Monday, July 13, 2009

HADHARAH SESUATU YANG MASIH KABUR .

Salam,

Selama menulis didalam blog ini atas nama purehadharist dan menulis buku pertama Prinsip-Prinsip Islam hadhari maka saya seringkali berfikir mengapa sukar untuk memahamkan bahawa Islam Hadhari ke atau Hadharah Islamiyyah ke, semuanya itu adalah sesuatu yang ada di dalam Islam dan tidak menyalahi sebarang prinsip-prinsip di dalam Islam.

Sehingga hari ini, tiada siapa lagi yang boleh membuktikan dimana salahnya Islam Hadhari termasuk Presiden PAS yang menulis buku HIBIH!

Kalau saudara tidak bersetuju, maka bererti saudara-saudari belum membaca blog ini secara keseluruhannya.

1) Ada yang mengatakan istilah Islam Hadhari mengelirukan justeru itu tidak harus diperjuangkan kerana bimbang ianya disalahertikan

2) Ada yang mengatakan ianya sesat, liberali,sekular dan sebagainya kerana tiada suatu perkataan Islam Hadhari pun di dalam Al-Qur'an sepertimana tiada perkataan PAS di dalam Al-Qur'an (sekadar contoh) tapi hairan perjuangan PAS dikatakan Islam oleh penyokongnya.

3) Ada yang mengatakan yang sebenarnya Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari kerana tidak menepati bahasa Arab.(telahpun saya jawab)

Maka,

apa yang sebenarnya berlaku? Rupa-rupanya perkataan hadharah itu sendiri masih kabur dan mungkin tidak difahami oleh para pembincangnya...

Jika mereka faham maka, hadharah itu sekalipun di"Islam Hadhari"kan tidak menjadi masalah.

Konsep Hadharah bukan tamadun, bukan "civilization" dan bukan madani jika hendak didefinisikan seterusnya di"konsep"kan. Maka jika kita menyamakannya semua itu, maka kita akan terus-terusan tidak dapat memahami apa itu hadharah Islamiyah atau Islam Hadhari.

Allah, wahyu (Islam), Rasul dan Alam ini apabila berinteraksi akan terjadinya Hadharah!

Maka, Islam tidak pernah ada tanpa hadharah yang menyebabkan Islam itu hadhari dan hadharah itu Islamiyyah!

Kalau ia difahami sebagai tamadun, madani dan civilization dalam pengertian wujudnya bandar, sistem sosial dan sebagainya maka kita telah mengatakan Islam sebelum wujud semuanya itu adalah tidak berhadharah!

Sekadar lontaran idea untuk dibincangkan selanjutnya...hanya yang murni kekal....purehadharist!!!

5 comments:

Ikhwan said...

Assalamu'alaikum... Salam Ukhuwwah kepada Pure-Hadharist. Di sini sya hendak bertanya. Sebagai salah satu ciri-ciri Islam yang Syumuliah, Adakah Islam perlu berlandaskan Tamadun atau Tamadun Berlandaskan Islam? Mana satu yang betul?

PUREHADHARIST said...

Salam Ikhwan,

Soalan yang baik daripada saudara! Jawapannya ialah kita harus mendefinisi dahulu apa itu hadharah, tamadun dan civilization. Jika kita mendefinisikan hadharah, tamadun dan civilization sebagaimana barat mendefinisikannya, maka kita telah melakukan kesilapan yang besar. Ini adalah kerana, barat mendefinisikannya dengan mengaitkannya dengan material iaitu ketika mana wujud manusia yang menetap disuatu tempat iaitu tidak berpindah randah (bukan badwi) dan terbentuk sebuah bandar dengan segala sistem kemasyarakatan, ekonomi dan sosial dsb. Maka jika ini yang kita fahami (malang ada ulamak yang memahami begini), kita akan mengatakan sebelum wujudnya bandar, dan ketika masyarakat manusia yang masih berpindah randah walaupun telah menerima ajaran para nabi, kita akan mengatakan mereka tidak bertamadun atau berhadharah. Boleh terima ke begini? Dan paling teruk lagi apabila pembentukan sebuah bandar itu dipelopori oleh barat jadi baratlah yang dulu bertamadun dan berhadharah! Kita tidak boleh terima ini.

Oleh yang demikian, konsep hadharah sepertimana yang dinyatakan juga oleh Al Maududi, Syed Qutb dan juga Ibn Khaldun adalah Islam itu sendiri hadharah. Maknanya dari awal ketika mana Islam diturunkan kepada Adam, Islam telah berhadharah dengan segala ilmu yang diajarkan Allah swt kepada Adam as.

Maka, Islam itu hadharah dan hadharah itu Islam. Maka tiada cacat celanya istilah Islam Hahdhari itu...cukup setakat ini..

Yang penting bagaimana kita memahami konsep hadharah itu.

Anonymous said...

terima kasih atas penjelasan yang ringkas, padat dan mengena.

kalau saja setiap muslimin memahami bahwa Islam itu syumul, maka konsept kehidupan pasti ada didalamnya, termasuk tamdun, hadharah, politik...maka kesyumulan Islam itu lah adalah konsept semua..islam adalah tamadun, hadharah dan politik..bukan memisahkannya...sesuatu yang berlandaskan Islam adalah islam itu sendiri ..kan

AHMAD HILMI said...

salam

begini la maksud saudara ikhwan..

islam hadhari : islam berlandaskan tamadun

hadharah islamiah :tamadun berlandaskan islam

sila jawab soalan.mana satu yang betul?

lain kali belajar bahasa arab =='

PUREHADHARIST said...

Salam Ahmad Hilmi,

Saudara tak faham penjelasan saya yang saya utarakan dalam bahasa Melayu yang mudah bukan dengan bahasa Arab yang saya pun tak pasti saudara fasih ke tidak dan bagaimana saudara boleh berkesimpulan saya tak belajar bahasa Arab!

Fahami dahulu konsep hadharah yang diberikan Sy Qutb, Maududi dll itu. Maka konsep hadharah yang diutarakan tidak boleh sama dengan konsep tamadun, civilization dsb.

Baca penjelasan saya diposting2 yang lepas dan saudara buktikan dari segi bahasa Arab di mana salahnya istilah Islam Hadhari mengikut bahasa Arab yang saudara pelajari itu.

Popular Posts