Salam,
Membaca tulisan Dr Maza mantan Mufti Perlis tentang kemisterian wahhabi yang mana beliau dakwa merupakan sebuah misteri kerana yang menuduh seseorang itu wahhabi tidak tahu apa itu wahhabi adalah suatu yang beliau sendiri "generalize".
Sebenarnya tiada misterinya wahhabi ini baik diluar negara ataupun di Malaysia. Cuma mereka tidak mahu dikenali sebagai wahhabi kerana ingin "memaksa" mereka dikenali sebagai pembawa Islam yang tulen !
Kalau mereka mahu hak ekslusif untuk dikatakan Islam tulen maka semua mazhab dan aliran pemikiran juga mahu perkara yang sama.
Yang menjadi masalah, mereka "wahhabi" ini mahu dikatakan mereka sahaja Islam yang tulen dan orang lain semua tidak tulen, mengamalkan bid'ah, khurafat, syirik dan sebagainya.
Ini adalah berdasarkan fakta ! Kalau di Pakistan, mereka "berhujah" dengan membunuh musuhnya baik dengan serangan berani mati mahupun membunuh sesama Islam yang mereka kata bukan Islam atau telah kafir. Kalau di Saudi pula habis semua orang dikatakan syirik dan bid'ah apabila menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah dengan mengusap makam Rasulullah dan menziariahi Baqi' walaupun bukan atas niat menyembah makam-makam tersebut.
Kalau di Malaysia pula, orang-orang seperti Dr Mazalah yang terkehadapan mengutarakan "pemurnian akidah" yag mereka dakwa merekalah yang murni....
Nama serta istilah tidak sepenting isinya. Ia boleh bernama Wahhabi, Salafi, Syiah dan lain-lain namun yang menentukan tulen atau tidaknya, ialah isi ajarannya.
Jika ajarannya mentajsimkan Allah swt maka sudah mahsyur ia adalah ajaran wahhabi. Kalau mengatakan kenduri arwah itu bid;ah, maulidurRasul itu bid'ah dll maka sahlah itulah wahhabi dan salafi maka tiada misteri di sini.
Dalam dunia kekosongan para Rasul, maka tiada siapa boleh mendakwa dia tulen 100% kerana tiada legitimasi yang akan kita perolehi dari "langit" dalam period tanpa Rasul ini. Dan ini adalah diantara sebabnya konsep Al-Mahdi itu ada di dalam Islam untuk permurnian akidah yang hakiki bukan dari sesiapa...juga bukan dari Dr Maza...maaf Dr Maza, mana legitimasi kamu? mana hujah kamu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam Satu kata selalu diutarakan oleh pembicara untuk membawakan pengertian yang dimaksudkan, iaitu kata itu hendak menyatakan makna sehing...
-
Salam. Jerusalem Post sebuah akbar Israel telah mengeluarkan berita berkenaan Anwar Ibrahim dengan tajuk: Anwar Ibrahim: Malaysia'a Futu...
7 comments:
Salamualaikum,
Bagaimana pula dengan Manhaj Hadhari?
Salam Mohd Sufian.
Alhamdulillah, manhaj hadhari akan kekal selamanya kerana ia berlandaskan Islam dan bukan milik Pak Lah. yang menjadi masalah ialah orang melihat hadhari itu dari sudut yang sempit, terbawa propaganda pembangkang dan lebih teruk lagi tidak mampu membincangkannya secara ilmiah. Baca posting saya yang lepas-lepas bagi lebih memahami aoa itu Islam Hadhari.
Salam... Mungkin anda tidak percaya. Tapi, penceramah Islam Hadhari mengatakan bahawa Islam sudah kuno atau lama. Namanya Haji Abdul Manaf dari JASAD di Sabah. Saya masi ingat lagi ceramahnya! Ini berbeza dengan ciri-ciri Islam iaitu Syumuliah. Islam tidak akan kuno atau lapuk ditelan zaman!
Salam Ikhwan,
Sebab itu saya sering katakan bahawa utk memahami Islam Hadhari bukan hanya melalui istilahnya, siapa pelopornya dan siapa pula yang salah memahaminya macam Hj Manaf itu tadi.
Saudara baca dulu posting saya yang lepas serta polemik yang berlaku sebelum ini berkaitan Islam Hadhari.
Kemudian saudara salahkan konsep Islam Hadhari ini berdasarkan hujah Al Quran dan AsSunnah bukan kenyataan org itu org ini.
Salam.
Salam... Beginilah pure-hadharist. Ustaz Haji Abdul MAnaf tu dari JASAD, Jabatan Penerangan Sabah dan seorang yang pernah menerima anugerah dari kerajaan kita dan diiktiraf.
OKlah, awk cakap kalau nak tengok sesuatu tu kita kena tengok pembawanya. Macam Hadis, kita kena tengok pembawanya. Kalau pembawanya bukhari dan Muslim maka bawaannya adalah sahih di mana pembawanya seorang yang cukup sifat.
KEmudian dari konteks 'Islam Hadhari', siapa pula pembawanya?? Pembawanya seorang yang gagal di dalam memimpin keluarganya kerana adakah Isterinya memakai tudung?
Kalau nak cakap hujah guna Al_Qur'an. Tak pernah Allah menyebut Islam Hadhari di dalam Al-Qur'an dan yang disebut cuma ISLAM.
Lagipun hujah yang digunakan iaitu surah Al-Baqarah ayat 31 bahawa Islam hadhari wujud sejak Nabi Adam A.S adalah tidak tepat. Sebab ayat tu cuma menjelaskan konteks ilmu, bukannya Islam Hadhari.
Salam Ikhwan,
Mungkin saudara tersalah faham, saya katakan BUKAN melihat pembawanya atau pelopornya!Ayat saya dipisahkan dengan tanda '(koma).
Banyak yang kita akui betul sekarang tidak ada di dalam Al-Qur'an seperti mazhab Shafie, parti PAS, dll maka sekali lagi lihat isinya bukan hanya istilah.
Saudara, sebenarnya salah kalau mengatakan ayat 31 Al Baqarah itu hanya dalam konteks ilmu kerana ayat itu menyebut kullu bererti keseluruhannya dan kalau nak dikatakan ilmu pun sebenarnya ilmupun adalah hadharah juga maka Islam sejak Adam sudak berhadharah. Baca posting saya terkini tentang Hadharah...
Post a Comment