Tuesday, April 21, 2009

Nga Kor Ming Tidak Mengelirukan Berbanding Islam Hadhari Menurut PAS!

Salam,

Bila Islam Hadhari diperkenalkan maka PAS mengatakan ianya adalah agenda politik UMNO, mengelirukan, agama baru dan terkini ia adalah agenda Eropah untuk melemahkan Islam kata Nik Aziz. Dengan gagal membuktikan kesemua dakwaan tersebut dan gagal memberikan sedikit ruang muzakarah serta sedikit usaha untuk bekerjasama dalam program Islam ini, tiba-tiba ada seorang kristian membaca Al Quran di atas pentas politik sambil menyesatkan UMNO dengan ayat tersebut dan disokong Nik Aziz dengan mengatakan ianya permulaan untuk Nga Kor Ming menghayati Islam.

Yang penting bagi mereka ialah menghentam UMNO. Kesepuluh prinsip Islam Hadhari adalah agenda politik tetapi sepotong ayat suci yang dibaca oleh seorang kristian bukan ada agenda politik! Hanya sepotong ayat dan hanya seorang yang bukan UMNO maka segalanya adalah berbaik sangka dan benar belaka!

Di dalam sejarah Islam, Arab Badui yang telah mengucap dua kalimah syahadah pun masih belum beriman dan hanya dianggap Islam sahaja oleh Rasulullah s..a.w. Inikan pula yang mengaku kristian dan menggunakan ayat suci di atas pentas politik. Sudah terang lagi bersuluh.

Untuk kita mengatakan seseorang itu sedang mendalami atau permulaan untuk mendalami Islam bukan di atas pentas politik ketika berceramah politik! Nga Kor Ming perlu menjalani proses muzakarah serta ta'lim ilmu-ilmu Islam dan menyakini kebenaran Islam secara minimanya menerima pembawa risalah Islam iaitu Muhammmad s.a.w. Apakah dengan mengakui sebagai seorang kristian maka kita katakan dia sudah menerima kenabian Rasulullah s.a.w.? Ini bertentangan.

Apakah mendalami Islam itu cukup hanya dengan membaca sepotong ayat yang digunakan untuk mengatakan UMNO tidak melakukan keadilan dan ihsan? Apakah dia sudah tahu hal-hal pokok keimanan atau dia hanya hafal ayat tersebut untuk menghentam UMNO dan dengan "naif"nya Nik Aziz kata dia sudah mula untuk mendalami Islam.

Apabila kita kata hudud harus diterima dahulu non-muslim sebelum dilaksanakan PAS kata UMNO tolak hudud sedangkan DAP terang-terangan tolak hudud tetapi demi pakatan politik penolakan hudud DAP dapat diterima kerana sepotong ayat Al Quran telahpun dibaca seorang kristian DAP maka itu tanda DAP sedang mendalami Islam.

Oleh yang demikian, PAS perlulah muhasabah diri serta bertindak lebih cerdik sedikit dalam berhadapan dengan politik DAP dan PKR kerana kita bimbang nanti mereka akan diadili di akhirat dengan kesalahan bersifat lemah lembut dengan musuh Islam tetapi bersifat keras terhadap sesama Islam.

2 comments:

Aku said...

salam,

rasanya pada Nga tu, menggunakan ayat Allah yg suci dalam agenda politiknya semata2 hanya nak bagi bangsa dia memerintah(sebab tu dia cakap nak ama ratakan baru tak zalim) . cakap kat dia, kita dah lama ada pemimpin berdarah cina memerintah malaysia. Tun LAh . malah keturunan india, arab, bugis , semuanya menjadi pemimpin umno. tapi hakikatnya orang beragama islam saja yg boleh memerintah malaysia. bukan Muslim jangan nak angan angan jadi pemerintah.

Anonymous said...

Allah itu maha kuasa, jika PR jdi krjaan nanti sudah tentu tak kekal lama. Malahan akan jatuh dlam keadaan memalukan. Kerajaan yang berdiri berasaskan fitnah mustahil mendapat keredhaan ALlAH.

Popular Posts