Monday, June 9, 2008

KECELARUAN PEMIKIRAN MUFTI (BHG 5) - HASIL SASTERA MENJADI MANGSA !

Salam Semua.

Ada beberapa hal yang perlu diluruskan dalam permasalahan antara Mufti Perlis dan Faisal Tehrani. Tindakan Mufti Perlis ini mengingatkan kita akan siri ceramah ala- Wahhabi di negara kita yang menolak semua pandangan yang bertentangan dengan mereka tanpa hujah yang ilmiah. ( walaupun beliau menafikan beliau adalah "penganut" fahaman wahhabi). Saya memang kurang gemar untuk menyentuh isu-isu mazhabi yang mana tidak akan berkeputusan namun untuk isu ini saya rasa perlu mengutarakan pandangan kerana ia menyangkut persoalan kebebasan berkarya dan berpendapat berdasarkan kepada hujah yang juga diwar-warkan oleh Mufti Perlis sendiri.

1. Tuduhan terhadap syiah sebagai sesat. Tuduhan syiah sesat yang dibawakan oleh Mufti itu adalah berdasarkan kepada pandangan personalnya yang mana tidak sama dengan pandangan ulama besar Islam yang lain seperti ulama Al-Azhar Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Salim Al Bisri dan terkini At Tantawi yang mengatakan syiah adalah Islam, sehingga menyesatkan syiah dihadapan umat Islam tidak hanya akan menambah keruhnya perpaduan Islam, namun merugikan keragaman masyarakat Malaysia. Jika umat Islam boleh hidup berdampingan dengan mereka yang tidak memeluk Islam apatah lagi bagi sesama Islam dan mengimani Islam sebagai agamannya, sekalipun mungkin berbeza dalam dalil dan masalah yang partial. Mengatakan syiah adalah sesat sebenarnya adalah pemaksaan kehendak kepada mereka yang tidak sama dengan pandangan seseorang yang tidak dilandasi nilai peraturan agama dan juga bangsa.
2. Tuduhan ke atas seseorang dengan mengatakan ia membawa hadis palsu merupakan pandangan berkepanjangan dalam Islam. Kerana, hingga kini masih belum tuntas lagi perbahasan perletakan ketetapan hadis yang shahih dan yang bukan shahih, kerana boleh jadi seorang alim mengatakan bahwa hadis tertentu shahih sementara yang lain mengatakan dhoif dan maudhu' dan sebaliknya maka ini menjadikan penuduhan tersebut sebenarnya telah mematikan nilai ilmiah keagamaan dari besarnya samudera ilmu dalam Islam.
3. Autoriti yang ada pada mufti. Autoriti beliau adalah memberikan fatwa maka benar dia memberikan fatwa, tetapi bukan bererti bahwa fatwa tersebut kemudian memberikan kesan yang lebih negatif dari pada tujuan fatwa tersebut. Hal ini juga difahaminya dengan baik. Maslahah yang lebih jauh perlu diberikan kepada umum. Kalau hanya dengan dua alasan yang tidak jelas dasar hukum dan keilmiahannya, apalagi bertentangan dengan pandangan sebahagian ulama yang lain, maka fatwa tersebut juga merupakan fatwa yang bermasalah.
4. Kekuasaan tertinggi Islam bukan bererti menjadikan kekuasaan Mufti tertinggi dalam kehidupan, hingga kini hal itu belum disepakati bahwa mufti memiliki autoriti tertinggi dalam sistem politik, agama dan budaya di Malaysia ini. Mungkin boleh sahaja pengikut mufti menganggap beliau berkuasa seperti itu, tetapi kerajaan belum mengiktiraf hal tersebut. Islam merupakan ketetapan yang pasti, dan bukan bererti bahwa ianya menutup orang untuk menunjukkan hujah kebenaran yang dipercayai orang lain. Bukankah kita menuntut dalil kebenaran hatta dari orang kafir sekalipun, kenapa tidak diminta dalil dari FT (Faisal Tehrani) sehingga dia juga memiliki kesempatan yang sama atas apa yang diyakininya.
5. Kebijaksanaan merupakan landasan perlaksanan hukum. Hukum Islam adalah benar tetapi wajib dilaksanakan dengan bijak. Kalau hanya dilandasi dengan taksub dan kebencian maka bukan saja Islam dan umat Islam yang akan rosak tetapi kehidupan bersama manusia pun terancam keharmoniannya. Untuk itu autoriti bukan bererti menetapkan Islam sebgaimana yang dikehendakinya tetapi menetapkan hukum sebagaimana Islam mengkehendakinya.
6. Sesuatu karya penulisan, boleh jadi merupakan hal yang ada kenyataannya, tetapi juga ada yang berupa imaginasi, keduanya tidak harus bertentangan dengan akidah seseorang ataupun menghina keyakinan orang lain. Maka perlu ditetapkan apakah tulisan FT tersebut telah menghina ajaran orang lain atau merupakan karya yang bersih yang merupakan hasil seni atau menunjukkan agama yang lain atau pandangan yang lain tanpa ada niat penghinaan?. Kalau hanya kerana perbezaan yang menjadi permasalahan, maka tidak akan ada patung di atas vihara hindu dan budha kerana umat Islam tidak membolehkan?!
7. Seni memang untuk menunjukkan keindahan, dan agama merupakan keindahan tersebut. Apa yang hendak ditulis oleh FT adalah keduanya, mengungkapkan keindahan dan agama dalam satu sisi tulisannya...adakah ini bertentangan dengan agama dan keindahan, atau keindahan agamis?. Tentu tidak, keindahan agama akan dapat dlihat dalam kehidupan dan juga dalam tulisan para pujangga yang menulisnya untuk mengungkapkan yang belum dinikmati oleh orang lain .
Maka, dengan ini semua, adalah diharapkan kebijaksanaan Mufti Perlis dalam mengeluarkan atau menulis apa sahaja kerana setiap yang diungkapkan bukan sahaja sudah mulai disedari kecelaruannya namun yang lebih penting Allah s.w.t. MAHA Mengetahui isi hatinya.

