Sunday, June 1, 2008

PENGHARAMAN ISLAM HADHARI : KEUTAMAAN PAS APABILA MENDAPAT KUASA!!!!

SALAM,
PADA HARI SAYA MAHU BERTOLAK KE LUAR NEGARA, KERAJAAN NEGERI SELANGOR TELAH MENGHARAMKAN SEBARANG BENTUK PROGRAM YANG BERKAITAN DENGAN ISLAM HADHARI. SAYA BARU PULANG DAN MASIH LETIH NAMUN CUKUPLAH UNTUK MEMBUAT POSTING TULISAN SAYA SEBELUM INI YANG BOLEH MENJAWAB PERIHAL ISLAM HADHARI INI DISAMPING POSTING-POSTING SAYA YANG LEPAS.
HABIS SEMUA PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI SUDAH MENJADI HARAM TERMASUK PRINSIP PERTAMA: KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH...KALAU NAK KATA ISLAM HADHARI TIDAK PERLU KERANA CUKUPLAH ISLAM KERANA KESYUMULANNYA, MAKA PARTI ISLAM SEMALAYSIA PUN TIDAK PERLU CUKUPLAH ISLAM TIDAK PAYAH LETAK PARTI DAN SEMALAYSIA TU...KALAU NAK PAKAI LOGIK DR HASSAN ALI LA....KAN DAH KATA DAH...BAHAS ISINYA...BUKAN SIBUK DENGAN ISTILAH, KELEMAHAN PELOPORNYA ATAU KEGAGALAN PERLAKSANAANNYA......APA JADI DENGAN PELANCARAN DOKUMEN NEGARA ISLAM DULU DR. HASSAN? TAK JADI KE? DAP DAN PKR TAK MAHU?
(berikut ini posting saya yang lepas...dan sudilah baca yang lain-lain juga agar tidak menimbulkan persoalan yang sama sahaja....jangan sama-sama berdoa minta diberi taufik oleh Allah s.w.t...)
Salam,
Islam adalah syumul, yang membawa maksud segala hal yang diperlukan oleh manusia telah lengkap untuk menuju Allah telah lengkap. Tetapi dipihak manusia, Islam akan dilaksanakan semampu mana yang dapat dilakukan dengan situasi dan kondisi yang ada pada dirinya. Oleh itu, manusia akan hanya dapat melaksanakan apa yang mampu dilaksanakan dengan memilih dengan tepat apa yang akan dilakukan atas semua yang diperintahkan dan dilarang Allah.Adalah kenyataan bahawa, umat Islam tidak dapat menjalankan semua aspek dari kesyumulan Islam, seperti perang "qital", menegakkan hukumah Islamiyyah, hudud dan...dan.. walaupun umat Islam berusaha untuk mencapai kesyumulan dengan keterbatasan yang ada sekarang ini.Maka, kerana itulah usaha-usaha dari beberapa umat Islam menggunakan Islam dengan keterbatasan tempat, keadaan dan situasi disekitarnya sehingga akhirnya dapat menjalankan makna syumul dengan keterbatasan yang sedang ada pada lingkungannya...usaha dan program inilah yang sekarang dikenal sebagai Islam Hadhari oleh Kerajaan Malaysia dan saya berbicara dalam konteks prinsip-prinsipnya yang amat baik dan alangkah baiknya jika ia dapat dilaksanakan tidak oleh siapa termasuk Pak Lah yang mempeloporinya. Sebab itu saya sering sebutkan bahawa perlu ada garis pemisah antara konsepnya/prinsipnya,Pak Lah sebagai individu dan perlaksanaannya. Memang setiap konsep yang baik perlu dilaksanakan apatah lagi oleh pelopornya. Namun andaikata suatu konsep yang baik,apakah kita akan buang begitu sahaja dek hanya kerana pelopornya gagal melaksanakannya? Apakah ketika misalnya ilmu senjata nuklear yang dicipta barat akan kita buang dek kerana yang menciptanya orang bukan Islam? Penciptanya diposisi lain dan ciptaannya diposisi lain. Kita harus tahu membezakannya. Mengapa Hadharah Islamiyyah yang dibahas Ust Hadi Awang tidak pula dikatakan tidak perlu menambahkan kata hadharah di depan sebab Islam dah syumul dan Ust Nik Aziz dalam prakata buku itu mengatakan " sedangkan Islam dari awal sampai akhir adalah bersifat Hadhari (bertamadun)? Sdra2, saya juga berkeyakinan bahawa Islam adalah sempurna, tetapi keterbatasan manusia sekarang membuat Islam tidak dapat dijalankan dengan syumul,bukan kerana Islam tidak adapat digunakan dengan syumul tetapi adanya berbagai keterbatasan yang ada pada diri mereka, keterbatasan tersebut dapat dimengertikan dalam politik, budaya, geografi, atau umat Islam dengan komunitinya tidak atau belum siap untuk menjalankan Islam dengan syumul...Disinilah terjadi pemisah antara Islam yang syumul dan kesyumulan dalam perlaksanaan. Jadi tidak salah kalau ada orang mencuba menggunakan Islam Hadhari sebagai satu istilah untuk satu program untuk mencapai kesyumulan, kerana kesyumulan itu tidak akan dicapai dalam satu masa atau satu langkah tetapi perlu banyak perkara dan program yang dilakukan agar dapat sampai pada matlamat Islam yang syumul....Saya meyakini bahawa permasalahan istilah tidak penting, kerana memang permasalahan hakikatnya bukan pada istilah tetapi apa yang wajib dilakukan oleh program itu yang mustahak dibahas...bukan istilah Islam Hadhari atau nama Islam itu sendiri....kerana boleh jadi keduanya dapat disatukan...

