( APAKAH AGAKNYA YANG DIBINCANGKAN???? )
Sejarah adalah suatu fenomena yang terjadi di masa lalu. Ketika dibawa dalam kehidupan sekarang manusia membacanya sebagai sejarah. Memang secara tertulis ianya merupakan cerita tentang semua aktiviti manusia di masa yang silam, sehingga ketika seorang yang membaca sejarah akan tahu apa yang terjadi dengan kehidupan manusia di masa yang lampau. Tetapi ketika manusia memikirkan apa yang terjadi di dalam sejarah tersebut ia tidak akan hanya berupa cerita yang kuno tetapi juga pelajaran yang besar dari perjalanan manusia.
Ramai orang berusaha untuk mempelajari sejarah sehingga mengetahui apa yang sebenarnya terjadi di masa lampau, kerana inilah sebahagian orang yang takut terbuka cela dan keburukan yang ada maka mereka berusaha untuk menutupi sejarah dan lebih jauh lagi mereka menutupi kenyataan yang sesungguhnya terjadi. Tidak hairan pula banyak terjadi pengurangan dan penambahan atau lebih dari itu, iaitu adanya usaha merubah sejarah dengan memotong peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi seolah-olah tidak pernah ada, sehingga kemudian orang hanya melihat hanya sebahagian yang dibawa oleh pembuat sejarah tersebut.
Dengan kerja-kerja ini orang akan salah membuat penilaian, sekalipun benar dalam membaca sejarah kerana dia hanya membaca sekerat dan sebahagian dan kehilangan keratan dan bahagian lain, maka kalau tidak berhati-hati ianya akan kehilangan nilai sebenar dari fenomena yang dibacanya. Apalagi kalau dia hendak berfikir dengan itu, maka tentu akan kehilangan premis susunan logiknya, yang tentu akan membuat hasil berfikirnya menjadi salah.
Sebagai contoh sejarah kehidupan bangsa yang dikenal sebagai super-power sekarang Amerika Syarikat. Kalau kita hendak membaca sejarah Amerika, maka tentu kita tidak hanya sekadar membaca keberadaan Amerika setelah mereka mengikrarkan terbentuknya negara Amerika. Tetapi tentu perlu membaca sejarah sebelum itu disebabkan Amerika berada di satu benua yang ada penduduknya (baca: penduduk asli). Benua Amerika tidak lepas daripada keberadaan Red-Indian yang pernah hidup di sana, sehingga kalaupun sekarang kita lihat apa pun yang ada di Amerika tentu tanpa memutuskan makna dan erti keberadaan suku-suku Red Indian yang pernah hidup sebelum mereka, kerana hakikatnya mereka sekarang berada di tanah orang-orang Red Indian itu.
Maka, sekarang dapat kita lihat dengan baik, siapa orang Amerika dan bagaimana orang Amerika tumbuh, dan lebih penting lagi manusia perlu membaca dengan baik dengan menjawab pertanyaan di mana orang asli Amerika itu sekarang. Tanpa menjawab ini maka semua makna dari bacaan sejarah akan tidak bernilai apatah lagi kalau hendak menilai sesuatu yang dinisbahkan kepada keberadaan sekarang.
Kalau konsep yang hendak dibawa bangsa Amerika adalah keadilan, maka perlu kita bertanya dulu bagaimana keadilan di Amerika, dan bagaimana keadilan itu tubuh di benua itu, adakah konsep itu tumbuh dengan memperhatikan semua keberadaan -termasuk keberadaan bangsa Red Indian ,atau konsep itu hanya untuk setelah usaha-usaha menghapuskan nilai keberadaan orang Red Indian. Begitu juga dengan demokrasi, adakah demokrasi di Amerika merupakan konsep yang telah memasukkan penduduk asli dari bangsa itu (Red Indian) atau hanya cerita tentang demokrasi dari orang-orang yang datang dan berhasil membunuh bangsa Red Indian tersebut.
Jadi, kalau kita hendak membaca sejarah dan kemudian menjadikannya contoh hidup sekarang, maka kita perlu membaca dengan baik. Kalau keadilan dan demokrasi selalu dinisbahkan kepada Amerika ( US the champion of democracy seperti kata DSAI), maka adakah nilai-nilai itu juga sudah mencakup nilai yang tersebut di atas.
Apakah makna keadilan yang ada di Amerika sudah memang cukup patut dijadikan standard keadilan ketika penduduk aslinya pernah dibantai habis oleh bangsa yang sekarang merasa memiliki tanah orang-orang yang mereka bantai sekian abad yang lalu?.Adakah keadilan itu telah menghukumi bangsa pembantai yang sekarang menduduki tanah yang dirampasnya, atau adakah bangsa yang menduduki akan mengembalikan tanah rampasan itu kepada penduduk asli ketika mengetahui konsep keadilan yang dibuatnya?. Adakah penduduk asli benua Amerika akan membaca keadilan dan demokrasi sama makna dan nilainya dengan bangsa yang menggunakan slogan ini di atas tanah yang pernah dirampas dari penduduk aslinya itu?.
Begitu juga demokrasi, adakah konsep demokrasi tersebut telah menjadikan Amerika menjadi bangsa yang meletakkan orang asli benua Amerika sebagai seorang yang ada dalam pesta demokrasi tersebut. Adakah bangsa pemilik asli dari benua Amerika akan berperanan dalam demokrasi yang mereka buat?. Atau yang lebih penting adalah apakah konsep demokrasi yang hendak dijalankan juga mencakup nilai kepemilikan yang telah dirampas dari bangsa pembuat demokrasi itu?.
