Thursday, May 22, 2008

TULISAN MILIK MUFTI PERLIS DIKRITIK

Salam Semua,

Di bawah ini posting saya yang lalu yang mana saya ambil tulisan Mufti Perlis dan dibawah ini juga komen-komen yang saya terima dari pembaca tentang penulisan Mufti Perlis ini.
Banyak lagi pandangan Mufti Perlis yang boleh dibahas dan diluruskan pandangannya.

Hakikatnya : Kita semua manusia biasa dan kita mesti kritikal terhadap apa sahaja pandangan yang tidak betul tidak kira ianya daripada Mufti ke atau siapa. Mujur saya tidak mengatakan ianya tulisan Mufti Perlis , jika tidak tiada siapa yang berani komen.

Saya akan terus menulis perkara-perkara yang saya rasa tidak benar...dan saya juga terbuka untuk dikritik...banyak lagi pemikiran beliau yang harus diluruskan...Insya Allah akan ditulis lagi.


MARI BERDISKUSI : MENCARI ULUL ALBAB DAN PENGUKUHAN AKIDAH.
Salam,
Ulul Albab atau bolehlah kita panggil intelektual disebut di dalam Al-Qur'an sebanyaj 16 kali. Di antara ciri-ciri Ulul Albab ialah mereka menggunakan akal fikiran serta tidak hanya menerima bulat-bulat ilmu yang diajar begitu sahaja. Terdapat kaedah tradisional pengajaran ilmu yang mengatakan bahawa "orang yang banyak bertanya itu lemahlah imannya" adalah berlawanan sama sekali dengan ciri-ciri ulul albab.
“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).
Punca utama kesesatan kebanyakan manusia ini adalah anggapan bahawa akal perlu dimandulkan tanpa perlu bertanya dalil atau hujah apabila berhadapan dengan golongan agama. Seakan ajaran Islam ini anti akal yang matang yang sentiasa menilai apa yang didengar. Padahal akal yang matang itulah ciri golongan Ulul Albab yang diseru oleh al-Quran.
Dalam persoalan pengukuhan akidah pula, ia semestinya mudah dan ringkas. Untuk bertauhid kita tidak perlu falsafah yang memerlukan pemikiran yang berat-berat. Ini dapat dibuktikan pada zaman Rasulullah, badwi yang buta hurufpun dapat bertauhid dengan beberapa sesi perjumpaan bersama Rasulullah. Pengajaran akidah seharusnya tidak menyusahkan seperti ilmu kalam yang berfalsafah dan menyusahkan.
Jadilah ulul Albab dan punyailah akidah yang kukuh dengan kaedah Rasulullah , yang menanam akidah yang kuat walaupun badwi yang buta huruf mampu bertauhid dan berdakwah kepada kaumnya.
Saya minta komen dari para pembaca untuk berdiskusi akan topik ini bagi menyuburkan budaya ulul albab ini.
Posted by PUREHADHARIST at 2:23 AM

