Salam,
DSAI bersetuju Chin Peng bekas pengganas komunis dibenarkan pulang atas dasar kemanusiaan. Dengan mengambil sirah Nabawi ketika memaafkan kafir Quraish dalam peristiwa Fathul Makkah ( pembukaan Kota Mekah), Anwar berhujah bahawa atas dasar kemanusiaan maka kita harus melupakan kekejaman Chin Peng.
Rupa-rupanya Anwar ini tidak faham pertama, sirah Nabawi dan kedua konsep keadilan yang dia dakwa memperjuangkannya.
1. Setiap perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. adalah atas bimbingan wahyu dari Allah s.w.t. yang ditunjangi oleh sosok tubuh suci Rasulullah s.a.w. yang memiliki kemaksuman.
2. Ketika masuk semula ke Mekah setelah berhijrah ke Madinah, Islam dalam kondisi yang kuat dan memang digeruni kafir Quraish.
3. Berlatarbelakangkan kedudukan politik yang kuat inilah maka kemaafan kepada kafir Quraish serta atas tujuan menarik lebih ramai lagi kafir Quraish kepada Islam maka orang-orang seperti Abu Suffian diberikan kemaafan bagi membuktikan Islam mempunyai budi serta akhlak yang mulia kerana walaupun dalam kondisi yang terkuat, membalas dendam bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan. Ingat! Rasulullah s.a.w ada ketika itu untuk memelihara Islam bukan seperti Anwar yang hanya tahu mewujudkan ketegangan awam.
4. Ini kelihatan sebagai suatu perlaksanaan kemanusiaan namun ia juga adalah atas dasar politik dan lebih penting lagi keadilan yang ditegakkan. Apa itu keadilan? iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan dalam konteks ini, ada beberapa perkara yang merupakan manifestasi keadilan dimana kemaafan kepada kafir Quraish adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya kerana Islam adalah Rahmatin lil alamin maka adalah adil untuk memberikan peluang kepada kafir Quraish untuk menerima Islam pada ketika itu.
5. Dalam konteks memberikan kebenaran Chin Peng atas dasar kemanusiaan, ia adalah sesuatu yang tidak kena pada tempatnya.
6. Keadaan politik negara yang berbilang kaum sekarang ini adalah sangat genting dan kepulangan Chin Peng bakal memburukkan lagi keadaan dengan bangkitnya semula sentimen dan perasaan orang-orang serta ahli keluarga yang menjadi mangsa kekejaman komunis dahulu. Anwar kena faham ini ! kecuali dia tidak peduli kerana untuk dilihat seorang yang amat tinggi kemanusiaannya.!!!
7. Kepulangan Chin Peng adalah seperti tidak memberikan keadilan kepada ahli keluarga mangsa kekejamannya di mana, kita perlu tahu bahawa ditangan Chin Peng secara peribadi telah banyak darah yang ditumpahkan dan ia mesti diadili dan tidak boleh hanya kerana atas kemanusiaan maka keadilan diketepikan.
8. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya sebaliknya kemanusiaan tidak semestinya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kemanusiaan ialah seseorang mengabaikan sesuatu yang menjadi haknya dan memberikannya kepada orang lain. Dalam konteks ini, kalau keadilan mahu ditegakkan, maka Chin Peng tidak ada tempat di Malaysia ini namun atas dasar kemanusiaan, kita mengabaikan atau mengeluarkan kedudukan Chin Peng sebagai seorang yang seharusnya tidak dibenarkan pulang bagi menghukumnya kepada seorang yang dibenarkan pulang dan dimaafkan segala kesalahannya. Hak keluarga mangsa kekejaman Chin Peng untuk melihat Chin Peng dilarang pulang ke Malaysia sebagai hukuman, diabaikan atas nama kemanusiaan.
9. Justeru itu, Anwar perlu belajar lagi apa itu keadilan. Keadilan kadang-kala begitu jelas dan tegas dan untuk bersikap adil bukanlah sesuatu yang hanya boleh diucapkan dibibir sahaja namun menuntut pengorbanan yang besar. Sejarah Islam telah menyaksikan bahawa Khalifah Keempat Saidina Ali k.w. terbunuh kerana keadilannya walaupun sifat kemanuasiaannya sangat luar biasa.
10. Memang mudah untuk kita katakan lupakanlah hal-hal yang telah lalu. Saidina Ali k.w yang terkenal akan keadilannya menghadapi banyak kesulitan dan ujian atas dasar kepeduliannya terhadap hal-hal yang yang telah lalu.
KEPADA ANWAR DAN ORANG-ORANG YANG SEPERTINYA, FIKIRKANLAH KATA-KATA SAIDINA ALI K.W INI:
" Saya mempunyai urusan dengan hal-hal yang telah lalu, kerana masa lalu adalah pembangun kepada masa sekarang dan masa akan datang.Seseorang tidak boleh membangun sebuah bangunan yang tinggi dan kukuh di atas landasan yang rosak dan rapuh !"
Dalam hal Chin Peng ini, Anwar membuka dengan lebih jelas lagi bahawa dia adalah seorang Liberalis yang tiada prinsip dan menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.....Apa yang telah Chin Peng lakukan dulu ada kesannya hingga sekarang dan juga akan datang....
Harap atas dasar kemanusiaan, Anwar dapat maafkan semua orang yang dia dakwa menganiaya dirinya sehingga dia kehilangan kuasa dan lupakanlah cita-citanya untuk mendapatkan kuasa dengan mengorbankan keamanan dan kestabilan politik tanahair...
1 comment:
Bodoh punya Anwar...dalil yang dipakai pun dah tak kena.
Rasulullah memaafkan Kafir Quraisy untuk menarik mereka ke arah Islam. Dan bagi mereka yang tidak memeluk Islam, mereka mesti keluar dari tanah haram kerana kafir tidak dibenarkan datang ke tanah haram.
Shamsiah Faqeh dan Musa adalah orang Islam yang telah bertaubat dan bersyahadah kembali (Anwar ni tak tau kisah ni kut..itu pasal dia bodoh sangat)
Chin Peng kena masuk Islam la, kalau dia nak datang sini...mau ke dia...takkan nak punya.
Post a Comment