Friday, June 6, 2008

KECELARUAN PEMIKIRAN MUFTI (BHG 4) - PUNCA KECELARUAN

Ditulis dalam buku Muqadimah fi ushul at tafsir m/s 51 dan juga At Tafsir Al Kabir jld 2 m/s 255, ketika Ibn Taimiyah ditanya tentang kitab - kitab tafsir manakah yang paling dekat dengan Al Kitab dan As Sunah?.
Dijawabnya: “Berkaitan dengan tafsir yang ada di tangan kebanyakan orang, maka yang paling benar adalah tafsir Muhammad Ibn Jarir At Thabari, kerana dia membawakan perkataan As Salaf dengan sanad yang kuat (tsabit) dan tidak ada padanya bid’ah. Dan tidak membawakan dari dua tertuduh seperti Muqatil dan Al Kalbi.

Dalam kitab yang sama Muqadimah fi ushul at tafsir dibawakan satu kalimat dari hadis; beliau mengatakan bahawa hadis itu adalah hadis maudhu’ dalam tafsir, dan dikembalikan kepada satu rawi yang menyatakan:”dan tiap-tiap kaum ada orang-orang yang memberi petunjuk ” (Ar Ra’ad ) dan { itu adalah Ali kw }, beliau mengatakan: “Itu adalah maudhu’”.
Tanpa disedarinya bahawa hadis ini dibawakan oleh At - Thabari dalam tafsirnya (Tafsir At Thabari jld 13 m/s 72): yang menurut pengakuan beliau sebagai membawakan perkataan salaf dengan sanad yang kuat, dan tidak ada bid’ah…

Begitu juga dikatakannya pada permasalahan tafsir yang lain, dengan mengatakan:”Sesungguhnya ianya adalah maudhu’ dengan ijma’ Ahlil Ilmi”(pada sandaran yang sama). Tanpa disedarinya bahawa At Thabari telah membawakan hadis tersebut dengan hadis yang kuat melalui lima jalan tentang tafsir firman Allah:”Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk (kepada Allah)”.(Al-Maidah 55).
Hadis tersebut dibawakan oleh selain At - Thabari, di antaranya : Al Wahidi, Al Tsa’labi, Al Zamakhsyari, Ar Razi, As Suyuthi, Al Baidhawi, Asy Syaukani dan Al Alusi dll. Asy Syaukani membawakan hadis ini sebagai sebab turunnya ayat tersebut: dikeluarkan Al Khatib alam (Al Muttafiq wa al muftariq) dari Ibn Abas, ayat ini diturunkan untuk Ali k w. Sebagaimana dinyatakan oleh para ahli ilmu yang lain tentang hadis sebab turunnya ayat tersebut, bertentangan yang apa yang dikatakan oleh Ibn Taimiyah sebagai maudhu’ dengan ijma’ ahlil Ilmi. Bukankah ahlil ilmi juga termasuk nama -nama orang yang disebut di atas.

Dengan penghormatan kepada beliau yang diakui oleh sebahagian umat Islam sebagai “Pembaharu” (Mujadid), ini telah meninggalkan berbagai pengajaran di mana pandangan seseorang tidak boleh dengan cepat menjadi satu legitimasi akhir terhadap penilaian agama. Masih banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan sehingga menjadi satu ketetapan agama yang dapat menjadi ketetapan personal mahupun masyarakat.

Memang perlu mengikuti ulama, tetapi tidak bererti bahawa menutup kemungkinan perlu adanya penelitian lebih lanjut dari apa yang dikatakannya, kerana tanpa meneliti lebih lanjut, maka setiap orang akan bertanggungjawab di hadapan Allah tentang apa yang diyakininya sebagai kebenaran. Apa lagi kalau hal tersebut dilandasi oleh taasub dan fanatik terhadap pandangan tertentu atau mazhab tertentu. Sehingga tidak mustahil ketika seseorang datang dari kelompok tertentu yang tidak sama dengannya, maka pandangan itu sudah dinyatakan salah.
Islam telah menetapkan bahawa standard kebenaran adalah Quran dan Hadis. Untuk Quran, umat Islam berhadapan dengan berbagai tafsir, begitu juga dalam hadis, di mana adanya berbagai tingkatan dan status dalam hadis. Maka umat Islam perlu berfikir dengan mendalam tentang apa yang menjadi ketetapan sehingga dia meyakini pandangan tersebut.