5 comments:
Anonymous said...
salamcamna ni...ulil albab kene inetelek tapi tauhid kena cara badawi..apalah kau nitauhid sempurna adalah pada ulil albab...intelktual tauhid adalah ulil albab...jangan rosak islam dengan pandangan camni!
May 4, 2008 10:57 AM
PUREHADHARIST said...
Salam,Itu lah aku pun pening????!!!
May 5, 2008 10:03 PM
Anonymous said...
kau ni sesekali nampak bodoh jugak ye pure hadharist. atau memang kau bodoh pun!!!
May 6, 2008 2:13 AM
PUREHADHARIST said...
Akan kau tahu nanti siapa yang bodoh...tunggu..bahaskanlah tulisan ini...
May 6, 2008 6:13 PM
Anonymous said...
Islam itu indah kalau dapat difahami dengan jelas melalui ulul albab. Jangan kita semborono aje menerima sesuatu agama tanpa berdalil dan mempersoalkan kenapa begini dan kenapa begitu. Kaum Badawi beruntung kerana mendapat hidayah melalui bimbingan Nabi Muhammad. Walau bagaimanapun, ini tdk bermakna seseorang itu tdk perlu mencari ulul albab dalam usaha utk memperkukuhkan akidah dan tauhid. Tanpa ulul albab, seseorang itu tidak mungkin dapat menghayati Islam dalam arti kata sebenar.Seperti yang dikatakan tadi Badawi zaman Rasulullah beruntung kerana mendapat hidayah setelah bertemu Nabi. Kecintaan mereka kepada Nabi dan agama Islam semakin mendalam kerana adanya unsur ulul albab dalam diri mereka. Ini berbeza dgn Badawi atau Bodowi zaman sekarang - takda pendirian, lembab dan hanya mempraktikkan ulul albab ketika sedang tidur lena. Sebab tu segala tindak tanduk beliau berdasarkan arahan dpd menantu serta pengikutnya. Suruh berhenti pun tak nak berhenti. Oi, malulah sikit mat Boria. Kalau negeri depa pun tak boleh pimpin dan menang, inikan pulak nak pimpin negara. Camna ni - takkan nak tunggu mat Boria tu hancurkan negara dan bangsa Melayu baru kita nak ambik tindakan. Tolonglah bangkit wahai bangsa Melayu dan gunakan ulul albab dalam mempertahankan maruah dan bangsa kita.

9 comments:

Unknown said...

Slm kepada saudara purehadharist.
Muhammad Qutb r.h. di dalam kitabnya Waqiúna Al-Muasir telah menyatakan bahawa:
Berpunca daripada kemunduran akidah,timbulnya kemunduran lain yang menimpa dunia Islam..kemunduran ilmu,ketamadunan,ekonomi,peperangan,
pemikiran dan kebudayaan.

Sebenarnya secara terus terangnya, saya tidak dapat mengenal pasti apakah kesilapan di dalam tulisan mufti perlis itu. (mungkin juga saya ini agak lambat sedikit).

Jika saudara ingin mengatakan bahawa kesilapan itu boleh dikenalpasti melalui komen-komen saudara anonymous yang memberi komen atas dasar emosi dan bukan hujah yang boleh digunapakai, pada pandangan saya yang tidak seberapa ini,itu jauh daripada pembuktian bahawa tulisan mufti itu mengandungi kesilapan yang berat. Sila "clarify"kan mana satu bahagian tulisan itu yang tersilap.

May Allah bless us.WaAllahua'lam.

Anonymous said...

saya fikir kesalahan mufti adalah dia tidak konisiten dalam berfikir...pada satu sisi dia meminta muslimin selalu menggunakan dalil dan hujjah, yang berarti adanya peringkat dalil termasuk nilai yang logik dan falsafi; dengan ini tentulah tidak mudah bagi orang awam, bukan berarti orrang awam tidak perlu menggunakan logik tapi dia kena dengan serious berfikir...tapi pada sisi lain dia meminta kita mempelajari akidah dengan mudah dan ringkas, hal ini tidak mungkin karena akidah adalah satu dasar agama yang penuh pertikaian pendapat dan memerlukan pendalaman, sehingga dalilpun kena kuat; dengan itu tidak akan didapat dengan mudah. mungkin mufti kita itu perlu menjelaskan dengan baik apa yang dimaksudkan dengan mudah dan apa yang dimaksudkan dengan dalil dan hujah...karena dalam logik..bahwa mudah adalah sesuatu yang tidak memerlukan proses berfikir banyak, sedangkan lazimnya dalil adalah perlunya proses berfikir yang banyak....disinilah kesalahan mufti mungkin kelemahan hujjah beliau....

kemudian...tengok lagi ayat yang bercerita tetang arab badawi....apa kata quran...maka dengan apa yang tertulis dalam quran dengan apa yang disampaikan mufti, mana yang benar?

Unknown said...

Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan atau pegangan yang kuat. Manakala dari segi syarak bermaksud akidah islamiyah yang kuat dengan meyakini bahawa tiada tuhan selain Allah.

