Saturday, June 27, 2009

PENOLAKAN KERAJAAN PERPADUAN : PAS IKUT TELUNJUK ANWAR !

Salam

Sebagaimana yang saya siarkan sebelum ini bahawa saya telahpun bersiaran di Astro Awani rancangan Sudut Pandang atas tajuk Wajarkah Menolak Kerajaan Perpaduan bersama Ahli Parlimen Ampang YB Zuraidah Kamaruddin.

Saya tidak mahu mengulas perbincangan tersebut kerana saya serahkan kepada penonton untuk menilainya namun yang jelas ialah PAS sah mengikut telunjuk jari Anwar dalam penolakan Kerajaan Perpaduan ini.

Mengapa?

1. PAS melarang ahlinya mengeluarkan kenyataan kecuali Presidennya tetapi tiada larangan dari Lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat. Ini terbukti atas kehadiran Ketua Wanita PKR bercakap atas isu tersebut di Astro.

2. Lontaran idea oleh PAS ini ialah atas isu perpaduan Melayu, namun mendapat reaksi kuat dari PKR dan DAP.

3. Secara jelasnya Anwar dibelakang penolakan ini kerana perpaduan PAS-UMNO akan mengugat beliau untuk menjadi PM atas kembali kuatnya Melayu dalam politik tanahair.

4. Semua orang tahu bahawa sokongan Melayu kembali kepada UMNO bila berlaku kemelut politik di Perak dan akan dilihat bertambah lagi jika kerajaan Perpaduan menjadi realiti maka PAS harus dihalang untuk meneruskan hanya sekadar perbincangan sekalipun. Untuk itu Datuk Nik Aziz digunakan untuk meniup semboyan anti-kerajaan perpaduan sehinggakan mengeluarkan kenyataan yang keras namun bila dah ditolak, Nik Aziz berlembut semula.

Ada satu perkara yang saya minta PAS keluarkan iaitu dalil Al-Quran untuk menolak usaha kearah perpaduan ini....itu sahaja dan meminta maaf secara terbuka kepada UMNO kerana menuduh usaha perpaduan ini adalah fitnah dari UMNO sedangkan ianya idea asal Presiden PAS.

14 comments:

Aku said...

salam,

pas mabuk kuasa,kuat dendam, suka mencarut dan memaki hamun sesama saudara,perasan diri sendiri terlebih bagus, riak ujub dan takbur dengan iman sendiri. .ini semua sifat shaitan dan iblis yg tidak mahu sujud kepada nabi adam seperti yg diperintahkan oleh Allah.mana mungkin orang seperti mereka ini nak fikirkan perpaduan ummah?

Anonymous said...

sayang, ketika parti yang berlansaskan islam itu tidak hendak mengikuti ajaran Isla yang dibawakan oleh Rasululah Muhammad (saw).

bukankah Rasulullah ketika di madinah melakukan satu perpaduan dengan yahudi untuk membangun negara islam di madinah....demi untuk madinah Islami.

apatah kurang baik melayu di dalam umno untuk diaak berpadu untukmembina melayu lebih baik dan lebih Islami...demi untuk madinah fadhilah malaysia?....

mana islam yang ada didalam PAS?

Anonymous said...

Salam. PAs bukan mabuk kuasa dan tidak menurut telunjuk Anwar, Tapi itulah semangat setia kawan yang diajarkan oleh Islam. Biarpun DAP dan PKR tidak sehaluan tapi mereka tidak menyekat dan memerangi ISlam seperti UMNO seperti memerangi PAS yang cuba menegakkan ISlam. Buktinya Dato' Dr. MAsitah Ibrahim mengatakan Hukum Hudud sudah lapuk! Kalau tak mahu laksanakan tak apa, diam sajalah! JAngan nak membangkang Islam pula!

Anonymous said...

" KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERRUMAH DI TEPI PANTAI, JANGAN HANYA PANDAI BERBORAK, DIAJAK BERHUJJAH DIA TAK PANDAI "

Apa maksud ayat di atas, Najib takut berhujah ka??? Hahaha....

