Tuesday, March 25, 2008

ISLAM HADHARI : DENGAR APA YANG DIKATA BUKAN SIAPA YANG BERKATA.



( DI ANTARA KESILAPAN DS HJ HADI AWANG YANG MENGATAKAN PERISTIWA TINDAKAN PEMECATAN BEKAS MUFTI SELANGOR ADALAH NATIJAH DARI SLOGAN ISLAM HADHARI WALAUPUN ISLAM HADHARI BELUM ADA KETIKA ITU ! HAIRAN! AJAIB! )


Salam,



Islam Hadhari memang idea Pak Lah namun kandungannya adalah Islam itu sendiri. Tiada siapa yang boleh mengatakan 10 prinsip Islam Hadhari itu adalah sesuatu yang baru dan bukannya datang dari Islam.

Apabila sebut Islam Hadhari maka kita kembali kepada perlantikan Adam a.s. sebagai Khalifah Allah di mukabumi. Apakah ketika itu Adam a.s bertamadun? Kalau mengikut takrif tamadun barat dan sangat dikesali dipakai oleh DS Hj Abd Awang, Adam a.s. masih belum bertamadun.

Adalah rugi bagi kita semua menolak slogan Islam Hadhari semata-mata yang memperkenalkannya itu adalah Pak Lah. Bagi orang-orang PAS pula ia terus menolak Islam Hadhari dengan begitu sahaja tanpa argumen secara ilmiah. Sebaliknya memperkenalkan pula Hadharah Islamiyyah.

ISLAM HADHARI = HADHARAH ISLAMIYYAH.

Yang membezakan dua istilah ini adalah yang satu Pak Lah kenalkan dan yang satu lagi DS Hj Hadi Awang.
Kalau mengikut takrif serta perbahasan ilmiah, sebenarnya kedua-duanya adalah Islam !
Kesilapan Pak Lah mungkin tidak melaksanakannya, Kesilapan DS Hj Hadi ialah semata-mata hendak membatalkan istilah Islam Hadhari sahaja. Yang benar adalah yang melaksanakannya dalam keadaan memahaminya.
INGAT! INI BUKAN ISLAM LIBERAL.


Sedangkan Abu Bakar Dan Umar pun boleh ditegur inikan pula Hj Hadi!
Maaf! bukan menegur tetapi meluruskan pandangan.
JOM ! HADIRKAN ISLAM DI DALAM KEHIDUPAN KITA.



(ADA KOMEN YANG MENARIK UNTUK DIBACA..SILA KLIK COMMENTS)











9 comments:

ibnu bakr' said...

Salam..

Saya akan memberikan komen mengenai post ini, tetapi ini tidak bermakna saya sudah terjumpa 'pencarian' saya dalam himpunan blog saudara.

Tahniah kerana saudara merupakan salah seorang pembaca "HADHARAH ISLAMIAH bukan islam hadhari".Ini kerana saya sendiri adalah salah seorang penentang islam hadhari pun tidak pernah menyentuh buku tersebut.Saya juga berharap agar segala yang saudara baca dalam buku tersebut adalah dengan tujuan menambah ilmu, bukan untuk mencari kesilapan buku tersebut..lebih2 lagi terpampang nama seorang pemimpin dihadapannya....INSYA-ALLAH..



menarik tajuknya,"ISLAM HADHARI : DENGAR APA YANG DIKATA BUKAN SIAPA YANG BERKATA".

berterus-terang,bagaimanakah sejarah RASULULLAH S.A.W.sendiri sebelum dia ditabalkan menjadi seorang nabi?anak yatim,buta huruf(kasarnya,tak reti eja!),miskin...nyata itu bukanlah kekurangan.Dia menjadi manusia paling agung di muka bumi dan langit!..

pernah terbaca ranjau hidup nabi s.a.w?Dilempar batu oleh orang thaif?Digelar 'gila' semasa peristiwa isra' & mi'raj?Dan banyak lagi.

