Wednesday, May 7, 2008

ANWAR "DARLING" BARAT...

LAGI PANDANGAN YANG MENYOKONG BAHAWA ANWAR disayangi barat

" ONCE A DARLING OF THE WEST " - Newsweek March 24,2008


( walaupun sedikit penyataannya tetapi membawa penuh makna ).

11 comments:

Anonymous said...

salah ke jadi kegemaran org barat?posting ni agak pelik.hurm..ada sahaja kesalahan anwar ibrahim yg cuba dicari walaupun x dpt2

p/s:mahathir dearest yahudi.Siap minta sumbangan tabung yahudi lagi kat ariel sharon utk umno.lagi xleh blah

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Kalau ada kecenderungan sedikit pun atas musuh-musuh Islam ( dlm konteks ini barat yg membawa maksud kuasa besar dunia ) kita mesti curiga apatah lagi sayang menyayang. Tulisan ini bukan direka atau dicari-cari kesalahan Anwar tetapi keluar di Newsweek yg ditulis oleh wartawan barat. Apa nak dikata..satu malaya boleh kena "main" dengan beliau.

Anonymous said...

cakap berdegar-degar tentang islam hadhari..tp hati penuh sangsi mencari kesalahan orang lain..
purehadharist hanya manusia biasa..belum tentu pure islam hadharinya..
tak salah kalau mencurigai..lebih-lebih lagi pada anwar..itu yang purehadharist seronok menghentam..cuba curigai sikit sikap pak lah yang terang-terang tidak memancarkan contoh islam hadhari yang kamu war2kan tu?boleh ke?

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Sejak bila kita harus tengok Pak Lah untuk bicara tentang Islam atau katalah Islam Hadhari? Saya sudah terangkan dalam beberapa posting saya yang lepas bahawa walaupun Pak Lah yang memperkenalkan Islam Hadhari namun ia bukan milik mutlak Pak Lah. Kalau konsep serta prinsipnya baik, mengapa harus syaratnya melihat Pak Lah untuk katakan ianya baik? Saya paste lah kat sini komen saya pada tajuk yang berkaitan untuk beri sedikit penerangan :-

Apabila ada sesuatu istiah "baru" yang mengaitkan dengan Islam seperti Islam Hadhari, Islam Liberal, Islam Alternatis, Islam Amerika atau wujud pertubuhan politik atau NGO ang mengatasnamakan Islam, perkara utama yang harus kita perhatikan ialah konsepnya dan apa isinya. Istilah boleh apa sahaja tetapi apakah isinya? Sebagaimana mazhab pun ada pelbagai "jenama" Hambali. Hanafi , Shafie, Maliki dan Syiah namun kita menilanya dengan isinya atau konsep keseluruhannya. Betul atau tidaknya, tidak hanya tergantung kepada nama,jenama atau istilah yang dipakai atau siapa pelopornya.

Jadi, dalam mengkaji Islam Hadhari ini, saya berpendapat istilah itu tidak penting apatah lagi pelopornya Pak lah. Apa yang saya nampak adalah prinsip-prinsipnya yang 10 itu adalah sangat bagus dan komprehensif. Apabila saya mengajak untuk berdiskusi berkenaan dengan Islam Hadhari, kajilah dari segi konsepnya dan apa prinsip-prinsip yang diutarakan.

Namun demikian, sepanjang saya menulis berkaitan dengannya, tiada satu pun konsep atau prinsip-prinsipnya yang dapat dipersalahkan dengan hujah AQur'an dan As Sunnah. Yang ada adalah Pak Lahnya,perlaksanaannya dan dikaitkan pula dengan segala kebejatan di bumi Malaysia ini seperti rasuah,gejala sosial dan kadar jenayah dengan Islam Hadhari!

Oleh itu, kita hendaklah sedar kalau prinsipnya tidak salah menurut Islam malah tepat mengikut Islam maka kesemua kita bertanggungjawab atas perlaksanaannya mengikut kemampuan masing-masing walaupun tidak atas nama Islam Hadhari. Ingat! Islam Hadhari kalau tidak dapat dibuktikan salah menurut Islam maka ia adalah Islam. Sebab itu saya katakan Islam Hadhari Adalah Islam.