Anonymous said...

ISLAM HADHARI BERMULA DARI ADAM A.S. LAGI
Al-Baqarah: 31 " Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan kegunaannya, kemudian ditunjukkannya kepada para malaikat lalu ia berfirman, terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

* Jangan pandai-pandai nak manipulasi ayat Qur'an. Allah tak pernah pun sebut ISLAM HADHARI di dalam Kalam Allah. Kalau salah tafsir, nanti sesat jawapanya!

Anonymous said...

Sori la geng! Kalau nak guna dalil Qur'an bukan tafsir guna otak saja. Ada caranya! Qur'an bukannya macam bible boleh tafsir sedap perut saja!
Pergi belajar dululah K? Kalau nak berhujah???

THE PUREHADHARIST said...

salam semua,

1) siapa kata PKR dan DAP tidak menentang Islam? Cubalah isytihar PAS akan mendirikan negara Islam! Anwar pernah kata Negara Islam bukan agenda politiknya lagi dan gerakan menegakkan negara Islam adalah radikal. karpal Singh kata langkah mayat dia dulu jika Pas nak tegak hukum hudud. So, kata mana yang mereka ini bersetuju dengan PAS?

2) saya tidak rasa UMNO menolak Islam jika tidak takkanlah program sebesar Islam Hadhari dibuat dengan prinsip pertamanya Keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Yang hairannya program Islam Hadhari ditolak tapi pakatan yang jelas menolak Islam diterima.

3) Yang menjadi masalahnya ialah semua berburuk sangka dengan musuh politiknya. Apabila mahu diselesaikan cara Islam, mereka tolak dan lebih suka cara berdebat yang akan melihatkan suasana yang lebih buruk. Berikan satu ayat yang menghalang Islam sesama Islam untuk berbincang dan satu ayat lagi berbaik-baik dengan bukan Islam yang jelas menunjukkan sikap anti-Islam itu!

4) kalau tafsir saya salah, dimana salahnya? Sila nyatakan hujah dimana salahnya? Apa makna hadhari atau hadharah? Mungkin tak faham kot? Takpelah tunggu buku ke2 saya nanti yang membetulkan kesilapan Ust Hadi dalam pemahaman dan konsep hadharah....

5) semua orang tahu bahwa Pas ikut telunjuk Anwar kalau tidak masakan Anwar dinobatkan sebagai ketua pembangkang! Dan lebih jelas lagi Ust Nik Aziz dan konco-konconya....sayang sekali perpaduan yang merupakan usaha Islamik ditolak oleh parti Islam!

6) akhir sekali, jomlah berdebat jika rasa saya sesat....tu pun kalau berani dan faham isunya bukan ikut perasaan.

Muthannah Marawan said...

"Siapa kata PKR dan DAP tidak menentang Islam? Cubalah isytihar PAS akan mendirikan negara Islam! Anwar pernah kata Negara Islam bukan agenda politiknya lagi dan gerakan menegakkan negara Islam adalah radikal. karpal Singh kata langkah mayat dia dulu jika Pas nak tegak hukum hudud. So, kata mana yang mereka ini bersetuju dengan PAS?"