Setelah dibuat penelitian,dan ada juga hasil kajian, mengakui NABI MUHAMMAD SALLALLAHUALAIHIWASALLAM ADALAH GENIUS!..dia berupaya berfikir melangkaui masa dan zaman!

adakah arab jahiliah sedar walaupun ditunjukkan segala mu'jizat sewaktu peringkat pertama da'wah islam?..ya,mereka tidak mahu mengakuinya!

namun begitu,RASULLULLAH S.A.W. bukanlah orang BODOH untuk menyampaikan agama islam!Dan kita disini mensyukuri nikmat yang kita turuni free2..itupun masih ada HAD dan HARI!

jangankan kerana taksub kepada perkataan 'hadhari' menyebabkan saudara memilih untuk 'pure hadharist' berbanding PURE MUSLIM!..


jika tidak kerana saya cinta dan pecayakan nabi..atas sebab apa lagi yang perlu ikut untuk menuruti islam?Atau dengan kata lain, mungkin RASULLULLAH S.A.W..penyampai islam,tidak penting bagi saudara?

Saya tidak berhujah...tapi membawa harapan agar saudara mengutamakan perkara yang lebih penting untuk dijelaskan.

Tahniah dengan buku yang akan diterbitkan.Jujurnya, saya seorang yang malas membelek helaian buku2 tebal.Saya lebih suka membaca artikel ringkas secara berterusan dan mendengar penjelasan.Sehingga sekarang, tiada satupun buku agama yang pernah saya beli.

Pendirian saudara berada dalam fikiran saudara..bukan helaian buku..

Sekian,wasalam

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Saya tidak tahu dari mana pengistilahan hadhari dipisahkan had dan hari, ya mungkin gurauan anak muda.

Taksub kepada perkataan hadhari? Saya tidak taksub kepada perkataan. Tetapi cubalah fahami apa itu hadhari/hadharah/tamadun/madani. Jangan kerana "phobia" dengan perkataan hadhari itu membuatkan kita tutup minda kita dan mengeluarkan pandangan-pandangan yang tidak berasakan Al-Quran dan As Sunnah. Ketamadunan Islam adalah Islam itu sendiri (terpaksa guna sementara istilah ketamadunan untuk mengelak istilah hadhari supaya tidak prejudis lagi).

Saudara, kalau yang membuat kesilapan itu saya, saudara dan orang-orang lain yang sedang memperdalamkan Islam, saya tidak terpanggil untuk meluruskan pandangannya, tetapi setiap pandangan yang salah yang ditulis oleh tokoh pemimpin sebuah parti yang mengatasnamakan Islam, dan punya pengikut maka taklif telah jatuh kepada saya untuk menegur agar kesilapan itu tidak merebak dan merosakkan kefahaman Islam kita. Agak keras bunyinya, namum inilah dia Islam. Berkata benar walaupun pahit!

Tamadun bermula sejak Adam a.s.Dengan perlantikkan baginda sebagai Khalifah Allah, maka baginda dilengkapkan dengan ilmu, hikmah dan lain-lain dan dari sini lahirnya tamadun. Begitu juga nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain dan Junjungan Besar Muhammad s.a.w adalah penyempurnaannya.

Saya atas dasar cinta Rasulullah s.a.w juga mengenengahkan Islam Hadhari ini dalam perbahasan yang berbeza dengan apa yang dibawa Pak Lah.Saya membawanya dengan ayat-ayat Al-Qur'an. Kalau nak menyanggah pandangan saya pun perlu berlandaskan Al-Qur'an juga bukan semberono, itu baru namanya manifestasi cinta kepada Rasul s.a.w. Kerana cintalah saya ingin membawa Islam Hadhari ini atau apa sahaja istilahnya memandangkan pandangan serong orang ramai akan istilah ini. ( Itupun tiada seorangpun dapat menyalahi istilah Islam Hadhari dengan perbahasan ilmiah hatta DS Hj Hadi). Jadi, saya perlu perjelaskan hal ini sebaik dan semampu mungkin.

