Monday, May 26, 2008

KECELARUAN PEMIKIRAN SEORANG MUFTI (Bhgn 1)

Salam,

Di dalam posting yang lepas saya bawa dua tulisan Mufti Perlis yang berkaitan dengan pandangan beliau iaitu mudahkan pendekatan Islam, Jangan eksklusifkannya serta perbahasan berkaitan Ulul Albab iaitu golongan intelektual serta bijak pandai. Setelah memaparkannya ada beberapa komen yang agak keras dan beremosi kerana menyangkakan ianya adalah tulisan saya bukan dari seorang Mufti. Baik, berikut ini kita bincangkan sedikit pandangan beliau yang bercelaru dan perlukan kita untuk meluruskan pandangannya kerana beliau merupakan seorang Mufti yang lantang menegur dan berani serta ramai pengikutnya justeru itu kita perlu juga menegur beliau jika ada kesalahan pandangan berkaitan sesuatu hal sebagaimana di dalam Al-Qur'an diperintahkan kita nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran (Al-'Ashr).
Pendapat Mufti :
MUDAHKAN PENDEKATAN ISLAM, JANGAN EKSKLUSIFKANNYA.
Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara paling mudah dan senang untuk difahami. Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yang buta huruf, badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan terpelajar dan cerdik pandai. Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi s.a.w., para perwakilan yang datang mengambil dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkan keseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah.
Pandangan ini bercanggah dengan surah Al Hujurat ayat 14 : "Orang-orang Arab badwi itu berkata: "kami telah beriman ". katakanlah (kepada mereka) "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah "kami telah tunduk (Islam), kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu...
Apabila berbicara berkaitan dengan akidah, maka kita tidak mengambil jalan mudah hanya dengan mengucap dua kalimah shahadah sahaja sudah kira berakidah atau beriman, kerana menurut Al-Qur'an apabila iman itu belum masuk ke dalam hatimu, beerti ia hanya setakat Islam sahaja belum beriman dengan hakikat keimanan yang sebenarnya. Pemikiran yang bercelaru di sini ialah :-
1. menyamakan Islam dengan Iman (akidah)
2. Kewajiban sesuatu yang dituntut itu sudah bererti mencapainya atau berjaya mencapainya.(rujuk tulisan: "ini adalah kerana memahami akidah SATU KEMESTIAN termasuk yang buta huruf...) , memanglah memahami akidah suatu kemestian namun BELUM tentu telah mendapatkan kefahaman yang hakiki tentang akidah itu.
3. Menyamaratakan semua orang dari segi keilmuan apatah lagi ilmu akidah ini. Ini bertentangan dengan perbahasan ULUL ALBAB yang mana tidak sama dari segi keilmuannya seorang yang dipanggil Ulul Albab dengan Badwi padang pasir.
Saudara,
Akidah adalah suatu ikatan yang kuat yang didapati melalui proses mengimani Allah s.w.t yang rasionalnya didahului dengan kemantapan pemahaman. Untuk mencapai kemantapan pemahaman maka tiada jalan lain melainkan melalui proses mendapatkan ilmu. Mendapatkan ilmu juga tiada jalan lain akan melalui proses berfikir. Untuk itu, puncak pencapaian ilmu itulah menghasilkan perbahasan falsafah dan ilmu kalam. Memang benar tauhid boleh dfahami dengan mudah tetapi ini bukan bererti ilmu kalam dan falsafah itu salah dijadikan pendekatan untuk memahami tauhid kerana kedua-duanya itu sebenarnya untuk memudahkan manusia berfikir bukan hanya yang buta huruf. Yang buta huruf ikut cara yang buta huruf untuk memahamkannya, namun tidak mungkin ulul Albab diberi pendekatan si buta huruf atau badwi padang pasir? Bercelarunya Mufti kita ini ialah sesuatu yang partial dijadikan suatu kesimpulan yang besar. Oleh kerana si badwi yang buta huruf boleh faham tauhid dengan beberapa sesi (tentunya kefahaman berdasarkan standad si buta huruflah) maka mufti buat kesimpulan Islam itu tidak perlu ilmu Kalam dan falsafah untuk difahami.
INILAH PANDANGAN YANG BAHAYA LEBIH_LEBIH LAGI ZAMAN SEKARANG YANG MANA BARAT TELAH MAJU DALAM ILMU LOGIKA DAN FALSAFAH TETAPI UMAT ISLAM FAHAM ISLAM IKUT STANDAD SI BUTA HURUF ! patutla ramai boleh jadi MURTAD wahai Mufti PERLIS yang bijaksana!
Kita tidak boleh menyamaratakan tahap pemikiran semua orang itu sama. Oleh kerana itulah ada gelaran Ulul Albab dan sebagainya yang ditulis sendiri oleh Mufti Perlis. Beliau juga sering mengatakan bahawa sesuatu perlu dibahas secara ilmiah. Kalau sebut sahaja ilmiah maka ada proses berfikir. Bila kurang berfikir, sesuatu ilmu itu tidak akan mantap dan matang maka belum ditahap ilmiah lagi. Tidak boleh tidak, sebagai umat Islam pada zaman ini, kita mesti banyak berfikir untuk memantapkan akidah kita. Untuk banyak berfikir, perlu dulu tahu cara berfikir dengan betul. Untuk tahu berfikir cara dengan betul, perlulah belajar ilmu mantik dan seterusnya mempelajari falsafah dan ilmu Kalam. Jadi, tidak boleh elak, umat Islam perlu jadi pemikir untuk berakidah dengan kuat dan baik.
Banyak lagi yang boleh dibincangkan untuk kita fahami Islam sebagaimana mestinya...Insya Allah akan bersambung lagi... (untuk Akhi Hisyam..nanti saya jawab komen saudara, amat menarik untuk kita bermuzakarah...demi kebaikan dan ilmu).