Ada alat timbang lain yang tidak dapat ditolak keberadaannya, iaitu akal. Manusia tidak akan dapat dilepaskan dengan kekuatan yang diberikan Allah kepadanya untuk menimbang, sehingga keluar dari fanatik dan taasub. Sehingga Quran, hadis, ijma’ serta akal tidak akan terpisahkan. Dapatkah dibayangkan kalau kita meninggalkan akal, kemudian hanya meletakkan pandangan kepada tafsir, atau hadis atau ijma’ dalam keadaan tafsir yang pelbagai mufasir, hadis yang banyak tingkatan dan statusnya, dan ijma’ pun telah dibatalkan dengan mudah oleh seseorang atau telah dapat dengan mudah digunakan untuk menjadikan pandangan seseorang agar nampak kuat.

Ada pengajaran yang sangat mendalam dengan contoh di atas; iaitu:

1. Pendhoifan / melemahkan satu hadis terhadap pandangan yang kuat.
Nampaknya sudah menjadi kebiasaan bagi para mujaddid (pembaharu) untuk dengan mudah melemahkan suatu hadis, hanya kerana pandangan yang dibawakan tidak seiring dengan pandangannya atau dari pandangan yang mungkin mazhab yang berbeza dengannya. Sehingga dengan melemahkan hadis tersebut mereka berfikir akan menguatkan pandangan dirinya dan melemahkan pandangan orang yang membawa hadis tersebut.
Tentulah hal ini salah, kerana ada beberapa hal yang perlu dipertimbangkan dengan baik, satu hadis, sekalipun dhaif ( kalaupun dhaif-maudhu’ ) mungkin membawakan matan yang berisikan hal yang baik (hasan), atau membawakan pemikiran yang membawa kepada hikmah akhlak yang lebih baik. Seperti yang dilakukan oleh Al Ghazali dalam Ihya ulumudin-nya. Tidak sedikit berisikan hadis yang dhoif tetapi membawakan pola pemikiran yang baik dan membawa kepada akhlak yang karimah.

2. Mendakwa pandangan benar.
Dakwan tidak akan membawa apa pun kecuali dengan membawakan dasar pemikiran yang benar, yang biasanya dikatakan ber-nas. Permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam adalah membawakan nas tersebut. Iaitu dengan banyaknya buku hadis yang dianggap mu’tabar, sehingga rujukan (kembalinya) pembaca akan berbeza satu dengan lain. Maka mustahil satu pandangan akan dibatasi dengan satu hadis atau satu klaim shahih maka pandangannya telah shahih pula, atau sebaliknya dengan menuduh pihak lain membawakan hadis maudhu’ maka pandangannya telah salah.
Betapa banyak kitab hadis yang tidak setara dengan shahihain, tetapi dapat juga membawakan hadis yang setara dalam standad shahih mengikut standad keshahihan Al Bukhari dan Al Muslim, sekalipun di luar dari kitab - kitab 6 besar. Hingga hari ini para pengamat hadis masih lagi mendalami dan meneliti hingga tidak akan semudah itu mendhoifkan atau mendakwa pihak lain yang berbeza pandangannya dengan membawa hadis maudhu’ maka secara automatik pandangan dan pemikirannya pun telah salah.
Bukankah Islam dapat dinilai dengan Quran, hadis, ijma’ dan juga akal. Maka kalaupun hadis yang dibawakan adalah lemah, tetapi pandangan yang dibawakan dapat didukung oleh pemikiran yang Qurani maka tidak akan salah pandangannya. Begitu juga kalau pandangannya bernaskan hadis yang shahih tetapi membawa pemikiran yang bertentangan dengan Quran dan ijma serta akal, maka makna shahih dari hadis tersebut tidak merupakan legitimasi bagi pandangannya.

