Thursday, June 26, 2008

PELARANGAN PROGRAM ISLAM HADHARI : KEKELIRUAN YANG HARUS DILURUSKAN.


Apabila kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang melarang sebarang Program Islam Hadhari serta kenyataan-kenyataan seperti Islam Hadhari membuang masa, karut, mengelirukan serta menafikan kesyumulan Islam, saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya berhubung dengan isu ini.


Pertama, kalau Islam Hadhari difahami oleh kerajaan Negeri yang melarangnya sebagai suatu “program’ maka dimanakaH letaknya Islam Hadhari dikatakan mengelirukan sehinggakan dikatakan pada suatu masa nanti apabila ditanya apakah agama kamu, maka dijawabnya Islam Hadhari! Suatu program adalah suatu program. Ia bukan pendua kepada Islam, ia adalah suatu usaha ta’lim dan tarbiyyah dalam bentuk suatu program bukan mazhab dan juga agama baru.



Kedua, jika diakui sendiri Islam Hadhari tidak ada isu, cuma istilah sahaja, maka dimanakah kewajarannya pandangan MB Selangor mengatakan ia mengelirukan? Istilah tetap di tempatnya, Islam juga utuh di tempatnya kecuali mereka yang tidak menggunakan akal sahaja yang akan terkeliru yang mana Islam yang mana Islam Hadhari. Itu pun jika mereka tidak faham apa itu Konsep Islam Hadhari. Baik, ketika kita mengucap dua kalimah shahadah, dimanakah istilah Islam di situ? Apakah kita bimbang jika tidak ada istilah Islam maka pada masa akan datang malah sekarang apabila ditanya apakah agama kamu maka kita jawab, agama saya ialah Ashaadu alla ila ha ….dan seterusnya. Saya hendak menggambarkan di sini jangan kita persulitkan hanya dengan istilah tanpa melihat isinya.



Ketiga, pelarangan sebarang program Islam Hadhari bererti kerajaan Selangor dan Pulau Pinang telah melarang juga pengajaran prinsip-prinsip Islam Hadhari. Kita ambil prinsip pertama Islam Hadhari iaitu Keimanan Dan Ketakwaan Kepada Allah maka ini pun telah dilarang oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Tindakan ini bukan sahaja menafikan hak asasi manusia namun juga menyalahi hukum.



Keempat, tiada siapa yang dapat mendakwa telah melaksanakan Islam secara syumul. Islam sebagai cara hidup memang telah syumul dan sempurna namun bukan dari segi pelaksanaannya disebabkan pelbagai halangan serta persyaratan yang belum terpenuhi. Lihat sahaja sekarang, Pakatan Rakyat tidak sepakat untuk diwujudkan sebuah pentadbiran berasaskan kepada Islam. Maka apa yang dapat kita ambil iktibar adalah, Islam sebagai cara hidup yang sempurna masih belum difahami atau dipersetujui oleh semua bangsa di dalam negara Malaysia ini. Justeru itu, kita katakan bahawa di samping usaha perlu dijalankan secara berterusan untuk memahamkan semua orang, kita juga perlu sedar kekangan-kekangan yang harus kita hadapi dari sesetengah non-muslim. Untuk itu kita katakan bahawa, kita belum cukup syarat untuk pelaksanaan Islam yang syumul. Maka oleh itu, janganlah kita menolak sebarang usaha Ta’lim (pembelajaran) dan Tarbiyyah (pendidikan) walau dengan nama apa pun, kerana sebarang usaha tersebut adalah merupakan fardu kifayah termasuk program Islam Hadhari ini. Maka, tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa, penentangan program Islam Hadhari baik dari segi menggunakan kuasa kerajaan seperti Selangor dan Pulau Pinang, ceramah-ceramah serta propaganda yang lainnya adalah sebenarnya punca kegagalan program Islam Hadhari . Kalau hanya kita dapat mengenepikan perbezaan fahaman politik maka saya percaya konsep Islam Hadhari ini akan berjaya. Apa buktinya? Katakan kita ambil kesemua prinsip Islam Hadhari dan kita namakannya 10 prinsip Hadharah Islamiyyah yang diperkenalkan oleh Ust Abd Hadi Awang atau Ust Nik Abd Aziz dan ia mendapat sokongan penuh Pak Lah dan Kerajaan Pusat, maka apakah 10 prinsip itu akan dikatakan tidak baik, bid’ah, mengelirukan, kalau ada hadharah Islamiyyah kena juga ada hadharah Imaniyyah (seperti kata MB Kelantan kalau ada Islam Hadhari kena ada Iman Hadhari) atau membuang masa?