Maka, sejauhmana kita menepati Islam dalam berkonsep dan berprinsip, maka tidak kira dari mana kita datang, dari generasi sahabat, Ahlul Bait atau solofus soleh pun maka kita katakan ia adalah Islam dan jika konsep Islam Hadhari pula menepati Islam, maka ia juga Islam. Jangan terlalu prejudis ataupun phobia dengan istilah Islam Hadhari..ia cuma istilah...lihat isinya..

Kesimpulannya, mengapa saya mempertahankan Islam Hadhari, ia bukan kerana Pak Lah atau sesiapa tetapi ia adalah kerana isinya yang baik dan menepati Islam.

Tentang Anwar ni, saya bukan curiga tanpa sebab, sila lihat posting saya yang lepas dan saya juga sempat berpolemik berkaitan Anwar ini agar saya tidak membuat pendirian sendiri dalam melihat Anwar. Ini adalah penelitian saya dan saya dedahkan kepada umum untuk dikritik atau diulas...sebab apa? sebab ia adalah Anwar Ibrahim! kalau orang lain saya tak peduli..Anwar adalah tokoh yang ramai pengikut kalau tidak diselidiki pendiriannya khususnya yang menyangkut persoalan kepimpinan negara kelak, maka kita wajib dedahkan apa agendanya dan dengan siapa dia bersekongkol.

Anonymous said...

saya sentuh pak lah kerana dia juga pemimpin.ada pengikut juga..sy xkata hadhari pak lah..sy tau hadhari itu bkn dilihat pd individu..sy dh phm lama ttg hadhari yg kamu bangkitkn.sy cuma nak tau yg kamu xpunya curiga ke dgn pemimpin no 1(pak lah) yg menerajui negara?boleh ke kita jadikan contoh kpd masyarakat?hamburan kamu kpd anwar tidak menjadi ape2 sebab masyarakat xbodoh utk menilai sikap manusia.bkn tugas kita utk menghukum,menjadi judgementalis terhadap individu itu.kamu begitu gah menegak islam hadhari,tp dlm masa yg sama kamu membuang masa mencari kesalahan ataupun keburukan org lain..kamu tak ada bezanya dgn org lain.tiada istimewanya kamu ini berprinsip islam hadhari..kamu sukar utk selarikan prinsip kamu dgn nafsu kamu.itu yg membuatkn kamu leka.di sbalik kubah hadhari kamu,kamu memuaskan nafsu anti anwar ibrahim jua..sungguh kelakar.

THE PUREHADHARIST said...

Anti-Anwar bukan yang saya cuba semarakkan di sini. Islam mempunyai kaedah dalam difa' (pertahanan). Kalau Anwar dilihat bahaya dalam konteks bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, apa kita mesti diam sahaja? Sekurang-kurangnya kita mewujudkan medan ini untuk sekurang-kurangnya alert dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Soal anti-Anwar tak timbul, yang pro-Anwar silalah masuk ke medan ini dan buktikan sebaliknya. Itu sahaja.

Saudara saya bukanlah malaikat yg membawa wahyu dari Allah. Namun saya manusia yang ingin mengajak kita berfikir sesama kita tentang kita. Kalau Islam itu sempurna, maka kita yang ingin berbicara tentang Islam ini tidak semestinya sempurna dan selama inipun tiada umat Islam yang sempurna untuk bincang tentang Islam yang sempurna. Kalau tunggu umat islam yang sempurna maka ketika ini tiada yang boleh bebrbicara tentang Islam.

Anonymous said...

sebab itu apa yang sy cuba pojokkan adalah sejauh mana keihklasan kamu dalam menghentam(meluruskan pandangan) terhadap golongan-golongan yang lain spt pak lah..apa yang kamu nampak pada pak lah?kamu mungkin mengatakan tiada bukti untuk kita mencurigai keperibadian pak lah seperti kamu mencurigai keperibadian anwar..