Apa bezanya BN? Islam Hadhari adalah tidak lebih dan tidak kurang sebagai satu 'PENJENAMAAN' Islam dan sebenarnya Islam Hadhari ini 'BERSEMBUNYI' di bawah Islam Liberal. Apa bezanya DAP - PKR - BN? Apa yang dicadang oleh saudara adalah sekadar pertentangan fakta daripada hujah-hujah saudara yang awal. Muslim yang sebenar adalah seorang yang berfahaman fundamentalisma iaitu balik kepada ajaran Quran dan asSunnah. Semua orang boleh bercakap pasal agama dan keluarkan teori bengkok masing-masing - tetapi samada teori itu benar atau sekadar bengkok. Apa gunanya berjuang untuk keliberalan? Nabi Adam tidak pernah diajar untuk menjadi liberal. Tidak ada agama samawi yang liberal jika dikaji teks-teks suci mereka. Kenapa liberalisasi itu penting untuk 'menghadhari'kan masyarakat? Islam Hadhari adalah Islam REFORMIS, diibaratkan dengan Reformis Judaisma - menolak perkara-perkara akar yang menjadi tunjang ajaran sesuatu agama. REFORM ADALAH PEMBAHARUAN menolak ajaran fundamental. Hairan sungguh ada orang sanggup jual agama dan ayat-ayat Quran demi kepentingan sendiri - mensekularkan Islam. Samalah kamu ibaratkan kaum-kaum Yahudi terdahulu. Kesian.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Munthana,

Kesian jika saudara berhujah sebegini dan lebih kesian lagi jika saudara sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya yang hendak dihujahkan.

1) Buktikan dimana yang dikatakan Islam Hadhari bersembunyi disebalik liberalisme?

2)Faham tak makna reform? Reform adalah islah iaitu pembaikan atau mengembalikan sesuatu kepada fundmental sesuatu itulah. Kalau Islam, ia me"reform" Islam kepada Islam yang Asal. Maknanya dari Islam yang tersasar, maka di"reform" menjadi yang asal!

3) Kalau dah takde beza BN,PKR dan Dap,jadi kenapa PAS memilih bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, tidak BN?

4) Islam Hadhari adalah suatu program Islam yang fundamental kerana prinsip pertamanya jelas menyatakan Keimanan dan Ketakwaan kepada Allah s.w.t. Ini liberal ke? Ia akan melalui proses ta'lim dan tarbiyyah dimana sebagai prasarana kepada memahamkan umat khususnya di Malaysia terhadap Islam. Letih saya nak ulang tapi takpe, kalau salah Islam Hadhari dimana salahnya?

5) Saya bersetuju dengan saudara bahawa setiap orang dengan teorinya samada bengkok dan lurus maka kita jangan terlalu yakin teori kita sahaja lurus dan orang lain punya bengkok. Ia mesti dibuktikan dulu dengan hujah. Kalau hanya tahu menyalahkan tetapi tidak memberikan hujah, maka itu adalah sifat Yahudi yang saudara sebut diakhir tulisan saudara!

6) Teruskan saudara, saya menunggu jawapan saudara, bukan mahu menang atau kalah, namun kita sama-sama cati kebenaraan sebelum merasakan diri kita benar belaka. Ini sifat Islam Fundamental!

Muthannah Marawan said...

Wasalaam ya akhi:

PH:"Reform adalah islah iaitu pembaikan atau mengembalikan sesuatu kepada fundmental sesuatu itulah..."

Muthannah
Mengikut OAL:
1[vn] to improve a system, an organization, a law, etc.
2 to improve your behaviour; to make sb do this:[vn]

Kalau anda maksudkannya 'pembaharuan' jawapan anda tepat tetapi apabila anda menggunakan istilah "mengembalikan sesuatu... (kepada asal)" maka maknanya itu SALAH. Mengembalikan sesuatu kepada asalnya adalah RESTORATION. Gerakan restorasi bukanlah sesuatu yang baru. Sekiranya Islam Hadhari itu bercirikan fundamentalisma, ia pasti membuat kepada restorasi undang-undang sekular yang diguna pakai di Malaysia.

Islam Hadhari adalah Islam ala BN. Anda adalah pure hadharist. Muslim BN juga adalah pure hadharists. Baiklah, adakah adil bagi seorang yang menghisap atau mengedar dadah untuk dihukum bunuh berbanding dengan seorang kaki mabuk?

PH:"Kalau dah takde beza BN,PKR dan Dap,jadi kenapa PAS memilih bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, tidak BN?"

Saya katakan "Apa bezanya DAP - PKR - BN?" kerana anda mengatakan PKR dan DAP menentang Islam. Apa bezanya dengan BN? Baca dahulu kesemua komen tersebut baru dimanipulasikan.

