Monday, March 31, 2008

ISLAM BUKAN TERRORIS ATAU IMPERIALIS

Bagi menghadapi propaganda Barat yang mengatakan Islam adalah agama terroris, kita perlu suatu perbincangan secara mendalam bagi menjawab tuduhan-tuduhan tersebut. Berikut ini saya petik dari buku saya yang bertajuk Prinsip-Prinsip Islam Hadhari - Suatu Perspektif...ingat suatu perspektif membawa maksud pandangan saya sendiri yang tidak terikat dengan pandangan Pak Lah sebagai pelopor Islam Hadhari walaupun kemungkinan ada persamaan dan juga ada pertentangan.
Prinsip ke sepuluh Islam Hadhari : Kekuatan Pertahanan (difa').

Pertahanan merupakan salah satu inti daripada jihad dalam pengertian umum, kerana di dalam ajaran Islam tidak ada makna jihad yang bermakna agresi atau aggression. Ketika Islam memberikan kebenaran untuk berperang, itu membawa erti wajib untuk dilaksanakan atas hukum yang ditentukan Islam, bukan atas tujuan untuk menguasai sesuatu negara atau menakluk negara tersebut dan kemudian menjarah harta kekayaaan negara tersebut. Kalau berperang atas dasar penaklukan ini, maka ianya adalah suatu perbuatan yang zalim. Jihad pada hakikatnya adalah bertujuan untuk mempertahankan (difa’) diri,keluarga, masyarakat, negara atau apa sahaja yang dimilikinya.

Difa’ atau defence: adalah berdasar dari keperluan untuk mempertahankan diri dari serangan luar. Oleh yang demikian, ketika seseorang, kelompok, bangsa atau negara yang diancam oleh kekuatan luar maka pada masa itulah dia dibenarkan secara syar’i untuk bertahan. Pertahanan tersebut boleh sahaja dari segi mempertahankan individu, kelompok, bangsa dan negara ataupun kehidupan yang ada didalamnya termasuk dengan harta kekayaan yang dimiliki. Difa’ boleh terlaksana ketika rakyat beranggapan bahwa adanya kekuatan asing yang hendak menguasai negaranya ataupun hendak menjajah dan menguasai harta kekayaan negara mereka, maka rakyat negara itu secara syar’i diwajibkan untuk bertahan difa’.

Islam juga meletakkan hukum bagi orang yang meninggal dunia kerana mempertahankan haknya, termasuk harta benda yang dimiliki, dengan dikategorikan sebagai mati syahid. Maka pertahanan merupakan suatu hal yang suci (muqadas) di sisi Islam, dan mereka yang melakukannya merupakan satu kemuliaan daripada Allah s.w.t. Pertahanan untuk nyawa, harta benda dan juga maruah (harga diri) dan kebebasan serta kemerdekaan negara merupakan hal yang wajib dan suci. Maka pada hakikatnya pertahanan adalah satu hal yang normal atau natural tetapi juga merupakan hal yang sangat penting dalam mempertahankan kemanusiaan itu sendiri.
Oleh yang demikian, walaupun pada umumnya ada perintah wajib untuk berperang, namun ianya adalah berperang untuk difa' bukan menyerang. Dalam isu filem fitna keluaran Belanda ini, segala reaksi yang dilihat sebagai ganas, memboikot ekonomi, keras dan "uncivilized" menurut mereka, adalah difa' ekoran dari kebiadapan mereka terhadap Islam. Ingat Salman Rushdie pernah dijatuhkan hukuman mati oleh Imam Khomeini r.a. itu juga adalah difa' ke atas Islam.

Friday, March 28, 2008

KONSEP ISLAM HADHARI DAN ISU NEGARA ISLAM

(BERIKUT PETIKAN BUKU SAYA YANG BAKAL DITERBITKAN BERKAITAN TULISAN DS HJ ABD HADI AWANG DI DALAM BUKUNYA " HADHARAH ISLAMIYYAH BUKAN ISLAM HADHARI" YANG SAYA BERI TAJUK: "ISLAM HADHARI ADALAH ISLAM: MELURUSKAN PANDANGAN BUKU HADHARAH ISLAMIYYAH BUKAN ISLAM HADHARI ". INI BAB ISU NEGARA ISLAM.(KOT-KOT ADA YG NAK SPONSOR TERBITKAN BUKU INI)


Dalam isu Negara Islam , dengan bersandarkan pandangan ulama yang muktabar tentang negara Islam seperti Muhammad bin Hasan as-Syaibani yang menyatakan bahawa “ negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.” Muhammad Abu Zuhrah pula menjelaskan “ negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.” Menurut Dr. Mohammad Sa’id Ramadhan al-Butiy pula , “pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.”

Ketika kerajaan Malaysia melihat bahwa Malaysia sebenarnya sudah dapat di klasifikasikan sebagai negara Islam berdasarkan pandangan ulama tersebut maka di pihak lain tentu tidak harus menentang pandangan ini. Kalau ada perbezaaan maka kelompok yang berbeza pendapat itu semestinya membangun masyarakatnya lebih baik dengan konsep yang dimilikinya agar kelompok selain daripada mereka melihat bahwa ada konsep yang lebih baik. Adanya suatu pelaksanaan dari definisi yang berbeza sehingga terjadilah apa yang difirmankan Allah : "Dan bagi setiap umat ada kiblatnya sendiri yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba- lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan..." (Surah Al Baqarah ayat 148) ,akan menjadikan umat Islam bertambah maju ke hadapan dengan perbezaaan pendapat yang ada pada mereka dan bersatu membangun umat tanpa melihat perbezaan pendapat sebagai penghalang.
Kerajaan seringkali dituduh enggan menjalankan hukum hudud dalam sistem perundangannya. Perlu difahami bersama bahawa, perlaksanaan hukum hudud perlu memenuhi syarat-syaratnya. Zaman sekarang zaman di mana Islam itu dilaksanakan berdasarkan tafsiran dan ijtihad para ulama dan ini semuanya menunjukkan bahawa Islam hanya dilaksanakan dengan sebahagian atau nilai kurang dari seratus peratus, kerana keabsahan atau legitimasi kesempurnaan Ilahi tidak dimilikinya kecuali sejauh kefahamannya yang ada pada mufasir dan mujtahid itu sahaja. Sejauh mana tafsir dan sejauh mana nilai ijtihad yang dimilikinya bukan legitimasi Allah yang menunjukkan kesempurnaan tersebut, tetapi ia hanyalah nilai dari usaha maksimal yang dapat dicapai oleh manusia dalam memahami Islam. Kita perlu merenungi apakah hakikat dari makna tafsir dan ijtihad yang dihubungkan dengan nilai kesempurnaan Islam. Islam telah sempurna ketika turunnya ayat : "Hari ini telah Kusempurnakan agama bagi kamu dan Ku selesaikan nikmat bagi kamu dan telah Ku redai Islam sebagai agama". Bermakna Islam sebagai doktrin atau cara hidup telah sempurna, dan memandu manusia menuju ke kesempurnaannya, tetapi ini bukan bererti sudah sempurna perlaksanaannya atau pentadbirannya ke arah kesempurnaan manusia di dunia sekarang di tangan umat Islam. Nilai Islam adalah nilai global dan kesempurnaan adalah mutlak, tetapi pentadbirannya itu hanya dapat dinilai ketika Islam mentadbir manusia secara universal dengan pensyaratan Ilahi bukan pensyaratan yang diajukan manusia sekalipun umat Islam sendiri. Untuk sampai ke tahap ini, rukun dan pensyaratannya harus cukup mengikut rukun dan pensyaratan Islam.