kencederungan kamu dalam menegakkan islam hadhari memang saya kagum..kamu berhujah menggunakan fakta dan nas-nas yang terkandung..tapi apabila kamu berhujah mengenai "musuh islam",kAMU berhujah menggunakan fakta dan EMOSI..itu yang membuatkan kamu saling tak tumpah semacam bloggers yang lain..tiada istimewanya..menghentam orang lain di sebalik keperibadian hadhari yang mulia..sy tau kamu tidak sempurna..begitu juga dengan sy..tp yang membuatkan sy jelik,dalam masa kamu memancarkan sinar hadhari kepada semua,kamu masih leka dengan polemik menjatuhkan maruah sesama manusia waima musuh Allah sekalipun..ingat!rasulullah pun berhadapan dengan musuhnya(abu jahal) tidak pernah memburukkan musuhnya itu..sebaliknya musuh itu sendiri menunjukkan taring dan belangnya kepada umat islam ketika itu..baginda tidak pernah menyuruh umat islam berhati-hati dengan abu jahal,sebaliknya baginda sendiri cuba merapatkan lagi dengan musuhnya..kenali musuh..
katalah anwar itu bersengkongkol dengan musuh islam(yahudi),bukan begini cara kamu untuk menyedarkan masyarakat semua..artikel yang memberi pandangan negatif terhadap individu(bertujuan menjauhi individu itu)bukan kaedah yang terbaik..

THE PUREHADHARIST said...

Saudara, janganlah terlalu emosi apabila tulisan saya mendedahkan hal Anwar dan saudara gagal untuk membela Anwar dan memuaskan hati saya kemudian memaksa saya pula menghentam Pak Lah! Apakah saya akan menjadi lebih dilihat baik ketika saya menghentam Pak Lah dan hati saya tidak baik apabila menghentam Anwar?

Saudara, setiap hal yang saya tulis berkaitan Anwar adalah perkara yang saya dapati dari ucapan Anwar sendiri dan juga ucapan wartawan-wartawan barat. Ini bukan buat cerita! dan jangan ikut perasaan! Saya kemukakan bukti dari ucapan Anwar sendiri di Washington dan bukti itu perlu difikirkan dan dijadikan maklumat untuk kemudian mencari solusi sehingga kita tidak salah memilih nanti. saudara, kata-kata dia sendiri merupakan bukti yang kuat malah terkuat! Saya juga mendedahkan penasihat serta rakannya seperti Khalid Jaafar yang begitu biadap mempromosi buku Salman Rushdie diblognya ( terkini ada lagi sehingga kalau mencuri buku Salman pun dia sanggup kerana begitu ghairah )atas nama appresiasi karya sastera tanpa merasa bersalah mempromosikan penghina nabi itu.

Saudara kalau Abu Jahal itu memang jelas dah siapa dia,tetapi Anwar ini membawa imej reformis dan kita kena hati-hati lebih-lebih lagi seperti yang saya katakan tadi bukti dia pro-Amerika jelas.

Apa yang saya angkat isunya ialah soal masa depan umat Islam. Kalau Pak Lah dapat dibuktikan ada hubungan erat dengan Amerika (tentunya bukan hubungan diplomatik atau G to G )akan saya perlakukan sama demi umat Islam Malaysia. Kita akan dapati saudara Anwar dan rakan-rakannya adalah Liberalis yang pro-Amerika yang harus kita pantau dan dedahkan kepada rakyat Malaysia.

Sekian.

Anonymous said...

sy memberi komen bukan untuk membela sesiapa..lebih2 lagi anwar..tapi sy nak menegur saudara yang konon berkeperibadian islam hadhari tapi begitu gah untuk mencurigai individu orang lain walaupun kamu berpegang pada fakta dan hujah yang tepat..sudah sy katakan,bukan begini cara kamu mencurigai individu lain..kamu mengajak pembaca mengkaji/menjauhi individu itu dengan menunjukkan bukti2 dari barat yang menyokong beliau..

saya ambil contoh ayat kamu:

"Saudara, janganlah terlalu emosi apabila tulisan saya mendedahkan hal Anwar dan saudara gagal untuk membela Anwar dan memuaskan hati saya kemudian memaksa saya pula menghentam Pak Lah! Apakah saya akan menjadi lebih dilihat baik ketika saya menghentam Pak Lah dan hati saya tidak baik apabila menghentam Anwar?"

saya soal kamu kembali;

Saudara, janganlah terlalu emosi apabila tulisan Barat memuji hal Anwar.Apakah Barat akan menjadi lebih dilihat baik ketika barat memuji Pak Lah/pemimpin lain dan barat itu tidak baik apabila memuji Anwar?

ada persamaan dengan persoalan kita berdua?

dalam konteks ini,sama shj kamu ini..kamu kata sy emosi..tapi kamu lebih awal emosi dengan ketaksuban kamu dalam mendedahkan hal individu lain ke mata masyarakat..tidak salah untuk menegur..lebih2 lagi kalau keaiban manusia..kamu boleh tentang musuh islam itu apabila musuh itu betul2 di hadapan kamu mencabar agama kamu..itu yang diaplikasikan oleh rasululullah..sesungguhnya kamu yang sepatut lebih arif ttg hal ini..

sekian.