Pure-Hadharist kenapa tidak Pure-Muslim? Pure-Hadharist kerana mengharapkan gagasan yang dibawa pure atau tulen kerana ada pandangan yang salah dalam pasaran tentang hadhari/hadharah/tamadun. Tidak boleh gunakan pure-muslim sebab Islam itu pure dah, tulen dah dan muslim itu Islam dah tak perlu lagi pure. ( sebenarnya ini sekadar menjawab je, takde isu sebenarnya perkataan pure-hadharist ini).

Saudara,

Bertenang dan fikir. Keutamaan saya di sini ingin ,mengenengahkan satu gagasan yang amat penting dalam era ini iaitu ketamadunan. Tatkala lahir pandangan-pandangan dari kelompok-kelompok di dalam Islam yang membawa jauh kita dari Islam yang dikehendaki olh Allah s.w.t dan penyampainya Rasulullah s.a.w. keterbelakangan dengan doktrin Islam yang menggambarkan Islam sebagai ganas, brutal dan lain-lain, takkanlah gagasan ketamadunan Islam yang menggambarkan ke'Hadiran" Islam disetiap zaman dengan doktrin suci lagi "advance" ini bukan keutamaan kita!

Kalau kita menulis, itu adalah pemikiran kita yang boleh orang nilai. Kalau apa yang di dalam pemikiran lain dengan apa yang ditulis, bahaya! Jadi, sebagai orang muda jangan hadkan pembacaan saudara hanya pada artikel ringkas. Bacalah buku. Islam tidak boleh difahami dengan hanya membaca artilek ringkas. Buktinya, belum pun baca buku saya, hanya dengan artkel ringkas saya sahaja, banya kesimpulan yang dibuat ke atas saya lari dari apa yang hendak saya katakan.

Saya tegaskan di sini, helaian tulisan dalambuku saya itulah pendirian saya agar tidak dikatakan saya hipokrit!

Kalau ditanya kepada saya, Rasulullah sebagai penyampai Islam penting bagi saya? Jawapannya: Saya kalau diberi satu doa yang pasti dimakbulkan maka saya akan berdoa, Ya Allah, kau hadirkanlah Muhammad pesuruh MU ke zaman ini untuk membimbing kami.

Sekian....

Anonymous said...

Salam,

Tertarik untuk saya pojokkan di sini apabila melihat tajuk entri ini..Mungkin saudara perlu perjelaskan lagi atau perkemaskan lagi di mana pengaplikasian konsep hadhari itu menjerumus ke arah ketamadunan islam dalam pelbagai peringkat..tahniah yang awal saya ucapkan untuk buku yang akan dikeluarkan..

seperti yang saya ulaskan dahulu di mana bagaimana untuk kita memperhalusi ilmu islam itu sendiri ke arah konsep hadhari..ya!saya setuju apabila konsep hadhari pak lah adalah bukan yang relevan..tapi bukan bererti tidak..cuma apa yang saya bimbangkan apabila konsep ini diterjemahkan di dalam konteks politik..maksudnya berpolitik dalam lingkungan konsep hadhari..memang kita tidak boleh memisahkan politik dan juga agama..

ok..saya sentuh sedikit hal politik..

saya setuju apabila saudara mengambil jalan lurus untuk menegur setiap pemimpin(terutama pemimpin parti bernamakan islam) di atas kesilapan yang dilakukan..

cuma saya ingin bertanya,atas jalan apa pula saudara berada untuk menegur pemimpin (terutama pemimpin parti bernamakan "majmuk") yang melakukan kesilapan(menyalahi konsep islam,rasuah,liberal etc)?

Di mana letaknya penilaian saudara apabila melihat terlalu banyak kepincangan yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia ini(pemimpin2)?..

