Thursday, April 2, 2009

ANWAR DAN KONCO-KONCONYALAH YANG HARUS MEMBERSIHKAN IMEJ NAJIB !....DAN IMEJNYA SENDIRI !

Salam,

Hari DS Najib Razak mengangkat sumpah sebagai PM adalah esok. Namun kalau kita lihat beberapa bulan malah berbulan-bulan yang lepas, DS Najib telah diasak bertubi-tubi dengan isu Altantuya dan sebagainya oleh Anwar dan konco-konconya tidak terlepas juga pemimpin-pemimpin PAS.

SMS dari Harakah menyebut DS Hj Hadi dan Abang Mat Sabu menggesa Najib membersihkan imej beliau sebelum jadi PM. Kita hendaklah berpegang kepada prinsip keadilan. Jika kita hanya tahu menggesa lawan politik kita membersihkan imej maka kita juga terlebih dahulu haruslah menggesa rakan politik kita yang kita nobatkan sebagai Ketua Pembangkang iaitu imej Anwar yang terang-terang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat harus dibersihkan dulu!.

Bukan itu sahaja, DS Najib sebenarnya telahpun bersumpah dalam isu Altantuya, tinggal Anwar sahaja yang belum bersumpah dalam isu liwat sekurang-kurangnya untuk membersihkan imejnya ! Maka, siapa yang harus dibersihkan imejnya terlebih dahulu.

Kalau isu Altantuyalah yang hendak dikaitkan dalam pembersihan imej DS Najib, maka Anwar dan konco-konconyalah yang mula-mula buat spekulasi dan mencipta persepsi ini maka yang harus buat kerja-kerja pembersihan, merekalah.Bak kata orang, dah berak, cebuklah sendiri !

Saya hairan mengapa pemimpin-pemimpin PAS tidak melihat secara objektif dalam hal ini atau sengaja tidak mahu fikirkan. Satu lagi SMS ialah dari kenyataan Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan peralihan kuasa ini tidak mendatangkan kesan untuk ubah kelemahan UMNO. Sebelum ini yang sibuk menahan PAK LAH supaya jangan serah pada Najib siapa? Kalau tiada perubahan mengapa cuba menahan Pak Lah menyerahkan kuasa pada Najib? Satu lagi sebelum ini khususnya sebelum pilihanraya mengapa pula menggesa Pak Lah letak jawatan dan sekarang menahannya pula?

Ini adalah kenyataan-kenyataan politik yang ada udang disebalik batu. Bagi saya, PAS telah jauh tersasar dari politik Islam yang sepatutnya PAS imejkan. Sekali lagi Anwarlah yang telah berjaya memanipulasi PAS dan sekutunya dan Anwarlah yang mencorakkan "political stand" PAS dan Pakatan Rakyat ! Mana pergi kebijaksanaan ulama-ulama PAS?

Saya agak emosional sedikit kerana melihat kepada perkembangan politik sekarang, kita telah hilang punca untuk lebih berpolitik secara jujur dan memikirkan bagaimana UMMAH hendak dibawa ketahap yang lebih baik dan mulia.

Setiap hari yang diisukan adalah sesuatu yang tiada landasan fakta dan penuh menciptakan spekulasi liar yang akhirnya dipersepsikan sebagai suatu kebenaran.

UMNO dan PAS harus duduk semeja demi rakyat Malaysia. Kalau bersama DAP kita boleh sepakat, inikan pula UMNO....Kalau dengan DAP yang terang-terangan anti-Islam kita boleh sepakat, inikan pula UMNO yang sudah sedia membuka pintu untuk perbincangan serta ada lagi sinar Islamnya kita mahu terus bermusuh!. JIka dengan Anwar yang pernah didakwa PAS menipu mereka dahulu boleh sepakat, inikan pula UMNO yang juga mereka dakwa pernah menipu PAS juga, takkan tidak boleh duduk semeja. Jika Anwar yang hilang kuasa mahu berbaik-baik dengan PAS, inikan pula UMNO yang sedang berkuasa mahu berbaik-baik dengan PAS, PAS tidak boleh fikir?

Fikirkan.....demi Ummah !

3 comments:

Aku said...

salam,

itulah pas yang mengaku sebagai parti islam tetapi secara tidak langsung mereka telah bergerak sebagai pemecah belah ummat islam sendiri apabila 'sombong' dengan penglibatan mereka di dalam pakatan caca marba.

bahkan setiap kali mengeluarkan statement semuanya berbaur menghentam orang orang yang ada kaitan dengan UMNO sahaja. kalau bukan UMNO, suara harakah dan ulama pas menjadi senyap sunyi sepi sahaja.bahkan menyokong tindakan mereka walaupun membawa kemudaratan terhadap umat islam!

sekurang-kurangnya pas kelihatan lebih bermaruah jika memilih untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa bergabung dengan 'ex-harbi' dan pendokong besar islam liberal.

kalaulah pas dan umno mahu bersatu kembali, inshallah sinar kebahagian bagi kesatuan umat islam di malaysia akan kembali pulih .


yang penting keutuhan kesatuan umat islam! Bukan sifat penting diri oleh pemimpim!

jaydee said...

salam..
1.betul apa yg saudara katakan itu datuk seri anwar patut bersihkan imej dia dahulu..tetapi apa yg dicabar oleh dato, seri anwar itu juga sepatutnya disahut oleh dato'seri najib kerana beliau adalah pm mlaysia yg ke6 sdgkan anwar ibrahim hanyalah penasihat parti pembangkang yg tidak tentu karier politiknya..mungkin akan berkubur bila2 masa..
2.kenapa dato'seri najib tidak cuba bersihkan imejnya jika mahu kembalikan kepercayaan dan sokongan terhadap rakyat.bersihkan imej beliau dahulu sehingga parti pembangkang tidak mampu mengaitkannya lagi..xperlu menunggu dato' seri anwar bersihkan imejnya krn beliau bkn sesiapa jika pm mampu menangkis persoalan yg tiada kesudahan itu...harap saudara boleh jelaskan..

PUREHADHARIST said...

Salam Jay dee,

Ada perbezaan antara imej Najib dan Anwar. Satu dituduh atas dasar persepsi dan tidak ada proses undang-undang yang satu lagi sedang melalui proses undang-undang malah berhadapan dengan sumpah mubahalah yang mana yang bersumpah meletakkan diri dan keluarga kepada Allah untuk ditimpa kebinasaan jika ia berbohong. Anwar pula lantang bersuara dengan membawa slogan harapan baru yang terdapat di dalamnya parti Islam dan rakyat Malaysia dalam keadaan sedang berhadapan dengan tuduhan liwat iaitu sebuah perbuatan yang terkutuk.

Maka yang saya maksudkan di sini ialah, sepatutnya PR harus adil dalam membuat tuntutan pembersihan imej ini. Adalah lebih bermoral jika ketua pembangkang dipegang oleh orang lain yang lebih bersih. Pada ketika itu layaklah orang itu bersuara lantang!

Yang menjadi masalahnya ialah, kalau ianya datang dari pembangkang maka itu semua konspirasi, kalau umno, betul semua tuduhan itu....fikirkan

Popular Posts