Maksud mufti itu ialah kita tidak perlu berfikir banyak atau berfalsafah dalam konteks makrifatullah. Yakni cukup sekadar hanya dengan kenyataan:Sahaja aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Di sini bukanlah bermaksud bahawa kita tidak perlukan dalil atau hujah dalam soal akidah daripada Al-Quran, tetapi kenyataan itu bermaksud sami'na wa ata'na(kami mendengar dan kami taat) iaitu kita tidak mempersoalkan keesaan Allah s.w.t. dan kerasulan baginda Muhammad s.a.w.

Dan kita juga perlu tahu bahawa ilmu kalam berkenaan dengan soal akidah hanya timbul setelah munculnya golongan muktazilah yang menggunakan akal yang terbatas dalam menghuraikan soal akidah lalu para ulama didesak untuk menjawab persoalan golongan itu menggunakan ilmu kalam.

Oleh itu,sebenarnya soal akidah sebenarnya tidak memerlukan falsafah dan pemikiran yang berat seperti mana hadith nabi yang sahih: Berfikirlah kamu segala nikmat dan pemberian Allah dan janganlah kamu berfikirkan tentang zat Allah.( hadith riwayat Abu Nua'im)

Dan jikalau kita nak katakan bahawa akidah tanpa hujah dan falsafah yang pelbagai tidak akan menjadikan akidah kita sempurna dan bukan daripada golongan ulul albab,bagaimana pula dengan akidah para sahabat yang jauh lebih hebat daripada kita. Mereka tidak memerlukan pemikiran yang berat dalam soal akidah. Adakah itu bermaksud akidah mereka lemah dan mereka bukan daripada golongan ulul-albab?

Anonymous said...

kalaupun Islam memiliki cara mudah untuk berfikir sehingga mengimani Allah tapi pastilah pula Islam tidak melarang orang berfikir dengan yang berat dan susah...mungkin yang mudah bagi seseorang tidak mudah bagi yang lain dan sebaliknya...

taklif seseorang sesuai dengan situasi dan kondisi setiaporang ..tidak sama..berarti juga dalam berfikir tidak akan sama...

Unknown said...

Ya,Islam tidak menghalang umatnya untuk berfikir berat dalam soal akidah. Tetapi Islam telah meletakkan garisan sempadan sejauh mana kita mampu berfikir seperti mana hadith riwayat Bukhari:

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:Rasullullah s.a.w. telah bersabda: syaitan akan datang kepada seseorang dari kalangan kamu lalu berkata: siapakah yang mencipta kamu?
Sampai dia berkata: siapakah yang menjadikan tuhan kamu? Jika sampai pertanyaan itu kepada kamu. Maka mohonlah perlindungan daripada Allah dan berhenti memikirkannya.

May Allah bless us. WaAllahua'lam.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Akhi Hisyam dan Pembaca sekelian.

Kadang-kadang timbul kepelikan iaitu bagaimana Allah memerintahkan manusia untuk berfikir tetapi berfikir tidak banyak atau sekadarnya sahaja....

Terdapat suatu ayat lebih kurang begini: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan di dalam keadaan berbaring dan merenungkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : " Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka" ).

Bagaimana hendak menerangkan atau memberi erti merenung...kalau bukan dengan berfikir banyak tanpa henti dalam semua pergerakan dan aktiviti, sehinggalah mendapat ketetapan: " ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia" Apakah merenung dan berfikir itu pekerjaan umat Islam yang menepati ajaran Islam atau berfikir banyak serta mendalam (merenung) adalah suatu kesalahan di dalam Islam?

Perlu diingat bahawa, kita tidak boleh marah jika ada yang murtad sebagai konsekuensi kepada hanya sami'na wa ataqna dan kemudian mereka murtad secara zahirnya ataupun batinnya akibat dari tidak memiliki akidah yang kuat...kerana tidak pernah memikirkannya sungguh-sungguh dan memperkuatkan akidah dengan jitu dan kuat. Apakah akidah boleh menjadi kuat jika tidak dengan berfikir...apakah seseorang dengan hanya menjalankan syariat bererti sudah kuat akidahnya?