Islam Hadhari sebagai satu 'jenama' sindiket pensekularan bersembunyi di bawah AGAMA:

Dr laman web rasmi Islamhadhari:

http://islamhadhari.net/?page_id=85

1. Prinsip-prinsip Islam - Kerajaan Adil tapi sebaliknya secular approach yang diguna: undang-undang, ekonomi kebanyakannya ala barat.

2. Islam Hadhari adalah Islam SYUMUL - Yang sebenarnya UNDANG-UNDANG ISLAM DITOLAK TEPI. Ada tidak ulama hadhari yang mengeluarkan fatwa yang tidak selari dengan kerajaan? Islam Hadhari adalah Islam PRO-KERAJAAN. Malaysia adalah 'SEMI' Sekular hakikatnya dan BN penerajunya adalah sekular maka Islam Hadhari adalah Islam Liberal.

3. Jika dilihat konsep Islam Hadhari, ianya lebih mementingkan aspek politik. Politik adalah salah satu komponen penting dalam Islam tetapi apa pendapat kerajaan mengenai isu Negara Islam?

PAS sebenarnya adalah gerakan Restorasi di Malaysia ini sejak dahulu kala lagi berideologikan fundamentalisma tetapi sayangnya hakikat ini tidak ditemui oleh kebanyakan pihak. Islam hadhari hanyalah sekadar Islam reform pendekatan Kerajaan BN. Kerajaan Sekular maka pendekatan agamanya adalah LIBERAL. Blog ini sekadar senjata mukmin kerajaan BN. Islam hadhari sekadar senjata mainan politik BN untuk menarik Muslimin sejati kepada mereka menggunkan taktik agama yang 'lebih lembut'.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Akhi Munthana.

Makna reform mengikut kamus Eng-Malay (TIMES) bukan satu makna, ianya membawa maksud pembaharuan,perubahan,membaharui dan juga MEMPERBAIKI.

Makna restoration juga bukan satu makna, ia membawa maksud pengembalian,pemulangan,pembentukan kembali juga PEMULIHAN.

Oleh itu, kedua-dua reform atau restoration mempunyai satu makna memperbaiki dan pemulihan. Maka itulah yang menjadi teras Konsep Islam Hadhari melalui proses taklim dan tarbiyah BUKAN pengekalan keadaan sekarang tetapi memperbaiki keadaan sekarang.

Saya tidak mendapatkan jawapan daripada tuduhan-tuduhan saudara yang terdahulu malah saudara jawab tuduhan dengan tuduhan.

Saya minta saudara buktikan dimana silapnya Konsep Islam Hadhari bukan hanya mengeluarkan kenyataan ianya sekular,liberal dan bermacam-macam lagi.

Saya sarankan saudara baca posting saya berkaitan pembentukan negara Islam yang memerlukan syarat dimana PAS belum cukup syarat untuk dikatakan mampu mendirikan negara Islam! Yang ada hanyalah slogan namun dari segi praktiknya PAS juga banyak memberikan keutamaan politik terutama dalam menjaga agar cita-cita Pakatan Rakyat menumbangkan BN berjaya serta menobatkan Anwar sebagai PM berjaya. Ingat! hanya untuk menumbangkan BN bukan negara Islam sebab itu tiada lagi slogan atau manifesto menegakkan negara Islam oleh PAS sejak bersama Pakatan Rakyat!

Maka PAS juga tidak dapat elak untuk bersama-sama sekularisme dalam keadaan ia melebur di dalam sekularisme tetapi tidak UMNO kerana UMNO menyediakan sebuah program Islam Hadhari bagi secara taklim dan tarbiyah menuju kepada Islam yang syumul.

Saudara misi Islam atau dakwah Islam tidak hanya perlu dijalankan di dalam PAS, ia perlu ada disemua tempat.Maka jika ada suara Islam didalam UMNO maka ia haruslah dilihat secara positif bukan pra-sangka akibat ketaksuban bahawa hanta PAS berjuang Islam!

