Wednesday, December 1, 2010

HAPUSKAN KETUANAN MELAYU : MELAYU AKAN JADI SEPERTI RED INDIAN


INI JUGA LAMBANG MELAYU ITU ISLAM,  APABILA MEMELUK AGAMA ISLAM SECARA OTOMATIK BUSANA MELAYU MENJADI PILIHAN. INIKAH YANG NAK DIHAPUSKAN?


Salam.

1. Isu ketuanan Melayu hangat semula diperkatakan dalam Kongres Parti Keadilan Rakyat dimana Azmin Ali dan Wan Azizah menyentuhnya dengan begitu lantang sehinggakan Azmin Ali sanggup untuk dipanggil pengkhianat bangsa dengan kenyataannya untuk dihapuskan konsep Ketuanan Melayu.

2. Kenyataan ini disokong pula oleh Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas. Nik Aziz berkata ketuanan Islam mesti dahulu didaulatkan untuk mengelakkan permusuhan di antara kaum di dalam negara ini.

3. Apakah ketuanan Melayu itu? Apakah konsep ketuanan Melayu itu selama ini penyebab permusuhan di antara kaum?  Berapa kalikah telah berlaku pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969? Apakah 13 Mei itu berlaku kerana konsep Ketuanan Melayu? Mengapa begitu obses untuk menghapuskan Ketuanan Melayu oleh parti pembangkang?

4. Persoalan yang penting itu mesti dihuraikan dahulu sebelum kita mengeluarkan sebarang kenyataan. Kita adalah kerana kita perlu sedar bahawa setiap kenyataan berkaitan Ketuanan Melayu adalah suatu kenyataan yang menyentuh "tiang-tiang seri" pembangunan tanahair kita selama ini.

5. Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Kemana sahaja orang-orang Melayu berada akan dibawa bersamanya Islam hatta ke alam barzakh! Apabila orang-orang Melayu bercakap tentang kedaulatan negara ini serta hak-hak mereka dalam negara ini juga membawa Islam bersamanya.

6. Apabila disebut Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kuasa politik adalah kuasa politik Melayu, ini membuktikan kuasa Melayu itu adalah kuasa Islam.

7. Apakah ketuanan Melayu juga adalah Ketuanan Islam? Sudah tentu!! Apakah ketuanan Melayu itu menafikan hak bangsa lain? Apakah ketuanan Melayu itu menghalalkan apa yang diharamkan Islam seperti sewenang-wenang berlaku zalim dengan bangsa lain? Tidak!

8. Amerika Syarikat adalah syaitan besar dan berupaya menguasai negara-negara Islam dengan pelbaagi cara yang amat halus. Mereka sering menggunakan slogan kebebasan, demokrasi dan keadilan untuk memaksakan  ideologi mereka terhadap negara-negara Islam. Kalau di Timur Tengah mereka mengadakan projek regime change" dengan slogan demokrasi seperti yang dikakukan di Iran dalam campurtangan mereka dalam pilihanraya Iran tempohari, di Afghanistan juga di Iraq dengan cara ketenteraan dan apakah di rantau ini mereka duduk diam?

9. Mereka telah berjaya melenyapkan kaum Red Indian pribumi mereka yang hilang ketuanannya. Mereka ingin ianya berlaku di sini!! Lihat mereka begitu berminat terhadap Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Mereka menyokong sebarang usaha untuk melenyapkan kuasa Islam di mana-mana sahaja. Apakah mereka tidak merasa PAS sebuah kuasa Islam? Ya namun Pas telah terperesok dengan PKR serta DAP mendominasi Pakatan Rakyat dan jika sekiranya memerintahpun, PAS tidak boleh berbuat apa-apa. Sekarang inipun Ketua Pembangkang adalah Anwar bukan Hadi!

10. Secara strateginya, kuasa Melayu-Islam yang ditunjangi dengan konsep Ketuanan Melayu melalui naungan Sukltan-sultan Melayu harus dihapuskan terlebih dahulu dengan membuaikannya derngan slogan keadilan, anti-perkauman, ketuanan Islam (hanya slogan) dan sebagainya.

11. Melayu akan jadi seperti Red Indian di Amerika Syarikat jika kita runtuhkan konsep Ketuanan Melayu. Menurut Islam, keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya maka Ketuanan Melayu adalah meletakkan kuasa Melayu dibumi Melayu dan bersikap adil dengan menerima kaum-kaum lain beranak pinak di Tanah Melayu tanpa sebarang rasa takut. Yang peliknya, ada Melayu yang tidak sedar diri serta tamakkan kuasa yang sanggup membogelkan jati diri sendiri sebagai orang-orang Melayu.

No comments:

Popular Posts