Friday, July 24, 2009

ANTARA NYALAAN LILIN NIZAR DAN BACAAN AL QURAN NGA KOR MING !: PERPADUAN ALA PAKATAN RAKYAT,

Salam,

Memang benarlah keutuhan hubungan di antara parti-parti dalam PR.

1. Ketika Nga Kor Ming membaca ayat Al-Quran, Nik Aziz kata tidak mengapa kerana ini permulaan untuk Nga menghayati Islam!

2. Baru-baru ini mantan MB Perak pula dilihat melakukan permulaan untuk menghayati Buddha mungkin!

3. Husam Musa berkata ia bukan acara keagamaan ia adalah protes atas kematian Teoh.. Maka kita mahu bertanya kepada Husam, mahu protes kepada siapa? Dah tahu ke siapa yang bersalah atau yang menyebabkan kematian Teoh? Apa jenis protes dengan hanya tunduk sugul serta memegang foto si mati sambil menyalakan lilin? Apakah cara itu menyerupai acara keagamaan buddha?

4. Saya tidaklah sampai mengatakan ianya perbuatan syirik namun saya melihatnya dalam konteks reaksi serta respon-respon pemimpin-pemimpin PAS yang mendakwa mereka pejuang Islam dan bagaimana boleh "terlanjur" dalam perbuatan ini oleh orang kuat mereka Nizar. Setakat ini Nik Aziz membisu.....

5. Sebenarnya inilah hasil dari suatu perbuatan bawah sedar dimana, matlamat utama mereka hanyalah ingin menjatuhkan UMNO dengan apa cara sekalipun. Jika Islam yang mereka perjuangkan maka mereka akan sedar dan berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu perbuatan yang berbentuk keagamaan. Namun demi rakan-rakan dalam Pakatan yang pelbagai agama, mereka telah alpa dengan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam yang penting solidariti dalam menentang UMNO dan BN !.

6. Nga Kor Ming dikatakan mula menghayati Islam apabila menggunakan ayat Al Quran untuk menghentam UMNO. Apabila Nizar menyalakan lilin pula Husam mengatakan ianya sebagai protes. Kalau kita lihat Nizar ini seorang yang agak agresif apabila menyatakan apa-apa protes sepertimana yang dia buat dalam Parlimen ketika mengangkat sumpah dengan jeritan Bubarkan DUN Perak! Tapi hairan protes dia kali ini tidak ubah seperti upacara keagamaan menghormati si mati !

7. Sebenarnya bukan pertama kali upacara keagamaan dihadiri oleh pengunjung pelbagai agama. Kita lihat ketika penamaan calon di Manek Urai, ketika doa dibaca, Lim Kit Siang hanya tunduk dan tidak pula mengangkat tangan. Hal yang sama boleh dilakukan Nizar dengan hanya tunduk tanpa memasang lilin ! Namun mungkin kerana ingin menunjukkan PAS bukan parti perkauman maka lilin harus juga dipegang !

nizar oh nizar...seperti lilin membakar diri..

mungkin ini tafsiran PAS tentang Kerajaan Perpaduan atau mungkin 1 Malaysia.....

1 comment:

Anonymous said...

PAS NAK TEGAKKAN ISLAM MELALUI DEMOKRASI? BOLEH KE ISLAM MENANG PINJAM JALAN YG DICIPTA YAHUDI & NASRANI??? RAMAI ORG PAS ISAP ROKOK. ROKOK KAN HARAM DICIPTA OLEH YAHUDI & NASRANI JUGA... BERLAWAN DGN MAKI HAMUN,JERIT PEKIK,MENGUMPAT, KATA MENGATA, DEMONSTRASI,ETC...RASULULLAH TAWAN DGN AKHLAK, KASIH SAYANG, MERENDAH DIRI, HADIS "BERBUATLAH BAIK KEPADA ORG YG BUAT JAHAT KPD KAMU". PAS TAMPAL POSTER PROMOTE PEMIMPIN...RASULULLAH PROMOSI UTK KENALKAN ALLAH, SYURGA, NERAKA,TAKWA ETC...PAS NAK RAKYAT PILIH PEMIMPIN BERIMAN...DLAM SEJARAH PEMIMPIN KEBENARAN ALLAH YG LANTIK SECARA LANGSUNG @ TIDAK LANGSUNG. PAS PAKAI TIE SAMA MACAM PAKAIAN YAHUDI, TAK SELARAS DGN TOK GURU MEREKA. DLAM PAS NAK LANTIK PRESIDEN, ETC KENA UNDI. RASULULLAH & PARA KHALIFAH DILANTIK OLEH ALLAH BKN DGN UNDI. KALAU LANTIK DGN UNDI RAKYAT, NAMANYA WAKIL RAKYAT. KALAU ALLAH YAG LANTIK, PEMIMPIN TU ADALAH WAKIL ALLAH. AKHIR ZAMAN TUNGGULAH AKAN PEMIMPIN KEBENARAN,YG DISEBUT DLM HADIS & ATSAR ADALAH MUJADDID, PEMUDA BANI TAMIM, IMAM MAHADI & NABI ISA... ITULAH PEMIMPIN WAKIL ALLAH... BKN DGN UNDI... KALAU MCM TU APA BEZANYA PAS DGN UMNO YG DIKATAKAN PAS TERHADAP UMNO TU SESAT... TAKYAH CITE PASAL LILIN. PERKARA YG PAS BUAT SKARANG PUN LG YAHUDI & NASRANI...

Popular Posts