Salam.
Apabila PPSMI dimansukhkan sepenuhnya 2012 maka saya percaya ramai yang akan mendakwa merekalah yang bertanggungjawab yang membuatkan kerajaan mengambil keputusan memansukhkannya.
Maka saya di sini ingin juga menyatakan bahawa UMNO Johor adalah yang pertama membantah PPSMI ini melalui beberapa pembentangan kertas kerja serta ucapan wakil UMNO Johor dalam perhimpunan Agung UMNO.
UMNO Johor telah menyatakan dengan tegas dan biasanya suara penentangan dari dalam lebih diambil perhatian kerana ia adalah juga suara rakyat khususnya negeri Johor yang masih dikuasai BN.
Maknanya, saya bukan ingin mendakwa bahawa UMNO Johor satu-satunya yang berjaya dalam bantahannya tetapi ia adalah faktor yang penting untuk dinyatakan bahawa peranan UMNO Johorlah yang awal diambilkira dalam isu PPSMI ini.
Ini fakta dan orang yang bertanggungjawab menyuarakannya adalah YB Puad Zarkashi yang mewakili UMNO Johor dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO yang sekarang ini merupakan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Suara rakyat Johor ini dibawa semasa Konvesyen UMNO Johor yang biasanya dilakukan sebelum perhimpunan Agung Umno di PWTC.
Maka yang penting di sini, adalah akhirnya nasib anak bangsa kita akan datang akan terbela juga akhirnya.
*******Dalam hal perpaduan Melayu, saya teringin juga melihat Sasterawan-Sasterawan Negara membuat kenyataan keras menggesa diadakan pendekatan UMNO-PAS demi umat Islam dan Melayu kerana jika hendak dibandingkan isu PPSMI ini, isu perpecahan Umat Melayu lebih cepat menghancurkan nasib umat Islam/Melayu berbanding kesan jangkapanjang PPSMI. Jadi, perpaduan juga penting untuk disuarakan.....ayuh...agenda kita seterusnya.
4 comments:
http://www.youtube.com/watch?v=5f-Jmp-gYGA
http://www.youtube.com/watch?v=XynUAFm-0vA&feature=related
salam..
x approve komen saya? =]
Salam Ahmad Hilmi,
Maaf kerana lewat menyiarkan komen saudara memandangkan saya gagal untuk menonton video tersebut di hp saya dan baru hari ini sempat menontonnya di note book saya dirumah.
1) Ketika 13Mei, bukan UMNO yang lemas, tetapi umat Melayu/Islam yang lemas justeru itu tidak benar untuk mendakwa perpaduan adalah untuk menyelamatkan UMNO tetapi perpaduan adalah bertepatan dengan ajaran Islam.
2) Apabila seseorang itu berkahwin maka ia mendapat pahala dan Islam mempunyai konsep cerai atau talak jika sesebuah perkahwinan itu gagal walaupun perceraian itu dibenci oleh Allah swt namun ia tetap halal. Maka tidak kena jika memakai hadis umat Islam tidak boleh disengat 2kali dalam satu lubang kerana:- a) perpaduan bukan sengatan yang harus dielakkan umat Islam dan perselisihan dan akhirnya menyebabkan PAS disingkirkan dari BN bukan alasan untuk menolak perpaduan. Kalau hujah inilah yang dipakai Tok Guru maka Pakatan Rakyat juga tidak boleh diadakan kerana Anwar, DAP, Karpal juga bukan hanya pernah menipu PAS sebelum ini tetapi menolak perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dulu,kini dan salamanya. b) Saya tak tahu pula DAP dan PKR bukan sekular yang boleh membuatkan PAS boleh bekerjasama dengan mereka.!
2) Isu PPSMI memang saya akui ia diperjuangkan juga oleh PAS, maksud saya ialah ia bukan satu-satunya perjuangan PAS atau sesiapa namun UMNO Johor mendahuluinya dan keberkesanannya lebih dari orang lain memandangkan saban tahun UMNO Johor berjuang dalam saluran dalaman parti UMNO itu sendiri. Ini kelebihan berada di dalam UMNO dan tidak semua perkara yang diperjuangkan melalui UMNO gagal sepertimana dakwaan Anwar. Anwar mungkin gagal tetapi itu Anwar dan Anwar bukan standad kebenaran.
T.kasih....teruskan lagi...
Post a Comment