9 comments:

ibnu bakr' said...

salam,

kerajaan selangor membuat tindakan yang bijak.

jadi orang2 kampung pun tak pening kepala nak ikut islam sebenar ke islam hadhari sebab ada testimoni yang mengatakan bahawa islam hadhari adalah agama baru (kata orang kampung-lah! bukan saya!)

THE PUREHADHARIST said...

salam,

Sebenarnya PAS yang mempropagandakan Islam Hadhari agama baru sehinggakan orang kampung yang menyokong Pas terpengaruh tanpa memahami hal sebenarnya. Sebab itulah saya terpanggil untuk mengajak semua orang untuk membincangkan secara ilmiah berkenaan Islam Hadhari ini walaupun ia adalah tidak popular lebih-lebih lagi dikaitkan dengan Pak Lah dan prestasi Umno dalam PRU12. Dan hingga ke saat ini masih belum ada orang dapat membuktikan dimana salahnya Islam Hadhari ini termasuk saudara Ibn Bakar. Saya mahukan dalil dan hujah bukan prejudis dan berfikiran "kampungan". Orang kampung pun tidak begitu rasanya cuma kita yang malas berfikir...

Anonymous said...

Hadharist kata dia berhujah dengan al-Qur'an dan al-Hadith. Tapi saya tengok semua hujahnya pakai lojik aja. Nak juga saya tengok dalil-dalil naqli dalam hujahnya.

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Kalau sesuatu itu logik dan tidak bercanggah dengan Al Qur'an Dan Sunnah maka kita tidak boleh menolaknya begitu sahaja. Adalah tidak benar jika saya tidak berhujah dengan dalil-dalil naqli langsung. Minta dijelaskan logik mana yang saya utarakan yang bertentangan dgn dalil naqli?

ibnu bakr' said...

salam,

rasanya saudara pure-hadharist memnag tak boleh nak berhujah dengan ayat al-quran sebab mungkin takda ayat al-quran yang boleh support islam hadhari.

lagipun yang selalunya cakap pasal islam hadhari kat tv pun orang2 yang takde asas agama..bukan ustaz2 atau ahli agama...kalau yang ustaz2 bila tanya diorang mesti diorang tak setuju dengan islam hadhari.

saya bukan nak melibatkan paklah dalam hal ni, tapi antara ahli2 umno, paklah lah yang nampaknya dikatakan mempunyai asas agama sebab dia ni anak ulama'...jadi sekarang dia ni pun orang kata takleh pakai..apatah lagi ahli2 (bila cakap bab2 agama-lah!)

THE PUREHADHARIST said...

salam ibn bakar,

Setelah beberapa kali kita berbincang nampaknya saudara tidak faham lagi perbahasan kita. Bacalah balik tulisan saya kan saya dah beri ayat2 Al-Qur'an yang berkaitan, tidak perasan ke atau sengaja tidak mahu faham?

Saudara jangan-jangan saudara cari ayat yang sebut "Islam Hadhari" kot dalam Al-Qur'an? Sampai kiamat pun tak jumpa sebagaimana ayat yang sebut mazhab Syafie atau lain-lain mazhab yang kita ikut sekarang ni.

Seperkara lagi, kata nak pakai hujah Al-Qur'an dan Hadis tapi dalam nak menolak Islam Hadhari saudara guna pendapat manusia jugak. Macamana ni...? Tolong berikan satu ayat yang boleh saya sandarkan yang menunjukkan Islam Hadhari ini salah.

