Friday, April 24, 2009

KECELARUAN PEMIKIRAN PKR DAN KEPIMPINANNYA

Salam,

Saya telah bersama Timbalan Speaker DUN Selangor YB Haniza Talha Adun Taman Medan dalam rancangan Sudut Pandang Astro Awani atas tajuk Akauntabiliti YB. Perbincangan topik yang sepatutnya menyentuh akauntabiliti YB dalam konteks drama politik terkini di DUN Penanti berubah menjadi akauntabiliti UMNO dan BN yang menjadi sasaran serangan YB tersebut.

YB Haniza mengatakan episod di Penanti adalah kecil dan sengaja diperbesarkan oleh BN untuk menutup apa yang berlaku di Perak. Saya cuba membawa perbincangan kepada topik asal namun ke situ juga yang mahu dibawa.

Akhirnya tiada pilihan untuk saya katakan, episod di Perak sebenarnya dimulakan oleh Anwar sendiri dalam projek khayalan 16 Septenbernya dulu. YB Haniza bertanya kepada saya, siapa yang buat atau merealisasikannya? Seolah-olah kegagalan projek tersebut adalah bukti kebenarannya dan sekali gus membuktikan gejala lompat parti salah kerana mereka gagal melakukannya dan kerana lompat parti berjaya menumbangkan kerajaan PR Perak maka lompat parti adalah salah.!

Saya juga mengutarakan kenyataan Fairus yang menggambarkan perletakan jawatannya bukan atas kerelaannya. Saya rujuk kenyataan Fairus yang mengatakan dia tidak diadili sepertimana Adun Bkt Lanjan dan bekas Adun Bkt Selambau malah dalam akhbar Suara Keadilan kerja-kerja sebagai wakil rakyat tidak di"highlightkan" yang menyebabkan ramai menyangka dia tidak menunjukkan prestasi yang baik sebagai wakil rakyat.

Pertanyaan-pertanyaan seperti dibawah juga telah saya utarakan:-

1) sebab perletakan jawatan Fairus tidak jelas kerana tiada suatu indikasi yang menunjukkan beliau secara sukarela meletakkan jawatan.

2) mengapa beliau mahu PKR membersihkan namanya jika tidak, ada rahsia yang bakal dia bongkar dan Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa Fairus adalah seorang yang komited dalam perjuangan.....kalau komited mengapa meletakkan jawatan dan ianya dilakukan setelah Anwar bermesyuarat bersama Biro Politik sehingga tengah malam dan keesokannya Fairus menyerahkan surat perletakan jawatannya.

3) sebenarnya pembaziran dalam pilihanraya kecil dimulakan oleh PKR sendiri di Permatang Pauh dimana kerusi dikosongkan semata-mata sang Isteri ingin memberikannya kepada sang Suami yang baru habis tempoh larangan berpolitik atas hukuman 6 tahun penjara.

Apabila YB Haniza mengatakan rakyat mahukan kerajaan PR di Perak dan membawakan satu contoh bagaimana ada seorang YB dicemuh apabila balik kawasan, saya menyatakan contoh yang spesifik tidak boleh digunakan untuk menerangkan suasanan yang umum.

Saya juga menyentuh laporan polis terhadap MB Selangor apabila YB Haniza mengatakan Fairus telah dilaporkan oleh Angkatan Muda Keadilan kepada SPRM maka dia seolah-olah telah bersalah maka saya katakan kalau begitu MB Selangor pun bersalahlah ! hanya atas laporan yang dibuat.

Tetapi apabila SPRM menutup kes Fairus, beliau mengatakan siapa tutup kes? SPRM? tentulah....jadi jika keputusan tidak menyebelahi PKR maka SPRM adalah salah dalam keputusan itu begitu juga jika sebaliknya berlaku.

Banyak lagi kecelaruan dalam pemikiran orang-orang PKR ini....

8 comments:

TAIPINGMALI said...

begitulah hakikatnya parti PKR (PR) ini. Semua salah BN. Mereka insan syumul....

Samalah isu penderhakaan Nizar Namrud. Dipusing cerita Umno yang derhaka.

Kes persidangan Bawah Pokok , mereka alih cerit Parameswara pun menubuhkan kerajaan Melaka di bawah pokok melaka.

Susah kalau memang akal pemutar alam . sebab tu saya mengkategorikan mereka sebagai shape shiffter (dajal)

tabuan said...

Itu lah pakatan royup...
Apabila PR kalah dalam pilihanraya BN guna pengundi hantu, Habis yang depa letak polling agent dalam buat apa, buta kayu.
Bila BN menang Undi Pos!
Yang sebenar nya rakyat memang tak percaya langsung kat PR ni, tapi pada PRU yang lepas ramai org menembak peladuk last sekali gajah yang mati
Nanti bila SPR umum Pilihanraya penanti tak jadi atas sebab tertentu maka dituduh PM baru campur tangan pulak.
Itu lah gaya politik al jubori.

dino_yp@yahoo.com said...

Org PKR / PAS memang camtuh, pusing kot mana pun depa yang nak menang.

Anonymous said...

orang pkr mmg jenis yamg tak tau bersyukur, semua nya dia aje yg betul, apa yg bn buat semua tak betul

Anonymous said...

mmw org pkr tak guna, tak de otak

Aku said...

salam


PAS boleh bersatu dengan BN Jika...- NIk Aziz

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/




Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih demi memperkasakan Islam dan hak umat Islam di bumi Malaysia dan dalam masa yang sama kita berlaku adil kepada bukan Islam .

Ayuh UMNO dan PAS. Marilah kita bersatu atas dasar semangat kesetiaan dan ketaqwaan kita terhadap agama Islam , satu-satunya agama yg benar di sisi Allah


Ameeeeeen ya rabbal 3alameeeeeen..

abghalim said...

Salam Bro....
PKR,PAS dan DAP...

Mereka cuma pandai...

1.Cari salah orang
2.Maki hamun orang
3.Undang-undang tak adil kalau tak sokong depa
4.Ungkit cerita lama
5.Saman orang
6.Pecah belah orang melayu
7.Hina raja melayu
8.Tidoq atas jalan
9.MOGOK
10.Islam adil bila sokong mereka
11.Ubah hukum Allah
12.KARPAL SIGN terjun kerusi roda
dosa banyak la tu....tapi nanti tok guru akan bela...cuma tragedi atau kemalangan dan bukan hukum Allah...tapi kalau orang BN..mesti hukum ALLAH....

PKR ni parti orang kecewa....Bukan jujur dalam perjuangan...kalau jujur..semua umat Melayu PKR masuk la parti PAS..kenapa nak tubuh parti baru...?
atau puak Melayu PKR...tak tau ikat serban,tak mau simpan janggut...tak boleh balun pukuq...kena solat..tak boleh pi disco..SENANG cakap tak leh buat jahat..bila berjubah dan berserban...
Lupa ka..masuk PAS boleh fitnah orang..boleh hukum orang kafir...naik pokok nyioq ..pacak bendera bulan..jumpa tayar lori buat lambang pas...
Perintah Kelantan dah lama...tapi rakyat berhijrah ke negeri lain..kononnya negeri Kelantan maju...maju jadahnya..kerja pun xda...

awa said...

berubah dr baik kpd tidak baik adalah salahhhh,berubah dr bathil kpd baik itulah yg terbaik

Popular Posts