THE PUREHADHARIST said...

Saudara,

Harap dapat bertenang dan faham persoalannya. Selain dari wartawan barat, saya tampilkan ucapan Anwar sendiri dan ini adalah bukti terkuat.

Saudara tulis,

..tapi sy nak menegur saudara yang konon berkeperibadian islam hadhari tapi begitu gah untuk mencurigai individu orang lain walaupun kamu berpegang pada fakta dan hujah yang tepat..sudah sy katakan,bukan begini cara kamu mencurigai individu lain..kamu mengajak pembaca mengkaji/menjauhi individu itu dengan menunjukkan bukti2 dari barat yang menyokong beliau..

Saudara apabila telah mengakui saya punya fakta dan hujjah yang tepat, maka tiada lagi kecurigaan! Statement saudara bercanggah. Lainlah kalau saya hanya buat dakwaan tanpa bukti, barulah boleh kata wujud kecurigaan!

Saudara tulis,
Saudara, janganlah terlalu emosi apabila tulisan Barat memuji hal Anwar.Apakah Barat akan menjadi lebih dilihat baik ketika barat memuji Pak Lah/pemimpin lain dan barat itu tidak baik apabila memuji Anwar?

Isunya bukan Barat! Isunya Anwar. Saya bukan nak menilai barat baik atau tidak disini tetapi ucapan Anwar serta pernyataan wartawan barat Anwar sebagai Darling of the west menguatkankan lagi ucapan Anwar itu bahawa sememangnya dia didokongi barat atau lebih tepat lagi US. Saya juga akan ambil dari mana sahaja wartawan hatta Afrika pun jika itu merupakan bukti dakwaan saya, jadi tidak timbul saya emosi disini.

Saudara, difa' atau pertahanan ada pelbagai peringkat. Dia bergantung kepada bentuk serangan. Kalau ianya berbentuk serangan pemikiran, maka kita hadapi dengan serangan pemikiran. Kalau nak tunggu musuh-musuh Islam menyerang Islam secara berhadapan atau secara fizikal,masa tu dah tak payah lah kita nak sibuk-sibuk lagi. Saya tak tahu darimana saudara dapat bahawa kena tunggu musuh tercokol depan mata baru kita bertindak agaknya inilah sebabnya Palestine itu masih dikuasai Zionisme sebab kita takde persediaan awal dan sebabnya kita salah baca sirah Rasulullah dalam hal difa' ini.

Saya terbuka dalam banyak hal, walaupun dalam mewacanakan Islam Hadhari, saya takkan teragak-agak menulis berkaitan Pak Lah jika dia sama dengan Anwar..

Teruskan, apa yang terbuku dihati..

Anonymous said...

saudara..saudara..

siapa yang emosi?kamu lihat kenyataan saya sekali lagi..

saya menegur kamu YANG MENCURIGAI individu tersebut..bukan FAKTA/BUKTI kamu..

kamu benar dlm mencari bukti dan fakta yang mengatakan anwar didokong oleh barat,mahupun keluar dari mulut sendiri...tapi ini bukan bermakna kita boleh mencurigai setiap individu terbabit sesuka hati..itu yang sy kata kamu yg emosi..melancarkan perang terhadap individu berlandaskan bukti2 di belakang beliau..menyuruh masyarakat berhati2 dengan individu itu berlandaskan fakta2 di belakang beliau..apa ni?ini ke ajaran islam?bukankah kita patut lebih mendekati beliau untuk lebih mengenali individu itu walaupun beliau dikira musuh islam misalnya?menjauhi musuh itu lebih hina tarafnya berbanding berdamping dengannya..jngan kata nak precaution la..benda2 macam ni membuat semua orang boleh berfikir..kamu sendiri telah automatik menjadi seorang yg judgementalis..jgn sangkal..

Popular Posts