Wednesday, September 3, 2008

Garis antara Gus Dur dan Anwar


KATA GUS DUR : "SAYA YAKIN ANWAR TIDAK MELAKUKANNYA ! (MUNGKIN KERNA DIA TIDAK "NAMPAK" ANWAR MELAKUKANNYA"//???/!!!!!!XXXXWW@@





ANWAR KATA : " DULU TAHUN 1998 SAYA BERSUMPAH TETAPI SELEPAS ITU SAYA DIPUKUL, DITERAJANG DAN DIBOGELKAN, JADI BUAT APA SAYA BERSUMPAH?"

MAKA: DULU ITU APAKAH IA DIMAKAN SUMPAH SEBAB ITU DIA TAKUT UNTUK BERSUMPAH KALI INI, KERANA BIMBANG DIMAKAN SUMPAH LAGI !




SALAM PERJUANGAN

Joseph Biden adalah seorang calon Presiden USA, seorang Zionist tulen. Sejak terpilihnya dia sebagai senator maka lawatan pertamanya adalah ke Israel . Dia sering membantu semua keperluan Israel di Amerika, menjadi agen rasmi Israel dalam parlimen USA, bekerja dengan semua Perdana Menteri Israel bermula dari Goda Meir hingga Olmert. Dia mengatakan bahawa Israel adalah “the single greatest strength America has in the Middle East ". Pada satu pihak dia juga menyatakan bahawa: “"you don't have to be a Jew to be a Zionist."

Maka, apa yang dilakukan oleh orang seperti Gus Dur di Indonesia dan Anwar Ibrahim di Malaysia adalah bukti dari apa yang dikatakan oleh Joseph Biden ini. Mereka sebenarnya adalah Zionist yang ada di tanah air bukan Israel , tetapi semua keperluan Israel akan mereka jaga, kerana inilah misi dari Zionist. Dengan adanya orang seperti Gus Dur (Ina) dan Anwar (Mly), bukan saja keperluan material Israel yang akan diperkuatkan tetapi kehancuran nilai kemanusiaan akan segera hilang.


Di Indonesia, seorang wanita bergelar Professor Doktor bernama Siti Musdah Mulia telah mengeluarkan suatu pendapat bahawa homoseksual dibenarkan dalam Islam (“Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrow-minded interpretations of Islamic teachings.”), tetapi pada waktu yang sama dia mengharamkan perkahwinan empat (poligami) yang sudah ditetapkan kebenarannya di dalam Islam.



Permasalahan bukan sahaja pada penentangan hukum yang telah ditetapkan Islam, tetapi umat Islam perlu melihat bagaimana hal ini boleh terjadi. Bagaimana seorang Musdah Mulia menjadi seorang Doktor dan kemudian Profesor?. Kerana beginilah semua sejarah berjalan sehingga manusia kehilangan apa yang semestinya dimilikinya. Dengan membaca apa yang terjadi maka kita perlu berfikir untuk menentukan masa depan kita (baca: manusia) semua.



Fakta yang ada: Nahdatul Ulama yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (baca:Gus Dur) telah berhubungan erat dengan The Asia Foundation (TAF) yang ditaja oleh Amerika (baca: Zionisme). Mungkin untuk orang yang tidak mengetahui hakikat dari NGO ini maka mereka akan melihat bahawa yayasan ini merupakan satu yayasan kemanusiaan yang baik. Memang ianya adalah NGO yang berurusan dengan manusia, tetapi tidak bererti ianya tidak bertentangan dengan nilai kemanusiaan. Misi yang dilakukan oleh yayasan ini sangat merbahaya, iaitu melepaskan manusia dari kemanusiaannya, mendidik manusia untuk menjadi satu keberadaan yang keluar dari kriteria dirinya sendiri.



Kalau saja manusia mengenal Islam maka manusia itu akan mengenal dirinya dengan baik, tetapi dengan misi TAF maka akan terjadi sebaliknya. Dengan adanya organisasi ini di Negara- Negara Asia maka umat Islam terpaksa wajib menghadapi pandangan dan juga nilai Islam yang sedang dirosakkan dengan menggunakan ulama yang ada dalam kehidupan umat Islam itu sendiri. Maka tidak hairan kalau ada orang seperti Gus Dur dan Anwar Ibrahim.