Maka umat Islam perlu memikirkan apakah sekarang umat Islam telah memenuhi rukun dan pensyaratan untuk menyatakan Islam akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dengan keadaan yang ada di tanah air kita ini ?. Bukankah suatu hukuman Islamiyyah itu memerlukan hukum, hakim dan pelaksana yang Islamik. Adakah kita sudah cukup memahamkan umat Islam dan rakyat berkaitan hukum Islam. Adakah kita telah memiliki hakim syar'i yang memenuhi syarat syar'i. Adakah kita memiliki kemampuan menjadi pelaksana hukum di bawah hukum dan hakim syarii yang memenuhi syarat Islam ?. Apakah kita umat Islam di Malaysia telah memiliki institusi atau standard untuk mengatakan atau mengklasifikasikan bahawa seseorang itu telah memiliki kesempurnaan syar'i untuk memegang tugas syar'i?. Adakah kita memiliki institusi untuk menyatakan seseorang itu diiktiraf adil sehingga dia dapat dijadikan hakim syarii?. Ada banyak pertanyaan yang perlu dijawab sehingga umat Islam memahami dengan baik duduk permasalahan hukumah Islamiah yang diinginkan oleh umat Islam.

Kita harus mengetahui bahwa individu yang alim dan adil merupakan syarat bagi pelaksana hukum atau hakim syar'i, tetapi hingga kini yang ada iaitu individu yang alim dan adil hanyalah penilaian urufi sebagai standard untuk mengatakan bahawa seseorang tersebut sudah dikatakan alim atau adil, ini tidak cukup untuk memenuhi standard syarii tersebut. Oleh yang demikian, pengertian negara Islam yang melaksanakan hukum hudud seperti yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak perlu pensyaratan terlebih dahulu. Kalau belum cukup pensyaratannya, maka usaha hendaklah dijalankan ke arah mencukupkan pensyaratan itu bukan menuduh orang lain sebagai enggan melaksanakan hukumah Islamiah misalnya.

Jadi kewajipan menegakkan negara Islam dengan perlaksanaan hukum hudud tetap ada, namun yang menjadi persoalannya ialah dalil yang tidak cukup untuk mendakwa siapa yang menjadi penanggungjawaban dari negara Islam tersebut secara khusus dan juga pelaksana perjalanan negara itu yang masih memerlukan syarat lain dengan dalil yang lain sehingga umat Islam akan menjalankan taklif nya dengan betul. Walaupun sebuah parti itu mengatas namakan Islam, ini tidak bermakna secara automatik ia telah ditetapkan Allah secara syarii di dalam Al-Qur’an dengan merasakan ia telah memenuhi pensyaratan yang disebutkan di dalam Al Qur’an tersebut. Ia harus sedar bahawa itu adalah hanya dakwaan sesetengah umat Islam untuk mengabsahkan dirinya sebagai memenuhi syarat tersebut. Mana dalil syarii baik dari Al-Quran mahupun hadis adalah khusus untuk mengatakan bahawa kelompok atau parti tertentu (secara khusus) sudah memenuhi syarat syarii mengikut Islam ?. Bukankah dalil yang dipakai adalah dalil yang umum sementara permasalahannya adalah (mauduk) yang khusus ?. Bukankah perlu dalil khusus untuk menetapkan kekhususan permasalahan ?.

Oleh yang demikian perlu disedari bahawa permasalahan yang ada bukan hanya mendirikan Islam di satu negara tetapi menjaga Islam dan dakwah Islamiah sehingga manusia dapat melihat Islam sebagai yang terbaik dan ini juga merupakan tugas penting umat Islam. Selama maslahat umat Islam terjaga dan mereka dapat hidup dengan dakwah serta dapat melaksanakan kewajipannya dengan bebas, seperti dalam keadaan yang dihadapi umat Islam di Malaysia ini, maka kewajiban mendirikan negara Islam yang ada dalam syariat akan dapat juga dijalankan ketika pensyaratan dan rukunnya sudah terpenuhi. Kewajipannya tidak hilang, tetapi pelaksanaan ke atas kewajipan yang mendahului nya itu yang perlu dilakukan. Pada satu sisi lain pula, taklif umat Islam di Malaysia masih boleh berlandaskan pada pendapat ulama yang muktabar sehingga tidak dalam keadaan berdosa khususnya dalam isu negara Islam.

Kehadiran Islam Hadhari adalah untuk menjawab tuntutan masa sehingga Islam akan difahami manusia masa ini dan di negara ini dengan sebagaimana adanya. Dengan kesedaran penuh mengikut konsep Islam Hadhari bahawa Islam perlu diterangkan dengan baik sehingga masyarakat memahami bukan hanya hukum dan pelaksanaan hukum tetapi juga Pembuat Hukum yang sebenar sehingga dengan sendirinya semua akan memahami bahawa mengikuti hukum Ilahi merupakan satu kemestian atau satu hal yang logik dan tidak dapat ditolak dalam kehidupan ini.

Dengan memaksakan kehendak kita pada orang lain atau melakukan sesuatu yang belum difahami secara menyeluruh maka hanya akan menyebabkan kehancuran masyarakat itu sendiri. Oleh itu, bukan permasalahan hukumnya yang tidak adil tetapi meletakkan hukum dengan tidak adil pun hasilnya juga akan berlaku ketidakadilan dan kezaliman itu sendiri. Perlaksanaan hukum yang adil perlu ada pelaksana yang adil dan difahami bersama sebagai langkah keadilan sehingga semua akan menikmati apa yang dikatakan masyarakat yang adil.
(BERIKUTNYA TUNGGU DITERBITKAN.....)


APAKAH KU LI SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN.

Salam,

Pertanyaan di atas terpacul dari mulut sahabat saya ketika sama-sama cuba merungkai permasalahan politik Melayu ketika ini.Yang ditolak rakyat bukan individu sebenarnya, tetapi sistem pemerintahan yang diterajui UMNO. Oleh yang demikian, walau Ku Li pun muncul, rakyat akan tetap tolak UMNO, katanya.Apakah UMNO akan berubah kalau Ku Li yang memimpin? Apakah UMNO akan berubah kalau Mahathir kembali memimpin? atau apakah UMNO akan berubah jika Anwar Ibrahim kembali ke UMNO dan memimpin UMNO? Apakah jika Pak Lah yang berubah dan insaf, UMNO akan berubah kepada yang lebih baik?

Sebahagian pemimpin UMNO diperingkat bahagian telah mengadakan "brain storming" sesama mereka dan kebanyakkannya berkesimpulan, selagi UMNO (orang Melayu) berTUHANKAN duit dan tidak merasa jijik dengan rasuah politik, maka UMNO tidak akan berubah.Kita jangan lupa Tun Mahathir sampai menangis kesal akan perihal politik wang dalam UMNO dalam perhimpunan Agong dulu.Apakah itu air mata biasa? Apakah KU LI pernah menangis memikirkan rasuah politik? Apakah Anwar Ibrahim tidak pernah terlibat dalam rasuah politik? "Knowing UMNO, tidak ada seorang pemimpin pun yang tidak terlibat dalam rasuah politik, kata sahabat saya lagi.

So ,APAKAH UMNO BOLEH DIPULIHKAN UNTUK MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT? KITA PERLU MEMBUKA SUATU SOAL SELIDIK ATAS PERTANYAAN INI, Kemudian boleh kita analisakan.

Thursday, March 27, 2008

PAK LAH KENA BERTANDING ATAU LETAK JAWATAN UNTUK PULIHKAN UMNO

Salam Semua,

Sebagaimana yang diajarkan Islam bahawa berkata benar walaupun pahit. Maka dengan ini juga saya ingin menyatakan pendirian saya berkaitan penangguhan Pemilihan Umno ini bahawa jikalau benar mahu usaha memulihkan UMNO untuk terus mendapat sokongan, maka ada dua perkara sahaja yang harus dipilih salah satunya iaitu, 1) teruskan pemilihan tahun ini dengan adakan pertandingan diperingkat Presiden dan Timbalan Presiden atau 2) boleh tangguh tetapi Pak Lah kena letak jawatannya dulu untuk dipangku oleh DS Najib Razak.

Apa rasionalnya?

Salah satu dari ini jika tidak dilakukan, maka sekali lagi UMNO dilihat tidak belajar dari kesilapan. Akar umbi akan bertambah meluat dan ini akan diterjemahkan melalui siri kejutan-kejutan yang akan berlaku.

