Monday, May 19, 2008

ISLAM HADHARI: ANTARA KEBENARAN KONSEP DAN KEGAGALAN PERLAKSANAANNYA

Assalamualaikum.

Pernah saya tertanya pada diri sendiri, bila kira-kiranya Islam telah dilaksanakan tanpa ada gejolak dan semua orang patuh di dalam melaksanakan konsep Islam yang syumul?

Pada zaman Rasulullah s.a.w. sendiri, Islam tidak dapat dijalankan secara sempurna oleh para sahabat dan pengikutnya. ( Ini bukan bererti Rasulullah tidak berhasil menyampaikan Islam dengan sempurna. Al-Qur'an ada membuktikan bahawa terdapat peperangan yang mana umat Islam telah kalah sebagai konsekuensi ketidaktaatan umat Islam terhadap Islam. Apa lagi jika kita merujuk kepada bagaimana para sahabat sendiri menolak untuk pergi ke medan perang dengan alasan sayang kepada Rasulullah s.a.w. (ingat: perintah yang disampaikan Rasulullah untuk umat Islam berperang ke Yaman dibawah Usamah Bin Zaid).

Seterusnya, kita lihat umat Islam bergaduh sesama sendiri dan kemudian berperang dan lebih jauh lagi kita bertanya kembali berapa banyak darah yang ditumpahkan umat Islam sesama sendiri dengan mengatasnamakan "perlaksanaan" Islam...

Oleh kerana itu, dalam menilai sesuatu atau seseorang, lupakan dulu siapa dan apa, tetapi nilai dulu dengan objektif sesuatu itu dengan apa adanya.

Memang perlu melihat siapa yang ada dibelakang sesuatu konsep itu, tetapi lebih penting lagi ialah menilai konsep itu sendiri. Tetapi bagi kita orang awam, maka hak kita adalah melihat secara zahir dari apa yang ada, dan kemudian memeras akal untuk mendapatkan ketetapan semaksimal mungkin tiada pilihan lain. Maka perlu dilihat bahawa, keberhasilan melaksanakan sesuatu bukan bererti benarnya konsep tersebut dan sebaliknya tidak berhasilnya melaksanakan sesuatu itu bukan bererti gagalnya satu konsep....

Islam mungkin belum berjaya dilaksanakan dengan syumul di bumi ini sehingga menjadi rahmat bagi keseluruhan manusia, tetapi ini bukan bererti Islam telah gagal dan salah! Islam telah berjaya memberikan suatu konsep yang terbaik bagi manusia tetapi manusialah yang meninggalkan rahmat itu dan manusia telah gagal melaksanakan Islam dengan baik...jadi suatu konsep yang terbaik iaitu Islam telah gagal dilaksanakan manusia kerana manusia yang lari dari kebaikan Islam....

Fikirkan lagi dengan tenang dan sabar serta bertawakallah...banyak rupanya perkara yang kita benci tetapi ianya baik dan banyak yang kita suka namun ia tidak baik untuk kita...
Selagi konsepnya tidak menyalahi Islam, apa sahaja namanya....ia tetap Islam....Islam Hadhari Adalah Islam....

2 comments:

Anonymous said...

islam adalah islam..perjuangkanlah islam yg syumul bukan a part of islam sahaja(hadhari)..takut kita menjadi golongan yg hanya mengambil islam sekerat2,bahagian2 yg dirasa serasi dengan nafsu sahaja..nauzubillah..semoga Allah menunjukkan jalan kebenaran kepada kita semua.ameen..

berjuang untuk pure Islam

THE PUREHADHARIST said...

Sdra, hadhari / hadharah/madani membawa erti yg besar dalam Islam. kesyumulan dan hadharahnya atau bertamadunnya Islam tidak dpt dipisahkan. sebab itu hadharah bermula sejak Adam lagi bukan civilization barat yg hanya bermula pd masa revolusi peranchis seperti yg difahami barat! . Oleh itu, istilah apa pun yg menggambarkan Islam ini bertamadun itulah menggambarkan Islam itu syumul! harap saudara dpt baca tulisan saya yg lepas yg telah saya terangkan secara terperinci.

saya tak tahu saudara faham hadhari itu apa? Sehinggakan berpendapat hadhari hanya a part of Islam ! ketamdunan Islam itu lah kesyumulan Islam dan Kesyumulan Islam itulah ketamadunan Islam...mungkin kita berbeza pandangan dlm mentakrifkan tamadun atau juga Islam!

Popular Posts