3. Belajar teliti dan tidak taasub
Standard Islam adalah Quran, sunnah, ijma dan akal. Maka setiap pandangan akan dapat ditimbang dengan keempat ini. Apa pun yang berdasarkan dari pandangan ini akan diterima, dan yang keluar dari keempat ini pun perlu ditolak. Ketika adanya satu pandangan yang sudah berdasarkan dari keempat itu, atau sebahagian dari pada standard tersebut, maka selalu terbuka untuk saling mempelajarinya dengan lebih jauh, dan tidak dengan mudah menyalahkan, apalagi dengan secara langsung menyatakan bahawa pandangan tersebut dari mazhab Islam yang lain. Atau menyalahkan pandangan kerana dia bermazhab yang lain, atau kerana dianya tidak seiring dengan gerakan tajdid?!.
Umat Islam perlu melihat dan berfikir kembali, kalau saja pandangan yang berdasarkan Quran dan hadis akan selalu disalahkan dan dipermasalahkan maka bukan saja Islam kehilangan makna kebenaran tapi akan hilang makna standard nilai dari pada Quran dan hadis tersebut. Apa yang perlu diperhatikan adalah objek daripada perbahasan, kemudian dasar pemikiran yang melandasi pemikiran tersebut, barulah melihat faktor maslahat semasa atas pandangan tersebut. Ketika pandangan telah didasari dengan Quran dan hadis, serta maslahat untuk dibawa, maka siapa pun dan dari mazhab mana pun tentulah akan membawa nilai benar iaitu nilai yang Islami yang mana setiap umat Islam perlu mengikuti hal tersebut.
Sebagai contoh adanya hadis yang menyatakan bahawa: ”Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini dengan lelaki jahat” (Bukhari-Muslim). Adakah kita wajib beri’tiqad terhadap hadis ini, kerana hadis ini shahih, atau kita perlu menimbangnya dengan dasar pemikiran Islam yang menuntut kesucian, atau menafsirkannya lagi sehingga sampai pada makna yang mungkin tidak dalam hanya pengertian yang tersurat. Ini adalah kerana bagaimana kita hendak menyatukan hadis ini dengan makna mukmin, taqwa, shaleh, mukhlish dan mukhlash. Kerana semuanya ini memiliki makna yang bertentangan dengan makna yang ada dari hadits tersebut. Bandingkan dengan firman Allah yang menyatakan: ”Jangan kamu cenderung-bergaul dan meredhai perbuatan mereka- kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka”.(Hud 113). Bagaimana Allah menguatkan agamaNya dengan orang yang tidak diharapkanNya dan akan dimasukkanNya ke dalam api neraka?!

Kalau Syeikh Ibn Taimiyah boleh melakukan kesalahan dalam penilaian hadis maka ini tidak menutup kemungkinan pada mereka yang belajar dari bukunya atau mengikuti caranya seperti ketika beliau mengatakan:”diriwayatkan oleh At Turmuzi dari AnNabi saw, sesunguhnya beliau berkata: ”kalau aku tidak diutus pada kamu tentulah diutus Umar ra pada kamu”, padahal Turmuzi tidak membawakan hadis ini, tetapi dibawakan oleh Ibn ‘Adiy dan mengatakan: pada sanadnya bahawa Zakariya bin Yahya meletakkan hadis”. (Nadhar Al Laali’ Al Mashnu’ah fi al Hadits al Maudhu’ah jld 1 hal 302)

Juga tentang hadis:”Saya adalah kota Ilmu dan Ali adalah pintunya”
Beliau (Ibn Taimiyah) berkata:”Hadits ini dhaif, tetapi juga maudhu dari ahlil Ilm hadits”, tetapi telah juga diriwayatkan Turmuzi dan selainnya, dan beliau menolaknya.
Benar : Sesungguhnya Tabari tidak mengatakan matan hadis itu, tetapi membawakan hadis: ”Saya adalah kota al Hikmah dan Ali adalah pintunya” (Sunan At Turmuzi jld 5 hadis 3723)
Tetapi hadis ini tidaklah maudhu dan dhaif dalam pandangan ahlil ilmi. Namun kerana diriwayatkan oleh Abi Ash Shalt Al Harawi dari Abi Mu’awiyah, mereka menyatakan bahawa Abi ash Shalt adalah Syiah. Sebenarnya dapat dirujuk kembali hadis ini di mana tidak hanya dirawi oleh Abi Mu’awiyah tetapi juga oleh Muhammad bin Ja’far Al Faidi yang dinyatakan sebagai tsiqh dan ma’mun (dipercaya)

