Wednesday, June 4, 2008

MEMO UNTUK DR ASRI : CONTOHI TOKOH-TOKOH YANG BIJAKSANA BUKAN YANG JUMUD PEMIKIRANNYA !




TOKOH - TOKOH YANG MEMPUNYAI "WISDOM"





Salam Semua,

Mufti Perlis memang diantara Mufti yang pro-aktif dalam memperkatakan isu-isu semasa baik dalam persoalan politik, sosial dan mutakhir ini seni dan sastera. Memang kita suka melihat seorang Mufti yang aktif serta mengisi kekosongan bidang-bidang tersebut lebih-lebih lagi dari seorang tokoh agama.
Namun demikian, terdapat suatu kecenderungan beliau di mana sesuatu yang dilihat bertentangan dengan pendapat atau pegangan beliau maka beliau akan membuat teguran seolah-olah orang yang ditegur itu sudah bersalah dan tiada pembelaan serta ruang untuk berdialog secara berdepan dengan orang-orang yang dibuat teguran tersebut.


Saya merujuk isu sepucuk surat beliau kepada akhbar Harian Metro agar cerpen bersiri penulis muda Faisal Tehrani dihentikan kerana mengagungkan syiah dan menggunakan hadis palsu serta terakhir menuduh Faisal Tehrani berbohong!


Menegur adalah untuk membetulkan, bukan menutup periuk nasi orang! Faisal bukanlah tidak dikenali oleh beliau kerana mereka pernah satu sekolah malah satu usrah. Apalah salahnya menghubungi Faisal dan bertanyakan hal tersebut daripada bertindak "brutal" membuat tuduhan tanpa diberi peluang untuk membela. Bukan itu sahaja, salinan surat tersebut kepada Jakim dan Kementerian Dalam Negeri adalah suatu perbuatan yang mempunyai unsur-unsur hasutan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Faisal Tehrani.


Saya cuba juga rasionalkan tindakan beliau tetapi yang boleh saya dapatkan ialah:-


a) beliau ada masalah peribadi dengan Faisal,

b) memang beliau "phobia" dengan mazhab syiah sepertimana golongan wahhabi yang lain yang mengkafirkan syiah,

c) keterbukaan yang beliau laungkan itu hanya mampu diamalkan oleh tokoh agama "kelas Pertama" seperti Syeikh Mahmud Syaltut, Hassan Al Banna, Jamaluddin Al Afghani, Imam Khomeini kerana "wisdom" mereka ini yang melihat perpaduan umat Islam lebih utama dari isu pertelingkahan mazhab dan dalam hal ini beliau belum mampu lagi.
d) mencari populariti murahan dengan isu-isu popular.serta sifat bangga diri "secara tersirat" ..ini dapat saya kesan melalui tulisan-tulisan beliau yang sering dimulai dengan.....ramai orang datang kepada saya, saya diminta ramai orang untuk memberikan pendapat dan macam-macam lagi lenggok ayat yang menggambarkan kehebatan diri sendiri

Beliau juga bercakap tetapi tidak mengamalkannya apabila sesuatu isu tidak menepati selera beliau sebagai contoh dibawah ini saya ambil petikan tulisan beliau:


"Hari ini jika anda berbicara tentang keterbukaan pemikiran, keluasan menerima pendapat, kembali kepada nas-nas Islam yang asal maka anda sekali lagi akan dituduh kaum muda, atau Wahabi atau liberal. Walaupun anda tidak tahu apa itu Wahabi atau liberal dan apa itu kaum muda. Tuduhan itu tidak memerlukan bukti atau alasan, cukuplah untuk dijadikan tuduhan kerana hanya pendapat anda berbeza. Tuduhan tanpa bukti atau peluang pembelaan diri adalah kezaliman. Ia selalu dilakukan oleh pihak yang mempunyai kepentingan."


Apabila Faisal Tehrani mengatakan hadis-hadis tersebut semuannya dari kitab Ahlus Sunnah Wal Jamaah, beliau terus mengatakan ini jawapan dari syiah dulu lagi dan menuduh ianya suatu pembohongan tetapi tidak dibuktikan. Kalau kita katakan beliau wahhabi kerana beramal dengan fikih Hambali versi Muhammad Ibn Abd Wahab dan lebih atas lagi Ibn Taimiyah beliau menafikannya seolah-olah kita sebodoh itu tidak dapat membezakan mana wahhabi mana sunni dan mana syiah.


