Friday, March 21, 2008

JANGAN TERLALU YAKIN DENGAN ISLAM YANG KITA FAHAMI DAN YAKINI

Salam,

Jangan hanya baca sahaja tajuk tetapi tidak baca seterusnya, nanti kata saya meragui Islam pulak !

Islam yang kita anuti adalah Islam yang sampai kepada kita tatkala Rasulullah s.a.w tidak bersama kita. Rasulullah s.a.w. adalah pelaksana yang 100% mengikut Islam yang Allah s.w.t sendiri kehendaki. Dia yang faham 100% Islam inikan..

Namun demikian, pada masa kita ini, Islam yang kita fahami tidak keluar dari hasil dua perkara iaitu TAFSIR dan IJTIHAD. Apabila tafsir dan ijtihad, ini bermakna telah kurang nilainya dari 100% kerana ia boleh jadi betul atau tidak. Nilai tafsir dan ijtihad adalah usaha murni para ilmuwan dan mujtahid untuk sedaya upaya mendekatkan kita dengan Islam yang sebagaimana Allah s.w.t kehendaki. Tiada siapa yang boleh mendakwa bahawa dia telah mendapat keabsahan baik daripada Allah s.w.t mahupun Rasulullah s.a.w.

Maka, kita hendaklah sentiasa tidak terlalu yakin dengan Islam yang kita fahami sehingga kita jangan sampai begitu mudah mengatakan hanya kita melaksanakan Islam yang betul orang lain tidak.

Perbezaan pendapat dalam keadaan masing-masing tidak boleh mendakwa ianya 100% betul hendaklah ditangani dengan berlapang dada. Maka barulah kita boleh menguatkan perpaduan di antara kita. Kita jangan mengikuti golongan TAKFIRI yang hanya tahu mengkafirkan dan membid'ahkan orang. Kita juga jangan berpendapat di dalam Islam dengan tidak mengikut metodologi Islam dalam berpendapat seperti golongan Islam Liberal yang menafsirkan Islam ikut selera dan kecenderungan sendiri.
Maka, seharusnyalah kita mula melangkah untuk sama-sama mengenepikan selera dan kecenderungan masing-masing dalam berwacana. Sebab ia tidak terlepas hanya tafsir dan ijtihad yang tidak mencapai 100%.
Ingat! apabila membaca ayat Al-Qur'an yang mengandungi ayat menggariskan ciri-ciri golongan yang Allah s.w.t cintai jangan kita terus mengatakan golongan kitalah yang Allah s.w.t cintai hanya kerana kita dakwa kita adalah golongan yang memperjuangkan Islam dan orang lain tidak memperjuangkan Islam. Bila nak capai 100%? Bila nak dapat keabsahan dari Allah s.w.t? Mungkin itu "agaknya" Allah s.w.t datangkan Imam Mahdi pada akhir zaman sebagai penyelamat sekali gus membawa Islam yang hakiki

1 comment:

separa sedar said...

saya suka begini..tapi bukan tujuan saya untuk mencari lompang kelemahan kamu tentang konsep hadhari itu..cuma saya ingin bertanya..

kenapa kita perlukan wacanakan islam hadhari?

tidak terasakah kita seperti membeza-bezakan konsep itu(hadhari,wahabi,salafi etc)secara tidak langsung kita telah menghukum penganut islam ini supaya memberi gambaran yang mana satu konsep islam yang betul?

bertitik tolak dari situ akan timbulah percanggahan fakta,nas dan pendapat di mana akhirnya berpecahlah golongan-golongan ini menjadi kelompok yang berteraskan konsep yang mereka rasa betul..

saya menghormati konsep hadhari kamu,cuma apa yang saya ingin tekankan adalah secara tidak sedar apabila kita mewacanakan diri kita sebagai pengamal konsep hadhari yang tulen,secara tidak langsung kita telah mengasingkan diri kita dengan umat islam yang sepatutnya ditunjangkan islam yang satu..bukan sekadar konsep..

itu yang saya terkilan apabila ada sesetengah golongan yang men-cop-kan wahabi begini,wahabi begitu,hadhari begini,hadhari begitu...seolah2 masing-masing cuba menunjukkan islam SIAPA yang benar..bukan islam itu sendiri yang benar..

jika begini,saya yakin sedikit masa lagi islam itu dengan mudah akan dicomparekan saling tak tumpah seperti kristian di mana terdapat banyak pecahan di dalamnya..


p/s:sekadar coretan santai..

Popular Posts