Juga ketika ditanyakan kepada Yahya bin Mu’in, maka dijawab bahawa hadis ini shahih, dan ketika ditanyakan tentang Abi Ash Shalt Al Harawi, maka dia menjawab:”tsiqah shaduq (dipercaya benar) tetapi dia Syiah.
Ditanyakan : “Bukankah dia telah merawikan hadis ini?”. Maka dia menjawab:”Bukankah hadis (dibawa) Muhammad bin Ja’far Al Faidi dari Ibn Mu’awiah?”.(Tarikh Baghdad 11: 46-50. Al Mustadrak 3:126).
Kebenaran Islam adalah datang dari sumber kebenaran Islam iaitu Quran dan hadis dan ianya milik semua manusia, sehingga mereka yang membawakan pemikiran dari Quran dan hadis adalah membawakan pemikiran Islam, dan pemikiran itu benar. Ketika seseorang berkeyakinan dengan Quran dan hadis dan membawakan pemikiran dari keduanya maka dia adalah muslim, tidak dan bukan yang lain, dari mazhab mana pun namanya. Begitupun sebaliknya mereka yang menentang dasar keduanya, adalah salah dan yang menolak pemikiran yang bersumberkan keduanya akan dinyatakan penentang keduanya sekalipun ianya mengaku muslim. Jadi sumber Islam adalah Quran dan hadis, begitu pula dasar nilai kebenaran Islam.

9 comments:

ibnu bakr' said...

salam,

pasni buat yang dr hassan ali pula ye..sebab dia yang mengharamkan islam hadhari di selangor..

PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Bakr,

Memang inilah jawapan yang saya jangkakan akan saya terima dari saudara. Takpelah saudara saya akan terus berhujah dan mengalu-alukan pandangan dan kritikan dari sesiapa sahaja dan Alhamdulillah bukan sahaja Islam Hadhari malah isu Mufti Perlis ini pun masih belum dapat dijawab secara ilmiah setakat ini.

pengharaman Islam Hadhari oleh Selangor adalah tindakan dari kerajaan yang sebenarnya belum bersedia menjadi kerajaan apatah lagi mendirikan Negara Islam.Ini contoh kecil betapa PAS masih belum cukup kepakaran untuk mendirikan Negara Islam .

Anonymous said...

salam
kelihatannya akh ibnu bakr' sudah kehilangan nilai ilmiyah...

tolong baca juga situs:
http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

http://bankwahabi.wordpress.com/

http://abusalafy.wordpress.com/

http://mingguanwahabi.blogspot.com/

http://jihadwahabi.blogspot.com/

dan banyak lagi..jadi bukan hanya islam Hadhari yang menentang pandangan Mufti itu, tapi perlu difikirkan apa yang ditulis dan dikataknnya....coba kita berfikir bersama..bukan dengan taasub atau memainkan perasaan atau dipermainkan perasaan..

satu pembahasan islam yang Ilmiyah, jawab dengan Ilmiyah..

ilmu kurang said...

bila masa plak dr hassan haramkan islam hadhari kat selangor?dia kata tidak MENGIZINKAN program islam hadhari di selangor..

haram dan tidak mengizinkan lain ye..

itu bahananya akhbar2 arus perdana ni..berjaya mendominasi pemikiran rakyat..

ok..maybe purehadharist akan jua mengetengahkan isu ketidakizinan dr hassan terhadap islam hadhari di selangor..kecelaruan dr hassan itu pasti beliau akan rungkai..

silakan..

begitu banyak kecelaruan tokoh2 yg akan dirungkai..

saya tertunggu2 kecelaruan pemikiran Pak No 1 (pak lah)kita dirungkai oleh saudara purehadharist..

saya cuba berbicara tanpa ilmiah..say amahukan kejujuran/ketulusan purehadharist dalam melihat identiti setiap tokoh2 yg ada..tapi tidak emosi..saya mengajak purehadharist berbicara secara jujur tentang kepincangan pemimpin2 yang kita ada di depan mata ini..tak kira anwar,mufti perlis,pak lah,mahupun diri sendiri..

hisyam said...

Slm saudara purehadharist,

Allah s.w.t berfirman:

Sesungguhnya yang paling takut akan Allah daripada kalangan hambanya adalah golongan ulama'

Dan daripada hadith hassan riwayat Ibn Adi dan Al-Bazzar: Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan tanggungjawab para ulama:

Ilmu ini hendaklah dibawa oleh mereka yang adil daripada para penyambung. Mereka menentang penyelewengan golongan yang melampaui batas,dakwaan bohong golongan yang batil(sesat) dan takwilan golongan yang jahil.

Kita perlu ingat bahawa setinggi manapun ilmu seseorang mereka bukan maksum dan pasti tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.

