KALAU NAK DENGAR RADIO BURUK PAKATAN RAKYAT, HABIS SEMUA TEORI EKONOMI DIBATALKAN |
Salam,
1. Harga barang naik memanglah bukan sesuatu yang rakyat suka begitu juga kerajaan yang mengharapkan sokongan rakyat .
2. Kerajaan yang mengharapkan sokongan lebih-lebih lagi kerajaan yang membawa slogan rakyat didahulukan akan memilih untuk meminimakan kemarahan rakyat dalam setiap polisi yang dilaksanakan.
3. Apakah kenaikan harga minyak dan gula baru-baru ini menyebabkan rakyat marah? Reaksi yang saya terima adalah dari penyokong pembangkang yang tidak bersetuju, penyokong kerajaan yang bersetuju juga ada yang penyokong kerajaan yang tidak bersetuju. Yang saya tidak terima ialah penyokong pembangkang yang bersetuju kenaikan harga tersebut.
4. Ini jelas menunjukkan, kenaikan harga rata-rata tidak menyenanginya terutama yang tidak faham, tidak mahu faham serta buat-buat-buat tidak faham. Bagi pihak kerajaan pula, apakah kerajaan tidak dapat menjangkakan reaksi rakyat ini, atau mereka tahu apa reaksi rakyat namun kerajaan punya justifikasi untuk kenaikan harga itu.
5. Saya berpendapat bahawa, kerajaan mempunyai justifikasi yang konkrit untuk menyelaraskan harga barangan-barangan tersebut bagi tujuan yang lebih memberikan manfaat kepada rakyat pada masa akan datang. Penjimatan yang diperolehi dari penyelarasan harga barangan tersebut selama ini disubsidi oleh kerajaan adalah bernilai RM1.18b.
6. Kerajaan boleh menggunakan penjimatan itu disamping suntikan peruntukan kewangan bagi menjayakan pelan perancangan yang memberikan manfaat melebihi nilai kenaikan harga barangan minyak dan gula itu.
7. Namun sebagaimana biasa, pembangkang hanya pandai menyerang dari segi kenaikan dengan membangkitkan kemarahan rakyat dan tidak menyebut manfaat-manfaat yang bakal diperolehi rakyat.
8. Ada juga yang berpendapat bahawa kerajaan akan menurunkan harga barangan tersebut bila menjelang pilihanraya dan menaikkan semula apabila telah berjaya mendapat mandat nanti. Ini suatu pembohongan kerana kita masih ingat dalam PRU12 dahulu, kerajaan di bawah kepimpinan Pak Lah telah menaikkan harga minyak petrol sebelum beberapa bula PRU12 akan dijalankan dan dari segi politiknya ia adalah suatu yang tidak baik kerana boleh dijadikan modal politik pembangkang! Namum pertimbangannya bukan pertimbangan politik tetapi pertimbangan ekonomi. Harga minyak tetap dinaikkan walaupun ia mengundang kemarahan rakyat dan telah dieksploitasi oleh pembangkang dalam PRU12 maka ini membuktikan bahawa kenaikan harga tersebut tidak dielakkan dan jika tidak dilakukan, akan menjejaskan ekonomi negera dengan lebih teruk lagi.
MUNGKIN KITA AKAN TETAP MENGGUNAKAN KERETA INI JIKA TIDAK BOLEH MENERIMA KENAIKAN PETROL/DIESEL |
9. Kerajaan akan memastikan rakyat tidak dibebani dengan kenaikan harga ini yang akan menyebabkan kereta-kereta tidak mampu diisikan minyak dan minuman-minuman kita akan menjadi tawar kerana tidak mampu membeli gula akibat kenaikan itu. Kerajaan mempunyai mekanisme yang mampu mengukur sejauhmana kesan kenaikan harga itu terhadap kehidupan rakyat.
10. Pertimbangan ekonomi bukanlah sesuatu yang boleh di"bahaskan" di kedai-kedai kopi atau di tepi-tepi jalan!! Ekonomi harus dinilai secara holistik bukan terpilih-pilih iaitu hanya melihat kenaikan harga sesuatu barangan namun apakah justifikasinya serta apakah pula langkah alternatif yang ditawarkan.
11. Memanglah bahwa mengurangkan subsidi terhadap minyak dan gula yang menyebabkan kenaikan harga barangan bukanlah suatu tindakan "populis" tetapi kesan dari penjimatan subsidi tersebut akan dimanfaatkan untuk tujuan-tujuan yang lain yang akan memberikan impak yang besar terhadap kehidupan rakyat negara ini yang ingin menuju sebuah negara maju.
Nasi lemak dulu 40sen sekarang, mungkin akan datang akan mencapai sehingga RM10.....
12. Takkanlah kita mahu mengharapkan harga barangan yang berkaitan dengan harga dunia, proses "demand and supply", nilai matawang dunia dan pelbagai mekanisme ekonomi yang diluar kawalan sesebuah pemerintah akan kekal begitu untuk selama-lamanya !!! Saya masih teringat cerita Tok saya yang membawa belanja sekolah sebanyak 2 sen , menaiki bas 1 sen dan menonton wayang 20sen pada masa dahulu dan kita tetap pada hari ini mengatakan kerajaan tidak patut menaikkan harga barangan!!! Inilah hakikatnya ekonomi!!
2 comments:
semuanya berlaku salah satu berpunca dari tiadanya keberkatan dalam pemerintahan. jauh di hati2 rakyat marhain rasa terhimpt. apa makna bicara soal ekonomi dan segala macam kalau rakyat marhain terus menerus terseksa dan teraniaya.
Mohamadazhan,
Penilaian harus dibuat dengan seadilnya. Sesuatu yang berlaku mungkin tidak menggambarkan keseluruhan yang kita boleh ambil kesimpulan tentang sesuatu perkara itu.
Istilah marhain ini gemar digunakan golongan sosialis agar menimbulkan rasa marah golongan yang susah disesebuah negara.
Saya tidak nafikan wujud rakyat miskin tapi saya juga tidak boleh nafikan peranan kerajaan untuk membasmi kemiskinan. Banyak yang telah dibuat kerajaan.
Proses tetap proses maka kita dan kerajaan akan berproses menuju ke arah yang lebih baik.
Malaysia memberikan kebebasan untuk siapa sahaja cari makan cuma realitinya dimana2 masyarakat akan dibahagi2kan mengikut taraf kehidupan
masing2. Ini natural kalau tidak takkan Islam ada sistem zakat yang menunjukkan golongan yang memberi zakat dengan yang menerima zakat...apakah tiada keberkatan juga?
Post a Comment