilpun akan menjadi tempat yang paling damai. Tempat ibadah, dan yang lebih penting adalah membenarkan orang untuk ibadah dengan damai bersama.


IV. Infaq. Sebagai satu sunnah dan memanjangkan kehidupan.


Dalam makna yang jelas, infaq adalah kesedaran dalam memberi perhatian kepada sesama manusia dan menjadikan kehidupan bersama seimbang dengan menghalang kemungkinan ada konflik. Memberi motivasi supaya satu sama lain saling memberi dan memenuhi keperluan masing-masing. Infaq bukan hanya semangat berkorban dari seseorang tetapi  sebenarnya terdapat nilai pengorbanan, perhatian kepada yang lain dan juga meletakkan tanggungjawab sosial pada setiap individu.Ungkapan bersama-sama dalam setiap masalah dan bersama-sama dalam menyelesaikan setiap masalah merupakan semangat yang terdapat di sebalik pemberian infaq. Hal ini akan memberi kehidupan yang panjang di dunia sampai akhirat.


V. Mensyukuri nikmat: bererti menggunakan kekayaan dengan tepat dan bijak dan menjauhi pembaziran.
Masalah besar dari bidang ekonomi dunia ialah apabila tiada perhatian diberikan pada kelemahan sumber alam, kegagalan menjaga pertumbuhan penduduk tetapi berpijak dari kejatuhan dan kegagalan membuat idea yang betul dari sumber alam semesta, sebagaimana dinyatakan dalam nash dengan mengistilahkannya sebagai kufur nikmat :


 " Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”.(Ibrahim 14:34). 


Mensyukuri nikmat adalah menggunakan semua potensi/kebolehan sehingga menjadi sebetul-betulnya dengan baik dan meninggalkan semua yang tidak berfaedah dan sia-sia.


VI. Menghubungkan antara pencarian nilai moraliti dan kebendaan dalam tingkatan tahap kemasyarakatan.
Hal ini hanya terdapat pada masyarakat yang mempercayai ghaib, dimana dengan iman kepada ghaib, iaitu sesuautu yang selalu berhubungan dengan aspek kehidupan yang beranikaragam ini, dengan itu  mereka dapat melihat lebih jauh dari apa yang hanya terikat pada nilai kebendaan. Ketika difahamkan kepada mereka bahawa Quran menyatakan bahawa dhulum (kezaliman) akan membawa kepada halaq(kehancuran),


"Maka mereka disambar petir kerana kezalimannya dan mereka menyembah anak lembu" (an Nisa' 4:153), dan sebaliknya di mana keadilan, doa dan rasa bersyukur akan membawa pada rakha' (kebahagiaan, kesenangan , keselesaan) "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kepaamu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai" (Nuh 71:10-12).


 Inilah kenyataaan yang akan tumbuh di hati, harapan masa depan, walaupun masa depan yang berbentuk kebendaan serta membuka jalan ke arah  kebaikan ekonomi yang bertenaga di dalam kehidupan sosial..  


Hubungan (kuat) sistem ekonomi dengan sistem lain. 


Dalam Islam, sesuatu sistem yang ada terikat erat dengan sistem yang lain dan tidak berpisah. Satu dengan yang lain saling memenuhi fungsi yang akan membentuk sesuatu menjadi lengkap sehingga sempurna sebagai satu pembentukan Islam yang kompleks dalam membawa manusia sempurna dengan ibadah kepada Allah dan akan sampai kepada tujuan penciptaaan. Perlaksanaan satu sistem berjalan seiringan dengan sistem yang lain, dan tidak mungkin satu sistem digunapakai dan  sistem yang lain ditinggalkan. Atau meletakkan dan menjalankan satu sistem Islami dan pada satu sudut lain digunakan sistem yang tidak Islami. Islam adalah satu kesatuan lengkap yang tidak memerlukan sistem lain. Keutuhan Islam dengan semua aspek dan faktor akan memastikan manusia berjaya sampai pada tujuannya baik di dunia mahupun akhirat, duniawi mahupun rohani.


Dalam hal ini ada beberapa poin yang perlu diberi perhatian :


A. Satu daerah tertentu  memerlukan satu pelaksanaan sistem yang ditentukan oleh wali amr untuk menanganinya secara khusus sesuai dengan daerah tersebut, dengan mempertimbangkan semua aspek kehidupan yang ada di daerah tersebut, sebagaimana akan wujud pelaksanaan sistem ekonomi seperti : mu'amalah, irth (warisan), waqaf dan institusi yang menanganinya, sehingga perlu ada keterikatan sistem, institusi ekonomi dan juga institusi pemerintah.