Sepertimana Al-Hafiz Muhammad ibn Tahir Al-Qaisarani ketika menceritakan ketokohan Abdullah ibn Mas'ud katanya:

Sesungguhnya beliau(Abdullah ibn Mas'ud) adalah antara tokoh sahabat,jaguh ilmuan dan pemimpin kepada hidayah. Namun begitu beliau memiliki qiraat dan fatwa beliau yang tersendiri yang disebut dalam kitab-kitab ilmu. Seriap imam itu boleh diambil dan ditinggal perkataannya kecuali imam golongan ahli takwa yang benar lagi diakui kebenarannya, amanah lagi maksum (Rasulullah) selawat dan salam ke atasnya. Alangkah hairannya apabila seorang alim menjadikan pegangan agamanya sekadar mengikut seseorang imam dalam setiap apa yang diperkatakannya, sedangkan dia tahu wujudnya nas-nas nabawiyah (sunnah) yang menolak mazhab imamnya. Tiada kekuatan melainkan dengan Allah jua.

Namun itu tidak bermakna kita perlu menghentam para ulama sekiranya mereka melakukan kesilapan.

Sepertimana ketika imam Az-Zahabi mengulas mengenai imam Al-Ghazali. Antaranya:

Aku katakan,berhubung dengan kitab Ihya Ulumuddin, di dalamnya ada sejumlah hadith yang batil(palsu). Sekiranya tidak ada ilmu yang berkaitan dengan adab,panduan dan zuhud yang diambil daripada ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, di dalamnya terkandung banyak kebaikan. Kita mohon ilmu yang bermanfaat daripada ALLAH. Tahukah kamu apakah itu ilmu yang bermanfaat? Iaitu apa yang dinyatakan oelh Al-Quran dan ditafsirkan oleh Rasulullah melalui perkataan dan perbuatan. Sabda nabi s.a.w. Sesiapa yang beroaling daripada sunnahku, dia bukan daripada golongan aku.

Pada pandangan saya yang tidak seberapa ini, kita sebenarnya tidak wajar untuk terus menghentam para pewaris nabi ini dek kerana sedikit kesilapan mereka dalam menyampaikan ilmu ataupun dalam ijtihad mereka. Mereka bukanlah maksum. Janganlah kita lupakan jasa-jasa mereka dan pohonlah keampunan ke atas mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Dan tentang isu apa yang tersirat di dalam hati mereka, biarlah Allah yang Maha Mengetahui isi hati mereka menjadi penentu kepada mereka.

Mengenai kritikan terhadap pandangan Syeikhul Islam berkenaan dengan isu hadith maudhu'itu, saya sebenarnya berasa sangat sedih(ini emosi sikit)dengan artikel saudara ini. Cuma nasihat saya kepada para pembaca di luar sana, janganlah kita lupakan jasa seorang tokoh sarjana Islam yang mengangkat darjat Islam di waktu Islam itu semakin lemah dengan gerakan reformasi melalui penulisan dan penyampaian beliau.

WaAllahua'lam.

PUREHADHARIST said...

salam saudara ilmu kurang,

Tidak mengizinkan atau haramkan ke tetap tidak betul tindakan itu. Sepertimana yang saya nyatakan sebelum ini, di mana silapnya Islam Hadhari sehingga tidak diizinkan? Jika tidak dapat dibuktikan kesalahannya, mengapa tidak mengizinkannya? Tidak cukup hanya mengatakan "kita tidak perlukan Islam Hadhari kerana Islam itu syumul". sejak bila pula kita katakan Islam tidak syumul sehingga muncul Islam Hadhari? kemunculan suatu konsep atau pendekatan yang mengatasnamakan Islam adalah positif kerana ia menunjukkan Islam itu progresif, tidak pasif dan luas- Yang penting, apakah ia melanggar batas-batas syariat atau tidak? kalau hanya pada nama, maka konsep hadharah islamiah yang dibawa Hj Hadi juga tidak boleh diizinkan kerana Islam sudah syumul, PAS PUN TIDAK BOLEH PAKAI NAMA ITU SEBAB ISLAM DAH SYUMUL KERANA PARTI ISLAM TIDAK BOLEH DIHADKAN DI MALAYSIA SAHAJA! Islam syumul dan tiada batasan sempadan negara.!!!!

saudara masih lagi keliru kerana menganut suatu pemikiran Islam Hadhari itu Pak Lah dan Pak Lah itu Islam Hadhar. Oleh sebab itulah bila saya meluruskan beberapa pandangan tokoh-tokoh tersebut, saudara menggesa saya untuk mengkritik Pak Lah juga. Apakah dengan mengkritik Pak Lah barulah pandangan saya boleh diterima tentang tokoh-tokoh yang saya kritik itu?

