Wednesday, March 26, 2008

BAYANGKAN....KABINET BAYANGAN INI...(sekadar melayan mata yang mula mengantuk)

PERDANA MENTERI : DS ANWAR IBRAHIM
TIMBALAN PM 1 : DS ABD HADI AWANG
TIMBALAN PM 2 : LIM KIT SIANG

MENTERI KEWANGAN : AZMIN ALI
MENTERI PERTAHANAN : IBRAHIM ALI
MENTERI PELAJARAN : DR WAN AZIZAH
MENTERI BELIA DAN SUKAN : NURUL IZZAH ANWAR
MENTERI PENERANGAN : SAIFUDDIN NASUTION
MENTERI KERJA RAYA : N. GOBALAKRISHNAN
MENTERI DALAM NEGERI : MOHD SABU

DAN LAIN-LAIN LAGI TENGAH DOK FIKIR. AMACAM OK TAK?

INI BAYANGAN SAYA JIKA BA DAPAT TUBUHKAN KERAJAAN.

Ulasannya :

Nama yang disebutlan di atas sudah semestinya bersih dari rasuah. ( setakat inilah tak tahu kalau kemudian terbongkar). Saya tidak menyatakan di sini bahawa mereka -mereka ini tidak layak namun mereka masih belum teruji. Ujian yang paling berat adalah apabila hendak menjaga kepentingan semua kaum. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, rakyat telah terbiasa dengan natijah dari kontrak sosial yang disepakati bersama dahulu iaitu bumiputera mempunyai keistimewaannya sendiri dan kaum lain boleh sama-sama menjadi rakyat yang baik dan hidup bersama.

Persoalannya ialah, terdapat 3 parti besar dalam pakatan ini iaitu PKR, PAS dan DAP. PKR sebuah parti multi-racial dan perjuangannya berkonsepkan memperjuangkan kepentingan semua kaum, PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam dan DAP mirip PAP Singapura dengan konsep Malaysian Malaysianya.

Apakah tidak akan jadi pertentangan ideologi dalam mentadbir negara nanti? Kita jangan bayangkan sekarang, sekarang masing-masing belum benar-benar teruji.

PKR walaupun penasihatnya berimejkan Islam, namun masih tidak boleh menjuarai konsep negara Islam kerana tidak akan mendapt sokongan non-muslim dalam PKR. DAP pula tidak boleh menyokong PAS dengan cita-cita menubuhkan negara Islam kerana akan kehilangan sokongan non-muslim seperti yang berlaku pada PRU1999. PAS pula tersepit di antara tuntutan agama dengan strategi politiknya. Apakah tokoh-tokoh di dalam parti masing-masing boleh berkompromi untuk kepentingan parti masing-masing?

PAS perlu tarbiyah DAP supaya menerima konsep negara Islam. PKR perlu hati-hati mencaturi politiknya memandangkan ia parti pelbagai kaum. DAP pula perlu kompromi sedikit untuk memenangi hati orang-orang Melayu dengan tidak banyak menyentuh hal ehwal orang Melayu.

Maka, untuk kabinet bayangan ini, banyak persoalan yang harus kita fikir-fikirkan...

Wasalam.

7 comments:

Anonymous said...

Anwar Ibrahim "bersih" dari segala penyalahgunaan kuasa? Hmm, tak tahulah aku tentang statement tu.

Anonymous said...

suami, isteri & anak dlm kabinet?????
sekarang ni pun dah kerajaan 3 beranak...
kabinet bayangan anda pun kerajaan 3 beranak.....
fikir2kanlah....

Anonymous said...

ape kejadah la hadhari ni
wey liberal....
belum teruji konon
dari penggadai bangsa, agama dan negara nie
baik ganti muka2 baru
dari penyangak 2 lame nih

THE PUREHADHARIST said...

Salam Saudara (yg menggunaan perkataan kejadah = pengamal liberalisme dalam berbahasa ! )

Tolong takrifkan hadhari dan juga liberal. kalau tak tahu takrifnya, jangan tulis, nanti dari orang tak tahu kita tak tahu, jadi org tahu setakat mana minda kita.Yang belum teruji ialah dari segi pertentangan ideologi, bukan dr segi penyangak! baca betul-betul.

MAAF - kalau tersinggung.

Kabinet Bayangan ini bukan kabinet yang saya impikan. Apa yang ditulis ada mesej yang hendak disampaikan dan Alhamdulillah, melalui komen-komen yg diterima, sampai dah mesej saya.

ibnu bakr' said...

salam,

malas nak cakap panjang,dibawah adalah link2 seorang bloggers tentang pendapat dia mengenai kabinet sekarang

sang kelembai:kabinet 3 abdul
ps:saya adalah pengunjung setia blog ini...

Pandangan seorang bloggers mengenai pendirian pas untuk membentuk negara islam..
ibnu zack: iSu NeGaRa iSLaM

post ini menunjukkan pandangan saudara, apa orang lain fikirkan tentang kabinet pak lah sekarang...hemph....

satu lagi...rajin2 la baca blog2 anti kerajaan daripada yang mengapu kerajaan (supaya fikiran saudara lebih terbuka!)

Anonymous said...

Yang pasti kabinet bayangan ini lebih berfikir tentang kesejahteraan rakyat berbanding kabinet "lemah & longlai" BN '08.
Pimpinan BN yang ada semua terbukti tidak boleh diharap untuk membela nasib rakyat.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Ibnu Bakr'

Bloggers yang saudara nyatakan itu bukan sahaja saya baca tulisan mereka tetapi meraka adalah kawan-kawan saya.

Baca posting saya tentang negara Islam dan mungkin saudara akan dapat apa yang saya maksudkan.

Sekian.

Popular Posts