Wasalam...

Anonymous said...

Assalamualaikum
Islam Hadhari tiada masalah tetapi pelopornya @ perlaksanaannya yang bermasalah...
'Mazhab' politik banyak memecahbelahkan umat Islam...
Kalau umat Islam sendiri sukar untuk bersatu-padu, mimpi sahaja impian menegakkan Negara Islam Sebenar di Malaysia...

Ibnu Ali said...

Mengharamkan Islam Hadhari, aku tidak sokong ianya diisytiharkan haram seprti yang dilakukan dalam dewan undangan negeri selangor.

Sebenarnya tak perlu buat pengisytiharan pun. Buat jer apa yang kerajaan PR baru nak buat. Tanpa perlu amik endah Islam Hadhari tu.

Permulaan dah cantik dengan usaha, memartabatkan kembali peranan masjid, halaqah2, juga peranan JAIS kembali kepada peranan sebenarnya.

Sepatutnya kita kena buat macam tarik rambut dalam tepung. Tindakan isytihar haram tu akan menimbulkan beberapa persepsi buruk. Terutama dari kalangan bukan Islam dan orang yang tak paham.

Apa yang ditumpu oleh DR Hasan aku rasa kecelaruan yang bakal timbul. Sebab orang akan beratanya. Kalau ada Islam Hadari mesti ada Iman Hadari, ihsan hadari ke dan macam2 hal dalam Islam ini apa hadari dia. Just kalau statement DR Hasan sebut kita kembali kepada Isla yang syumul seperti yang Nabi bawa tanpa ada istilah tambahan pada Islam. Mudah orang nak paham. Dan tak perlu terikat dengan 10 prinsip tu. Yang Islam ada lebih dari 10 prinsip tu.

SEpertimana Anwar Jundi dan Dr Yusur Qardhawi dan Ulama2 senantero dunia, menolak istilah tersebut, seperti mana istilah Islam Siyasi, Islam Moden dan sebagainya. Walaupun kandungannya baik. Tapi Istilah tersebut menjadi punca ketidakbestnya gagasan itu.

Apalah salahnya, jika kita guna Masyarakat Hadari, Ummat Hadari ke. Ape salahnya? Ini disebabkan UMNO dah buat kajian tentang istilah Hadhari, ianya telah pun digunakan oleh pemerintah arab dahulu, yang mahu menarik minat orang Islam kembali dari menyokong gerakan Islam. Itu sahaja.

Dan kalaulah tiada Islam Hadari sekarang adakah kerajaan komit dengan 10 prinsip itu. Apatah lagi dengan ditimbulkan Islam Hadari. Lagilah memakan diri.

"Nak seribu daya tak nak seribu dalih."

THE PUREHADHARIST said...

salam,

Agak letih untuk memisahkan perbahasan Islam Hadhari ini dengan Pak Lah, Umno dan Kerajaan Malaysia dek kerana persepsi negatif umum terhadapnya angkara kelemahan-kelemaham pelopornya yang secara berleluasa dieksploitasi oleh pembangkang dan lain-lain orang yang gagal memahami atau sengaja tidak mahu faham konsep Islam Hadhari ini.

10 prinsipnya komprehensif namun tidak lah sampai menutup adanya prinsip-prinsip lain yang boleh didapatkan dalam keluasan ilmu Islam yang syumul.

Hadhari lebih luas dari siyasi dan moden sehingga penggunaan istilah hadhari bersama Islam tidak menyebabkan Islam dikatakan tidak syumul ,ini perlu difahami semua.

10 prinsipnya adalah baik dan kegagalan melaksanakannya oleh kerajaan Malaysia tidak menjadikannya tidak baik.

Kita usah merasa bimbang atau merendahkan pemikiran umat Islam dengan menyatakan istilah Islam Hadhari boleh mengelirukan mereka. Islam tidak boleh lepas dari tarbiah dan ta'lim justeru itu kita usah bimbang.

Dari Islam Hadharilah muncul masyarakat hadhari atau umat hadhari, kalau masyarakat hadhari boleh digunakan maka mengapa tidak islam hadhari kerana masyarakat hadhari masyarakat yang bertauhid (Islam) kerana hanya bertauhidlah kita menjadi hadhari (berketamadunan). Adam a.s. Berhadharah ketika diajarkan ilmu oleh Allah s.w.t. Sbg bekal menjadi khalifah di mukabumi. Jangan kita menganggap hadharah itu seperti civilization barat....

Popular Posts