Sila rujuk ayat-ayat ini:

Al Isra' 36, Al Anfal 22 juga Al A'raf 179 kemudian bandingkan dengan Al Maidah 104 dan Al Baqarah 170 dan banyak lagi ayat yang sama pengertiannya dengan ayat-ayat ini seperti Al 'araf 27,70,71, Yunus 78, An Nisa' 53,54 dan lainnya...

Fikirkan..kerana dengan tidak berfikir kita sama seperti hanya mengikut sahaja apa yang telah diwarisi Islamnya dari orang tua kita. Kita tidak pernah mencari kebenaran Islam tetapi hanya taklid kepada orang tua kita..bagaimana berdakwah kepada orang yang bukan Islam dan mengharapkan mereka masuk Islam kalau Islam wajib diikiuti tanpa dalil? Bukankah mereka akan mencari agama yang menggunakan dalil, sehingga mereka pasti kebenarannya kerana ini sesuai dengan setiap masa dengan perkembangan pesat pemikiran manusia yang sudah matang serta mempunyai pola berfikir yang rasional!!!

Daifnya Islam serta kesiannya Islam kerana tidak memiliki dalil kuat kerana TIDAK dibenarkan berdalil...tetapi hanya kena ikut seperti mana yang ada?..

Saudar Hisyam menulis...

Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan atau pegangan yang kuat. Manakala dari segi syarak bermaksud akidah islamiyah yang kuat dengan meyakini bahawa tiada tuhan selain Allah.

Maksud mufti itu ialah kita tidak perlu berfikir banyak atau berfalsafah dalam konteks makrifatullah. Yakni cukup sekadar hanya dengan kenyataan:Sahaja aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Di sini bukanlah bermaksud bahawa kita tidak perlukan dalil atau hujah dalam soal akidah daripada Al-Quran, tetapi kenyataan itu bermaksud sami'na wa ata'na(kami mendengar dan kami taat) iaitu kita tidak mempersoalkan keesaan Allah s.w.t. dan kerasulan baginda Muhammad s.a.w.

Dapatkah saudara berfikir sejenak, bagaimana orang yang sami'na wa ata'na akan berakidah dengan akidah yang kuat? dan ini sangat berlawanan dengan nash Al-Qur'an. Al-Qur'an memerintahkan kita mengetahui akan Allah s.w.t.: Fa'lam annahu la ilaha illalllah..suatu perintah untuk mencari tahu akan Allah...

Apakah Akhi Hisyam tahu bahawa mu'tazilah ada pada abad pertama dan awal abad kedua hijrah kalau dinisbahkan kepada Washil bin 'Atha' (80-131H) iaitu mereka belum jauh dari sumber awal Islam. Kalau nisbah Islam ke sana, maka mustahil kita perlu berfikir panjang tentang pandangan bahawa akidah yang beerti ikatan yang kuat itu boleh didapatkan dengan mudah sahaja. Kita hendaklah berfikir dengan baik bahawa generasi itupun sebenarnya hendak memberikan kemudahan kepada generasi selanjutnya bukan menyusahkan, masalahnya ada generasi yang hendak sesuatu dengan mudah dalam hal yang memerlukan mereka mendapatkannya dengan usaha yang kuat.

Kita juga perlu membezakan di antara akidah yang kuat dengan amalan manusia. Mari kita lihat disekeliling kita, betapa ramainya orang tidak memiliki akidah Islamiyyah yang mantap tetapi beramal secara maksimum seakan-akan menggambarkan mempunyai akidah yang kuat dan jitu.

