Wednesday, March 19, 2008

MUFTI PERLIS PUJI PEMBANGKANG - REAKSI AWAL PROTES ISU SHAHIDAN TIDAK DILANTIK MB

Salam,

Dalam laman webnya Mufti Perlis telah memuji rakyat Kelantan yang dikatakan matang berpolitik dengan memilih PAS. "Di kala negeri-negeri lain masih dalam kekalutan, Kelantan tenang dan damai dengan keputusan yang dibuat oleh rakyatnya. Mudah-mudahan itu sebagai tanda bahawa Islam yang dilaungkan di Kelantan benar-benar mendapat keberkatan" katanya. "WAJIB kepada seluruh muslimin terus membantu hasrat Islam yang dilaungkan, selagi zahir padanya keikhlasan bukan bertujuan politik semata", ujar beliau lagi.

Ada beberapa konsekuensi dari kenyataan Mufti Perlis ini:-

1. Kita WAJIB membantu kerajaan PAS di Kelantan,

2. Kerajaan BN yang dia sendiri berada di dalam jentera pentadbirannya tidak Islamik jadi tiada "fatwa" untuk WAJIB membantu BN,

3. Rakyat yang memilih Kerajaan BN tidak matang,

4. Kerajaan BN Selangor sebelum ini tidak telus, jujur dan tidak unggul,

5. Kerajaan BN mengamalkan segala bentuk penyelewengan, kebongkakan dan tidak telus.

Saya menghormati pandangan beliau atas kapasiti beliau sebagai rakyat dan seorang yang mempunyai ilmu. Namun demikian, saya juga terpanggil untuk menasihati beliau agar melepaskan jawatan Mufti kepada orang lain jika merasakan Kerajaan BN tidak Islamik sebagaimana yang beliau dakwa.
Bagi saya, penilaian yang beliau buat berkaitan Islam atau tidaknya sesebuah negeri itu bergantung kepada siapa MBnya. Kalau Shahidan, negeri itu Islam dan dipanggil Darul Sunnah, kalau MBnya orang lain, maka tidak Islamik dan boleh dipanggil Darul-Punah.
Mungkin ini reaksi awal serta protesnya bila Shahidan tidak dilantik sebagai MB. Kot-kot takut dia tidak dilantik sebagai Mufti sebab itu puji-pujilah pembangkang mana tau ada kerja kosong. Nak ganti Nik Aziz ke?
Apa pun ia tidak menghairankan saya kalau dia masuk PAS kerana ia umpama sirih pulang ke ganggang. Macam Anwar Ibrahim jugak la.
catatan:- media perdana pun dia belasah....apa cerita orang Utusan Malaysia, nak beri dia jadi kolumnis lagi ke?
Ini bukan fitnah sila layari http://drmaza.com

5 comments:

Anonymous said...

sudahlah PAS bodoh... nak islam konon tapi buat kecoh..

tok_laki said...

salam
Berkongsi artikel...
wasSalam

separa sedar said...

rentetan dari komen saya di entri lain..

apa jua konsekuensi yang kamu coretkan adalah sekadar mind-language assumption..itu yang saya katakan kamu begitu judgement dlm byk perkara..daripada intro about me yang ditekan oleh kamu bahawa kamu tidak taksub dengan sesuatu parti..saya mungkin setuju..saya mungkin tidak..kamu mugkin tidak taksub menyokong sesuatu parti..tapi kamu agak taksub menyerang sesuatu parti..

tapi tidak mengapa..itu hak masing2..itu yang saya tekankan bahawa kamu juga serupa..prinsip islam hadhari tidak mengajar untuk kita menghentam sesama muslim..jadi dlam kamu gah melaungkan islam hadhari itu,kamu juga telah mencelakan prinsip kamu itu..

salam perkenalan..

PUREHADHARIST said...