Gus Dur dan Anwar Ibrahim adalah dua keberadaan yang tidak dapat dipisahkan, kerana keduanya terikat dengan struktur yang ada di bawah gerakan Amerika dan Zionis. Gus Dur di Indonesia dekat dengan TAF dan Anwar di Malaysia terikat dengan IFC atau FFF. IFC adalah suatu badan khusus di bawah World Bank, dan FFF (Foundation For The Future) secara langsung di bawah USA. Sehingga apa yang berlaku ialah model “freedom” yang hendak dimunculkan di tanah rantau ini adalah “freedom” ala Amerika. Memang deklarasi yang dibuat indah, tetapi kalau diperhatikan dengan sungguh - sungguh apa di sebalik itu maka akan didapati betapa besar malapetaka yang akan ditimpa oleh manusia di dunia ini.


Dengan slogan “freedom”, Amerika telah membuat contoh yang sangat jelas hari ini, iaitu petaka sebahagian besar di Timur Tengah, mulai dari Lebanon hingga Iran , juga petaka besar (kalau tidak hendak mengatakannya sebagai Holocaust abad 21) di Iraq dan Afghanistan. Belum lagi kalau kita hendak membahas semua pengertian “freedom” yang Amerika bawa di Venezuela, Colombia hingga Negara - Negara Afrika seperti Sudan, Ethopia dan Nigeria… apa yang tersisa dari manusia dengan ungkapan “Freedom” ala Amerika itu..



Lihatlah apa yang dilakukan oleh Prof Dr Musdah Mulia di Indonesia atas nama kemodenan dia menghilangkan hukum Allah dengan ungkapan modennya. Anwar Ibrahim dengan menggunakan kata Social Justice hendak membuka pintu Malaysia ke pintu “Freedom” bagi Amerika. Jadi permasalahan bukan hanya sekadar hubungan sistem keorganisasian Anwar Ibrahim dengan Amerika, tetapi hubungan manusia dengan kerosakan yang sedang dibuat dan disepakatinya sekarang. Dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik bererti adanya penerimaan untuk satu potensi ke arah kehancuran manusia, kehilangan identiti manusia..atau minimum umat Islam akan kehilangan Islamnya, yang ada adalah Islam ala Amerika dengan semua slogan dan semboyan yang nampak indah itu.



Semua kita belum buta melihat demokrasi yang dibawa ke Iraq hingga Iraq jadi seperti sekarang. Kita dapat melihat semua erti demokrasi di tanah Arab yang tidak meninggalkan makna demokrasi itu. Atau bagaimana kita hendak menerima pengertian perdamaian dan kebebasan ketika melihat Afghanistan dan Sudan. Yang ada adalah manusia yang dibunuh setiap hari dan yang paling tragis adalah kaburnya nilai Islam di manapun, termasuk sekarang di Indonesia dan Malaysia .



Identiti Islam untuk seorang muslim bukan hanya sekadar apa yang dimilikinya tetapi juga nilai komitment yang ada padanya, sehingga ketika identiti ini menghadapi krisis maka yang terjadi adalah krisis komitment dengan nilai yang ditetapkan dalam identiti itu…..hal ini berkenaan dengan semua agama dan dengan nilai apa pun…



Maka tidak ada jalan lain untuk menghadapi hal ini melainkan menghilangkan semua hal yang membawa manusia ke arah kehancuran dan kehilangan identitinya, iaitu menjauhkan dan menolak semua yang datang dari program Amerika yang hendak dijalankan di tanah air tercinta ini..menolak orang seperti Gus Dur dan Anwar sebagaimana kewajipan menolak orang seperti Musdah Mulia…















20 comments:

Anonymous said...

Di parlimen Jumaat lepas, Anwar mengadap Abdullah dan tersenyum. Abdullah juga membalas senyuman Anwar. Ini terjadi sebelum pembentangan bajet. Apakah yang tersirat?

Anonymous said...

Adakah garis persamaan diantara GusDur dan Hadharist?
GusDur tidak dapat melihat.
Hadharist tidak dapat melihat kebenaran.
GusDur pemimpin Nahdatul Ulamak.
Hadharist pengikut Islam Hadhari.
GusDur selalu kata dapat berita dari langit.
Hadharist menggunakan logika akal dan perasaan.
Entahla.

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

Ketaksuban menutup minda, tiada hujjah adalah kerana samada ilmunya tiada atau ada tetapi taksub mengatasinya...