Saya jawab bahawa saya sedang menulis tentang Islam Hadhari, Anwar dan Mufti Perlis bukan tentang Pak Lah. saya menulis berkaitan Islam Hadhari maka tidak boleh elak untuk menyatakan pandangan atas tokoh-tokoh Islam tersebut atas dasar ilmiah.

Sekian.

ilmu kurang said...

saya dah agak kesimpulan yang purehadharist huraikan melalui persoalan saya..hehe tak mengapalah..

saya tau islam hadhari tak ada kena mengena dengan pak lah..saya juga sedar pak lah bukanlah tuhan islam hadhari..

saya minta pendapat purehadharist dalam mengkaji kecelaruan tokoh2 pemimpin islam yang ada khususnya di bumi Malaysia ini..purehadharist begitu teliti dlm mencari kecelaruan mufti perlis,ketaksuban anwar terhadap barat dll..
bukan bermakna permintaan saya untuk pak lah dikritik adalah kepuasan diri saya,tapi kejujuran kamu itu diletakkan di mana?saya tidak pinta kamu merungkaikan kecelaruan pak lah hanya dlm konteks islam hadhari yang bukan beliau punya itu,tapi apa yang ada dalam dirinya..
oklah,kalau Pak Lah tiada cacat cela,kita larikan 'meluruskan pandangan' kamu ke tokoh2 yang lain..yang lebih menggugat keperibadian umat islam dalam menunjangkan hadharah islamiyah itu..

tak kesah hj hadi boleh,pak najib boleh,sesiapa shj..tugas kamu sebagai penyampai kebenaran bukan tertakluk pada seseorang yang tampak jelas kesalahannya,tapi yang secara maya atau masih suci di mata rakyat itu lebih parah peribadinya..

maaf..ilmu saya masih kurang..persoalan saya tidaklah kompleks..tapi saya tidak tahu pemahaman purehadharist..nampaknya seakan celaru..:D

PUREHADHARIST said...

Salam Kurang Ilmu,

Itulah sebabnya saya katakan bahawa pada saat dan ketika ini saya membicarakan tentang Islam hadhari sebagai satu konsep, Anwar yang pro-barat dan Mufti Perlis yang begitu lantang mengkritik sana sini dan kritikannya itu bercelaru.

Saya tiada masalah untuk menyatakan Pak lah atau siapa sahaja celaru ke atau silap dalam berfikir. Dengan mengenengahkan konsep Islam hadhari perspektif saya ini jelas boleh dikatakan sedikit sebanyak berbeza dengan pemikiran Pak Lah sendiri dalam konsep Islam hadhari yang dia pelopori.

Saudara kita berbincang atas isu. Yang saya musykil,apakah kerana saya tidak membelasah Pak lah itu menjejaskan kejujuran saya dalam menulis seterusnya menjadikan saya bercelaru?

Dalam hal ehwal pemikiran Islam ini, saya yakin ramai dari kita tidak 100% pakai apa yang Pak Lah nyatakan lebih-lebih lagi dalam dunia cyber ini tetapi orang-orang seperti Anwar, Dr Maza, Hj Hadi apabila mmeperkatakan tentang Islam, pasti ada yang mengikutinya justeru itu tumpuan saya kepada mereka bukan Pak Lah. Kalau Pak Lah, satu Malaya dah menegurnya dan boleh dikatakan terlalu sedikit yang mengikutinya.Kalau saya tidak tulis pun ribuan orang sudah menulis tentang kelemahannya walaupun kadang kala agak berlebihan dan tidak ilmiah juga.

Saya sedang berada dalam gelanggang meneliti Mufti perlis, tiba-tiba saudara kata " wahai purehadharist, jangan asyik tumbuk mufti Perlis sahaja, tumbuklah Pak Lah jugak ( yang mana Pak Lah berada di luar atau di gelanggang lain) maka kalau ikut saudara saya pun akan melompat keluar untuk tumbuk pak Lah pulak...." Itu yang saudara mahu? dan itu tanda saya jujur? dan itu tanda saya tidak bercelaru?

Sepatutnya peminat-peminta atau pengikut-pengikut Dr Maza, Anwar atau siapa sahaja, berilah jawapan yang ilmiah membetulkan saya jika apa yang saya tegur itu salah....

sekian..