Jika pertandingan diadakan diperingkat tertinggi parti pada tahun ini, maka terserlah anak jantan yang mahu ambil tanggungjawab yang besar ini. Kalau Pak Lah menang bererti telah cukup hujjah untuk Pak Lah teruskan kepimpinan parti dan negara. Kalau kalah, maka Pak Lah mesti akur akan keputusan dan bersedialah berundur. Kita akan hilang Pak Lah tetapi ada sinar baru yang akan menjengah jendela parti UMNO ini.

Tetapi jika keputusan untuk menangguhkan pemilihan tahun ini, Pak Lah KENA LETAK JAWATAN dulu dan dipangku oleh DS Najib Razak sehingga Jun tahun depan. Jika tidak meletakkan jawatan, maka tunggulah bom jangka yang akan meletup di dalam UMNO sendiri. ( mungkin tindakan keluar parti beramai-ramai akan berlaku !)

Ini bukan omong kosong. Setelah beberapa hari berlalunya pilihan raya 12, kita dapat lihat beberapa peristiwa berlaku yAng ada kaitannya dengan kredibiliti Pak Lah. Timbalan Menteri yang dilantik menolak perlantikan misalnya, ini amat memalukan. Apakah Pak Lah tidak berbincang terlebih dahulu atau Pak Lah sedar tak bahawa dakwaan ada wakil rakyat BN akan dibeli Anwar telah mula nampak kebenarannya walau dinafikan? Yang dah dilantik pun meletakkan jawatan!

Sudah sampai satu tahap pula, pihak Istana dilihat tidak sehaluan dengan keputusan Pak Lah dalam isu MB Terengganu. Bukan itu sahaja, sokongan TIDAK sebulat suara dari orang kuat parti akan keputusan penangguhan pemilihan UMNO juga kedengaran seperti kenyataan Ketua Puteri UMNO sendiri dan Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Negeri Sembilan. Lebih jelas lagi walaupun Mike Tyson kata penangguhan adalah permohonan dari UMNO negeri tetapi di Johor sahaja kenyataan Ketua-Ketua Bahagian Umno sendiri tidak seperti yang digambarkan.
Oleh yang demikian, Pak Lah perlu pilih antara dua perkara ini kalau mahu dilihat sebagai negarawan.
ADA KE TAKDE PAK LAH, ISLAM HADHARI TETAP AKAN BERKUMANDANG KERANA:
ISLAM HADHARI ADALAH ISLAM.

Wednesday, March 26, 2008

BAYANGKAN....KABINET BAYANGAN INI...(sekadar melayan mata yang mula mengantuk)

PERDANA MENTERI : DS ANWAR IBRAHIM
TIMBALAN PM 1 : DS ABD HADI AWANG
TIMBALAN PM 2 : LIM KIT SIANG

MENTERI KEWANGAN : AZMIN ALI
MENTERI PERTAHANAN : IBRAHIM ALI
MENTERI PELAJARAN : DR WAN AZIZAH
MENTERI BELIA DAN SUKAN : NURUL IZZAH ANWAR
MENTERI PENERANGAN : SAIFUDDIN NASUTION
MENTERI KERJA RAYA : N. GOBALAKRISHNAN
MENTERI DALAM NEGERI : MOHD SABU

DAN LAIN-LAIN LAGI TENGAH DOK FIKIR. AMACAM OK TAK?

INI BAYANGAN SAYA JIKA BA DAPAT TUBUHKAN KERAJAAN.

Ulasannya :

Nama yang disebutlan di atas sudah semestinya bersih dari rasuah. ( setakat inilah tak tahu kalau kemudian terbongkar). Saya tidak menyatakan di sini bahawa mereka -mereka ini tidak layak namun mereka masih belum teruji. Ujian yang paling berat adalah apabila hendak menjaga kepentingan semua kaum. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, rakyat telah terbiasa dengan natijah dari kontrak sosial yang disepakati bersama dahulu iaitu bumiputera mempunyai keistimewaannya sendiri dan kaum lain boleh sama-sama menjadi rakyat yang baik dan hidup bersama.

Persoalannya ialah, terdapat 3 parti besar dalam pakatan ini iaitu PKR, PAS dan DAP. PKR sebuah parti multi-racial dan perjuangannya berkonsepkan memperjuangkan kepentingan semua kaum, PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam dan DAP mirip PAP Singapura dengan konsep Malaysian Malaysianya.

Apakah tidak akan jadi pertentangan ideologi dalam mentadbir negara nanti? Kita jangan bayangkan sekarang, sekarang masing-masing belum benar-benar teruji.

PKR walaupun penasihatnya berimejkan Islam, namun masih tidak boleh menjuarai konsep negara Islam kerana tidak akan mendapt sokongan non-muslim dalam PKR. DAP pula tidak boleh menyokong PAS dengan cita-cita menubuhkan negara Islam kerana akan kehilangan sokongan non-muslim seperti yang berlaku pada PRU1999. PAS pula tersepit di antara tuntutan agama dengan strategi politiknya. Apakah tokoh-tokoh di dalam parti masing-masing boleh berkompromi untuk kepentingan parti masing-masing?

PAS perlu tarbiyah DAP supaya menerima konsep negara Islam. PKR perlu hati-hati mencaturi politiknya memandangkan ia parti pelbagai kaum. DAP pula perlu kompromi sedikit untuk memenangi hati orang-orang Melayu dengan tidak banyak menyentuh hal ehwal orang Melayu.

Maka, untuk kabinet bayangan ini, banyak persoalan yang harus kita fikir-fikirkan...

Wasalam.

Tuesday, March 25, 2008

ISLAM HADHARI : DENGAR APA YANG DIKATA BUKAN SIAPA YANG BERKATA.



( DI ANTARA KESILAPAN DS HJ HADI AWANG YANG MENGATAKAN PERISTIWA TINDAKAN PEMECATAN BEKAS MUFTI SELANGOR ADALAH NATIJAH DARI SLOGAN ISLAM HADHARI WALAUPUN ISLAM HADHARI BELUM ADA KETIKA ITU ! HAIRAN! AJAIB! )


Salam,



Islam Hadhari memang idea Pak Lah namun kandungannya adalah Islam itu sendiri. Tiada siapa yang boleh mengatakan 10 prinsip Islam Hadhari itu adalah sesuatu yang baru dan bukannya datang dari Islam.

Apabila sebut Islam Hadhari maka kita kembali kepada perlantikan Adam a.s. sebagai Khalifah Allah di mukabumi. Apakah ketika itu Adam a.s bertamadun? Kalau mengikut takrif tamadun barat dan sangat dikesali dipakai oleh DS Hj Abd Awang, Adam a.s. masih belum bertamadun.

Adalah rugi bagi kita semua menolak slogan Islam Hadhari semata-mata yang memperkenalkannya itu adalah Pak Lah. Bagi orang-orang PAS pula ia terus menolak Islam Hadhari dengan begitu sahaja tanpa argumen secara ilmiah. Sebaliknya memperkenalkan pula Hadharah Islamiyyah.

ISLAM HADHARI = HADHARAH ISLAMIYYAH.

Yang membezakan dua istilah ini adalah yang satu Pak Lah kenalkan dan yang satu lagi DS Hj Hadi Awang.
Kalau mengikut takrif serta perbahasan ilmiah, sebenarnya kedua-duanya adalah Islam !
Kesilapan Pak Lah mungkin tidak melaksanakannya, Kesilapan DS Hj Hadi ialah semata-mata hendak membatalkan istilah Islam Hadhari sahaja. Yang benar adalah yang melaksanakannya dalam keadaan memahaminya.
INGAT! INI BUKAN ISLAM LIBERAL.


Sedangkan Abu Bakar Dan Umar pun boleh ditegur inikan pula Hj Hadi!
Maaf! bukan menegur tetapi meluruskan pandangan.
JOM ! HADIRKAN ISLAM DI DALAM KEHIDUPAN KITA.