B. Sistem ekonomi terikat dengan sistem ibadah. Hal ini jelas  dari ayat-ayat Qurani yang menunjukkan kaitan erat di antara solat dan zakat, puasa dan zakat serta kafarah di mana semuanya tidak terlepas dari kewujudan sistem yang menyokong sistem ekonomi yang ada terutama dengan ibadah internasional; seperti haji, jika diberi perhatian secara mendalam akan menjadi satu faktor ekonomi Islam global yang akan menolong muslimin secara global untuk lepas dari ikatan kemiskinan dan juga memajukan ekonomi keperingkat antarabangsa.. Dengan itu, ibadah Haji tidak mungkin keluar dari sistem ekonomi dan juga pemerintahan.


C. Sistem ekonomi ialah sistem yang sangat erat dengan muamalah (tanpa riba') yang akan menyelamatkan manusia dari semua tindakan yang tidak di ridhai Allah. Dengan sistem ekonomi dan muamalah yang tepat akan wujud keseimbangan masyarakat, kemajuan dan terhapus kefakiran serta penindasan.


D. Keterikatan yang ada di antara sistem ekonomi dan sistem jihad  (termasuk difa' dan qital) (sistem pertahanan ketenteraan) tanpa mengurangi makna yang ada di mana di dalam Islam persiapan untuk difa' dan jihad merupakan kewajiban syar'i sehingga tanpa ada hubungan dengan sistim ekonomi semuanya tidak terlaksana.


E. Sistem ekonomi juga terikat dengan sistem sosial. Dari unsur sosial yang paling kecil hingga yang paling besar. Keterikatan setiap individu, keluarga dan juga masyarakat dalam makna kumpulan massa adalah keterikatan yang tidak mungkin keluar dari aturan dan sistem yang ada di dalam Islam. Permasalahan irits (warisan), wasyiayah hingga pelaksanaan ta'zir dan dam semuanya merupakan unsur ekonomi.


F. Hubungan antara pemerintah dan sistem ekonomi Islam iaitu perancangan yang dibuat oleh pemerintah tidak  mungkin keluar dari sistem yang ada. Jadi boleh dinyatkan bahawa sistem pemerintah  merupakan pelaksanaan sistem Islam dalam pengembangan ekonomi Islam.


G. Hubungan sistem ekonomi dengan akhlaq. Sebagaimana telah diterangkan di mana kedua-duanya tidak terlepas dari keperluaan insaniyah dan insaniyahnya. 


Semua faktor ini bukanlah semboyan tetapi  kewajiban untuk membawa manusia sampai pada tujuannya. Melemahkan satu atau meninggalkan sebahagian dan melepaskan sebahagian akan melemahkan semua, kerana semua faktor dan sistem terikat satu dengan yang lain sebagai satu kesatuan yang utuh yang tidak dapat memisahkan satu dengan yang lain. Tanpa menolak adanya faktor muhim (penting) dan aham (lebih penting) serta adanya hukum tsanawi yang perlu diterapkan bersesuaian dengan daerah tertentu yang akan ditentukan oleh wali amr


Pelonggaran sistem ekonomi Islam. 


Pelonggaran dari sistem ekonomi Islam adalah sesuai dengan pelonggaran dari hukum Islam yang dilihat dari aspek ekonomi. Semua ini digunakan sebagai alat melayani kehidupan manusia terutama atas tujuan jangka masa panjang, iaitu mencapai cita-cita bersesuaian dengan fitrahnya, dengan melakukan perubahan dan kemajuan sesuai dengan tabiat alam sekeliling. Ada beberapa hal yang dilihat, terutamanya:


a. Adanya hukum Islam yang tetap, tetapi kemungkinan dalam melaksanakannya perlu disesuaikan dengan melihat masa/zaman dan tempat, ianya akan berbeza pada penempatan pelaksanaannya, tanpa merubah hukum tapi berbeda dalam meletakkan hukum.


b. Adanya kerumitan dalam kehidupan sosial yang berbeza dan juga hakmilik yang berbeza satu tempat dengan tempat yang lain dan juga keadaan satu tempat dengan tempat lain begitu juga nilai yang di tentukan masa. Seperti air, pada masa dahulu air tidak diperjual belikan seperti di masa ini, begitu juga batu dan pasir. 