Baca semua posting saya barulah saudara faham apa yang saya maksudkan....selamat membaca...

Kalaulah dakwah secara lembut pun dikatakan liberal maka tak tahulah saya bagaimana uslub dakwah yang seharusnya kita jalankan.

Ingat! la ikraha fiddeen, tiada paksaan dalam agama maka kita terpaksa akur bahawa tidak semua rakyat boleh menerima hukum Islam jadi kita perlu bijaksana dan bersabar...

Ikhwan Nain said...

Assalamu'alaikum... Sya menyokong hujah dari Saudara Muthannah. Lagipun jika kita lihat konteks dalam perundangan, mengapakah Kuasa Mahkamah Syariah masih boleh dicabul oleh Mahkamah Sivil dengan membuka kes Murtad seperti Kes Lina Joy sednagkan telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah yang menggunakan hujah-hujah dari Al-Qur'an dan tidak boleh disangkal lagi.

Jika benar Islam Hadhari ingin memperjuangkan Islam, kenapa isu sebegini berlaku? Dan memerlukan 'sensitivity' rakyat untuk meenghentikannya. Bukannya kuasa daripada kerajaan dengan tidak membenarkan Mahkamah Sivil membahaskan kes yang telah dimenangi masyarakat muslim dengan hujah dari kalam Allah S.W.T. (Al-Qur'an itu merupakn hujah bagi orang-orang beriman)

Tentang PAS sya ada membaca perlembagaannya. Yang tertinggi adalah Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Dan kalau nak katakan PKR dan DAP tidak boleh adakan jaringan dengan PAS, itu rasanya kurang tepat. Kerana Nabi juga berbaik dengan golongan Yahudi dan Nasrani semasa di Madinah.

Melalui pemerhatian sya, UMNO/BN tidak sesuai untuk bersatu dengan PAS kerana dalam kontek undang barisan pemimpin UMNo menolak hudud dan mengatakan ia sudah kuno atau lapuk. Berbanding DAP atau PKR, mereka tetap ke meja rundingan sekalipun mereka mereka tidak suka hal tersebut.

Kalau Pure-Hadharist mempersoalkan PAS tidak mampu membentuk kerajaan Islam buat masa ini sya akui. Tapi, cuba kita lihat kelantan hari ini kian memenuhi ciri-ciri kepimpinan wilayah Islam. Sebaliknya BN yang telah memerintah sekian lama, tidak mampu mewujudkan suasana berkenaan sedangkan kuasanya dan pengaruhnya lebih besar sebagai kerajaan pusat. (seperti dalam kes lina joy yang melawan mahkamah Syariah di mahkamah sivil)

Maaflah, tapi saya kecewa jika kerajaan kita tidak kembali kepada Islam tulen dengan segera secara keseluruhannya termasuk hukum islam kerana kerosakan akhlak semakin meningkat sekarang di mana penzinaan juga telah berlaku di peringkat sekolah menengah dan banyak yang terjebak. Sorry to say! orang sekarang tak takut disaman kerana berzina!(Sya telah memerhatikan perkara ini terlalu lama)

Muthannah Marawan said...

Restore (OAL): to bring back a situation or feeling that existed before.

Reform (OAL): to improve a system, an organization, a law, etc. by making changes to it

Restore: BRING BACK, Reform: IMPROVE

Pokoknya, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang tersendiri pada kata akarnya. Yang anda nyatakan adalah maksud-maksud cabang. Anda cuba untuk memanipulasi perkataan-perkataan tersebut untuk kepentingan anda. Kata anda: "Kalau Islam, ia me"reform" Islam kepada Islam yang Asal. Maknanya dari Islam yang tersasar, maka di"reform" menjadi yang asal!" - ini restore bukan reform. Reform Judaism pun membawa kepada Judaisma yang baru bukan orthodox.

