Saturday, July 18, 2009

GERAKAN PERPADUAN UMMAH LEBIH PENTING DARI GERAKAN MANSUH PPSMI !

Salam,

Bunyinya macam lain sedikit tetapi memang ianya ditujukan kepada pejuang-pejuang bahasa yang berada di dalam GMP Gerakan Mansuh PPSMI.

Baiklah, GMP telah berjaya dalam misinya memartabatkan bahasa Melayu yang mereka lihat sebagai faktor membentuk jati diri Melayu, agar Melayu tidak hilang kemelayuannya serta survival bahasa dan bangsa Melayu itu sendiri tidak terjejas dek kerana PPSMI. Pembaca boleh rujuk semua blog atau laman web dan melihat kronologi perjuangan GMP ini yang akhirnya membuahkan hasil yang mereka mahu.

GMP yang dibelakangnya Sasterawan Negara, novelis, ahli politik dan pelbagai lagi amat dikagumi semangat mereka sehinggakan wajah-wajah yang tidak pernah kita lihat berdemonstrasi dijalanraya kita dapat lihat ketika itu. Wajah A Samad Said misalnya yang tidak pernah kita lihat berdemo dijalanraya serta berucap atas pentas pembangkang, kita dapat lihat semuanya ini dalam isu PPSMI.

APAKAH SALAH, MEREKA JADI BEGITU ? Tidak sama sekali kerana mereka menggunakan ruang semaksima mungkin bagi memperjuangkan bahasa Melayu yang tercinta.

Sekarang tiba pula isu kerajaan perpaduan UMNO-PAS. Dalam pandangan saya, survival bangsa dengan bahasanya adalah terletak kepada kerajaan yang memerintah sejauhmana ia serius dalam mempertahankan bangsa dan bahasa. Dalam erti kata lain, kerajaanlah berperanan utama dalam hal ini.

Melayu di Malaysia ketika ini berada dalam keadaan paling lemah dalam ertikata lemah dari segi politik akibat perpecahan. Tidak kiralah samada kita beranggapan UMNO yang lemah, PAS kuat atau sebaliknya namun jika isu Melayu-Islam yang ingin kita lihat maka kita berada pada tahap yang paling lemah.

Belum pernah kita lihat sebelum ini KITA selemah ini. Maka, dimana dan apa yang dilihat oleh pejuang-pejuang GMP dalam isu kerajaan perpaduan ini? Baiklah kita gugurkan kerajaan cuma bincang berkaitan perpaduan.

Seharusnyalah, pejuang GMP sekali lagi bersingsing lengan turun kemana sahaja bagi melihat perpaduan Melayu ini terrealisasi! Mengapa?

Apakah cukup hanya Sains dan matematik sahaja kembali ke Bahasa Melayu dan habis tanggungjawab kita? Apakah survivial politik Melayu tidak penting dan kita khayal sehingga suatu hari nanti memang kita fasih berbahasa Melayu tetapi tiba-tiba kuasa Melayu hilang dan bukan hanya sains dan matematik kembali ke bahasa lain malah semuanya akan kembali kepada bahasa lain paling tidak bahasa Inggeris.

Maka, ayuh para pejuang GMP lakukan sekali lagi, bercakaplah dipentas manapun walaupun saya yakin Pakatan Rakyat tidak akan memberikan platform bagi isu ini disuarakan kerana ianya bukan seperti isu PPSMI menguntungkan mereka tetapi isu perpaduan ini merugikan mereka khususnya PKR dan DAP !

Saya tunggu reaksi PAK Samad dan rakan-rakan...

4 comments:

Anonymous said...

tindakan malaysia mansuhkan ppsmi rugikan masa depan orang melayu...patutlah melayu semakin mundur

Aku said...

salam,

saya salah seorang penyokong ppsmi yang sampai sekarang tak dapat lihat bagaimana mungkin ppsmi dapat melenyapkan jati diri melayu..

tapi kalau dah kerajaan nak mansuhkan, demi kebaikan ummah saya akur. masalahnya, kenapa sekolah jenis cina dan tamil pula dibenarkan belajar dalam bahasa ibunda? mereka ini cina dan india dari sana kah?

adakah gmp hanya sekadar nak berjuang martabatkan bahasa melayu di kalangan melayu saja? kalau macam tu , jangan kata dunia, kat malaysia sendri pun bahasa melayu takkan duduk di atas sebab rakyat keturunan lain tak pandai berbahasa melayu. kalau benar2 mahu martabatkan bahasa melayu, tolonglah perjuangkan supaya semua rakyat malaysia berbilang kaum fasih berbahasa melayu tanpa cacat cela lidahnya. sudah tiba masanya cina india dan semua bangsa di malaysia benar benar menjadi malaysian dan fasih berbahasa kebangsaan.tolonglah martabatkan bahasa melayu di semua lapisan masyarakat.ini baru ikhlas wahai GMp. dan juga berjuang menyatukan orang melayu islam di bawah satu bumbung. bukan menambahkan kekususutan ummah dengan pecah belahkan mereka lagi!bantu ummat melayu untuk maju ke depan. bukan undur ke belakang!

Anonymous said...

tunjukkan formula bagaimana untuk mengerakkan perpaduan ummah, pemimpin dah pening kepala nak memikirkannya. lagipun boleh ke? satu pihak mati-matian percaya dan tuduh anwar meliwat dan satu pihak lagi mati-matian tidak mempercayainya. Kedua-dua pihak ini boleh ke bersatu dan bermaafan diatas perbezaan pendapat ini? Ataupun panggil semua pemimpin PAS dan lain-lain parti ikut sama mempercayai bahawa anwar betul MELIWAT dan perlu diumumkan ke seluruh negara....amacam? salepas itu barulah senang untuk bersatu-padu..

PUREHADHARIST said...

Salam,

Gerakan perpaduan atas isu-isu berkepentingan Islam-Melayu tidak bergantung kepada hanya isu Anwar tetapi ia adalah sebenarnya penghalang kepada perpaduan itu sendiri kerana wujud rasa taksub orang kepada Anwar.

Sebenarnya dalam PAS sendiri dah ada yang percaya Anwar peliwat bahkan dalam PKR sendiri namun demi kepentingan diri serta agenda peribadi, mereka masih rasa tidak mengapa bersekongkol dengan Anwar kecuali orang-orang seperti Nalla, Ezam , Chandra Muzafar dll lagi.

Popular Posts