(ADA KOMEN YANG MENARIK UNTUK DIBACA..SILA KLIK COMMENTS)











Sunday, March 23, 2008

POLITIK ORANG MELAYU: SUATU KEMATANGAN ATAU KEHANCURAN

Salam,

Melihat perkembangan politik tanahair ketika ini, banyak persoalan yang harus kita fikirkan dimanakah ianya bermula dan akan berakhir. Bermula dari PRU12 hinggalah isu MB Terengganu.
UMNO akan terus bergelora ! Namun jika ia bergelora umpama sebuah kapal laut yang dilanda ribut dan yang tercampak ke laut itu adalah liabiliti-liabiliti parti UMNO maka setelah ribut berlalu, UMNO akan tenang semula. Tetapi sebaliknya, jika yang tercampak itu aset-aset parti UMNO, maka UMNO samada akan terus bergelora dan tidak mustahil akan hancur.
Memang tidak dapat dinafikan, dalam proses mencapai suatu kematangan, ada suatu period peralihan yang bakal dihadapi oleh UMNO misalnya. Period ini akan menyaksikan "the true colours of the leadership and also the culprit that shakes UMNO".
Namun kematangan apa yang UMNO hendak dicapai ketika sudah berusia 62 tahun ini? Telah banyak peristiwa besar berlaku dalam UMNO sebelum ini seperti pertembungan Mahathir-Ku Li, pemecatan Anwar Ibrahim dan lain-lain. Rakyat masih bertolak ansur ketika itu. Tetapi pada PRU12 ini, rakyat di kalangan orang Melayu sendiri sudah mula menunjukkan protes mereka.
Kematangan atau kehancuran? Kalau kematangan, seharusnya tiada perasaan benci,meluat,menyampah di kalangan rakyat atau ahli sendiri. Namun jika sudah mula meluat, menyampah, jijik, itu adalah KEHANCURAN!
Itu UMNO, bagaimana PAS, sebuah lagi parti yang mewakili orang Melayu ? PAS dalam keadaan kuat dengan menguasai 2 buah kerajaan negeri iaitu Kelantan dan Kedah. Sudah cukup ke itu untuk dikatakan kekuatan kuasa politik Melayu? Bagaimana dengan negeri-negeri lain?
Memang dari sudut demokrasi, politik Melayu kelihatan matang kerana berani menunjukkan kuasa memprotes seterusnya memilih kerajaan. Tetapi, pada akhirnya, benarkah kita mampu menguasai politik Malaysia pada masa akan datang?
Cuba para pembaca campurkan keseluruhan kerusi Parlimen Malaysia dengan pembahagian kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Melayu, Cina, India dan lain-lain tanpa mengambilkira parti.
Seram sejuk kita dibuatnya. Kita boleh mendakwa perjuangan kita berteraskan Islam yang menjamin keadilan untuk semua kaum. Tetapi keadilan bukan bererti kesamarataan. "FAIR" bukan "EQUAL". Melayu adalah pemegang kuasa ketika ini dan rakyat Melayu ada hak keistimewaannya sebagai bumiputera. Mana-mana negara di dalam dunia ini menjaga hak kepentingan bumiputeranya.
Islam meletakkan hukum mentadbir negara ini sebagai fardhu kifayah. Oleh itu, umat Islam perlu ada dan kekal memerintah Malaysia. Dan untuk itu, perlu menjaga kepentingan orang Melayu sebagai taklif di dalam Islam disamping tidak berlaku zalim dengan kaum lain.
UMNO dan PAS perlu duduk memikirkannya.....demi kematangan bukan menuju kehancuran.

MENGAPA MEWACANAKAN ISLAM HADHARI?

Salam,

Banyak komen dari tulisan saya ini yang berkaitan dengan Islam Hadhari yang ingin saya perjelaskan agar ianya lebih difahami bersama.

Mengapa saya katakan Islam Hadhari adalah Islam?

Dan mengapa timbul pertanyaan-pertanyaan seperti- "mengapa mewacanakan Islam Hadhari?"

Dan yang paling tragiknya ialah, setiap keburukan yang berlaku di dalam negara kita ini, pada ketika ini, umumnya terdapat suatu kenyataan memperlekehkan Islam Hadhari. Pembaca mungkin sering mendengar seperti ini, "inilah dia Islam Hadhari", "Pak Lah Al-Hadhari", kadar jenayah naik kerana Islam Hadhari, kadar rasuah naik pun salah Islam Hadhari."

Islam Hadhari Adalah Islam. Hadharah Islamiyyah pun adalah Islam. 10 prinsip yang ada di dalam Islam Hadhari pun adalah juga 10 prinsip di dalam Hadharah Islamiyyah. Tiada perbezaan di dalam istilah Islam Hadhari dan Hadharah Islamiyyah.

Yang berbeza adalah bagaimana kita mentakrifkan Islam Hadhari dan Hadharah Islamiyyah?

Dua pertentangan pendapat berlaku di antara Islam Hadhari yang dipelopori Pak Lah dan Hadharah Islamiyyah tulisan DS Hj. Abd Hadi dari segi takrif dan konsep yang di bawa oleh kedua-dua tokoh ini.

DS Hj Hadi mentakrifkan Hadharah sama seperti pandangan Barat iaitu terbentuknya "bandar" dan membuat kesimpulan bahawa di Madinah lah awal pembentukan hadharah kerana mengambil pengertian dari perkataan MADANA iaitu menetap atau bermukim di suatu tempat. Barat mengambil perkataan CIVILIZATION dari bahasa Latin CIVILTIS iaitu himpunan dua perkataan iaitu CIVIL yang beerti penduduk dan CITIES yang bererti Bandar yang bermaksud penduduk bandar.

Dengan berpegang pada pandangan inilah ianya bertentangan apa yang ada dalam pengertian Islam Hadhari iaitu sejak Nabi Adam a.s. lagi ia telah berhadharah iaitu bertamadun. Maknanya, sejak awal pengutusan Nabi dan rasul, Islam sudah berhadharah. Sebab itu Islam Hadhari yang saya mahu wacanakan ini adalah Islam itu sendiri kerana aslinya Islam dan dari Islamlah terbentuk hadharah. Kemudian daripada itu kita hendak meng"hadir"kan Islam (present time)ini pada setiapa masa termasuk pada masa kita ini yang kita berikan istilah Islam Hadhari. Oleh itu ia adalah Islam, dan bukan hak mutlak Pak Lah dan akan terus diperkatakan walaupun selepas era Pak Lah kelak.

Pembentukan bandar seperti yang diertikan oleh barat dan malangnya dipersetujui oleh DS Hj Hadi hanyalah salah satu eleman di dalam tamadun atau hadharah. Ini adalah kerana apakah jika seseorang itu yang bertauhid kepada Allah s.w.t namun ia berpindah randah (badwi) sebagai cara hidupnya ia kita katakan tidak berhadharah? Hadharah adalah berteraskan keimanan. Apabila beriman kepada Islam bererti ia telah berhadharah. Madinah Al-Munawarah bukan permulaan hadharah tetapi penyempurnaan hadharah pada zamannya. Hadharah telah bermula dengan bermulanya "program" Allah s.w.t dengan perlantikan Adam a.s.

Ini adalah sedikit sebanyak penerangannya. Kalau tak puas, saya bersedia menerangkannya lagi dan boleh kita diskusikan kelak.


Oleh yang demikian, yang berbeza di antara Islam Hadhari dan Hadharah Islamiyyah bukan dari segi kandungannya, kedua-duanya adalah Islam tetapi yang kelihatan berbeza apabila takrif hadharah Islamiyyah yang dibahas oleh DS Hj. Hadi Awang adalah mengikut acuan barat. Oleh itu, kita mempunyai kewajipan untuk menegurnya kerana acuan barat ini akan membuat kita melakukan kesilpan-kesilapan lain yang berkaitan dengan kefahaman Islam kita.

Islam Hadhari Adalah Islam dan tidak boleh dianggap sebagai suatu mazhab atau fahaman seperti wahhabi, salafi atau lain-lainya. Pelbagai mazhab dan aliran itu semua jika dapat memahani konsep Islam Hadhari ini, sebenarnya merupakan suatu yang amat besar ertinya.