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan anda.. tiada guna berdebat dengan orang yang sudah tenggelam dalam taksub.

Biarlah kita tidak popular asalkan kita tidak sesat. Samada kepada BN mahupun Anwar..

THE PUREHADHARIST said...

Salam cekka,

kebenaran akan selalu berada diposisinya dan tidak akan hilang walau dimana dan bila. Ia tetap dengan prinsip yang menepati apa yang dikehendaki untuk menyatakan ianya di dalam kebenaran iaitu menuju kepada Allah. Persolan BN, Anwar atau PAS sekalipun tidak terlepas dari berkemungkinan untuk tersesat diperjalanan menuju Allah jika jalan yang digunakan bukan jalan yang ditunjukkan Allah untuk menuju kepadaNYA.

Taksub dan merasa diri selalu benar tanpa pembuktian akan menjerumuskan kita dalam kesesatan....setiap dakwaan akan kebenaran mesti disusuli dengan pembuktiannya.

Anonymous said...

salam pure hadharist..

kenaper ramai orang yang tolak islam hadhari ni? ia hanya satu program kan? saya lihat perkara perkara yang terkandung di dalam program islam hadhari ni lebih kepada sufism..seolah olah pak lah mahu anak anak melayu islam di malaysia ini berjaya seperti ahli ahli sufi terdahulu yang terkenal seperti ibn sina, jabbir bin hayyan, arrazi dan sebagainya..dimana mereka terkenal di dalam bidang sains dan dalam masa yang sama di dalam islam..tetapi mengapa ramai yang menentang?

THE PUREHADHARIST said...

salam,
Masyarakat kita sudah terbiasa untuk mengeluarkan pandangan dengan bersandarkan apa pandangan yang popular bukan atas hujah ilmiah dan kritis. Ini termasuk juga dalam memahami konsep Islam Hadhari. Islam Hadhari adalah program yang baik jika dilihat dari segi prinsip-prinsipnya yang 10 itu. .Apa yang terjadi ialah pertikaian hanyalah dari segi istilah bukan isinya.

pedang.malam said...

Salam

"Apa yang terjadi ialah pertikaian hanyalah dari segi istilah bukan isinya."

Akhirnya Pure Hadharist bercakap sesuatu yang benar. Jika istilah yang dijadikan dasar perjuangan,lambat laun org akan bosan kerana masih berdolak dalih mengukuhkan alasan masing-masing.

Maka di sinilah peluang terbaik yang anda perlu mengembangkan isinya dan menepikan istlahnya.Di manakah kematangan kita jika masih terperangkap dalam istlah, ini bukan dunia universiti.Rakyat umum tidak berminat dan tidak faham akan pertembungan istilah-istilah yang masih dimainkan di dalam kampus.

Apa yang saudara fokuskan di sini sekarang adalah istilah. Dan pertikaian yang timbul adalah dari penyampaian istilah dengan cara yang tidak tepat.Andai isinya sudah disepakati keutamaannya di dalam Islam apa gunanya bertegang lidah bicara hal istilah. Ini sangat membuang masa dan membuang daya kreativiti saudara dalam berhujah.

Buat apa di layan mereka yang dangkal pemikirannya. Akhirnya ilmuan tersebut seperti mereka juga.

Seorang ilmuan kata-katanya menjadi ubat kepada masyarakat bukan memberitahu resepi membuat ubat. Ilmuan yang tidak mematangkan pemikirannya dan menjumudkan rakyat, ianya tidak lebih dari seorang yang tidak matang dalam menyampaikan maklumat.

Ada baiknya dia bercerita apa yang perlu sahaja.

Salawat

THE PUREHADHARIST said...

Salam Pedang Malam,

Yang saya perkatakan bahawa yang dipertikaikan adalah istilah adalah komen-komen yang saya terima selama ini bukan saya yang memfokuskan perbincangan hanya dari segi istilah semata-mata.

Saya telahpun menulis setiap prinsip yg 10 itu satu persatu menurut perspektif saya namun masih diedit dari segi type-settingnya dan designnya dan Insya Allah akan diterbitkan tidak lama lagi.

10 prinsip Islam Hadhari kalau diamati tanpa melihat siapa yg mempeloporinya atau kegagalan perlaksanaannya maka ia adalah suatu mukadimah ke arah perlaksanaan Islam yang syumul. Persoalannya, apakah kita sudah melangkah ke arah itu atau masih sibuk dengan istilah yang kita pertikaikan semata-mata ia datangnya dari bukan dari puak kita.