Mungkin rasional saudara itu betul apabila menyanggah pendapat ustaz hj hadi dalam menjawap konsep hadhari pak lah itu..

katakan ustaz hj hadi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyimpang konsep hadhari yang disebut itu,adakah saudara masih berdiam diri dengan konsep islam hadhari yang dicanangkan oleh pak lah walhal saudara melihat begitu banyak kepincangan yang berlaku di dalam lingkungan itu?

jujur saya katakan,khususnya di Malaysia ini(politik), kejujuran itu akan wujud apabila sesuatu yang fantasi itu ditampar atau dijolok dengan benda yang nyata..selagi tidak dihamburkan atau dijolok,fantasi itu akan berlingkungan di dunia dengan suatu jangka masa yang lama..

saya akui kajian saudara itu bernas dan saya akan cuba memiliki naskhah saudara kelak..

InsyaAllah..dari situ kita boleh lebih berdiskusi..

THE PUREHADHARIST said...

Salam Separa sedar,

Sebagaimana beberapa kali saya tekankan bahawa apa sahaja istilahnya Islam hadhari ke, hadharah Islamiyyah ke, ketamadunan Islam ke, ia adalah berasal dari "pokok" yang sama iaitu Islam.

Yang menjadi masalah sekarang adalah, sentimen yang wujud di kalangan kita serta kesukaran memisahkan istilah Hadhari dari Pak Lah. Ini masalah kita sekarang.

Justeru itu segala kebobrokan atau keburukan yang melanda masyarakat seperti rasuah, gejala sosial maka "salahnya" adalah Islam Hadhari kerana mereka juga mengatakan era Pak Lah semua itu berlaku lebih banyak lagi.

Ingat dalam tulisan saya atau respon saya terhadap komen pembaca bahawa perlu ada garis pemisah iaitu Islam hadhari sebagai konsep,Pak lah sebagai individu dan perlaksanaan konsep Islam hadhari.

Yang saya utarakan selama ini adalah Islam Hadhari sebagai konsep. Bukan Pak Lah atau bukan perlaksanaan konsep tersebut yang mungkin belum terlaksana penuh atau cakap tak serupa bikin.

Oleh itu, pertama, pertanyaan "dimana pengaplikasian konsep hadhari itu menjerumus ke arah ketamadunan Islam dalam pelbagai peringkat.....Jika saya katakan konsep hadhari=ketamadunan maka soalannya sepatutnya, "dimana pengaplikasian konsep hadhari/ketamadunan Islam dalam pelbagai peringkat....maknanya konsep hadhari itulah ketamadunan Islam.

Jadi, mungkin jika tiada istilah Islam hadhari maka tiada soalan ini kerana saudara boleh terima ketamadunan islam tetapi berat untuk menerima istilah Islam hadhari kecuali saudara bersetuju dengan saya bahawa hadhari itulah tamadun ataupun hadharah. Sekali lagi sentimen menyamakan Islam hadhari dengan individu Pak Lah berlaku dan memang ianya lumrah, saya faham situasi ini.

Kalau garis pemisah yang sebutkan tadi dapat diterima maka semua persoalan saudara telah terjawab.

Apakah saya akan menegur pemimpin yang menyalahi konsep Islam seperti rasuah?

Jawabnya: Dalam konteks menulis buku saya, saya menjurus kepada perbahasan Islam Hadhari (bukan yg Pak Lah punya). Namun sebagai seorang Islam dan rakyat, rasuah adalah perbuatan keji yang harus dibanteras dan untuk menegurnya, mungkin dalam konteks lain dan mungkin buku yang lain yang khusus untuk membincangkan rasuah tetapi itupun perlu bukti serta fakta yang kukuh bukan tuduhan liar dan tidak berasas...berdosa kalau fitnah.

Dimanakah penilaian saya terhadap kepincangan yang berlaku dalam masyarakat?

