Tuesday, June 30, 2009

PAS ANTARA KELIRU DAN MENGELIRUKAN.....

Salam,

1.Sepatutnya debat harus dilakukan diantara PAS-DAP-PKR sebab rakyat ingin melihat Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah mereka terlebih dahulu sebelum mereka memerintah kerajaan pusat kelak...

2. Dap menolak negara Islam begitu juga Anwar. Pas tidak boleh menegakkan negara bersama golongan sekular maka Pas boleh bersama DAP kerana DAP menolak negara Islam tetapi tidak dianggap sekular!!!!...+++###

3. Anwar adalah ulama maka tiada masalah menobatkannya sebagai PM kerana PAS memperjuangkan kepimpinan ulama...tetapi bukan seperti Husam dan Mat Sabu yang bukan ulama kerana tidak pernah baca khutbah agaknya...

4. Anwar juga dianggap layak menjadi PM sebab berpengalaman luas ketika bersama BN dulu dan pengalaman ini penting kerana pengalaman memerintah ketika bersama BN dulu....Nik Aziz, Hadi Awang dan Kit Siang tidak layak sebab tidak berpengalaman mentadbir sebuah negara kerana hanya menjadi Mb sahaja. Sebab itulah PR perlu ramai pemimpin BN lompat parti kerana mahu orang yang berpengalaman memerintah negara....

5 uMNO tidak boleh diajak ke arah perpaduan kerana mengamalkan ajaran sesat komunis, ayah pin, Islam Hadhari, sekular dan yang lebih penting lagi hanya fikirkan kebangsaan Melayu sahaja tidak Islam. Sekarang PAS sudah mempunyai kelab penyokong Pas dikalangan bukan Islam yang menyokong PAS bukan atas dasar kebangsaan tetapi keadilan kepada semua kaum. Maka biarlah Melayu berpecah asalkan Islam bersatu dengan bersatunya kelab penyokong PAS, Dap dan PKR untuk sama-sama menyokong hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam kelak,,,,++++---####////????

5. Badan Kehakiman, SPRM, Polis dan ISA haruslah direform agar mendapatkan semula keyakinan rakyat dan semua kepimpinan PR tidak perlu lagi membuat kerja-kerja menyaman, repot polis dan demo untuk membantah ISA. Sekarang ini PR terpaksa membuat berratus saman, repot polis dan demo kot-kot dalam banyak-banyak itu ada yang menyebelahi PR dan ini penting sebagai tanda pemulihan atau reform telah berlaku apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka....

Begitulah yang berlaku sekarang......

4 comments:

Anonymous said...

yang berlaku sekarang adalah...yang hak sudah jadi salah, dan yang batil tampak benar/hak. seorang fasid telah menjadi alim dan alim sudah menjadi fasid...

maka kembalilah kepada fitrah dan akal, hati dan islam...lihatlah apa yang diperlukan muslimin, bukan hanya sekedar parti untuk berkuasa...

Anonymous said...

UMNO politik wang! Tengok Kelantan bersih dari Politik Wang seperti zaman Khulafah Ar-Rasyidin! So, sapa yang tak amalkan ISLAM?????

THE PUREHADHARIST said...

Salam.

Pas pun ada politik wang tapi ditutup. Ini dakwaan pemimpin Pas sendiri.....Yang rasuah adalah ahli bukan parti...kalau yang mencuri orang Islam takkan kita kata Islam agama mencuri.....fikirkan...

Anonymous said...

tengok dan bacalah lagi sejarah khulafa ar rasyidin....terutama khalifah utsman ra...apakah tidak terjadi politik uang didalamnya atau ada kes terjadi disana...apakah kemudian kita katakan itu adalah silam atau orang islam yang melakukannya...sekalipun dia adalah khalifah yang rasyid sekalipun..

Popular Posts