Mengapa saya guna nama PURE-HADHARIST? Ini adalah kerana keinginan untuk mendapat gagasan pemikiran yang benar-benar mewakili pengertian Hadharah yang berdasarkan kepada acuan Islam. PURE disini bukan mendakwa diri ini Purehadharist tetapi pure itu adalah harapan saya untuk saya miliki...

Friday, March 21, 2008

JANGAN TERLALU YAKIN DENGAN ISLAM YANG KITA FAHAMI DAN YAKINI

Salam,

Jangan hanya baca sahaja tajuk tetapi tidak baca seterusnya, nanti kata saya meragui Islam pulak !

Islam yang kita anuti adalah Islam yang sampai kepada kita tatkala Rasulullah s.a.w tidak bersama kita. Rasulullah s.a.w. adalah pelaksana yang 100% mengikut Islam yang Allah s.w.t sendiri kehendaki. Dia yang faham 100% Islam inikan..

Namun demikian, pada masa kita ini, Islam yang kita fahami tidak keluar dari hasil dua perkara iaitu TAFSIR dan IJTIHAD. Apabila tafsir dan ijtihad, ini bermakna telah kurang nilainya dari 100% kerana ia boleh jadi betul atau tidak. Nilai tafsir dan ijtihad adalah usaha murni para ilmuwan dan mujtahid untuk sedaya upaya mendekatkan kita dengan Islam yang sebagaimana Allah s.w.t kehendaki. Tiada siapa yang boleh mendakwa bahawa dia telah mendapat keabsahan baik daripada Allah s.w.t mahupun Rasulullah s.a.w.

Maka, kita hendaklah sentiasa tidak terlalu yakin dengan Islam yang kita fahami sehingga kita jangan sampai begitu mudah mengatakan hanya kita melaksanakan Islam yang betul orang lain tidak.

Perbezaan pendapat dalam keadaan masing-masing tidak boleh mendakwa ianya 100% betul hendaklah ditangani dengan berlapang dada. Maka barulah kita boleh menguatkan perpaduan di antara kita. Kita jangan mengikuti golongan TAKFIRI yang hanya tahu mengkafirkan dan membid'ahkan orang. Kita juga jangan berpendapat di dalam Islam dengan tidak mengikut metodologi Islam dalam berpendapat seperti golongan Islam Liberal yang menafsirkan Islam ikut selera dan kecenderungan sendiri.
Maka, seharusnyalah kita mula melangkah untuk sama-sama mengenepikan selera dan kecenderungan masing-masing dalam berwacana. Sebab ia tidak terlepas hanya tafsir dan ijtihad yang tidak mencapai 100%.
Ingat! apabila membaca ayat Al-Qur'an yang mengandungi ayat menggariskan ciri-ciri golongan yang Allah s.w.t cintai jangan kita terus mengatakan golongan kitalah yang Allah s.w.t cintai hanya kerana kita dakwa kita adalah golongan yang memperjuangkan Islam dan orang lain tidak memperjuangkan Islam. Bila nak capai 100%? Bila nak dapat keabsahan dari Allah s.w.t? Mungkin itu "agaknya" Allah s.w.t datangkan Imam Mahdi pada akhir zaman sebagai penyelamat sekali gus membawa Islam yang hakiki

BUKU YANG BAIK UNTUK DIBACA !

Thursday, March 20, 2008

Bayangkan, Dunia Tanpa Sambutan Maulidur Rasul

Salam,

Hari ini kita memperingati Maulidur Rasul iaitu memperingati hari kelahiran Manusia suci lagi agung Muhammad s.a.w. Dari dulu hingga sekarang, di Malaysia khususnya sambutan ini disulami dengan acara berarak dan ceramah-ceramah berkaitan Rasulullah s.a.w diadakan di merata kampung dan desa serta bandar.

Walaupun itu semua belum cukup untuk memanifestasikan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w tetapi sudah cukup untuk kita katakan itulah paling minimanya manifestasi cinta kita kepada Baginda dalam bentuk masyarakat dan negara. Dari segi individu mungkin ada orang telah sampai cinta yang maksima ke atas Baginda s.a.w.

Oleh yang demikian, kita harus kekalkan ia sampai bila-bila sebagai menzahirkan cinta kita. Cinta masalah hati. Cinta adalah natijah dari makrifat. Kalau tidak cinta bererti belum makrifat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. Kita perlu mengadakan pemangkin agar berkembang cinta Rasulullah s.a.w. di kalangan umat Islam yang telah terpisah masa yang begitu lama dengan Baginda s.a.w. Tentang salafus soleh tidak meraikannya (itupun tidak pasti lagi), itu bukan sebabnya kita juga tidak boleh meraikannya. Bagi kita, kalau tiada halangan dalam Al-Qur'an Dan Sunnah dan ia jelas bukan kemungkaran, walaupun tidak dilakukan oleh salafus soleh, kita akan tetap melakukannya. Standad kebenaran adalah Al-Qur'an dan Sunnah bukan amalan salafus soleh. Mungkin mereka pada ketika itu meraikannya tetapi tidak sampai beritanya kepada kita. Alangkan berita semalam boleh di"black-out"kan inikan pula sudah ribuan tahun berlalu. Jadi, secara amnya, adalah BID'AH jika kita meletakkan amalan salafus soleh sebagai rujukan dan bukan Al-Qur'an Dan Sunnah untuk penentuan sesuatu perbuatan itu BID'AH. Jangan kita melakukan BID'AH dalam menentukan BID'AH.

Kalau seorang anak itu melakukan sesuatu perbuatan yang tidak disukai ibunya maka bertempiklah ibunya dengan berkata, " ibu tak pernah buat dan ajar anak ibu buat perkara ini tau!". Namun jika anak itu mengambil inisiatif meraikan ulangtahun ibunya dengan membuat majlis umpamanya, apakah ibunya akan bertempik dengan tempikan yang sama? Pasti tidak malah berbangga dengan perbuatan anaknya itu. Maka, tidak semua perbuatan yang tidak dibuat dan diajar oleh Rasulullah s.a.w. itu bid'ah, lebih-lebih lagi bid'ah itu dimasukkan ke dalam neraka! Jika sesuatu perbuatan itu untuk menzahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w yang memang pula ada landasannya dan memang disuruh untuk kita cinta kepada Rasulluah s.a.w.,maka ianya bukan bid'ah. Bayangkan saudara kita akan masuk neraka beramai-ramai semata-mata cinta kepada Rasulullah s.a.w dan kerana meraikan Maulidur Rasul!

Ingat ! standad kebenaran adalah Al-Qur'an dan As Sunnah bukan salafus soleh, Arab Saudi, Mufti ke atau apa dan sesiapa sahaja.

Bayangkan dunia tanpa sambutan Maulidur Rasul, maka akan datang tiada siapa yang mengenal Baginda s.a.w sebagai Insan Kamil yang penuh dengan contoh tauladan yang harus diceritakan dan ceritanya tidak akan pernah habis.

Wasalam, sekadar pandangan....

Wednesday, March 19, 2008

MUFTI PERLIS PUJI PEMBANGKANG - REAKSI AWAL PROTES ISU SHAHIDAN TIDAK DILANTIK MB

Salam,

Dalam laman webnya Mufti Perlis telah memuji rakyat Kelantan yang dikatakan matang berpolitik dengan memilih PAS. "Di kala negeri-negeri lain masih dalam kekalutan, Kelantan tenang dan damai dengan keputusan yang dibuat oleh rakyatnya. Mudah-mudahan itu sebagai tanda bahawa Islam yang dilaungkan di Kelantan benar-benar mendapat keberkatan" katanya. "WAJIB kepada seluruh muslimin terus membantu hasrat Islam yang dilaungkan, selagi zahir padanya keikhlasan bukan bertujuan politik semata", ujar beliau lagi.

