Wednesday, December 8, 2010

Mana Suara Pejuang Bahasa Melayu Bila Ketuanan Melayu DiPertikaikan?

APAKAH HANYA BAHASA YANG JIWA KEPADA BANGSA ITU SAHAJA PENTING, BANGSA ITU SENDIRI TIDAK PENTING?


Salam,

1) Ketika berdemonstrasi menuntut dikembalikan pengajaran Matematik dan Sains ke dalam Bahasa Melayu, hampir ke semua Seniman Negara yang masih hidup, penulis-penulis sastera, NGO Melayu dan lain-lain pihak boleh bersatu memperjuangkannya.

2) Mereka ini bergelar pejuang Bahasa Melayu yang merasakan bahasalah yang harus dipertahankan demi menjaga jati diri Melayu.

3) Saya juga secara peribadi tidak setuju dengan PPSMI walaupun saya juga berpendapat jika mahu diteruskan perlu dibuat beberapa "adjustment" sana sini sesuai dengan pencapaian dan penguasaan Bahasa Inggeris yang ketara lemah di luar bandar kerana dibimbangi yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

4) Tokoh-tokoh seperi Pak Samad Said yang amat jarang kita lihat berdemo ada, Datuk Hasan Ahmad juga ada dan juga beberapa tokoh bahasa juga kelihatan semasa berdemo.

5) Saya amat kagum dengan semangat mereka pada masa itu cuma sedikit ragu apakah ada diantara mereka-mereka itu bersemangat dalam berdemo atas dasar betul-betul jati dirinya pejuang bahasa atau "terpengaruh" dengan "api" yang dinyalakan pembangkag pada masa itu khususnya rakan lama mereka Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6) Mengapa timbul keraguan ini? Bahasa adalah jiwa bangsa. Jika bahasa dirasakan dalam keadaan bahaya maka apakah jika bangsa dalam keadaan bahaya kita tidak merasa apa-apa?

7) Jika kita boleh berdemontrasi atas isu bahasa mengapa kita diam dalam isu Ketuanan Bangsa Melayu kita?
MENGAPA DIAM PAK SAMAD???

8) Apakah ketuanan Melayu itu tidak ada bahasa Melayu di situ yang harus kita pertahankan? Apakah kita tidak melihat apa yang berlaku ada pemimpin di negeri di bawah PR menukar tanda jalan ke dalam bahasa ibundanya kita merasa begitu sensitif tapi hal ketuanan kita merasa tidak ada apa-apa?

9) Mengapa kita tidak dengar kelantangan pejuang-pejuang bahasa itu dalam isu ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh PR?

10) Apakah ianya merupakan kesalahan jika kerajaan BN yang buat sesuatu namun jika PR yang melakukannya kita tidak merasa perlu untuk menyatakan pendirian?

11) Maka jika kebisuan pejuang-pejuang bahasa ini berterusan, maka saya tidak ada  pilihan untuk melabelkan mereka pejuang-pejuang bahasa yang "bermusim" dan  bersemangat "coca-cola" seperti yang pernah disebut oleh Presiden PAS Dato Seri Hadi Awang dulu.

12) Jika Melayu tidak menjadi tuan, maka jangankan bahasa Melayu, silap-silap identiti melayu juga akan terhakis dimakan dek zaman!!! MAAF JIKA TERLANJUR MENEGUR WAHAI PEJUANG-PEJUANG BAHASA!!!!

No comments:

Popular Posts