6 comments:

Anonymous said...

Salam...

Sesuatu yg ramai tak perasan pasal si Mufti Perlis ni ialah dia adalah lulusan B.A.Bahasa Arab dari Jordan, bukan lulusan Syariah bagi melayakkannya menjadi seorg Mufti.Bagaimana seorg yg tidak memiliki pengkhususan pengajian dlm bidang Feqah dan Syariah boleh dilantik sebagai seorg Mufti yg berfungsi utk mengeluarkan fatwa-fatwa dan hukum hakam?Ini membuktikan beliau mengeluarkan fatwa berdasarkan kefahaman PERIBADINYA dan bukan KEPAKARANNYA...Ali Haidar...

Anonymous said...

Hadharist pun lulusan sastera.

Unknown said...

Salam saudara purehadharist,
No comment..
cuma nak betulkan fakta mengenai saudara anonymous tentang lulusan mufti perlis.

Beliau memang berkelulusan B.A (hons)
Bahasa Arab DAN SYARIAH dari Universiti Jordan,Amman,Jordan.

Cuma yang kelulusan yang menyebabkan beliau "special" sedikit ialah Ijazah Doktor Falsafah dalam pengajian hadith daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) yang menyebabkan beliau sering dipanggil sebagai doktor hadith.

WaAllahua'lam.

THE PUREHADHARIST said...

salam

Saya tjada masalah dengan kelulusan apa seseorang itu. Yang penting jika dia betul dalam pandangannya kita katakan betul, jika tidak, dimana silapnya. Itu sahaja. Ilmu diperolehi dimana sahaja.

Anonymous said...

quote ko: 'Saya tjada masalah dengan kelulusan apa seseorang itu....'

tapi artikel ni mula2 ko perlekehkan kelulusan mufti, pastu ckp ko tak dak masalah pulak, memang lidah eh silap otak bercabangla ko ni had-hari oii...sudahla baik ko takyah lg sibuk dh bg p'dpt..

aku nk tunggu bila lagi buku ko nk keluar..lambat no nk ada dipsrn, nk tgk ckit apa punya pikiran had-hari ko ni..

"haram pemikiran had-hari"

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Baca betul-betul, yang cakap pasal kelulusan mufti tu bukan saya..Disebabkan terlalu obses untuk menyalahkan Islam hadhari mungkin membuatkan penilaian saudara tidak objektif apalagi ilmiah...so saya tidak boleh mengharapkan pemikiran sebegini dapat menilai buku saya yang akan terbit nanti....

Popular Posts