Ada beberapa konsekuensi dari kenyataan Mufti Perlis ini:-

1. Kita WAJIB membantu kerajaan PAS di Kelantan,

2. Kerajaan BN yang dia sendiri berada di dalam jentera pentadbirannya tidak Islamik jadi tiada "fatwa" untuk WAJIB membantu BN,

3. Rakyat yang memilih Kerajaan BN tidak matang,

4. Kerajaan BN Selangor sebelum ini tidak telus, jujur dan tidak unggul,

5. Kerajaan BN mengamalkan segala bentuk penyelewengan, kebongkakan dan tidak telus.

Saya menghormati pandangan beliau atas kapasiti beliau sebagai rakyat dan seorang yang mempunyai ilmu. Namun demikian, saya juga terpanggil untuk menasihati beliau agar melepaskan jawatan Mufti kepada orang lain jika merasakan Kerajaan BN tidak Islamik sebagaimana yang beliau dakwa.
Bagi saya, penilaian yang beliau buat berkaitan Islam atau tidaknya sesebuah negeri itu bergantung kepada siapa MBnya. Kalau Shahidan, negeri itu Islam dan dipanggil Darul Sunnah, kalau MBnya orang lain, maka tidak Islamik dan boleh dipanggil Darul-Punah.
Mungkin ini reaksi awal serta protesnya bila Shahidan tidak dilantik sebagai MB. Kot-kot takut dia tidak dilantik sebagai Mufti sebab itu puji-pujilah pembangkang mana tau ada kerja kosong. Nak ganti Nik Aziz ke?
Apa pun ia tidak menghairankan saya kalau dia masuk PAS kerana ia umpama sirih pulang ke ganggang. Macam Anwar Ibrahim jugak la.
catatan:- media perdana pun dia belasah....apa cerita orang Utusan Malaysia, nak beri dia jadi kolumnis lagi ke?
Ini bukan fitnah sila layari http://drmaza.com

DIMANAKAH CAHAYA ITU?

Aku berada di dalam keadaan terang benderang namun hatiku masih terasa kegelapannya,
Zikirku kian rancak tatkala hatiku bukan di sini namun jauh di padang permainan khayalan,
Air liurku kian kering namun bibir masih bergerak umpama sebuah jentera sedang bekerja,

Untuk apakah zikir itu? Ketenangan apa yang dicari melalui zikir ini?
Untuk apakah zikir itu? Keramat mana yang diingini melalui zikir ini?

Cahaya tak kunjung tiba walau itulah harapanku.
Apakah hijab dosa membuatnya silu menyinggahi nuraniku,
Segala Tok Guru, segala lebai dan Pak Imam pun kulihat mendambakannya,
jadi, dimanakah cahaya itu? Untuk siapakah cahaya itu? Dari manakah cahaya itu?

Dunia terus berperang sana dan sini angkara zionisme anak Amerika,
Muslimin ada yang tunduk malu untuk mengatakan, "Aku Muslim",
Pemuda pemudi bersenggama dengan disaksikan seluruh dunia,
Dunia IT , dunia siber begitulah bunyinya menguasai indera kita,
fitnah dari bloggers disebar dan bloggers juga difitnah,
aduh! kacaunya dunia ini, namun dimanakah cahaya itu?

Ya , sebenarnya cahaya sudah ada,
Cahaya ada di depan mata,
Cahaya ada di dalam jiwa,
namun wujudnya tidak terasa,
namun wujudnya belum terasa,

ayuh, kita siap siaga,
agar cahaya cepat dan kita bersedia,
apa saja peranan, kita ikut cahaya,
apa saja tarian, kita menari bersama,
apa saja irama, kita menyanyi bersama,
KEBENARAN HAKIKI, ITULAH CAHAYA,
Namun kita masih lagi bertanya, dimanakah cahaya?.

Tuesday, March 18, 2008

Pak Lah Mengecewakan "PRIMADONA" UMNO JOHOR

Salam,

Kian hari kian hangat. Dari keputusan rasmi PRU12 hinggalah terbaru pembentukan kabinet Malaysia. Datuk Halimah Mohamed Sadique yang saya gelar "PRIMADONA" Umno Johor tidak dilantik apa-apa jawatan. Sebagai seorang bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, dan dalam keadaan ketandusan Wanita UMNO yang menang pilihan raya, beliau tidak dilantik.

Tentulah kecewa. Ingatkan ke Parlimen dapatlah menapak setapak lagi ke atas tapi hampa. Nak kata apa? Beliau yang menang Parlimen Tenggara dengan undi sebanyak 19031 menggalahkan calon PAS Salleh Farmin yang mendapat undi 4982 boleh dikatakan suatu pencapaian yang membanggakan dalam keadaan keputusan keseluruhan pilihan raya meredum untuk pihak BN khususnya calon-calon wanita yang mempunyai nama besar seperti Datuk Sharizat Jalil.

Apa rasional dan justifikasi Pak Lah, kita tak tahu. Kalau nak dikata ada kes, rasanya takde. Cuma adalah cakap-cakap yang kita dengar.....tapi janganlah dengar sangat cerita tu tanpa bukti yang kukuh. Kita mesti jangan percaya itu semua selagi takde bukti.

Apakah ini ada kaitan dengan pemilihan UMNO kelak yang kita lihat sebagai memberi jalan mudah kepada Datuk Azalina? Untuk apa? Untuk jawatan Ketua Wanita UMNOlah agaknya. Kalau Datuk Dr Mashitah dilantik kita boleh baca iaitu untuk tugas-tugas berkaitan Islam. Tapi kenapa Datuk Halimah tidak dilantik ya? Pening....

Yang pening lagi, Pak Lah seperti mempertaruhkan dirinya dengan tidak melantik orang-orang kuat Wanita UMNO ke dalam kabinet. Ini amat merbahaya...Kalau orang perempuan dah marah..susah Pak Lah.

Apa pun, kita percaya Pak Lah ada sebab tersendiri. Harap-harap Datuk Halimah tidak mengumpulkan ketua-ketua Wanita Bahagian negeri Johor untuk buat Pak Lah susah.. Apa?...Dah nak kumpul dah? Habis....tak tahu........

KABINET PAK LAH TANPA KJ: Lega rasanya....

Salam,

Sebagai orang politik yang banyak pertimbangan serta terjun di politik "arus perdana ini", lega rasanya bila pengumuman kabinet baru Pak Lah tidak menyenaraikan KJ. Jangan cepat membuat andaian! Bukan kerana saya tidak suka KJ, atau menyampah atau dengki atau ragu dengan kebolehan anak muda lulusan Oxford ini, tetapi sekurang-kurangnya Pak Lah sudah mula "mendengar" akan kehendak dan peka akan pantang larang rakyat jelata.
Syabas dan Tahniah Pak Lah ! So you don't have to resign. KJ banyak masa lagi. Lepas ini, Pak Lah mesti nasihatkan KJ supaya kekal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO ( dengan syarat tiada yang akan mencabar beliau lah). Sebenarnya, kalau sayalah KJ, bila Pak Lah jadi PM tempohari, saya akan tetap duduk sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia sahaja. Saya akan buat program dan kerja-kerja parti dengan bersungguh-sungguh dan mencipta nama atas kekuatan sendiri. Bab nak cari bisnes tu, pandai-pandailah...
Saya juga tidak akan melakukan perkara-perkara yang akan mencipta persepsi bahawa saya nak naik cepat dalam hiraki politik UMNO. Bayangkanlah setelah itu, bila orang sudah mula melihat kebolehan saya (KJ), barulah saya menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tapi dengan ada pertandingan. Ini adalah suatu proses yang mengambil sedikit masa, namun akan bertahan lama. Zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu orang tak kisah malah gemar untuk melihat anak-anak pembesar mewarisi perjuangan orang tuanya. Kita lihat Dato' Seri Najib, Datuk Hishammuddin itupun dia orang itu anak! bukan menantu dan lagi, mereka melalui suatu proses juga. Saya kira, kalau zaman ini berlaku seperti itu, rakyat tidak lagi peduli anak siapakah kita, kalau tidak berkebolehan, tiada tempat untuk kita.
KJ punya masadepan cerah kalau dia muhasabah dirinya sendiri. Namun segalanya dah berlaku. The damage has been done. Tapi jangan putus asa KJ. Buatlah sesuatu yang murni untuk rakyat Malaysia memaafkan kamu. Jangan hirau kritikan orang, ingat! Melayu Mudah Lupa so manfaatkanlahnya untuk kebaikan Melayu juga.
Berundur setapak untuk maju seribu tapak ke hadapan adalah yang terbaik sekarang ini. Pak Lah perlu bangun dan membangun Malaysia....
Walau apa pun terjadi, kelegaan saya ini mungkin juga sementara kalau KJ masih mahu mengekalkan imej sebegitu....dan juga kelegaan saya ini akan juga hilang bila Anwar Ibrahim merangkakan sesuatu nanti....Hati-hati Pak Lah....Anwar sedang mencongak langkah bagaimana mahu ke rumah rasmi Perdana Menteri......