PUREHADHARIST said...

Salam Hisyam,

Tentang Syeikhul Islam, tentulah kita tidak hendak masuk dalam kontraversi yang ada kerana bukan saja tentang gelaran yang dimilikinya itu tetapi juga keilmiahannya. Sebenarnya para ahli ilmu pada masanya pun masih tidak sepakat akan gelaran itu malah dapat dikatakan lebih banyak membencinya daripada yang menghargainya.

Satu hal lagi bahawa, beliau meninggal dunia di dalam penjara dalam pemerintahan Islam yang memasukkan beliau dalam penjara dengan tujuan untuk mencegah masyarakat dipengaruhi pandangannya yang menurut pemerintahan itu berbahaya, hingga beliau meninggal dunia.

Disinilah kontraversi yang sengaja saya hindari, dan hanya membahaskan secara ilmiah dan logik. Maka untuk tujuan itu saya membatasi pembahasan dengan bukti ilmiah atau sebagaimana pandanan alim atau ulama tersebut...

Akhi Hisyam...jika sekiranya Ibn Taimiyah ada sekarang maka nasihat yang antum berikan akan berguna bagi beliau...baca tulisannya..terutama Minhaj al sunnah jld 1 dalam beberapa muka...ketika beliau menjawab orang yang bertentangan (baca: menentang) akidahnya...

Berkaitan dengan ulama pewaris nabi.Dia kena menjadikena menjadi pewaris nabi baru jadi ulama, atau mustahil dikatakan ulama kalau tidak menjadi pewaris nabi....maka kita perlu mempertanyakan apa maksud dengan pewaris itu...tentu bukan hanya ilmu...

Dalam hal ini, apa yang kita bahas adalah permasalahan ilmiah, dan yang ada ialah contoh yang ada pada dunia ke"ulama"an yang ada. Oleh itu, tidak jauh kemungkinan adanya kesalahan dari mereka yang disebut sebagai ulama...

Satu hal yang penting bahawa apa yang kita lakukan sekarang tidak lebih dari apa yang dikatakan sendiri oleh mufti Perlis sebagaimana dia katakan: "Maka pendapat setiap orang sekalipun dia seorang mufti, ataukah tok guru atau ustaz boleh diterima dan ditolak, kecuali quran dan sunnah. pendapat siapa pun - sekalipun ulama besar- berhak untuk dipertikaikan selagi tidak menepati nas nas Quran dan al sunnah. Tiada siapa pun yang maksum dalam Islam melainkan rasul yang diutuskan. setiap pandangan agama oleh seorang tokoh atau ustaz bukan semestinya ditelan bulat bulat".(tulisn dr maza:ikut dalil dan fakta, bukan taklid buta).

maka inilah pandangan mufti itu. bukankah apa yang kita lakukan sekarang dengan standard berfikir beliau?!

Saudara Hsyam, kata "menghentam" tidak tepat dipakai, sekarang kita sedang membuktikan secara ilmiah, untuk itu kalau ada kesalahan dari pola berfikir saya dan ada dasar pemikiran saya yang salah tolong tunjukkan,sebagaimana saya telah buktikan bahawa pandangan dan pemikiran mufti bercelaru...kerena saya telah buktikan dengan ilmiah dan logik. juga dengan contoh dan bukti dari ulama terdahulu.

Oleh itu dalil akhi Hisyam benar tetapi tidak tepat pada tempatnya...

Siapa pun dia, yang ada bagi kita adalah apa yang dikatakan dan yang dia tulis...dan hingga kini, tidak ada penilaian yang diluar dari kadar pemikiran beliau dengan standard berfikir beliau...

Hingga saat ini kecelaruan yang ada masih dalam kadar pola berfikir beliau yang tidak logik dan juga bertentangan dengan pola berfikir yang dia sampaikan sendiri...ini yang dikatakan bercelaru..

Apatah lagi beliau seorang doktor falsafah hadis dan semestinya pemikiran beliau tidak sedemikian rendah kadar ilmiyah dan logiknya...

Sekarang muncul pertanyaan akan kualiti kesarjanaan beliau..kalau seorang purehadharist boleh membidas pemikiran beliau..seorang awam dalam agama sudah dapat melihat kesalahan beliau apatah lagi ulama...mungkin mereka seperti yang di fikir oleh mufti itu....?

Popular Posts