8 comments:

Anonymous said...

Saudara Hadharist,
Saya fikir saudara bukan sahaja menghina Mufti Perlis yang cerdik tetapi saudara juga telah menghina Nabi Muhammad yang buta huruf. Saya kira ilmu saudara yang sejengkal itu belum cukup untuk menduga lautan yang luas. Saudara banyak menggunakan logik dalam penulisan saudara. Cuba saudara fikirkan bagaimana Nabi yang buta huruf boleh mendidik manusia supaya beriman. Saya nak tanya saudara Hadharist, berapa orang yang telah saudara didik hingga beriman?

THE PUREHADHARIST said...

Saudara,

Mengkritik serta menegur bukan bererti menghina. Seorang menegur seorang Muslim yang lain dengan menampilkan hujah Al-Qur'an apakah itu menghina? Kalau begitu ramailah yang telah dihina oleh Mufti Perlis ini kerana beliau juga banyak buat teguran. Saudara, saya masih "reserve" dalam berpendapat bahawa Rasulullah itu seorang yang buta huruf kerana perbezaan pendapat tentang "umiyyin" yang dikatakan membawa maksud buta huruf. Banyak lagi hujjah untuk membuktikan bahawa Al-Qur'an itu bukan ciptaan Muhammad s.a.w selain mengatakan Baginda seorang yang buta huruf! Saudara, disamping lojik, saya juga menampiklan Al-Qur'an dan saya tidak dapat bayangkan Islam ditegakkan atau dihujjahkan tanpa lojik. Apakah Islam suatu agama tidak lojik menurut saudara?

Mufti Perlis sendiri menyelar ulama yang dia panggil tradisional dengan membawa cerita dan ungkapan "org yang banyak bertanya itu lemah lah imannya" maka di sini saya bersetuju dengan beliau dan saya akan mulakan untuk bertanya tentang tulisan beliau dan konsekuensi dari bertanya dan bertanya itulah kita tidak dapat elak untuk menggunakan akal dan lojik. Menggunakan akal banyak terdapat di dalam Al-Qur'an, bacalah saudara...

Mengapa bertanya berapa ramai orang yang telah saya didik hingga beriman? Mengapa? kalau tak ramai saya takde hak menegur mufti tu? Nas apa saudara pakai? Mungkin akal juga?