Wasalam

Anonymous said...

saya lihat pandangan anda lebih kpd memihak dan bertaksub. lebih dahsyat dari orang yg sdra tuduh. semoga kritikan ini anda dpt terima dgn dada yg terbuka.

THE PUREHADHARIST said...

Salam Fatimah,

Setiap yang saya tulis adalah berdasarkan fakta dan ada yang keluar dari mulut orang yang saudari dakwa saya membuat tuduhan itu sendiri- sila baca posting saya yang lepas yang berkaitan dengan isu ini.

Kalau boleh disalahkan tulisan saya berdasarkan fakta juga agar saya tidak pula mengatakan saudari yang taksub kepada Anwar.

Wasalam

pedang.malam said...

Salam.

Kepada Rakan pembaca yang dihormati sekalian.

Bersedia atau tidak itu bergantung kepada siapa yang mahu melaksanakannya.

Seorang yang mahu melaksanakan Islam,terlebih dahulu mestilah menzahirkan niatnya itu melalui perbuatannya,kemudian kepada keluarganya kemudian kepada masyarakatnya.

Saya tiada istilah arab mahupun melayu yang tepat untuk perkara di atas, namun saya yakin alirannya begitu.

Saya yakin masalahnya ialah bagaimana untuk melaksankannya.Fokusnya kita tumpukan kepada kemampuan individu sebelum kemampuan masyarakat.

Memandangkan Islam ini asasnya ialah Aqidah,Syariah dan Akhlaq, saya melihat DSAAB seorang yang gagal melaksanakannya di peringkat individu dan keluarga.

Saya bukan mahu mengagungkan pemimpin pembangkang.Malahan TGNA pun silapnya saya tetap akui.

Jika dibandingkan seisi keluarga orang yang kuat berpegang pada ajaran agama( bukan sahaja mereka yang berserban maksud saya) jika digandingkan dengan DSAAB dan keluarganya kita akan tahu siapa yang lebih Islamik penampilannya.

Tapi mungkin untuk memudahkan fokus kita,kita rujuk hadis yang saya petik dari kitab Syarah Hadis Tentang Aqal dan Kebodohan karya Imam Khomaini ra dalam bab Iman dan Kufur ini:

"Dari Imam Jaafar As-Sadiq as
:Iman itu ialah keyakinan di dalam hati yang dizahirkan melalui perbuatan"

Dan bila kita rujuk buku Imam Ghazali yg bertajuk Bidayatul Hidayah kita akan nampak yg bukunya itu memfokuskan ketaqwaan zahir dan amalan-amalan tersebut akan menghasilkan ketaqwaan batin.

Jadi secara asasnya seseorang itu perlulah menzahirkan ketaqwaanya dan itu merupakan lambang ketaqwaan di dalam hati.

Isteri,anak dan menantunya rata-rata tidak memakai tudung dengan baik.Bukan tudung labuh,tapi tudung yang baik.Syarat minima sahaja sudah menunjukkan dia gagal.

Bagaimana pula dengan gambar-gambar dia bersentuhan dengan bukan muhrim? Saya rasa kita berdua setuju yang itu juga satu lambang kegagalan baginya di peringkat asas sebuah pelaksanaan gaya hidup Islam di dalam diri.

Kalau kita pandang pelaksanaanya pula,hampir kesemua MT-MT UMNO dan BN terbabit dengan politik wang.Padahal politik wang dan rasuah sebenarnya sama.Dan Isa Samad adalah kambing hitamnya.

Imam Khomaini selalu cakap orang dapat manfaat dari dosanya susah nak bertaubat.Nak bertaubat pun payah inikan pula nak melaksanakannya.

Imam tak selalunya betul,tapi kita ambil pendekatannya.Orang yang tak suka dengan dosa jauh lebih mudah melaksanakan Islam dari mereka yang sukakan dosa.Bersekongkol dengan dosa pun samalah tu.

Orang yang mampu melaksanakannya at least dari sudut individu itu ramai dan ada.Baik kita berdoa sama-sama moga ALLAH zahirkan dia di tengah-tengah bumi Malaysia yang tercinta ini andai anda tidak percaya dengan PAS.