Justeru itu, Islam Hadhari perlu dinilai dengan objektif dengan juga mengenepikan fahaman politik dan memperdalam ilmu Islam yang luas agar kita tidak memberikan pendapat yang salah serta beremosi.

5 comments:

Anonymous said...

Salam..

Cakap byk lak.buku siap blom..

PUREHADHARIST said...

Salam,

Dah siap dah tengok type setting dan design cover buku...sabarlah...

Ibnu Ali said...

“Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan)”. Itulah ulasan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili dalam pertemuan dengan Group UM dan Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) semalam di Jame Quaiti (Jame Othman) Damsyik.
Pertemuan itu diatur khas untuk beramah mesra dan berdiskusi dengan sheikh khususnya bagi membincangkan suasana umat Islam di Malaysia. Namun belum sempat soalan dikemukakan, Sheikh Wahbah terlebih dahulu mengulas tentang Islam Hadhari. Beliau berpesan kepada kami supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Ini sebagai persiapan diri untuk perjuangkan Islam dan berhadapan dengan banyak kesesatan di zaman sekarang.
Menurut Sheikh, di Malaysia ada Islam Hadhari. “Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.” Terpaku penulis mendengar kata-kata tersebut.
"Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki)," jelas Sheikh Wahbah lagi.
Menurutnya, ketika menghadiri muktamar Alumni Al Azhar di Malaysia tempoh hari, Perdana Menteri asyik bercakap soal Islam Hadhari. Namun ketika itu, beliau tidak mendapat kesempatan yang sesuai untuk menjawabnya. Namun hari ini beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam Hadhari bukan daripada Islam yang sebenar.
"Hanya Amerika yang suka Islam Hadhari", jelas Sheikh Wahbah kepada penulis.
Kenyataan beliau ini jelas membawa maksud, bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi berbohong apabila menyatakan Islam Hadhari diterima Ulama dunia seperti Sheikh Wahbah Zuhaili, Al Butti dan lain-lain. Malah perhimpunan Alumni Al Azhar yang dijadikan gelanggang untuk menunjukkan kerajaan BN lebih Islam dan disokong Ulama dunia hanyalah sandiwara.
Tidak sangka seorang Perdana Menteri bukan sahaja membohong rakyat jahil tentang Islam Hadhari yang dibawanya, malah sanggup berdusta di hadapan ilman-ilmuan Islam atau ulama-ulama dunia.
Keduanya beliau juga menyelar kumpulan Quraniyun yang dikatakan wujud di Malaysia. Kumpulan ini kononnya hanya berpegang kepada Al Quran sahaja dan menolak Hadis. Menurut beliau sebagai orang Islam, kita wajib berpegang dengan kedua-duanya. Jelas di dalam Al Quran Allah menyeru orang beriman supaya taat kepada Allah dan Rasul.

sumber: http://kalamkerinchi.blogspot.com/

PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Ali,

Seperti suatu "siaran ulangan" apabila hanya mengutarakan suatu dakwaan tanpa hujjah ilmiah. Maaf kalau saya katakan bahawa jika benar Sheikh Wahbah Zuhaili berpendapat sedemikian maka:-

1) saya minta hujjah kesesatan Islam Hadhari dan dimana ia menyesatkan umat Islam SEDUNIA ? (ini yang saya minta selama ini tapi yang ada hanya dakwaan kosong )

2)Tidak semua yang disukai AMERIKA itu sesat dan tidak semua yang dibenci Amerika itu betul. Yang penting apakah sesuatu itu menepati standad kebenaran Islam Al-Qur'an dan As Sunnah, seperkara lagi apakah Amerika sekarang mempromosi Islam hadhari sehingga boleh kita katakan ia menyukai Islam Hadhari?