Marah, keras dan mungkin dianggap biadap....namun saya tidak peduli kerana saya sudah buktikan beliau bercelaru dalam pemikirannya dan saya sedia terus membuktikannya...sebelum umat terpedaya kerana pendapat seorang Mufti dianggap wahyu oleh sesetengah pihak walaupun ianya bertentangan dengan wahyu itu sendiri.


tunggu....banyak lagi yang akan ditulis berkaitan Kecelaruan Pemikiran Seorang Mufti....

7 comments:

Mantap said...

saudara dengan Faisal sama sahaja.Sempit tentang Islam.Berhujah dengan Al quran dan Hadith tapi belajar sendiri.

Anonymous said...

salam.

mufti perlis bukan sahaja seorang yang celaru, sdr purehadharist, tetapi juga tidak tahu apa yang dicarinya dalam hidup ini. fobia, paranoid, sememangnya ada pada diri beliau; dan saya mengatakan ini bukan sahaja kerana kes beliau vs faisal tehrani ini, tetapi pada setiap tulisan beliau dalam mm saban minggu.

pada saya, yang sememangnya mengikuti perkembangan 'pemikirannya' sejak dia mula 'mendapat tempat', beliau sebenarnya 'takut pada bayang-bayangnya sendiri' (mungkin kerana dirinya belum benar-benar siap siaga menghadapi figur yang boleh menerjah pemikirannya) sehingga 'memaksa' beliau mencari kambing hitam untuk mengalih perhatian khalayak daripada terlihatkan ketakutannya itu.

just my 2 cents.

wassalam.

Anonymous said...

Saudara Hadharist,
Saya harap saudara fokuskan perbincangan blog saudara mengenai Islam Hadhari. Mungkin saudara bincangkan bagaimana 10 prinsipnya dapat dilaksanakan di negara ini. Perbincangan-perbincangan tentang bab lain telah mengambil banyak masa saudara.

PUREHADHARIST said...

Salam,

Alhamdulillah jika saya dan Faisal diakui berhujah dengan Al Qur'an dan Hadith dan dengan mengambil Qur'an dan Hadislah maka telah membuka pemikiran kami kerana Qur'an dan Hadis adalah cahaya yang menerangi dan berpaut kepada kedua2nya kita tidak akan tersesat.

Samada belajar sendiri atau berguru perlu dilihat kepada hujah, jika salah, dimana salahnya, bukan ditanya belajar sendiri ke tidak. Misalnya kalau saya katakan Allah itu satu, apakah perlu ditanya berguru ke tidak? Fakta kebenaran tetap diposisinya, kalau tidak boleh dihadapi, maka akui sahaja ia adalah kebenaran.

Perlaksanaan 10 prinsip Islam Hadhari akan saya laksanakan jika saya mampu melaksanakannya di negara yang saya menjadi Perdana Menterinya. Untuk setakat ini, saya laksanakan juga dalam konteks individu dan mana yang termampu. Saya telah pun menyiapkan sebuah buku untuk itu dan akan diterbitkan tidak lama lagi dan saya akan menghadiahkannya kepada Pak Lah atau siapa sahaja PM pada masa itu. Untuk membataskan saya menulis dan membahas hanya topik Islam Hadhari, sebenarnya apa sahaja topik yang berkaitan dendan Islam, itulah dia Islam Hadhari kerana Islam yang di"HADIRKAN" dalam kehidupan kini itulah dia Islam Hadhari. Saya bimbang saya dihadkan untuk menulis hanya berkaitan Islam Hadhari kerana tidak mahu saya menyentuh Mufti Perlis yang diminati saudara yang memberi komen ini.

Saya minta tulisan saya dibawa ke pengetahuan Mufti Perlis.

ibnu bakr' said...

salam,

mungkin saudara boleh mengaitkan situasi kenaikan minyak dengan 'hadhari'...?

saya tak rasa hal2 berkaitan dunia perlu diasingkan dengan agama...kalau asing sekulalah namanya!

anwar dot com said...

Salam

Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi?
http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w

Video 7-Siapa godfather Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY

Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA

Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew


Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Bakar

Dalam prinsip kelima Islam Hadhari ada dibincangkan isu ekonomi...Islam Hadhari Adalah Islam...bukan sekular...

Popular Posts