Tuesday, June 3, 2008

KECELARUAN PEMIKIRAN SEORANG MUFTI (BHG 3)

Salam,

Ada komen dari pembaca yang bernama Hisyam yang ingin saya kongsi jawapan saya oleh sebab itu saya buat posting ini dan bukan dalam komen.

Pandangan baik Akhi Hisyam dalam menjelaskan bahawa Islam memerlukan manusia/umat untuk menggunakan akalnya untuk berfikir..terutama tentang akidah Islam..di sinilah letak kelemahan pemikiran mufti tersebut...kerana perlu adanya akidah yang kuat dalam adanya perbezaan tafsir Al-Quran dengan Hadis, sehingga untuk mencari jalan tengah antara kedua perbezaan itu perlu adanya akidah yang berdasarkan dalil yang kuat, kerana akan jadi masalah besar, antara ayat yang memerintahkan berilmu (fa'lam annahu la ilaha illaLah) dengan hadis yang memeritahkan untuk tidak berfikir tentang Zat Allah (perlu difikirkan bahawa ada perbezaan antara berfikir tentang keberadaan Allah dengan berfikir tentang Zat Allah)……………………………………………………………………………
.disinilah saya berpendapat bahawa cara berfikir mufti adalah salah (baca: bercelaru}, sebab:

1. Beliau dalam masalah fikih menyuruh orang untuk tidak bertaklid, tetapi dalam akidah Islamiah di saran menggunakan dalil yang mudah..bukankah ini terbalik, akidah yang menjadi milik peribadi setiap orang perlu dilandasi oleh dalil yang kuat sehingga dia memiliki akidah yang kuat, maka dengan taklid atau dalil yang mudah akan menyebabkan lemah lah akidah peribadi/individu seseorang umat Islam itu, sementara dalam fikih, para ulama mengemban tanggungjawab dan berusaha mencarikan dalil bagi hukum hakam sehingga orang awam dapat mengikuti fatwa mereka ,dan fatwalah menjadi dalil bagi orang awam...kalau setiap orang wajib mencari dalil dalam fikih bukankah bererti setiap orang akan menjadi mujtahid pada dirinya sendiri............................................................................?
2. Ketika Islam memerintahkan untuk diberikan "burhan" iaitu dalil oleh orang kafir, maka bukankah umat Islam sendiri sudah semestinya memiliki dalil itu?. Sangat naif kalau dikatakan kita meminta dalil kuat dari orang kafir tetapi kita sendiri tidak memiliki dalil/burhan yang kuat kerana yang kita ada ialah cara yang mudah sahaja.
3. Kemudian, mufti berpendapat bahawa umat Islam hanya sama dan satu kualiti dalam berfikir, ini pastilah salah, kerana Islam memerintahkan untuk memberikan segala sesuatunya (ilmu) setara dengan kadar akalnya, maka ketika seorang yang berilmu tinggi tentulah dia meminta dalil yang kuat dengan pola yang tinggi-logika dan falsafah- tidak sama dengan orang awam yang memerlukan dalil yang mudah........................................
4. Kesalahan terbesar Mufti adalah menyamakan posisi manusia sekarang dengan zaman nabi, perlu diingat bahawa kebanyakan orang arab pada masa itu adalah Badwi penyembah berhala, yang mana mereka tidak memerlukan dalil yang tinggi -jadi nabi telah berbicara tentang Islam dengan kadar Badwi-namun sekarang pola berfikir yang berbeza dengan masa ini dengan berbagai akidah dan ideologi yang beragam tentulah perlu dalil dan hujah yang kuat untuk melawan hal itu..terutama umat Islam perlu mempertahankan akidahnya dengan logika dan falsafah untuk menapis akidah yang menyerang mereka itu...
5. Bukankah diskusi kita ini sendiri telah menjadikan bukti bahawa kita perlu menggunakan dalil kuat untuk memilih mana yang benar dan mana yang salah di antara pemikiran yang ada sehingga seorang tidak hanya sekadar sami'na wa ata'na..
6. Kalau boleh menggunakan contoh Akhi Hisyam..dimana Abu Dzar telah masuk Islam dengan akhlak nabi, ini bukan bererti beliau sudah memiliki akidah yang kuat..tetapi dia masuk Islam kerana tertarik pada akhlak yang baik...maka bagaimana kalau manusia yang tidak pernah melihat nabi dan menghadapi Islam yang beragam dan Islam juga berada di antara sekian banyak ideologi dan agama...bukankah ini merupakan dalil kuat tentang perlu adanya dalil untuk menentukan mana satu yang benar di antara sekian banyak pandangan yang mengaku benar?.....................................................................................................
6. Bagaimana ayat yang memerintahkan tentang tidak dibenarkan mengikuti orang tua (baca al Zuhruf 22-23 dan bandingkan dengan Al ahqaf 4)...atau kita wajib juga mengikuti hadis yang bertentangan dengan apa yang ada dalam Al-Quran.............
7.Akhi, perlu difikirkan, adakah kita wajib mengambil semua pendapat atau mencari salah satu di antara yang banyak itu, maka oleh itu untuk menentukannya perlu adanya dalil yang kuat...
8. Metode mudah mungkin perlu diperjelaskan, bahawa sebahagian orang akan dengan mudah masuk Islam dengan fitrahnya, tetapi sebahagian orang masih berfikir bagaimana fitrah tersebut dapat menerima, lebih jauh lagi sebahagian orang berfikir adakah fitrah menjelaskan detail satu subjek atau hanya masalah umum..seperti fitrah bertuhan..bagaimana dan atas dasar apa manusia bertuhankan Allah dan bukan yang lain..?..................
9. Bacalah kembali surah Al Ahzab 14, bagaimana rasul menolak seorang Badwi mengaku sudah beriman (berakidah) tetapi hanya menerimanya menjadi Muslim (menerima Islam) ,..bukankah ini dalil untuk mengatakan bahawa menerima Islam bukan bererti sudah berakidah atau beriman ...baca kembali tulisan mufti dengan baik..maka kita akan dapat pandangan beliau yang sangat tidak logik dan kadang - kadang merbahaya untuk Islam secara umum...ini kesalahan beliau dan beliau sendiri bersedia untuk diluruskan pandangan selama kita menggunakan dalil...berfikir dan berfikirlah..untuk mempertahankan akidah kita secara personal dan Islam secara umum..tidak semudah dalil yang mudah...

3 comments:

hafiz said...

...pure hadharist- sebuah metafosis ide dalam pemikiran kritis! tahniah! anda telah menjadi 'santo' hadari kedua di malaya ini!

Unknown said...

Ketika manusia masih memiliki iman dan Islam tiada yang lebih membahagiakan daripada itu.
Indonesia memang butuh perjuangan dalam memperbaiki Iman dan Islam masyarakat Indonesia menuju kebangkitan Islam.
oiya pasang widget infogue yach. bisa nambah pengunjung lho, seperti di blog gue yang seumuran tunas kecamba:
http://www.padhepokananime.blogspot.com/
artikel anda aku submit di:
http://agama.infogue.com/kecelaruan_pemikiran_seorang_mufti_bhg_3_

THE PUREHADHARIST said...

Salam Hafiz,

bukan nak jadi "santo" hadhari tapi semua hal yang boleh membuka minda dan manfaat untuk semua, saya akan cuba terokai selagi mampu dan terus akan belajar...

Naruto onepiece,

Terima kasih.

Popular Posts