Saudara,

Inilah problem umat Islam serta sesetengah ulamanya apabila berpendapat tentang sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu apa yang dicakap !

Saudara,

Amatlah malang sekali jika keseluruhan ulama Alumni Al-Azhar takut atau tertipu atau tidak tegas dalam suatu hal yang "sesat lagi menyesatkan umat sedunia " sehingga boleh diambil kesimpulan bahawa kesemuanya umpama lembu dicucuk hidung!

Jika kita mengambil sikap untuk menerima pendapat Sheikh kita ini, maka kita tidak pula boleh menolak pendapat ulama lain yang berpendapat sebaliknya kerana Sheikh Wahbah bukan ulama mujtahhid yang berautoriti untuk kita ikuti secara mutlak tanpa juga melihat pandangan ulama Islam yang lain.

Kesimpulannya:

Kita mesti berhujah secara ilmiah dengan mengemukakan fakta bukan hanya mengambil pandangan ulama tanpa bertanya hujjahnya yang dijadikan dasar beliau berpendapat.

Ingat! ulama yang berpendapat tanpa hujjah Al-Qur'an dan As Sunnah juga berkemungkinan menjadi sesat dan menyesatkan...kerana hanya dengan sinaran Al-Qur'an Dan As Sunnah sahaja kita tidak akan tersesat....

Anonymous said...

Salam,

Ingin saya mencelah sedikit pandangan saudara ibnu ali. Saya sememangnya bukan authority yang sebenarnya utk meluahkan pandangan. Justeru, 'sesat' atau 'menyesatkan' tidak dapat saya putuskan (untuk kepercayaan peribadi).

Namun, saya boleh katakan bahwa, Islam Hadhari ini satu konsep yang 'mengelirukan' lantaran 'keliru". (mungkin itulah yang menyebabkan ramai ulamak yang mengambil keputusan melabelnya 'Hazaa Dhalal, Wa Yudhil'.

Rationale saya adalah seperti berikut:

1. Kita boleh mengatakan bahawa sesuatu itu mudah, straight forward dan tidak mengelirukan, tetapi perlu diingat, kekeliruan itu terletak on the receiving end (i.e. pihak yang menerima). Analogy mudah - seorang guru mungkin menyangka penjelasan mereka tentang sesuatu perkara itu mudah dan senang difahami, tetapi pelajar2lah yang layak menentukan mudah atau susahnya.

2. Nama Islam Hadhari itu sendiri memberi imej cabang Islam baru. Dan dalam konteks sekarang di mana Islam sedang ditentang hebat, dan masyarakat Islam dalam defensive mode, sudah tentu penentangan terhadap idea ini berlaku.

3. Sekiranya tiada perbezaan atau percanggahan dgn Islam (seperti yang dinyatakan), mengapa mesti diberikan nama baru? Hadhari mungkin mengunjur ke arah kemodenan dan civilizational - tetapi itu hanya satu pendekatan atau approach. Jadi, persoalannya mengapa begitu hebat diwar2kan (lantaran menimbulkan kekeliruan seolah2 ianya satu agama baru!) Ini bukan seperti nama bahan chemical atau nama masakan seperti nama asas 'Nasi' berubah menjadi Nasi Ayam atau Nasi Minyak. Ini satu kepercayaan! Naluri masyarakat Islam adalah mereka sangat defensive dan boleh menjadi aggressive apabila Islam disentuh(inilah yang menjadi kebencian Yahudi, kerana ini juga sifat mereka). Kalau kita gunakan pragmatic theory of truth kita akan dapati bahawa 'product' kepercayaan (dalam konteks ini Islam Hadhari) adalah hasilan dari prosesnya. Sekiranya saudara purehadharist mengatakan tiada perbedaan di antara keduanya, secara automatik Islam Hadhari itu terbatal dengan sendirinya (Tidak perlu ada 2 nama untuk sesuatu yang sama).

Ini hanyalah argument dari Mr Nowhereman. Allah s.w.t. juga yang benar.


Wassalam ... sahabat lama

Popular Posts