Salam,
Dalam episod keengganan Datuk Husam Musa bersama Ezam Nor untuk program Hujah TV9 tempohari, maka jelaslah kepada kita politik "belit" Anwar Ibrahim telah menjangkiti Husam dengan alasan bertele-tele dan penuh "dramatik" bagi memperjelaskan kepada umum mengapa beliau enggan berhadapan dengan Ezam Nor dalam isu rasuah ini.
1) Kalaulah alasannya bahawa isu ini adalah isu penting dan perlu orang yang berautoriti membincangkannya, maka Ezam adalah berautoriti dalam persoalan rasuah kerana beliau adalah pengasas Gerak yang memangnya berkaitan terus dengan isu rasuah. Ezam telah masuk semula UMNO dan meninggalkan PKR dan juga Gerak atas alasan komitmen kerajaan untuk membenteras rasuah, disatu pihak Husam masih tetap mengatakan UMNO tidak serius membenteras rasuah maka inilah dia medan untuk mereka berbincang dan mengeluarkan pandangan masing-masing dalam isu rasuah !Maka Ezamlah berautoriti untuk membinncangkan isu rasuah ini.
Autoriti apa?
Menggubal dan melaksanakan undang-undang anti-rasuah? Kalau inilah yang dimaksudkan oleh Husam yang memerlukan orang yang berautoriti, maka dia silap kerana program Hujah TV9 bukan tempat untuk penggubalan undang-undang atau penguatkuasaan sebarang undand-undang, hatta PM sendiri tidak boleh berbuat apa-apa dalam rancangan Hujah TV9 kerana ia HANYALAH sebuah rancangan berbentuk diskusi dan Husam harus sedar perkara ini.Jadi tidak timbul berautorti atau tidak!
2. Saya amat bimbang jika Husam membatalkan penyertaannya dengan alasan Ezam tidak setandingnya. Sebagai pemimpin sebuah parti Islam, Husam tidak boleh berperangai sebegitu. Dia harus muhasabah diri dan berfikir secara Islamik yang amat menekankan hal-hal akhlak dan etika bersahabat ataupun berpolitik. Berdasarkan sebuah hadis yang mafhumnya janganlah melihat siapa yang berkata tetapi apa yang dikata...maka Husam harus insaf bahawa program ini adalah bukan hanya diskusi dia berdua bersama Ezam namun ditonton oleh rakyat Malaysia. Seharusnya Husam harus menggunakannya sebagai wadah dakwahnya serta buah fikirannya untuk diperdengarkan kepada penonton.Ini bukan soal menang kalah, layak tidak, setanding tidak, autoriti tidak tetapi ia adalah rancangan diskusi yang amat baik dengan topik yang amat baik juga untuk dibncangkan. Mengatakan Ezam bukan berautoriti dan hanya layak berbincang dengan Pengerusi Gerak kini, adalah suatu pernyataan angkuh dari seorang politikus yang mendakwa membawa misi Islam. Tok Guru Nik Aziz kena tegur ini sebab dah mula nampak penyakit Anwar dalam diri Husam. ( sebab tu kita disuruh memilih sahabat)
3. Husam pernah debat dengan KJ menantu Pak Lah. Persoalan hudud disentuh dalam perdebatan tersebut. Maka, apakah KJ dilihat Husam berautoriti untuk bincang masalah hudud atau kita katakan boleh sahaja dbincangkan kerana sekali lagi program perdebatan itu BUKAN untuk menggubal polisi.Apakah justifikasi Husam menerima untuk berdebat dengan KJ dan menolak berdebat dengan Ezam? Kalau dikatakan sama-sama ahli Parlimen,ini bukan di Parlimen yang memerlukan ahli parlimen menyertai perdebatan itu! Kalau KJ ialah sebagai Ketua Pemuda UMNO atau naib ketika itu maka apakah jawatan Naib Presiden PAS setanding dengan jawatan KJ?
Maka, saya tidak mempunyai penilaian lain melainkan membuat penilaian seadil mungkin dan menyimpulkan bahawa:-
1) Husam tidak bersedia dari segi hujah dan mental untuk berhadapan dengan Ezam dan mulalah mengeluarkan pelbagai alasan.
2) Ada perkara-perkara sulit yang takut Ezam dedahkan yang ada kaitan dengan Husam.
3) Memang Husam sekarang sudah merasa hebat sehinggakan memilih untuk mencari rakan debat yang dkatakan setanding.
4) Mencari sesuatu yang sensasi untuk dijadikan bahan kempen pemilhan PAS yang akan datang.
5) Menyedari bahawa adalah lebih mudah berhadapan dengan Dato Seri Zahid daripada Ezam sendri kerana hanya sahabat sahaja yang tahu kelemahan sahabat bukan lawan.
Maka dari beberapa perkara di atas ini, saya berkesimpulan, Husam sudah terikut peranga Anwar dalam menutup kelemahan atau isu dengan menimbulkan sesuatu yang boleh disensasikan bagi mengalih perhatian umum atas su yang sebenar!!!
2 comments:
macam mana dengan zahid hamidi? sedangkan husam sudah menyuruh pembantu dia pastikan adakah zahid hamidi akan datang tapi husam dah sampai di sana zahid takde kata tak jadi. adakah logik iklan di tv berhari2 mengatakan akan ada debat antara 2 tokoh tetapi tak jadi. semestinya media dah dpt confirmation dr zahid. kalau zahid kata tak bleh maka media tak kan wat iklan. husam buat mcm tu kerna dia dijanjikan debat ngan zahid sama di bukit gantang zahid batalkan. adakah zahid takut? husam berhak tk tdk debat ngan ezam kerna janji dgn org lain tp org lain yg dtg. walupn ezam sebarisan dlm bn tp debat ngan zahid mmg sudah lama dinntikan. zahid berani sorg2 je. ezam tu dh lapuk lgpn kalau dilihat apa yg dibincangkan oleh ezam seolah2 idea dan bende lama yg dibicarakan. saya lebih suka kalau anwar ibrahim yg di panggil tuk debat ngan sape2 aje bg saya biar anwar jelaskan apa org kata kat dia baru betul. ni tak media je yg hentam tp tak bg org jwb!
Salam,
Zahid dah cancel awal-awal lagi sebab tu iklan pun keluar Hujah Ezam-Husam. Pada awalnya Husam memang pun dah cancel tapi selepas Mat Sabu nak ganti diapun confirm balik nak sertai tetapi tiba studio dia buat-buat tak tahu yang ada pertukaran. Pembantu peribadinya telah diberitahu tentang pertukaran ini.
Walaubagaimanapun, isunya sekarang adalah apa yang nak diperkatakan dan mampukah menjawab persoalan yang ditimbulkan? Kalau mampu seribu daya akan dijadikan juga debat, kalau tidak mampu seribu helah akan dibuat.
Post a Comment