Sunday, November 7, 2010

MODEL BARU POLITIK OLEH POLITIKUS USANG!! BOLEH KE?




Salam.

1. Model Baru Politik yang disuarakan oleh YAB Presiden UMNO adalah baik jika kita lihat dari sudut politik memerlukan pendekatan dan arah tuju yang baru.

2. Pendekatan baru memerlukan mekanisme baru pula. Dalam politik, aktor politik utama si politikus, juga mesti baru!. Baru di sini tidak semestinya orang baru tetapi punya wawasan serta budaya politik yang baru.

3. Baru di sini bukan memerlukan kita buang semua yang lama tetapi kita nilai tambahkannya dengan perkara-perkara baru yang relevan dan efektif dalam dunia kepolitikan yang serba serbi amat berlainan dengan kehendak massa masa kini.

4. Seruan ini bagi ahli-ahli Umno merupakan satu cabaran besar yang harus disahuti secara serius. Lebih-lebih lagi keadaan semasa yang menuntut pembaharuan segera dijalankan. Zaman-zaman yang paling kuat membodek pemimpin yang akan cepat naik telah berlalu. Zaman sekarang ialah yang paling dekat dengan rakyat adalah yang paling patut diberi tempat.

5. Justeru itu, kalaupun ahli-ahli bawahan mahu berubah dan tidak mahu membodek lagi, maka pemimpin atasan pun janganlah pula merasa "sunyi:" jika tidak lagi dibodek!! Adalah sia-sia jika pemimpin atasan akan hanya memberi peluang pemimpin bawahan naik kerana pandai membodek dibandingkan pemimpin bawahan yang rajin bekerja tidak mendapat tempat kerana tidak suka membodek.



6. Ini akan menyebabkan Model Politik Baru akan gagal dek kerana amalan politikus usang.

7. Contoh yang terbaik model politik baru oleh politikus usang ialah apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat . Mereka kononnya mendakwa membawa politik baru untuk masyarakat. Namun lama kelamaan kita lihat tidak ada apa yang baru malah mereka semakin terkebelakang dalam memainkan peranan sebagai pembangkang apatah lagi sebagai pemerintah di beberapa buah negeri.

8. Yang ada pada mereka ialah ceramah-ceramah politik yang hanya menghentam Umno dalam isu yang sama dan lapuk namun tidak mengutarakan intipati perjuangan atau bentuk pemerintahan yang bakal dijalankan jika memerintah Malaysia kelak.

9. Isu-isu atau kes-kes yang berlaku seperti penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah hanya pandai disensasikan di pentas-ppentas ceramah untuk membangkit kebencian rakyat kepada Umno namun tiada arah tuju yang jelas bagaimana pula memastikan perkara yang sama tidak berlaku jika mereka memerintah. Buktinya, belumpun lama memerintah, berlaku juga penyelewengan serta salah guna kuasa di dalam pemerintahan mereka.

10. Iltizam politik diperlukan oleh politikus dari semua parti. Hentikan politik sensasi namun wujudkan politik baru dengan meletakkan kepentingan  negara dan rakyat dihadapan. Jika sesuatu itu hanya ada nilai sensasi tetapi merugikan rakyat dan negara, maka politikus perlu sedar bahawa sesuatu yang sensasi hanya akan dilihat sebagai bahan sensasi sahaja tidak lebih dari itu.

2 comments:

SD-Malaysia said...

saya sememangnya sering mengikuti hasil idea & penulisan saudara Pure-Hadharist.
Seronok melihat anda kembali aktif!

Mohon copy beberapa artikel untuk diletakkan di blog saya.

www.sd-malaysia.blogspot.com

THE PUREHADHARIST said...

silakan SD-Malaysia....

Popular Posts