Salam Separa Sedar,

1.Konsekuensi yang saya berikan itu adalah berdasarkan kepada kenyataan Mufti Perlis. Setiap yang ada dasarnya tidak boleh ditakrifkan sebagai assumption. Yang ada adalah salah dalam membuat kesimpulan. Kalau saya salah dalam membuat kesimpulan dari kenyataan Mufti Perlis tu, sila betulkan saya, saya bersedia mendengar.

2. Taksub akan melahirkan seorang yang tidak bersedia mendengar pandangan orang lain. Saya tidak taksub, dan juga tidak menyerang. Cuma yang ada, ialah "discourse" iaitu berwacana.

3. Sekali lagi setiap kata atau kenyataan yang kita buat mesti ditakrifkan sesempurna mungkin.Menghentam tidak sesuai dengan apa yang saya tulis. Saya tulis sesuatu sebagai pandangan saya berkaitan dengan sesuatu perkara yang saya lihat tak betul.Sebab itu dalam menegur Hj Hadi saya gunakan "meluruskan pandangan" bukan mengkritik walaupun ianya boleh digunakan namun saya masih menghormati beliau dan tulisan itu hanya untuk menegur kesilapan beliau. Begitu juga dengan Mufti Perlis.

Namun demikian, kalau menurut saudara ianya adalah menghentam,apa boleh saya buat, tetapi saya akan terus membuat teguran demi teguran tetapi akan sentiasa memerhatikan akhlak Islam dalam melakukannya.

Saya amat seronok mendapat pandangan dari saudara ini.

Salam perkenalan jua...

separa sedar said...

1.maksud mind-language assumption saya adalah kesimpulan yang kamu cuba simpulkan dari kenyataan mufti perlis itu..secara nyata kesimpulan kamu belum tentu mencerminkan maksud yang cuba disampaikan oleh mufti perlis itu..sebagai contoh ialah ketidakseimbangan dari segi mendapat fakta yang betul atau duduk semeja berbincang dengan mufti perlis itu adalah antara faktor yang menjadikan kesimpulan itu sekadar mind-languange assumption..saya tidak tahu maksud dalam bahasa melayu..maafkan saya..

saya setuju yang sedikit sebanyak kenyataan beliau seolah-olah menyokong keperibadian pembangkang di 4 negeri itu..jawapan peribadi yang mungkin menyebabkan kerjayanya punah boleh dikira berani..ini saya fokuskan dari aspek sosio-masyarakat dan juga orang berprofilkan islam..bukan polemik politik..itu yang banyak terjadi pada banyak golongan ustaz(saya tidak setuju untuk gelarkan ulama) di malaysia ini..apabila kerjayanya dihubungkaitkan dengan politik di malaysia..sangat tidak adil..sangat tidak genuine..

keterbatasan pendapat atau teguran pasti dilatarbelakangkan politik negara..ini yang membuatkan sestengah ustaz yg sudah "ditolak" oleh "kerajaan" pastinya tercabar nafsu..rentetan cabaran nafsu inilah yang menyebabkan tindakan luar kawal menjadi dendam dan duduk di kerusi pembangkang..ustaz juga manusia..tak lari dari nafsu..

jadi,berdasarkan pengamatan politik yang berlaku di malaysia,saya tidak terkejut golongan-golongan ustaz akan datang dan pergi saling tak tumpah seperti ahli politik..

2.ok..taksub mungkin agak keterlaluan..maafkan saya..

3.bukan maksud perkataan yang cuba saya tekankan..saya tahu coretan kamu agak berlapik..tapi secara tidak sedar dengan polemik hadhari yang begitu kuat kamu war2kan,kamu seiringkan dengan teguran dan kritikan yang seolah-olah tindak tanduknya tidak sekepala dengan kamu..itu yang saya katakan politik..

hehehe..mungkin susah untuk kita seiringkan politik dan agama di dalam situasi di Malaysia khususnya..

keterbukaan kita dalam berpolitik pasti akan mencela kita dari landasan keagamaan..

keterbukaan kita dalam konsep agama juga akan tercela kita di dunia politik..

akhirnya tiada win-win situation..


p/s:maaf..terlalu panjang komen..mungkin kamu bosan..

Popular Posts