PECAT DATUK MUKHRIZ ? : APAKAH BENAR UMNO NAK LAKUKAN "POST-MORTEM"?

Salam.

Proses untuk melakukan post-mortem dimulai dengan sesi brainstorming, analisa serta memunculkan pandangan-pandangan yang terhasil dari proses itu tadi. Ia boleh dilakukan dalam bentuk kumpulan malah secara individu pun boleh dilakukan.

UMNO mengakui akan merosotnya prestasi PRU12 dan mahukan post-mortem dilakukan. Kalau ianya berkaitan dengan masalah di luar politik maka kita tidak perlukan pandangan rakyat tetapi apabila ia menyangkut persoalan prestasi pilihanraya maka pandangan rakyat amat diperlukan.


Pelbagai reaksi dilihat dan didengar melalui pandangan-pandangan pemimpin kanan UMNO berkaitan PRU12 ini. Ada yang disebalik memberikan pandangan untuk memperbaiki keadaan yang sepatutnya dia lakukan, dia pulak hendak memantau parti pembangkang yang bakal memerintah beberapa buah negeri. Dia tidak perlu memantau kerajaan baru ini, sebabnya rakyatlah yang akan memantau dan menghukumnya apabila tidak puashati. Yang harus dia pantau ialah partinya sendiri iaitu UMNO. Mana yang lemah dikuatkan, mana yang salah dibetulkan dan banyak lagi kerja yang perlu dibuat.


Berkaitan dengan surat YB Datuk Mukhriz Mahathir yang menggesa Pak Lah meletakkan jawatan pula, kalau namanya post-mortem, ia mestilah tidak bersyarat. Menurut pandangan Datuk Mukhriz, untuk memperbaiki keadaan, Pak Lah kena ketak jawatan. Itu hasil dari post-mortem Datuk Mukhriz. Di pihak Pak Lah pula, ia boleh menerima dan menolak pandangan itu dengan berjanji untuk memperbaiki keadaan. Itu saja. Yang para pengampu-pengampu bertaraf nasional ini nak menggesa agar Datuk Mukhriz dipecat apa hal pula? Pandangan Datuk Mukhriz adalah salah satu elemen post-mortem yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.


Jangan jadi bodoh sombong! Kita berada di dalam era informasi dan kita perlu informasi untuk lebih maju ke hadapan. Jangan amalkan menafikan informasi yang tidak sehaluan dengan kita. Inilah akibatnya yang kita terima bila kita hanya mengambil informasi yang menyedapkan telinga sahaja dan akhirnya "signal" dari rakyat tidak dapat dan tidak mahu kita ambil perhatian akhirnya lihatlah prestasi PRU12.


Seharusnya orang seperti Datuk Mukhriz yang berani "melawan arus" itu diberi perhatian bukan hendak dimatikan politiknya. Saya amat setuju dengan pandangan YB Razali Ibrahim Ketua Pemuda UMNO Johor berkaitan Datuk Mukhriz dalam Utusan Malaysia 17 Mac 2008. Bagi saya itu sudah memadailah daripada dibandingkan gesaan para pengampu untuk dipecat Datuk Mukhriz.


Ingat! kita dah terlebih stok pengampu tetapi ketandusan para pemikir yang ikhlas untuk membetulkan parti.


Kalau benar UMNO nak buat post-mortem, maka buanglah budaya hanya mahu mendengar yang manis-manis sahaja...


Datuk Hishammuddin, setiap keputusan YB Datuk diperhatikan dan akan memberi kesan kepada masa depan Datuk! Jangan gagal mengesan signal ini!








Monday, March 17, 2008

Meluruskan Pandangan Penulis Buku Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari.





Matlamat utama penulisan buku HIBIH (Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari ) ini adalah hanya untuk membatalkan pandangan orang lain yang dia sendiri tidak pasti akan adanya kemungkinan pelbagai makna yang terdapat dalam istilah Islam Hadhari. Dalam mukasurat 74 kita dapat lihat kecelaruan pemikiran penulis HIBIH hanya kerana ingin menyalahkan istilah Islam Hadhari dengan mengatakan, “ Sejarah pemecatan terhadap Sohibus Samahah Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom selepas peristiwa tindakannya ke atas satu pertandingan ratu cantik, adalah natijah slogan Islam Hadhari UMNO sekalipun ia belum lagi diperkenalkan ketika itu.” Pelik dan ajaib sesuatu yang belum ada boleh menjadi natijah kepada suatu peristiwa!. Pandangan ini diluar dari nilai ilmiyah dan hanya ada nilai emosional. Hal ini tidak mungkin keluar dari seorang ulama yang mempertahankan selalu nilai -nilai ilmiyah.
Sebenarnya Islam Hadhari haruslah dilihat secara objektif dan diperbahaskan dari segi makna atau pengertian istilahnya serta makna yang dipakai untuk suatu program yang besar ini sehingga masyarakat harus difahamkan dengan jelas. Amat sayang sekali penulis HIBIH tidak mahu melihat kemungkinan-kemungkinan adanya perbahasan yang baik dari nilai bahasa, definisi dan juga istilah yang mungkin dapat meluruskan permasalahan dan bukan sebaliknya penuh dengan menjatuhkan tohmahan dan tuduhan tanpa menyedari gagasan yang dibawa itu tidak mempunyai landasan yang kukuh. Adakah mungkin dengan ungkapan Islam Hadhari semata-mata akan mengakibatkan Islam terbahagi menjadi dua: Islam Hadhari dan Islam Badhawi? (sila lihat pada mukasurat 31). Sebenarnya ada banyak lagi kecelaruan pemikiran di dalam buku HIBIH ini. Ini adalah sebahagian dari kesilapan yang harus diluruskan.

Sunday, March 16, 2008

MEMANTAU ANWAR IBRAHIM

Salam semua,

Sebagai pure-hadharist (Islam Hadhari Original) yang juga saya yakini sebagai Islam tulen, saya gemar membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penilaian apa tah lagi atas seseorang Islam atau bukan Islam. Sebab itu saya tidak melihat Islam Hadhari sebagai sesuatu yang harus kita cop sebagai negatif dan berkesimpulan bahawa ia adalah semata-mata dipelopori Pak Lah dan merupakan agenda UMNO untuk menyaingi PAS dalam persoalan Islam dan negara. Islam Hadhari adalah Islam jika kita ingin berfikir dan mencari pengertiannya yang sebenar. ( Boleh dibincang di lain masa dengan terperinci).

Jangan terburu-buru membuat kesimpulan adalah sifat yang wajib ada pada seorang Islam. Namun, mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Anwar Ibrahim.....

Mendengar pidatonya amat memukau dan kadang-kadang naik semangat perjuangan tidak kira apa bentuk perjuangan pun. Itulah kelebihan seorang pemidato dan peranannya mempengaruhi pendengar-pendengarnya. "Naga di awan lagiku tentang, inikan pula cicak mengkarung" begitulah yang sering diucapkan Anwar.

Anwar sebagai suatu tokoh politik yang mempunyai karisma dan auranya tidak hanya dirasai oleh orang-ornag Melayu namun bukan Melayu juga merasakannya.

Yang perlu kita pantau ialah, kemanakah yang Anwar hendak bawa kita semua ketika satu masa nanti beliau menjadi Perdana Menteri? Kerja-kerja memantau ini bukan seperti kita memantau anak-anak kita bermain di tapak permainan kanak-kanak. Pemantauan kita mesti komprehensif sebab dia adalah Anwar. Kalau bukan Anwar, kita tidak kisah sangat.