Jawabnya: Sama seperti di atas, sebagai muslim dan rakyat, saya wajib untuk tidak redha akan kepincangan. (soalan ini juga seperti mengatakan bahawa kerana berbicara tentang Islam Hadhari maka saya akan diam atas kepincangan masyarakat sebab Islam Hadhari=Pak Lah..maaf kalau salahsangka)

JIka hj Hadi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyimpang dari konsep hadhari, apakah saya akan berdiam diri dengan konsep hadhari pak lah walhal saya melihat begitu banyak kepincangan yang berlaku....

Jawabnya:Yang saya bincangkan adalah konsep. JIka siapa sahaja yang keliru akan konsep, dalam konteks ini ialah hadhari, maka dengan kapasiti ilmu yang ada pd saya setakat yang termampu, saya akan tegur lebih-lebih lagi Ust Hadi yang memimpin gerakan Islam dan ramai pengikut. Dan sekali lagi, Islam Hadhari bukan Pak Lah dan kegagalan PERLAKSANAAN Islam Hadhari yang "mungkin" menyemarakkan lagi kepincangan perlu dipisahkan dengan konsep Islam Hadhari.

Sekadar menguji pandangan ini:- Katakan, 10 prinsip dalam Islam Hadhari Pak Lah itu diperkenalkan oleh Ust Hadi atau Haron Din atau siapa sahaja, dan Prinsip Hadharah Islamiyyah Ust Hadi diperkenalkan oleh Pak Lah....bagaimana jadinya... SEkali lagi jangan lihat individu tetapi konsepnya...

Wasalam.

Anonymous said...

terima kasih..
saya berpuas hati dengan jawapan saudara.

saudara kukuh dengan prinsip islam itu sendiri ada hadharahnya.Mungkin saudara melihat saya seperti memprovokasi konsep hadhari menjerumus ke arah individu iaitu Pak Lah.Bukan begitu maksud saya.

Saya memang sengaja mengaitkan konsep pak lah itu adalah sekadar untuk melihat perbezaan konsep islam hadhari itu sendiri..Saya sendiri percaya ketamadunan itu berada dalam lingkungan islam sendiri.Islam itu bertamadun.

memang masalah sekarang ialah orang mengaitkan islam hadhari itu sebagai istilah..bukan pengaplikasiannya..saya setuju 100%..

ok..saya minta saudara kecilkan sedikit skopnya.juruskan persoalan saya ini kepada konsep yang pak lah laungkan..ini saya sentuh individu..

saya inginkan pendapat saudara di mana adakah polemik Pak lah itu relevan atau tidak?dengan kancah politik yang ada,dapatkah islam hadhari(yang tulen) itu wujud di dalam kehidupan masyarakat Malaysia ini?

minta pandangan..

THE PUREHADHARIST said...

Salam Separa Sedar,

Untuk menjawab ini kita perlu lihat dahulu konsep Islam Hadhari Pak Lah ( kalau nak bahas yg dia punya lah). Kita tengok prinsip pertama keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Baikkan prinsip pertama ini. Persoalannya 1) apakah benar-benar diapplikasikan?
2)apakah pelaksananya dan rakyat sama-sama faham prinsip ini?
3)apakah dia relevan sekarang?

Prinsip Islam Hadhari yg dipelopori Pak Lah menurut pandangan saya baik-baik belaka dan relevan. Tetapi, disebabkan org mengaitkannya dengan Pak Lah maka terpalit semuanya. Di dalam buku saya yang bertajuk Prinsip Islam Hadhari - SATU PERSPEKTIF saya cuba membahaskannya mengikut perspektif lain dan ada juga sama dengan Pak Lah punya tetapi sayang belum dilaksanakan lagi.

Kalau kita berkeyakinan Islam Hadhari adalah Islam, maka ia akan tetap relevan dalam keadaan apa pun.