Saudara, pandangan Mufti inilah suatu bukti juga bahawa kita perlu berfikir dengan kuat untuk berakidah kerana beliau mengeluarkan sesuatu pandangan yang berlainan pemikirannya dengan orang lain dan ini memerlukan kita berfikir yang mana satu yang benar. Apakah mufti yang benar ataukah ahli Kalam yang juga orang yang berilmu serta berpandangan berdasarkan Al-Qur'an dan As Sunnah.

Bukankah Ahli Kalam bukan hanya terdiri daripada Mu'tazilah, tetapi juga Asha'irah kemudian maturidi juga imamiyah dan jubaiyah dan kita berada diantara semuannya itu yang memerlukan kita menentukan sikap..

adakah hanya dengan sami'na wa ata'na...

Satu pertanyaan kepada Akhi Hisyam, apakah dalam akidah islamiyyah kita dibenarkan sami'na wa ata'na? atau wajib mencari ilmu untuk itu?

Anonymous said...

akhi hisyam : "Islam tidak menghalang umatnya untuk berfikir berat dalam soal akidah" maka ini sudah menjawab semua. inilah dia Islam, dan jangan batasi dengan sesuatu yang akan membuat akhi menjadi lebih jauh menentang apa yang sudah diakui..

berfikir berat: apa maknanya akhi?

Unknown said...

Pertamanya saya mengaku yang saya sudah menggunakan kata-kata yang salah sehingga sebahagian orang salah memahami apa yang saya ingin sampaikan.

Apa yang saya maksudkan bukanlah kita hanya duduk diam dan tidak berfikir lansung! Tetapi apa yang saya maksudkan dengan kita tidak perlu bergantung kepada ilmu kalam dalam pengukuhan akidah boleh dilihat melalui hadith yang telah saya siarkan sebelum ini:

"Berfikirlah kamu segala nikmat dan pemberian Allah kepada kamu dan janganlah kamu fikirkan zatnya.(riwayat Abu Nuaim)"

Dan Syed Sabiq di dalam kitabnya Akidah Islamiyah melalui Al-Quran dan Hadith di bawah tajuk metodolgi pengukuhan akidah oleh baginda s.a.w.:

Sesungguhnya baginda s.a.w. menggunakan metodologi yang amat mudah dan munasabah. Baginda mengajar manusia agar mendekatkan diri manusia melalui dalil penciptaan dunia ini. (Minta maaf kerana saya sekadar terbaca kitab dan tidaklah mempunyai kitab ini, jd mungkin ayatnya lari sedikit)

Oleh itu, janganlah salah faham bahawa Islam itu menghalang umatnya untuk berfikir langsung. Cuma seperti apa yang saya mention kan sebelum ini,Islam meletakkan panduan dalam berfikir.

Dan kita memang tidak dapat nafikan kepentingan ilmu kalam di dalam sejarah Islam. Tetapi kita juga tidak dapat nafikan bahawa ilmu kalam itu kebanyakannya digunakan untuk melawan hujah-hujah pihak musuh Islam.

Akhi Purehadharist, cuba saudara jelaskan bagaimana Arab Badawi yang disebut di dalam kisah itu mampu memperoleh kekuatan akidah hanya dengan beberapa sesi sahaja? Pada pandangan saya, Arab Badawi itu berjaya memperolehinya kerana beliau sudah bersedia untuk menerima Islam. Begitu juga dengan kisah pengislaman sahabat-sahabat lain seperti Abu Zar-Alghiffari yang datang dari jauh semata-mata untuk melihat Nabi kita Muhammad s.a.w. kerana tertarik dengan kisah ketinggian akhlak baginda s.a.w.

Oleh itu, dengan memiliki kesediaan untuk menerima Islam dengan seadanya yang di mana datang ciri sami'na wa'ta'na itu selepas itu,ditambah lagi dengan dalil-dalil kewujudan Allah melalui penciptaannya, sudah mampu untuk melahirkan seorang insan yang saya kira sudah cukup untuk meletakkan dasar akidah yang kuat dalam diri kita.

WaAllahua'lam.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Akhi Hisyam

Jawapan disiarkan dimuka utama (posting terkini)

Popular Posts