Mufti manusia biasa perlu juga dikrtik demi mencari kebenaran, jangan talsub kepada manusia, taksublah kepada kebenaran yang berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah....

Dengan ilmu saya yang sejengkal inilah saya harapkan jawapan yang bernas dari pembaca yang ilmunya sedalam lautan...

Anonymous said...

Wah marah betul Hadharist dengan tulisan anonymous tu ye. Saya bersetuju dengan pendapat saudara bahawa untuk menegur orang lain hatta seorang mufti memang dibenarkan. Namun saya berkeyakinan bahawa [1] Mufti Perlis tahu membezakan antara Islam dan Iman. [2] Pendekatan Islam perlu dipermudahkan supaya lebih ramai yang tertarik dengan Islam. Lihat bagaimana pedagang-pedagang Arab yang datang ke Melaka berdakwah kepada penduduk tempatan. [3] Allah menghendaki kita memahami sesuatu ilmu mengikut tahap kemampuan kita [bukan semua orang mampu mencapai tahap ulul albab]. Khalid al-Walid seorang sahabat yang 'qawi' walaupun tidak lancar dalam membaca al-Qur'an.
Anonymous 2

THE PUREHADHARIST said...

salam,
Saya tidak marah cuma membuat penegasan sahaja. Saya tidak tahu lah samada Mufti Perlis tahu ke tidak beza Iman dan Islam. saya tegur dengan apa yang ditulis. Saudara permudahkan pendekatan Islam memang saya setuju jika mengajak org kepada Islam. Nlamun kita harus membezakan ketika mana seseorang itu telah berada di dalam Islam maka pengetahuan perlu ditambah dan pengukuhan akidah perlu dibuat. jika tidak kemungkinan akan murtad pasti berlaku bukan sahaja kepada mualaf tetapi yang dah lama memeluk Islam hatta yang lahir Islam..
Memang tahap pengetahuan seseorang itu berbeza dan di sini taklif juga berbeza. Untuk si buta hurUf mungkin cukup mengucapkan kalimah syhadatain tetapi untuk ulul albab lain lagi taklifnya.. namun bagi Mufti Perlis ia menyamakan semuanya dalam tulisan yang dapat kita fahami.

Anonymous said...

hmm mufti perlis jer ke yg salah??macam mana dgn paklah dan kunco2nya??maaf la,cuma saya nampak saudara macam xadil,asyik menghantam satu individu..sama2 kita betulkan niat kita

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

kitakan sedang membincangkan hal pemikiran Mufti, jadi tidaklah bermakna selain Mufti itu betul. Kalau Pak Lah salah saudara jangan bimbang saya akan tetap mengatakan dia salah.Apakah apabila mengatakan Mufti itu salah, saya akan jadi salah juga bila tidak mengatakan Pak Lah salah?

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Tidak mustahil seorang mufti pun boleh silap. Oleh itu ianya bukan merupakan keaiban kalau mufti tersilap dalam berfikir namun ia akan menjadi lebih aib jika tidak ada umat Islam yang menyedari kesilapan itu dan membiarkannya, dan lebih-lebih aib lagi kalau kesalahan itu diakui sebagai kebenaran..kerana yang berpendapat itu adalah seorang Mufti....

Berkaitan Khalid bin Walid:

Khalid bin walid adalah sahabat yang 'qawi' badan... Khalid bin Walid adalah sahabat yang 'qawi' badannya, yang digunakannya untuk memerangi Islam sebelum masuk Islam dan membela Islam sesudah menjadi muslim, tapi tetap saja dia dinyatakan sebagai orang yang tidak mentaati Rasulullah, sebagaimana dinyatakan oleh Mufti...apakah ini tanda "qawi"?

Anonymous said...

Perlantikan mufti merupakan satu perkara yang amat penting, namun selama ini adakah perlantikan berlandaskan pemilihan dalam islam atau perlantikan dengan kuasa veto Sultan dan MB? Bagaimana sistem perlantikan Mufti yang sebenar?

Popular Posts