Sunday, March 16, 2008

MEMANTAU ANWAR IBRAHIM

Salam semua,

Sebagai pure-hadharist (Islam Hadhari Original) yang juga saya yakini sebagai Islam tulen, saya gemar membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penilaian apa tah lagi atas seseorang Islam atau bukan Islam. Sebab itu saya tidak melihat Islam Hadhari sebagai sesuatu yang harus kita cop sebagai negatif dan berkesimpulan bahawa ia adalah semata-mata dipelopori Pak Lah dan merupakan agenda UMNO untuk menyaingi PAS dalam persoalan Islam dan negara. Islam Hadhari adalah Islam jika kita ingin berfikir dan mencari pengertiannya yang sebenar. ( Boleh dibincang di lain masa dengan terperinci).

Jangan terburu-buru membuat kesimpulan adalah sifat yang wajib ada pada seorang Islam. Namun, mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Anwar Ibrahim.....

Mendengar pidatonya amat memukau dan kadang-kadang naik semangat perjuangan tidak kira apa bentuk perjuangan pun. Itulah kelebihan seorang pemidato dan peranannya mempengaruhi pendengar-pendengarnya. "Naga di awan lagiku tentang, inikan pula cicak mengkarung" begitulah yang sering diucapkan Anwar.

Anwar sebagai suatu tokoh politik yang mempunyai karisma dan auranya tidak hanya dirasai oleh orang-ornag Melayu namun bukan Melayu juga merasakannya.

Yang perlu kita pantau ialah, kemanakah yang Anwar hendak bawa kita semua ketika satu masa nanti beliau menjadi Perdana Menteri? Kerja-kerja memantau ini bukan seperti kita memantau anak-anak kita bermain di tapak permainan kanak-kanak. Pemantauan kita mesti komprehensif sebab dia adalah Anwar. Kalau bukan Anwar, kita tidak kisah sangat.

"Kita mahu membela Melayu, Cina, India, Iban , Kadazan yang miskin" katanya lagi.

Slogan popular dengan isu yang popular disebut oleh orang yang popular memang akan memberi reaksi yang hebat. Namun apa yang perlu kita lihat ialah apa disebaliknya dan apa kandungannya dan apa dan apa dan apa lagi. Berapa banyak apa dah?

Saya ingin meminta bantuan sesiapa yang membaca tulisan ini, sama-sama kita gali dan selidiki secara objektif apa yang hendak dibawa oleh Anwar Ibrahim. Mengapa? Sebab dia Anwar Ibrahim macam saya kata tadi. Saudara bayangkan hebatnya Anwar ini sehinggakan dijadikan suatu standad atau piawai bahawa sesiapa sahaja yang berniat untuk melakukan reform dari dalam UMNO adalah suatu kerja yang sia-sia sebabnya ialah sebab Anwar telah gagal jadi kita semua akan gagal. Sebabnya Anwar yang sudah mencapai tahap Pemangku Presiden UMNO dan Pemangku Perdana Menteri pun gagal untuk membetulkan UMNO dari dalam inikan pula kita yang kecil ini.


Ada beberapa persoalan yang timbul:-

1) Apakah untuk bawa perubahan perlu mencapai ke tahap memegang jawatan no.1?

2) Apakah kerana dia gagal maka kita pun akan gagal?

3) Apakah benar Anwar dulu ingin membetulkan UMNO atau beliau sama sahaja dengan yang lain?

4) Apakah akta Rasuah yang beliau bentang dalam Parlimen ketika menjadi Pemangku PM iaitu beberapa bulan sebelum dipecat boleh dijadikan bukti beliau serius dalam memerangi rasuah atau pada ketika itu beliau dah tahu beliau akan dipecat dari UMNO jadi ia sebagai "penyempurnaan hujjah" bahawa beliau benar-benar serius? Mengapa tidak dibentang atau dicadangkan pada awal-awal masuk UMNO dulu?


Ini persoalan-persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini.

"Saya memang kawan baik dengan Al-Gore, tetapi Pak Lah kawan baik kepada Bush", Al-Gore menentang penaklukan Iraq oleh Amerika Syarikat". Dalam salah satu pidatonya. Pada pendapat saya, berkawan baik dengan mengadakan perhubungan diplomatik antara dua negara adalah dua perkara yang mempunyai perbezaan yang nyata. Siapa sahaja atau negara manapun ( kecuali Iran, Venezuela dan yang sama dengannya) ada hubungan dengan Bush kerana Bush sekarang adalah Presiden Amerika Syarikat dan ianya adalah hubungan diplomatik. Tetapi kalau berkawan baik itu ada sedikit keraguan yang timbul.

