Sunday, March 23, 2008

POLITIK ORANG MELAYU: SUATU KEMATANGAN ATAU KEHANCURAN

Salam,

Melihat perkembangan politik tanahair ketika ini, banyak persoalan yang harus kita fikirkan dimanakah ianya bermula dan akan berakhir. Bermula dari PRU12 hinggalah isu MB Terengganu.
UMNO akan terus bergelora ! Namun jika ia bergelora umpama sebuah kapal laut yang dilanda ribut dan yang tercampak ke laut itu adalah liabiliti-liabiliti parti UMNO maka setelah ribut berlalu, UMNO akan tenang semula. Tetapi sebaliknya, jika yang tercampak itu aset-aset parti UMNO, maka UMNO samada akan terus bergelora dan tidak mustahil akan hancur.
Memang tidak dapat dinafikan, dalam proses mencapai suatu kematangan, ada suatu period peralihan yang bakal dihadapi oleh UMNO misalnya. Period ini akan menyaksikan "the true colours of the leadership and also the culprit that shakes UMNO".
Namun kematangan apa yang UMNO hendak dicapai ketika sudah berusia 62 tahun ini? Telah banyak peristiwa besar berlaku dalam UMNO sebelum ini seperti pertembungan Mahathir-Ku Li, pemecatan Anwar Ibrahim dan lain-lain. Rakyat masih bertolak ansur ketika itu. Tetapi pada PRU12 ini, rakyat di kalangan orang Melayu sendiri sudah mula menunjukkan protes mereka.
Kematangan atau kehancuran? Kalau kematangan, seharusnya tiada perasaan benci,meluat,menyampah di kalangan rakyat atau ahli sendiri. Namun jika sudah mula meluat, menyampah, jijik, itu adalah KEHANCURAN!
Itu UMNO, bagaimana PAS, sebuah lagi parti yang mewakili orang Melayu ? PAS dalam keadaan kuat dengan menguasai 2 buah kerajaan negeri iaitu Kelantan dan Kedah. Sudah cukup ke itu untuk dikatakan kekuatan kuasa politik Melayu? Bagaimana dengan negeri-negeri lain?
Memang dari sudut demokrasi, politik Melayu kelihatan matang kerana berani menunjukkan kuasa memprotes seterusnya memilih kerajaan. Tetapi, pada akhirnya, benarkah kita mampu menguasai politik Malaysia pada masa akan datang?
Cuba para pembaca campurkan keseluruhan kerusi Parlimen Malaysia dengan pembahagian kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Melayu, Cina, India dan lain-lain tanpa mengambilkira parti.
Seram sejuk kita dibuatnya. Kita boleh mendakwa perjuangan kita berteraskan Islam yang menjamin keadilan untuk semua kaum. Tetapi keadilan bukan bererti kesamarataan. "FAIR" bukan "EQUAL". Melayu adalah pemegang kuasa ketika ini dan rakyat Melayu ada hak keistimewaannya sebagai bumiputera. Mana-mana negara di dalam dunia ini menjaga hak kepentingan bumiputeranya.
Islam meletakkan hukum mentadbir negara ini sebagai fardhu kifayah. Oleh itu, umat Islam perlu ada dan kekal memerintah Malaysia. Dan untuk itu, perlu menjaga kepentingan orang Melayu sebagai taklif di dalam Islam disamping tidak berlaku zalim dengan kaum lain.
UMNO dan PAS perlu duduk memikirkannya.....demi kematangan bukan menuju kehancuran.

2 comments:

Unknown said...

enta ni assabiyah ke?

perpaduan melayu nak ke mana?

hati-hati dalam melaungkan kesatuan..

jangan sampai tergelincir dalam jurang neraka sudahla

kita mencita-citakan satu hari nanti kita bermenantukan orang india Islam

berpemimpinkan seorang cina Islam

THE PUREHADHARIST said...

Salam Ibn Ali,

Saudara baru bercita-cita nak bermenantukan India Muslim, saya dah pun beradik iparkan India Muslim so takrif assabiyah tu bukan untuk kami sekeluarga.

Saudara kena terima hakikat bahawa saya ini muslim dan sekali gus Melayu. Malaysia tidak boleh dinafikan kuasa politiknya dipegang parti Melayu sekarang iaitu umno. Saya tidak melaungkan perpaduan Melayu dalam konteks UMNO sahaja, namun juga PAS, baca betul-betul.

Bila laungan kesatuan Melayu sekali pun, jika ia bermatlamatkan menjaga tanahair tercinta dari terlepas tangan ke orang lain, apakah itu assabiyah? lebih-lebih lagi uruf di Malaysia melayu adalah Islam, Islam adalah Melayu. Kalaupun ada melayu yang murtad pun itu masih belum cukup untuk mengubah uruf tersebut.

Setiap dari kita punya misi Islam. Mempunyai misi untuk Islam tidak semestinya laungannya mesti Islam kerana laungan tidak banyak membawa apa-apa walaupun ia perlu pada masa-masa tertentu. Yang penting isinya dan matlamatnya.

Kalau laungannya kesatuan Melayu tapi berkiblatkan Amerika misalnya, itu baru Assabiyah atau laungan Islam tapi kiblatnya Amerika, lagilah parah....

Popular Posts