Thursday, March 27, 2008

PAK LAH KENA BERTANDING ATAU LETAK JAWATAN UNTUK PULIHKAN UMNO

Salam Semua,

Sebagaimana yang diajarkan Islam bahawa berkata benar walaupun pahit. Maka dengan ini juga saya ingin menyatakan pendirian saya berkaitan penangguhan Pemilihan Umno ini bahawa jikalau benar mahu usaha memulihkan UMNO untuk terus mendapat sokongan, maka ada dua perkara sahaja yang harus dipilih salah satunya iaitu, 1) teruskan pemilihan tahun ini dengan adakan pertandingan diperingkat Presiden dan Timbalan Presiden atau 2) boleh tangguh tetapi Pak Lah kena letak jawatannya dulu untuk dipangku oleh DS Najib Razak.

Apa rasionalnya?

Salah satu dari ini jika tidak dilakukan, maka sekali lagi UMNO dilihat tidak belajar dari kesilapan. Akar umbi akan bertambah meluat dan ini akan diterjemahkan melalui siri kejutan-kejutan yang akan berlaku.

Jika pertandingan diadakan diperingkat tertinggi parti pada tahun ini, maka terserlah anak jantan yang mahu ambil tanggungjawab yang besar ini. Kalau Pak Lah menang bererti telah cukup hujjah untuk Pak Lah teruskan kepimpinan parti dan negara. Kalau kalah, maka Pak Lah mesti akur akan keputusan dan bersedialah berundur. Kita akan hilang Pak Lah tetapi ada sinar baru yang akan menjengah jendela parti UMNO ini.

Tetapi jika keputusan untuk menangguhkan pemilihan tahun ini, Pak Lah KENA LETAK JAWATAN dulu dan dipangku oleh DS Najib Razak sehingga Jun tahun depan. Jika tidak meletakkan jawatan, maka tunggulah bom jangka yang akan meletup di dalam UMNO sendiri. ( mungkin tindakan keluar parti beramai-ramai akan berlaku !)

Ini bukan omong kosong. Setelah beberapa hari berlalunya pilihan raya 12, kita dapat lihat beberapa peristiwa berlaku yAng ada kaitannya dengan kredibiliti Pak Lah. Timbalan Menteri yang dilantik menolak perlantikan misalnya, ini amat memalukan. Apakah Pak Lah tidak berbincang terlebih dahulu atau Pak Lah sedar tak bahawa dakwaan ada wakil rakyat BN akan dibeli Anwar telah mula nampak kebenarannya walau dinafikan? Yang dah dilantik pun meletakkan jawatan!

Sudah sampai satu tahap pula, pihak Istana dilihat tidak sehaluan dengan keputusan Pak Lah dalam isu MB Terengganu. Bukan itu sahaja, sokongan TIDAK sebulat suara dari orang kuat parti akan keputusan penangguhan pemilihan UMNO juga kedengaran seperti kenyataan Ketua Puteri UMNO sendiri dan Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Negeri Sembilan. Lebih jelas lagi walaupun Mike Tyson kata penangguhan adalah permohonan dari UMNO negeri tetapi di Johor sahaja kenyataan Ketua-Ketua Bahagian Umno sendiri tidak seperti yang digambarkan.
Oleh yang demikian, Pak Lah perlu pilih antara dua perkara ini kalau mahu dilihat sebagai negarawan.
ADA KE TAKDE PAK LAH, ISLAM HADHARI TETAP AKAN BERKUMANDANG KERANA:
ISLAM HADHARI ADALAH ISLAM.

2 comments:

Unknown said...

penganut sekular totok adalah kafir kata Al-Qardhawi.

macam ni ja lah.saya dah x peduli berkenaan istilah. xkiralah sama ada had hari ke hadharah ke janji yang menghalang-halang Islam atau menakut-nakuti ummah yang ingin melaksanakan tuntutan Islam akan kalah.

ustaz abdul hadi ke atau pak lah ke saya tak peduli.

yang pasti adalah salah membela atau menolong atau bersekongkol sama ada secara langsung atau tak langsung dengan organisasi sekular.

paham ke tak ni?

ingat kata ideolog terbesar di Malysia:

jika UMNO melaksanakan tuntutan Islam, PAS HARAM melawan UMNO

THE PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Ali,

Setiap pernyataan yang menjurus ke mengkafirkan indivudu perlu hati-hati kalau kita mahu dan mendakwa untuk melaksanakan Islam.

Setiap muslimin harus mempunyai misi Islam dalam hidupnya tidak kira ketika dia telah pun berada di dalam lingkungan Islam atau sekular. Apa itu misi Islam? Iaitu beramal dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Islam menuju kepada Allah s.w.t.

Berada di dalam parti sekular dengan misi Islam apakah saudara hendak mengatakan ianya membela atau bersekongkol? Berada pula di dalam parti Islam apakah sudah menjamin kita sempurna dengan keislaman kita?

Realitinya, tiada suatu organisasi pun atau parti mana pun boleh mendakwa dia telah sempurna Islamnya. Mana ayat Al-Qur'an yang menunjukkan PAS misalnya sah sebagai parti yang menjalankan Islam secara sempurna sehinggakan boleh mengatakan selain daripadanya tidak sempurna Islamnya.? Kalau hanya meletakkan matlamat menegakkan Negara Islam yang saya telah bahaskan tidak mencukupi syarat itu tidak boleh kita katakan ia telah Islam secara sempurna.

Ingat! menjalankan misi Islam tidak harus atau mesti berada di dalam parti Islam.

Yang harus dilakukan sekarang ialah, sama-sama menjalankan misi Islam tidak kira dimana ia berada agar Islam yang sempurnna dapat kita laksanakan dengan persiapan-persiapan untuk ke arah itu.

Saya minta saudara baca balik posting saya berkaitan perkara ini agar tidak membuat kesimpulan yang tersasar lagi.... menyatakan bahawa, perlaksanaan Islam secara bernegara perlukan persyaratan BUKAN bererti kita tidak mahu atau menakut-nakutkan kita akan Islam. Cukupkan syarat! untuk menegakkan negara Islam, kalau sudah cukup, silakan...apakah sebelum ada negara Islam kita ini tidak boleh beramal denga Islam semampu kita...Allah tidak meletakkan taklif melainkan mengikut kemampuan masing-masing.

Bagaimana ia pandangan ideolog terbesar itu tentang tahaluf siyasi yang PAS sedang buat bersama PKR dan DAP? Apakah tidak boleh seorang individu bertahaluf siyasi juga dengan umno misalnya untuk misi Islamnya? Dah jelas-jelas DAP menolak negara Islam pun kita boleh bertahaluf siyasi inikan pula dengan UMNO.

Sebenarnya saudara, kita berada di dalam dunia sekular kalau saudara sedar. Kalaupun esok Malaysia isytihar negara Islam, pada hakikatnya ia adalah hanya sebahagian kecil dari dunia sekular yang besar. Ingat Negara Islam hakiki adalah tanpa sempadan geografi dan hanya satu kepimpinan.

Macam mana ni? Kita belum cukup syarat!

Jalankan misi Islam tidak kira dimana kita berada.

Popular Posts