Bagaimana kita harus membacanya sehingga kita dapat dengan objektif menilai hakikat keadilan dan demokrasi ala Amerika ini?. Apatah lagi kalau kita hendak melihat kehidupan sekarang yang merupakan bukti kehidupan yang dapat kita lihat pada hari ini. Kalau orang merasa susah untuk melihat dan membaca sejarah maka lihatlah hari ini. Makna keadilan yang dislogankan oleh Amerika. Apa makna keadilan dan demokrasi bagi bangsa
Bagaimana pula aplikasi keadilan dan demokrasi dari negara yang didukung Amerika atas pendudukan tanah milik bangsa Palestin. Adakah nilai keadilan dan demokrasi akan dapat dibaca bangsa Palestin sama dengan sebagaimana bangsa Israel membacanya?. Mungkin pertanyaannya adakah bangsa Palestin dapat membaca makna dan erti keadilan dan demokrasi?. Tentu tidak!!!.
Bagaimana di Malaysia?. Adakah kita harus membaca keadilan dengan menoleh pada Amerika yang keberadaan keadilan dan demokrasinya berdiri di atas darah pemilik benua itu!. Bagaimana hendak kita hendak menjalankan nilai keadilan dan demokrasi ala Amerika kalau Amerika sendiri masih belum lepas dari nilai yang ada dalam makna kata yang ada di dalam kata keadilan dan demokrasi. Bagaimana bangsa
Adakah keadilan dan demokrasi hanya bagi bangsa yang datang atau juga harus mendudukkan bangsa pemilik dari tempat itu sehingga terjaga hak -haknya. Adakah mereka yang datang kemudian merasa memiliki kerana sudah berbuat atas tanah yang didudukinya tanpa melihat kembali siapa pemilik asli tanah air tersebut?. Adakah akan dapat bermakna kata keadilan dan demokrasi kalau digunakan tanpa melihat kedudukan setiap orang yang ada di suatu tempat tanpa melihat dan membaca sejarah dengan baik?. Di sini perlu membaca dan berfikir dengan baik untuk menjawab pertanyaan. Adakah bangsa Melayu Malaysia harus seperti Red Indian di Amerika dengan slogan keadilan dan demokrasi?!. Jawabnya : Tidak!.
3 comments:
Isu Tanah : Ini Jawapan YAB DS Nizar
Dilulus terbit pada Wednesday, February 18 @ 11:16:59 MYT oleh TokBatin
Oleh ho_nam
"Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata :
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.
Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.
Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.
Tohmahan mengenai "gadai tanah" kepada Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.
Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab Melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan Cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.
DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.
Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tambahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.
Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.
Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.
Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.!
Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.
Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).
Posted by alhusseyn "
Salam,
Jawapan Mantan MB Perak DS Nizar lebih kepada menyatakan proses dan menyatakan proses tidak boleh menutupi isu bahawasanya tanah telah dipajak selama 999 tahun.
Saya tidak mahu menceritakan apakah benar atau tidak segala yang dinyatakan namun saya percaya kepada kebijaksanaan DYMM Sultan Perak yang mana jika benar baginda setuju akan keputusan kerajaan negeri Perak PR, maka bagindalah yang akan mempertahankan kerajaan PR pimpinan DS Nizar.
singapura, Penang dan Batu Putih dan terkini Perak adalah contoh bagaimana seharusnya kita berhati-hati dalam menangani politik yang berasaskan konsep "keadilan" yang mana yang akhirnya rugi adalah umat Melayu bukan lainnya. Slogan keadilan hanya terpakai bilamana ia menguntungkan mereka bukan sebaliknya. Ini adalah perangai org-org yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia baik namanya PAP yang berjaya mendapatkan Singapura juga DAP yang hampir menelan Perak !
Tentang Batu Putih saya tak nampak dimana salahnya umno dan inilah perangai buruk PR sehinggakan setiap perkara hendak di letakkan kesalahannya kepada UMNO jika ia dalam keadaan tertekan. Skandal Dr Chua Soi Lek tidak bermoral tetapi YB Elizabeth Wong adalah konspirasi BN????
janganlah mahu merendahkan minda rakyat seolah-olah kerajaan PR Perak adalah kerajaan PAS sehinggakan manifesto PASlah yang terpakai. Saya amat mengetahui hal dalaman PAS kerana ramai sahabat di dalam PAS dan saya tahu polisi kerajaan Perak PR tidak dipersetujui pimpinan tertinggi PAS khususnya hal tanah ini namun demi menjaga hubungan sesama PR maka PAS terpaksa akur.
Apa sahaja alasan, 999 tahun itu suatu yang berlebihan dalam isu tanah ini...
Apakah kita mahu dipermainkan lagi sepertimana Singapura, Penang dsbgainya? Isunya bukan UMNO atau siapa TETAPI dengan siapa UMNO berdepan dalam isu Singapura, Penang dsbgnya. Justeru itu, kita juga harus sedar dengan siapa pula kali ini kita berdepan dalam isu Perak?
Mereka akan menelan kita kerana kita tidak bijak sebijak mereka....fikirkan...
Umat Melayu berbaring di atas jalan raya untuk pertahan kerajaan bukan Melayu. Tidak mengapa! Tetapi mengapa bukan melayu tidak sama-sama berbaring dijalanraya? Sekali lagi, kita tidak sebijak mereka!
Hi there my name is Stevie Levine and I live in York, that is actually in the Midlands of The united kingdom. I'm 31 years old and also I have been married for 4 years. I have 4 little ones. I look forward to chatting with you all in here.
Post a Comment