Anwar memang berkawan baik dengan Al-Gore dan beberapa pemimpin dunia dan beliau mempunyai hubungan baik dengan negara-negara Arab juga. Tetapi semua itu adalah juga kawan baik kepada Amerika Syarikat. Arab Saudi, Kuwait, UAE dan apa sahaja yang beliau sebut adalah negara Arab yang berada dibawah telunjuk Amerika Syarikat. Oh...lupa Singapura juga.

Jadi, kita perlu memantau Anwar Ibrahim. Ini bukan tuduhan, tetapi ini suatu pandangan ikhlas yang mahu suatu kerjasama semua pihak agar benar-benar membuat penyelidikan atas Anwar ini bukan apa, ia semata-mata untuk masadepan kita juga. Kalau dah terlambat, satu sen tak guna.

Anwar Ibrahim dan PKR dilihat sebagai parti mewakili semua kaum. Keadilan kepada semua bukan bererti kesamarataan untuk semua. "Fair" bukan "equal"..kita kena ingat tu. Melayu sebagai pribumi ada keistimewaan dan bangsa lain sebagai warganegara juga ada hak masing-masing. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Meletakkan bangsa lain sama rata dengan pribumi dari segi hak istimewa, akan menghilangkan hak pribumi (Melayu-Islam)."Fair treatment" ialah apa yang berlaku sekarang. Bukan Melayu masih boleh hidup mewah di Malaysia malah yang terkaya pun adalah bukan Melayu.Jangan seperti apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada pribumi Red Indian.....ingat Amerika Syarikat..tempat Anwar bekerja dan menimba 'ILMU" dan "berdakwah" Islam kepada Amerika Syarikat. Hebat betul Anwar.....Mahmoud Ahmadinejad pun tak boleh buat macam tu. Mengapa Anwar tak berkawan dengan Iran atau Hizbullah ya?....Al-Gore marah kot...

9 comments:

Anonymous said...

Dalam banyak-banyak, saya suka baca yang ini. Memang tajam.

Anwar pada pandangan saya (personal, bukan pendapat pakar.. he he he!) -- pemimpin paling opportunis di Malaysia.

Dia ini jenis yang akan buat apa saja untuk mencapai apa yang diingininya. Kadang-kadang, tindakan dia memang ironik. Bercanggah dengan prinsip sendiri dan tak konsisten. Tapi itulah dia -- dia adalah 'Anwar Ibrahim'.

Anwarisme = Machevllianisme

Matlamat menghalalkan cara!

Masa di pilihanraya Sabah (1994), dia sanggup tukar perlembagaan negeri untuk membeli 'wakil rakyat' pembangkang. Kenapa? Sebab sebagai ketua jentera pilihanraya BN pada masa itu, dia malu bila BN gagal menawan semula Sabah. Jatuh reputasi dia sebagai TPM, dan hilanglah peluang dia nak gulingkan Tun M.

Masa kena guling oleh Mahathir, dia menjelajah seluruh dunia -- menjual keburukan Malaysia. Mendedahkan segala kudis dalam kain. Padahal, itu semua patut disimpan sebagai 'perbalahan domestik'.

Dia berpeluk bercium dengan Suharta. Minta simpati. Dia kata Malaysia korup dan zalim. Padahal Suharto itu 100 kali lebih korup dan zalim dari Tun M. Siapa yang mengizinkan pembunuhan etnik di Papua New Guinea, Ambon, Makasar, Kalimantan, Acheh dan Timor Leste?

Lepas tu Anwar hantar anak remaja dia (Nurul Izzah) ke Manila untuk berdakap peluk dengan Presiden Joseph Estrada. Juga menjual keburukan Malaysia yang kononnya korup dan zalim. Dia tak tau, Joseph Estrada tu berkali-kali lebih korup dari Tun M.

Itu hanyalah sebahagian permainan 'hipokrasi' Anwar. Sanggup BERKAWAN dengan siapa saja dan MENJUAL MARUAH NEGARA, BANGSA dan AGAMA -- asalkan ia boleh memberi untung pada dia.

Siapa sekutu Anwar di Sabah? Dr. Jefferey yang senteng dan telah memecahbelahkan kaum Kadazandusun itu. Dulu, masa pemerintahan PBS -- si Dr. Jeff ni yang fascist sangat. Anti-Melayu. Anti-Malaya. Siap nak bawa keluar Sabah dari malaysia. begitu ekstrim. Dia pun pernah gaduh dengan Anwar (masa anwar masih dengan BN).