Dalam keadaan kepincangan masyarakat sekarang? Justeru itu ia perlu diangkat menjadi sebuah program yang mengandungi ta'lim dan tarbiyyah. Ingat Islam telah ada lebih 1400tahun namun masih ada juga kepincangannya. Yang gagal adalah umat Islam sendiri bukan konsep Islamnya. Namun apakah kita berputus asa? Tidak, kejayaan bukan dinilai kepada berjaya atau tidak tetapi dibuat atau tidak sebab dalam keadaan masyarakat pincanglah kita ada TAKLIF untuk membuat program sebegini.

Wasalam--Insya Allah boleh sambung lagi lain kali.

Anonymous said...

ISLAM HADHARI ADALAH SEKULAR! HABIS CERITA. DAN IA SUDAH BERLAKU SEJAK MERDEKA LAGI..DATO SERI HADI AWANG SUDAH MENJELASKAN SEJAK DULU LAGI. PEMECATAN MUFTI, DAN APA SAJA ADALAH KESAN DARI ISLAM SEKULAR YANG DI BERI NAFAS BARU OLEH PAKLAH DENGAN ISLAM HADHARI.

THE PUREHADHARIST said...

Islam Hadhari = Sekular?

Saudara ini tulis ikut perasaan. Sila berikan saya takrif hadhari dan sekular sehinggakan saya boleh lihat persamaan kedua-duanya.

Ingat! Hadhari Pak Lah atau Hadharah Ustaz Hadi adalah dari satu kata pokok yang sama. So,Ustaz Hadi punya istilah Hadharah Islamiyyah tu kalau ikut saudara Sekular Islamiyyah lah ?

Saudar jangan taksub pada pemimpin. Sudah terang-terangan Ust hadi cuba menyalahkan Islam Hadhari tatkala ia belum diperkenalkan lagi khususnya dalam isu pemecatan Mufti selangor. Bagaimana natijah Islam Hadhari didapati dahulu tatkala ia belum diperkenalkan. Sebenarnya banyak lagi pertentangan-pertentangan di dalam buku uST HADI itu yang belum saya dedahkan. Tunggulah bila ia terbit.

Anonymous said...

buat sahabat purehadharist..

KENAPA ANDA TAK NAK SOKONG "ISLAM" itu sendiri tanpa "hadhari"..

"ISLAM" ITU SAHAJA SUDAH MELIPUTI SEGALA-GALANYA.
-ISLAM ITU SYUMUL (meliputi tamadun, politik, muamalat dan dll)..

Saudara boleh menulis disini dengan hujah2 saudara.. TAPI.. saudara mungkin belom pernaH ditanya oleh org nonmuslim.. apa itu beza "islam hadari" ngan "islam"..

konsep ini sangat mengelirukan...
saudara kena faham masyarakat diluar.. latar belakang mereka berbeza.. mereka tidak memahami islam dengan baik... bahkan orang muslim itu sendiri tak memahami agamanya sendiri..

SEPATUTNYA KITA MENYEBARKAN SYIAR ISLAM...MEMPERKENALKAN ISLAM YANG SEBENAR...

CUKUPLAH DENGAN PERPECAHAN UMAT ISLAM INI DALAM MASA YANG LAMPAU... aku kepingin melihat umat ini bersatu...

maaf, sedikit teguran (maafkan kalo saya tersilap):-
-Pada hemat saya.. saudara bukanlah seorang yang mendalami ilmu agama dengan sebaiknya (berdasarkan penulisan saudara)..
-saudara bukan juga pejuang agama yang benar2,... (silalah turun ke medan dakwah)... saudara akan memahami situasi yang sebenar... skrg saudra mungkin selesa.. kerna hanya menulis...
-jadilah seorang pejuang agama yang ikhlas... hanya menghaap kerehdaannya...
-hati2 bila menulis... INGAT....saudara akan dipertanggungjawapkan atas apa yang saudara tulis

Popular Posts