Kesemuanya telah terjadi perubahan nilai.


Perubahan nilai terjadi kerana  faktor kehidupan yang ada seperti teknologi , nilai terhadap benda (termasuk nilai hakmilik) serta sistem (kemajuan sosial) yang digunakan dalam cara berfikir.


Kesemua ini akan mempengaruhi ketentuan dalam meletakkan hukum terhadap nilai-nilai yang terjadi di dalam masyarakat tersebut. Apa yang menjadi pertimbangan di antaranya ialah nilai huruf yang digunakan dan juga maslahat kehidupan sesuai dengan ketentuan zaman. Seperti meletakkan nilai israf dan tabzir pada suatu objek tertentu akan berbeza dari satu masyarakat dengan masyarakat yang lain, dari keadaan dengan keadaan lain, dari satu individu dengan individu lain. Sebagaimana perbezaan nilai yang ada di antara faqir dan ghina, nafaqah mut'arifah (nafkah yang biasa), al manfatat al muhallalah (kegunaan yang halal/dibenarkan) dan  banyak lagi yang perlu dilihat secara terperinci kerana terdapat perbezaaan alami dan juga lingkungan serta zaman .


Dengan ini, Islam telah menentukan di mana setiap Ahli Hal perlu memberi ketentuan yang tepat dalam meletakkan hukum pada tempat dan masa yang tepat dengan tidak melupakan beberapa elemen penting:


1.Indifikasi cara yang tepat untuk melaksanakan hukum yang tetap, seperti menghilangkan riba (haramnya riba adalah hukum tetap) dengan sistem perbankan (pada dasarnya hukumnya mubah dan menjadi wajib apabila berhadapan dengan kemungkinan terjadi yang haram dalam muamalah) .


2. Memenuhi semua aspek kehidupan manusia dengan hukum Ilahi


3. Menentukan situasi (condition) yang tepat untuk melaksanakan hukum Islam dengan tepat dengan meletakkan institusi pelaksanaan hukum tersebut dengan arif dan bijaksana.


Hal-hal sebegini sangat penting dijadikan pertimbangan kerana  faktor yang diperolehi di dalam bab fiqah seperti : ashal at tazahum (dasar pertentangan) seperti tazahum (konflik) antara wajib melaksanakan hukum Islam dan larangan konflik yang muncul kerana pelaksanaan hukum tersebut. Oleh itu, perlu ada jalan penyelesaian untuk memudahkan pelaksanaan hukum tersebut sehingga tidak terjadi mafsadah (kefasadan). Jika kemungkinan hal ini terjadi maka perlulah dilihat pada : tarjih bil ahamiyah (mengutamakan yang lebih penting). Sehingga dalam keadaan tertentu, pelaksanaan hukum boleh ditunda demi  menjaga supaya terhindar dari kefasadan yang lebih besar dengan menunda pelaksanaan maslahat yang diinginkan.


Perlu di fahami bahawa sesuatu hukum tidak dilaksanakan (ditunda) kerana menghindari kefasadan demi mencapai maslahat adalah hukum Islam itu sendiri, yang bermakna hukum Islam telah berjalan dalam keadaan tersebut.


Jadi dalam Islam, sistem ekonomi merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari semua sistem yang terbentuk oleh ajaran yang berdasarkan akidah Tauhid, fiqih Islami Ilahi dan juga akhlak karimah untuk melayani masyarakat sampai pada tujuan penciptaaan.  

4 comments:

SAIFUL SIDEK BIN ABDULLAH said...

Testing

abu mohsein said...

Salam, boleh tak tuan berikan sedikit pendapat tentang apa yang tuan terakan di atas blog ini iaitu "Islam itu Politik dan Politik itu Islam". Itu adalah tagline Blog tuan dan saya fikir itu amat perlu dan dituntut terlebih dahulu untuk dijelaskan mengapa ianya dipilih sebagai tagline dan bentuk kefahaman atau worldview yang tuan fahami. Bolehlah ianya dibincangkan dengan lebih terbuka dan berhikmah agar ianya lebih jelas dan terang.

Unknown said...

salam...afwan kami mengajak anda bersama-sama kami di Islamwilayah (IW) www.islamwilayah.com

Unknown said...

kami mengajak anda bersama-sama kami di islamwilayah (IW) www.islamwilayah.com

Popular Posts