Dr. Jeff ni dah melompat parti lebih dari 10 kali. Kejap PBS, masuk PBRS, lepas tu PDS.. lepas tu masuk balik PBS. lepas tu lompat balik PDS. Last-last... semua orang buang dia. jenis yang hanya mahukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri.

Siapa yang pungut orang macam ni? tentulah Anwar Ibrahim juga. Walaupun dulu pernah musuh ketat. Tapi orang cakap.. hanya jauhari yang kenal manikam. Tentu Anwar nampak ciri-ciri hipokrasi dan talam seratus muka dalam karektor politik Dr. Jeff. Sebab tu diorang boleh ngam.

Bila Anwar jadi Presiden PKR besok... maka bahagialah PKR. Presiden dan Timbalan Presiden.. adalah talam sejuta muka!

Sekadar pandangan.

THE PUREHADHARIST said...

Anwar Ibrahim mesti terus dipantau. Sesuatu bakal berlaku dalam bulan Julai ini...tak tahu sejauhmana kebenarannya. Pantau tetap pantau!

Anonymous said...

Kadang Kala sukar nak percaya. DSAI adalah pejuang yang konsisten dari muda hinggalah sekarang. Apalah yang kita susah, kalau dia pengkhianat maka masa tulah baru kita tahu apa nak buat. Sekarang tiada bukti apa-apa pun.

Anonymous said...

ada betul juga artikel ini..

tapi pembetulan!

melayu bukan masyarakat pribumi ya..

orang asli jakun,penan.dll ialah pribumi..

thats fact..so,jgn belasah shj yee..

and one more thing jgn dilupakan bumiputera di sabah dan di sarawak..mereka masih bumiputera walaupun bukan islam..so statement melayu-islam shj tidak relevan untuk dibentangkan dalam konteks memperjuangkan isu bumiputera..jadi please fair n square..

aku tahu kamu begitu kuat denagn pegangan islam hadhari..tapi tidak perasan kah kamu apa yang kamu coretkan sedikit sebanyak mencemarkan prinsip islam hadhari yang kamu laung-laungkan?

jgn terlalu menjadi seorang yang judgementalis..tiada bezanya kamu dengan yang lain2..

peace..

THE PUREHADHARIST said...

Salam Separa Sedar,

Kemungkinan takrif pribumi tidak memasukkan melayu diterima oleh sesetengah pihak dan ada juga yang memasukkan melayu sebagai pribumi. Takpe, itu ikhtilaf. Tentang bumiputera Sabah dan Sarawak memang ada yang bukan Islam, namun saya menulis dalam kerangka politik Semenanjung Malaysia bukan Sabah Dan Sarawak dan memang kadang kala kita tidak sempat atau terlalu banyak di dalam pemikiran kita yang tidak dikeluarkan ketika menulis untuk saya terangkan kerangka mana sebagai landasan ketika menulis, walau bagaimanapun terima kasih atas teguran itu.

"Judgmentalis"? Terlalu awal untuk saudara memberikan "judgement" itu kepada saya, dan sekali gus menjadikan saudara pula seorang "judgementalis" .

Saya minta saudara faham apa itu Islam Hadhari. Bagi saya Islam Hadhari adalah Islam. Kalau saya melaungkan slogam Islam Hadhari, bererti saya melaungkan Islam jadi sekali lagi jangan terlalu cepat terbawa dengan sentimen umum bahawa Islam Hadhari adalah Islam "Pak Lah". Seperkara lagi apa yang saya tulis yang bertentangan dengan prinsip Islam Hadhari? Dan tang mana yang saya sama dengan yang lain? Dan Yang lain itu siapa dia? Jelaskan..dan saya akan jawab...

Anonymous said...

slm. tuan pure-hadarist. komen mu sememangnya hebat. Tetapi DSAI lebih hebat dari kamu. Hebat kamu memperkatakan DSAI itu dan ini. Tetapi apakah usaha radikal yg kamu lakukan terhadap pati UMNO kamu yang korup??.. Xperlu membisingkan kehebatan/keburukan annuar. pati kamu yg korup itu perlu diberi perhatian - m.uwn

Anonymous said...

tau komen org jer. dok sibuk jg tp kain org..pati umno sendiri korup..

Anonymous said...

Main politik demokrasi pun jangan ketepikan Allah dan Rasul.

Isteri dan anak-anak kita dah bersolat ke?

Kebanyakan orang PAS dah beres!Gimana Umno??

Ikhlas ke nak tolong Melayu-50 tahun diberi masih belum cukup??

Anonymous said...

Slam PH, saya setuju dengan artikel ni .

Popular Posts