"Kita mahu membela Melayu, Cina, India, Iban , Kadazan yang miskin" katanya lagi.

Slogan popular dengan isu yang popular disebut oleh orang yang popular memang akan memberi reaksi yang hebat. Namun apa yang perlu kita lihat ialah apa disebaliknya dan apa kandungannya dan apa dan apa dan apa lagi. Berapa banyak apa dah?

Saya ingin meminta bantuan sesiapa yang membaca tulisan ini, sama-sama kita gali dan selidiki secara objektif apa yang hendak dibawa oleh Anwar Ibrahim. Mengapa? Sebab dia Anwar Ibrahim macam saya kata tadi. Saudara bayangkan hebatnya Anwar ini sehinggakan dijadikan suatu standad atau piawai bahawa sesiapa sahaja yang berniat untuk melakukan reform dari dalam UMNO adalah suatu kerja yang sia-sia sebabnya ialah sebab Anwar telah gagal jadi kita semua akan gagal. Sebabnya Anwar yang sudah mencapai tahap Pemangku Presiden UMNO dan Pemangku Perdana Menteri pun gagal untuk membetulkan UMNO dari dalam inikan pula kita yang kecil ini.


Ada beberapa persoalan yang timbul:-

1) Apakah untuk bawa perubahan perlu mencapai ke tahap memegang jawatan no.1?

2) Apakah kerana dia gagal maka kita pun akan gagal?

3) Apakah benar Anwar dulu ingin membetulkan UMNO atau beliau sama sahaja dengan yang lain?

4) Apakah akta Rasuah yang beliau bentang dalam Parlimen ketika menjadi Pemangku PM iaitu beberapa bulan sebelum dipecat boleh dijadikan bukti beliau serius dalam memerangi rasuah atau pada ketika itu beliau dah tahu beliau akan dipecat dari UMNO jadi ia sebagai "penyempurnaan hujjah" bahawa beliau benar-benar serius? Mengapa tidak dibentang atau dicadangkan pada awal-awal masuk UMNO dulu?


Ini persoalan-persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini.

"Saya memang kawan baik dengan Al-Gore, tetapi Pak Lah kawan baik kepada Bush", Al-Gore menentang penaklukan Iraq oleh Amerika Syarikat". Dalam salah satu pidatonya. Pada pendapat saya, berkawan baik dengan mengadakan perhubungan diplomatik antara dua negara adalah dua perkara yang mempunyai perbezaan yang nyata. Siapa sahaja atau negara manapun ( kecuali Iran, Venezuela dan yang sama dengannya) ada hubungan dengan Bush kerana Bush sekarang adalah Presiden Amerika Syarikat dan ianya adalah hubungan diplomatik. Tetapi kalau berkawan baik itu ada sedikit keraguan yang timbul.

Anwar memang berkawan baik dengan Al-Gore dan beberapa pemimpin dunia dan beliau mempunyai hubungan baik dengan negara-negara Arab juga. Tetapi semua itu adalah juga kawan baik kepada Amerika Syarikat. Arab Saudi, Kuwait, UAE dan apa sahaja yang beliau sebut adalah negara Arab yang berada dibawah telunjuk Amerika Syarikat. Oh...lupa Singapura juga.

Jadi, kita perlu memantau Anwar Ibrahim. Ini bukan tuduhan, tetapi ini suatu pandangan ikhlas yang mahu suatu kerjasama semua pihak agar benar-benar membuat penyelidikan atas Anwar ini bukan apa, ia semata-mata untuk masadepan kita juga. Kalau dah terlambat, satu sen tak guna.

Anwar Ibrahim dan PKR dilihat sebagai parti mewakili semua kaum. Keadilan kepada semua bukan bererti kesamarataan untuk semua. "Fair" bukan "equal"..kita kena ingat tu. Melayu sebagai pribumi ada keistimewaan dan bangsa lain sebagai warganegara juga ada hak masing-masing. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Meletakkan bangsa lain sama rata dengan pribumi dari segi hak istimewa, akan menghilangkan hak pribumi (Melayu-Islam)."Fair treatment" ialah apa yang berlaku sekarang. Bukan Melayu masih boleh hidup mewah di Malaysia malah yang terkaya pun adalah bukan Melayu.Jangan seperti apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada pribumi Red Indian.....ingat Amerika Syarikat..tempat Anwar bekerja dan menimba 'ILMU" dan "berdakwah" Islam kepada Amerika Syarikat. Hebat betul Anwar.....Mahmoud Ahmadinejad pun tak boleh buat macam tu. Mengapa Anwar tak berkawan dengan Iran atau Hizbullah ya?....Al-Gore marah kot...

ISLAM HADHARI ADALAH ISLAM

Salam.

Pure-hadharist itulah yg saya mahu dikenali kerana saya yakin pada Islam Hadhari serta konsep dan prinsipnya. Gila ! tak kena masa! Siapa nak percaya dengan Islam Hadhari Pak Lah?.....bla-bla-bla...

Islam Hadhari Pak Lah? Kenapa bila sebut Islam Hadhari kita kaitkan dengan Pak Lah? Memang tidak dinafikan Islam Hadhari mula diperkenalkan oleh Pak Lah. Tetapi ia tidak bermakna hak mutlak Pak Lah. Sebabnya ialah 1) kerana ia adalah Islam 2) kita perlu faham apa itu hadhari, hadharah, madani, tamaddun dan sebagainya. Dengan memahami ini semua, maka kita tidak lagi prejudis terhadap Islam Hadhari kerana ISLAM HADHARI ADALAH ISLAM.

Islam adalah suatu 'program" Allah s.w.t untuk manusia di mukabumi. "Program" Allah s.w.t pastilah sempurna kerana ia datang dariNya dan bertujuan membawa makhluk ke arah kesempurnaan. Maka, untuk menjadi pembawa "program" Allah s.w.t ini iaitu para nabi dan rasul, Allah s.w.t telah persiapkan segala kelengkapan untuk khalifahNya menjalankan tugas dimukabumi. Kelengkapan ini adalah sempurna secara relatif mengikut zaman di mana pembawa "program: itu berada. Maknanya, zaman Adam a.s., baginda merupakan yang paling sempurna dari semua segi kerana baginda membawa misi besar dari "program" Allah s.w.t. ini. Kelengkapan dan kesempurnaan pembawa "program" Allah s.w.t iaitu Islam inilah yang dikenali sebagai berhadharah, hadhari, madani, tamaddun atau apa sahaja yang hendak kita istilahkan. Ini berbeza dengan takrif "civilization" barat yang hanya dikatakan berhadharah apabila manusia itu tidak berpindah - randah menetap di suatu tempat atau bandar dengan sistem kemasyarakatan yang teratur. Namun Islam mempunyai takrifan yang berbeza, iaitu apabila mengemban tugas sebagai pembawa "program" Allah s.w.t, pasti telah dilengkapi dengan ilmu dan sebagainya yang muncul darinya hadharah. Maka, asalnya Islam, dan dari Islam muncul hadharah kemudian Islam di"hadir"kan dalam setiap zaman ianya berada dan berperanan mengatur pada zaman ianya di"hadir"kan maka ia dikenali dengan ISLAM HADHARI.


Perlu membezakan perkara-perkara berikut:-


1) Islam Hadhari sebagai suatu konsep

2) Pak Lah pelopor istilah Islam Hadhari sebagai individu

3) Perlaksanaan Islam Hadhari itu sendiri.



Bagi saya, penumpuan harus diberikan kepada konsep Islam Hadhari yang tulen bukan asyik mencari kelemahan Pak Lah, kelemahan perlaksanaan Islam Hadhari kemudian secara semberono menolak Islam Hadhari atas dasar prejudis bukan secara ilmiah. Baik Dato Seri Hj Abd Hadi Awang atau siapa sahaja yang mengkritik Islam Hadhari, masih gagal membahaskan di mana silapnya Islam Hadhari, yang ada ialah hanya untuk membatal istilah Islam Hadhari tajaan Pak Lah. Itu sahaja.



Wasalam.....jumpa lagi.

Popular Posts