Thursday, March 20, 2008

Bayangkan, Dunia Tanpa Sambutan Maulidur Rasul

Salam,

Hari ini kita memperingati Maulidur Rasul iaitu memperingati hari kelahiran Manusia suci lagi agung Muhammad s.a.w. Dari dulu hingga sekarang, di Malaysia khususnya sambutan ini disulami dengan acara berarak dan ceramah-ceramah berkaitan Rasulullah s.a.w diadakan di merata kampung dan desa serta bandar.

Walaupun itu semua belum cukup untuk memanifestasikan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w tetapi sudah cukup untuk kita katakan itulah paling minimanya manifestasi cinta kita kepada Baginda dalam bentuk masyarakat dan negara. Dari segi individu mungkin ada orang telah sampai cinta yang maksima ke atas Baginda s.a.w.

Oleh yang demikian, kita harus kekalkan ia sampai bila-bila sebagai menzahirkan cinta kita. Cinta masalah hati. Cinta adalah natijah dari makrifat. Kalau tidak cinta bererti belum makrifat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. Kita perlu mengadakan pemangkin agar berkembang cinta Rasulullah s.a.w. di kalangan umat Islam yang telah terpisah masa yang begitu lama dengan Baginda s.a.w. Tentang salafus soleh tidak meraikannya (itupun tidak pasti lagi), itu bukan sebabnya kita juga tidak boleh meraikannya. Bagi kita, kalau tiada halangan dalam Al-Qur'an Dan Sunnah dan ia jelas bukan kemungkaran, walaupun tidak dilakukan oleh salafus soleh, kita akan tetap melakukannya. Standad kebenaran adalah Al-Qur'an dan Sunnah bukan amalan salafus soleh. Mungkin mereka pada ketika itu meraikannya tetapi tidak sampai beritanya kepada kita. Alangkan berita semalam boleh di"black-out"kan inikan pula sudah ribuan tahun berlalu. Jadi, secara amnya, adalah BID'AH jika kita meletakkan amalan salafus soleh sebagai rujukan dan bukan Al-Qur'an Dan Sunnah untuk penentuan sesuatu perbuatan itu BID'AH. Jangan kita melakukan BID'AH dalam menentukan BID'AH.

Kalau seorang anak itu melakukan sesuatu perbuatan yang tidak disukai ibunya maka bertempiklah ibunya dengan berkata, " ibu tak pernah buat dan ajar anak ibu buat perkara ini tau!". Namun jika anak itu mengambil inisiatif meraikan ulangtahun ibunya dengan membuat majlis umpamanya, apakah ibunya akan bertempik dengan tempikan yang sama? Pasti tidak malah berbangga dengan perbuatan anaknya itu. Maka, tidak semua perbuatan yang tidak dibuat dan diajar oleh Rasulullah s.a.w. itu bid'ah, lebih-lebih lagi bid'ah itu dimasukkan ke dalam neraka! Jika sesuatu perbuatan itu untuk menzahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w yang memang pula ada landasannya dan memang disuruh untuk kita cinta kepada Rasulluah s.a.w.,maka ianya bukan bid'ah. Bayangkan saudara kita akan masuk neraka beramai-ramai semata-mata cinta kepada Rasulullah s.a.w dan kerana meraikan Maulidur Rasul!

Ingat ! standad kebenaran adalah Al-Qur'an dan As Sunnah bukan salafus soleh, Arab Saudi, Mufti ke atau apa dan sesiapa sahaja.

Bayangkan dunia tanpa sambutan Maulidur Rasul, maka akan datang tiada siapa yang mengenal Baginda s.a.w sebagai Insan Kamil yang penuh dengan contoh tauladan yang harus diceritakan dan ceritanya tidak akan pernah habis.

Wasalam, sekadar pandangan....

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Yang selalu kata itu bid'ah ini bid'ah sebenarnya ia dari golongan yang baru "akil baligh" setelah usia mencecah 40an dan baru bali dari mekah. tak percaya gilah kat tmn tun kelas dia orang. Mufti Perlis punya geng la tu, siapa lagi. Dapat duit anyak dari Saudi tu...

Anonymous said...

Pure-hadharist,

aku ingatkan hang ni wahhabi! rupanya bukan, syabas lah tahniah. Aku pun dok fikir benda ni, kalau kita tak raikan maulidur Rasul, siapa yang tahu cerita Baginda tu. Ialah, kalau diadakan oleh kerajaan persekutuan atau negeri at least kita boleh dengar cerita perjuangan nabi.

Anonymous said...

Setia yang baru itu bid'ah, dan bid'ah itu sesat, dan sesat masuk neraka.

Hishh! selawat kuat ramai-ramai pun dia orang kata bid'ah, nanti kita sama-kita masuk neraka, yang buat dosa zina tanya kita kenapa kau masuk neraka? kita jawab ramai-ramai, sebab selawat kuat ramai-ramai. Dia pun senyum dan berkata, baik aku lagi dapat syok tapi sama macam kau org masuk neraka juga tapi kau org tak dapat syok.....

Popular Posts