Islam Hadhari adalah Islam gaya BN - pendekatan Pak Lah. Pak Lah adalah Hadharist & juga pelopor. Sekiranya Islam Hadhari adalah gerakan restoris dan Pak Lah sebagai peolopornya, jika ada kes kecurian yang layak dijatuhkan hukum hudud ke atasnya, adakah Pak Lah akan mengeluarkan hukuman tersebut? Pak Lah sebagai pelopor dan juga PM tetapi apa yang dilakukan beliau utuk merestorasikan fundamental Islam itu sendiri? Pelopor sekular, maka pendekatan liberal. Atas sebab itulah Islam Hahdhari itu Islam LIBERAL.

Adakah cukup bagi anda untuk menyatakan Islam Hadhari itu mengembalikan ajaran-ajaran Islam hanya dengan "Keimanan dan Ketakwaan kepada Allah s.w.t."? Ya saya akui benda tersebut tetapi di laman web rasmi mengatakan bahawa Islam Hadhari adalah Islam SYUMUL. Bagaimana dengan pendekatan politik ala MUSLIM HADHARI?

Islam itu sendiri memperbaharui zaman dan memang moden dari agama-agama semitik yang dahulunya, maka relevankah 'penjenamaan' semula Islam itu?

"...This day have I perfected your religion for you. completed My favour upon you,and have chosen for you ISLAM as your religion" Quran 5:3

Berdasarkan ayat Quran di atas, perlukah lagi penjenamaan semula bagi nama agama yang diturunkan Tuhan ini lagi? PAS dengan misi restorasinya tidak juga memuat satu gerakan penjenamaan semula. Kalau Islam Hadhari itu sendiri adalah Islam asal kenapa tolak hukum-hukum TUHAN? Logikkah?

Kalau PAS tidak cukup syarat untuk membentuk suatu negara Islam, apatah lagi BN yang sememangnya sekular? Sekurang-kurangnya PAS ada misi untuk menegakkan Islam bagaimana pula BN? Guna taktik pendekatan agama tetapi liberal - ini baru TUDUHAN, hujahnya di atas.

"Maka PAS juga tidak dapat elak untuk bersama-sama sekularisme dalam keadaan ia melebur di dalam sekularisme tetapi tidak UMNO kerana UMNO menyediakan sebuah program Islam Hadhari bagi secara taklim dan tarbiyah menuju kepada Islam yang syumul" - anda lebih menggalakkan liberalisasi dengan kenyataan sebigini. Apa KESYUMULAN Islam Hadhari ini? Nyatakan sendan hujah - adakah setakat ketakwaan kepada Allah SWT? Apa pendekatan sekular PAS? Mengharamkan penggunaan wang kerajaan yang telah bercampur dengan cukai arak? Mengharamkan poligami - satu keluarga, satu Isteri? Demi mengharumkan nama negara, perenang negara boleh tinggalkan solat?

Kebanyakan persoalan saya tidak juga dijawab oleh anda. Harap pos komen-komen yang lepas juga di LIHAT.

SUBMITTERS FOR ISLAM!

THE PUREHADHARIST said...

Salam Ikhwan dan Munthanna,

Buat merancakkan lagi diskusi, saya minta saudara2 baca posting saya dibawah ini dan komenlah sepuas-puas hati...

1.ISU NEGARA ISLAM : PAS MASIH BELUM CUKUP SYARAT.
5.LAGI ISU NEGARA ISLAM : KARPAL SINGH LEBIH JUJUR D...
6.ISLAM DAN NEGARA ISLAM : ANTARA KESEMPURNAAN KONSE...
7. BUKAN HANYA NEGARA ISLAM, SEMUA PERKARA BERSYARAT ...

dan baca juga...

5.KONSEP ISLAM HADHARI DAN ISU NEGARA ISLAM
6. ISLAM HADHARI: ANTARA KEBENARAN KONSEP DAN KEGAGAL...

wasalam....

Popular Posts