Tuesday, March 18, 2008

Pak Lah Mengecewakan "PRIMADONA" UMNO JOHOR

Salam,

Kian hari kian hangat. Dari keputusan rasmi PRU12 hinggalah terbaru pembentukan kabinet Malaysia. Datuk Halimah Mohamed Sadique yang saya gelar "PRIMADONA" Umno Johor tidak dilantik apa-apa jawatan. Sebagai seorang bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, dan dalam keadaan ketandusan Wanita UMNO yang menang pilihan raya, beliau tidak dilantik.

Tentulah kecewa. Ingatkan ke Parlimen dapatlah menapak setapak lagi ke atas tapi hampa. Nak kata apa? Beliau yang menang Parlimen Tenggara dengan undi sebanyak 19031 menggalahkan calon PAS Salleh Farmin yang mendapat undi 4982 boleh dikatakan suatu pencapaian yang membanggakan dalam keadaan keputusan keseluruhan pilihan raya meredum untuk pihak BN khususnya calon-calon wanita yang mempunyai nama besar seperti Datuk Sharizat Jalil.

Apa rasional dan justifikasi Pak Lah, kita tak tahu. Kalau nak dikata ada kes, rasanya takde. Cuma adalah cakap-cakap yang kita dengar.....tapi janganlah dengar sangat cerita tu tanpa bukti yang kukuh. Kita mesti jangan percaya itu semua selagi takde bukti.

Apakah ini ada kaitan dengan pemilihan UMNO kelak yang kita lihat sebagai memberi jalan mudah kepada Datuk Azalina? Untuk apa? Untuk jawatan Ketua Wanita UMNOlah agaknya. Kalau Datuk Dr Mashitah dilantik kita boleh baca iaitu untuk tugas-tugas berkaitan Islam. Tapi kenapa Datuk Halimah tidak dilantik ya? Pening....

Yang pening lagi, Pak Lah seperti mempertaruhkan dirinya dengan tidak melantik orang-orang kuat Wanita UMNO ke dalam kabinet. Ini amat merbahaya...Kalau orang perempuan dah marah..susah Pak Lah.

Apa pun, kita percaya Pak Lah ada sebab tersendiri. Harap-harap Datuk Halimah tidak mengumpulkan ketua-ketua Wanita Bahagian negeri Johor untuk buat Pak Lah susah.. Apa?...Dah nak kumpul dah? Habis....tak tahu........

3 comments:

Anonymous said...

purehadharist,

Pak Lah tahu lah kenapa dia tak lantik Limah tu. Mungkin sebab takde degree kot si limah tu

Anonymous said...

Salam PH,

Dalam keadaan apa pun, Pak Lah tak sepatutnya mengenepikan ahli Parlimen yang menang. Pak Lah Jangan buat silap lagi. Nanti orang umno pun benci dia. wanita umno kalau dah marah tak ingat dunia.

Anonymous said...

paklah takut kalo lantik wanita banyak2.. jeanne marah pulak..

Popular Posts