Semampu mana anda mahu melaksanakannya saya kagumi tetapi selagi saudara di dalam kelompok mereka ini,payahlah nampaknya.

Moga ALLAH memaafkan dosa kita semua pada bulan ini.Moga ALLAH terangkan hati kita yang gelap ini dengan cahaya LAil Qadr.

Salawat

THE PUREHADHARIST said...

salam Pedang Malam,

Penulisan saya tentang Islam Hadhari kalau masih juga para pembaca mahu mengaitkan dengan Pak Lah maka saya katakan di sini adalah hanya dari segi pengambilan istilah dan prinsip2nya sahaja yang saya terima sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian dan baik kalau dilaksanakan.

Apa yang Pak Lah tidak buat atau langgar itu tidak sedikit pun menjejaskan kebaikan konsep Islam Hadhari. ingat ! Lihat apa yang dikata bukan siapa yang berkata..

uMNO seperti juga PAS perlu ada yang menegur jika tidak betul. Kalau ahli PAS membuat kesalahan kita tidak boleh mengatakan PAS yang salah begitu juga UMNO. jangan pukul rata semua benda sama.

Seperkara lagi kalau atas nama menjalankan misi Islam, dengan siapa sahaja perlu ada misi Islam untuk dijalankan.

Kalau mahu bicara perjalanan politik para Imam Ahlul Bait maka saudara akan lebih "open minded" seharusnya...

Kita sambung kemudian....

Anonymous said...

matlamat menghalalkan cara. kalau dah nak sesuatu semua sanggup ditolak ketepi hatta Islam itu sendiri. Tidak kira siapa pun dia sekiranya matlamat menghalalkan cara dipegang, hancur orang melayu, hancur orang Islam yang sememangya telah hancur kini.

Anonymous said...

x payah nk tulis blog klau saudara nk sebar fitnah hanya menambah dosa shj

THE PUREHADHARIST said...

Salam anonymous,

Salah kalau kita memegang suatu kepercayaan bahawa Anwar Ibrahim itu suci dan setiap yang dikatakan berkenaannya semuanya fitnah dan konspirasi belaka.

Saya menulis blog bukan bukan berasaskan fitnah namun kalau ada sesuatu yang tidak betul atau salah, silakan tegur dan perbetulkan saya...

Anonymous said...

salam

tp apakah setelah ditegur saudara akan akui kesilapan atau keterlanjuran saudara? atau saudara akan tetap bersikeras mempertahankan hujjah saudara?

fikir-fikirkan..

salawat

THE PUREHADHARIST said...

salam,

Saya siap ditegur dan meminta maaf jika apa yang saya tulis ada kesalahan.

Silakan,

Anonymous said...

Cehh..ckp mcm bagus...kite jgn ckap byk ttg sesuatu yg x jelas@pasti...mcm anwar dan gusdur yg kononnnya ejen Amerika...semua tu teori konspirasi dan x mustahil direka oleh musuh2 politik mereka...yg pnting skarang,klau saudara mngambil konteks masyarakat marhaen spt saya,kami lebih inginkan ekonomi negara kembali stabil..dan harga barang dan minyak kembali turun..jd jgn salahkan kami klau mnyokong prjuangan Anwar dan membakulsampahkan konsep Islam Hdhari yg secara terang-terangan menekan rakyat...

THE PUREHADHARIST said...

salam anonymous,

Kesian saudara masih menanyakan bukti sedangkan telah banyak bukti ditunjukkan bukan hanya saya tapi banyak lagi. Teori Konspirasi yang saudara anuti itu telah menyebabkan segala yang berlaku ke atas Anwar walaupun betul tapi akhirnya yang salah orang lain bukan Anwar. Disuruh bersumpah pun susah dan yang menuduh sudahpun bersumpah dengan nama Allah, maka yang benar adalah teori konspirasi walaupun dihadapkan dengan nama Allah s.w.t.

Kalau nak cakap hal ekonomi teruk, US juga mengalaminya. Yang penting kita jangan korbankan prinsip kebenaran dek kerana nak senang hidup lebih-lebih lagi nak membakul sampahkan Islam Hadhari yang belum dapat dibuktikan salah.istighfarlah saudara, jangan jadi seperti yang digambarkan pada akhir zaman siapa yang nak senang ikut dajjal pun takpe asal senang.

Popular Posts